Tengah breakfast tadi,
"aku semalam pegi Alamanda temankan Lee beli bju kemeja dgn k.long dan Luq. Naik pening aku tgok budak2 prempuan sekarang. Nampak pusat, nampak underwear, nampak ketiak. Semua pakai baju singkat2 tak cukup kain. Luq pun pening tengok. Dah la nampak budak2 je. Dengan sesak dengan orang lagi. Bpasang2, pening kepala aku tengok!"
aku jawab:
"ala. orang perasan cantik memang macam tu. Dah jadi trend skarang. Orang dah tak heran dah. Bese sangat dah. Lagi cantik lagi nak tunjuk. Lagi2 semalam kan hujung minggu"
Tu la komen salah sorang ahli keluarga aku pasal budak2 perempuan sekarang. Macam2 rupa, macam2 ragam. Budak2 belia remaja. Kalau dah nama pun remaja, memang tak lepas dengan perkara2 salahlaku. Jiwa muda, darah pun cepat panas. Pantang ditegur cepat melatah. Aku pun bukan tak pernah jadi remaja. Faham jiwa remaja. Cuma, zaman aku dulu tak seadvance zaman sekarang. Kalau dulu, aku boleh kategorikan geng2 yang sama batch dengan aku agak baik walaupun ada jugak yang terlari landasan.
Aurat? Aku rasa as a muslim, tahu semua tentang batas2 agama. Itu baru tentang aurat. Belum lagi masuk bab2 zina atau bersedudukan bagi yang bukan muhrim. Dan setahu aku, bukan agama islam je melarang, agama lain juga turut melarang. Bezanya, agama mereka tidak menitik beratkan perkara tersebut. So, perkara2 tersebut juga menjadi kebiasaan dalam agama mereka.
Ada seorang sahabatku yg turut mengingatiku tentang perkara2 ni. Dia mengingatkn ku tentang Surah An-Nur ayat 30-31 tentang batas2 aurat lelaki dan perempuan. Ringaksnya, dalam ayat tersebut ada menyebut tentang muslimin sama ada lelaki atau perempuan hendaklah merendahkan pandangannya supaya tidak melihat yang haram serta menjaga kehormatannya. Sebab ini dalam agama Islam dilarang berpandangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Juga melarang pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan.
Apa yang aku katakan ni pun adalah sama2 untuk mengingatkan diri aku yang juga ada kekurangan. Kadang2 pandangan mata aku ni juga turut melakukan zina tanpa aku sedari. Dah tengok baru nak menyesal. Hehe. Tapi, Alhamdulillah segala ajaran serta pembelajaranku mengingatkan supaya sentiasa beringat dan aku tahu batas2 yang perlu aku jaga. Sebaik mana ataupun sebanyak mana la iman di dada, kalau nafsu tu out of control, terjadi juga zina ni (mata mahupun geraklaku). Boleh dikatakan nobody is perfect.
Sekadar pendapat. Aku tahu mereka ini semua tahu yang suatu perbuatan tu salah. Tapi still jugak nak buat. Kadang2, yang salah tu la yang kita nak buat. Yang betul tak nak ikut. Contohnya, macam undang2 jalanraya. Kalau dah kata tak boleh bawak laju2 (lebih had laju), nak jugak bawak laju2 kan. Bila dah salah kene saman, tau pulak nak maki hamun polis la jpj la. Ish. Sendiri buat, sendiri tanggung la kan.
Malam tadi aku berbual dengan seorang sahabat yang boleh aku ktegorikan lebih banyak makan garam dari aku. Dia cerita tentang pengalaman dia kerja dulu. Pasal sexsual harrasment (lelaki pun kne gangguan seksual). Sepanjang dia bekerja, ada budak2 perempuan yang ajak dia buat sex la dan macam2 lagi la (aku xtau la dia ni pernah tjebak ke x). Pengalaman yang dia tak boleh lupa bila melibatkan budak yang skolah tinggi. Ish. Buat malu orang yang berilmu je. Budak perempuan tu ajak dia buat sex semata ingin merasa apa itu sex. Padahal bru 18 thn. Bila tanya mana dpt tahu semua benda tu, jawabnya dari Cd. Yang aku tak boleh terima, dia boleh nak rase tu dan mintak dengan tanpa bersalah pun. SubhanaAllah. Amat murah sebuah maruah tu kan.
Aku takut bila fikir balik sebab aku sendiri tak tahu apa yang jadi dalam masa depanku ni. Ditambah pula dengan zaman yang semakin berubah seiring dengan kemajuan yang semakin rancak. Aku hanya mampu berserah dan sentiasa beringat je. Moga aku dijauhi dengan perkara2 tersebut. InsyaAllah.
Imam Ghazali pernah menyebut :
"Sekiranya kita ingin melihat dunia (masa depan) pada masa akan datang, perlulah kita melihat apa yang berlaku kepada anak muda pada masa kini"
(lebeih kurang mcm ni la hehe)
Cuba bayangkan. Apa yang dah jadi sekarang dan jangka apa pulak yang akan terjadi masa depan andai kita kaitkan dengan yang ada sekarang. Hmm???
2 comments:
adoi, hmm..
zaman lor ni, budak2 lebih adv dari kita..
tapi susah jugak kan,,
kadang2 lelaki ok..
gulz lak yg berani sgt..huh!
mintak2 semua ni dijauhkan dari keturunan ku..
bukan nak kata aku ni baik..
tapi berhati2..
hmm..
btul., aku pun igtkan diri sendiri jgak..
hopefully dijauhkan InsyaAllah..
kdg2 lelaki xde ape2 pun, gurl yg over. tu yg kdg2 dr xde ape2 trus ada apa2..
aku pn xbrni gak la nk ckp lebey2 isu ni..
pd mse depn kt xtaw ape nk jdi kan..
beringat je la..
Post a Comment