Hmm.. aku rase, aku ni dah agak taksub untuk menulis ni. Cuma mungkin tidak sebaik blogger lain yang agak pro dalam penulisan mereka. Aku hanya menulis mengikut rentak hati. Apa yang hati aku rasa. Betullah menurut sahabatku, dia menulis mengikut hasrat hati, dan apa yang hatinya inginkan kerana ianya memberi kepuasan kepada diri yang maksimum. (sebab aku sendiri rasa walaupun xde komen yg aku terima. haha). Ikut suka aku je la nak kata apa pun sebab tiada siapa nak marah. Hehe. Janji aku bahagia!
Aku rasa, ni je la masa yang aku ada. Takut lepas ni dah tak ada masa dah. Aku tak tahu apa nak jadi masa depan kan. So, aku akan buat yang aku rasa betul dan membahagiakan aku. Itu yang terbaik. Hehe..
Kalau sebelum ni aku sibuk dengan fb. Apalah salahnya berubah angin. Lagi pun, lama sudah blog ni terbiar. Last post pun after nenda aku sudah tiada dan masa aku betul2 perlukan seseorang untuk luahkan semua yang aku rasa. Kat sinilah. Kalau kat fb, tak boleh nak citer panjang2. Nanti orang kata "poyo pulak budak ni, semua hal nak cerita". Bosan pulak orang nanti. Dan kalau sebelum ini aku cerita semua masalah aku pada seorang sahabat yang tidak aku pasti akan kewujudannya. Lepas ini, aku tak akan bebankan dia lagi dengan mendengar semua masalah aku. Aku tau, dia juga ada masalah dia sendiri dan aku tak akan menambah masalah yang sedia ada. Biarlah lepas ni, aku akan cuba selesaikan semua masalah aku sendiri.
Rasanya, terlalu banyak yang aku nak membebel kat blog aku ni. Mau penuh kalau dalam satu hari aku duduk mengadap depan laptop ni. Mane la sampai tak rosak. hehe. So, tak kisah la kalau orang nak kata blog aku ni, blok syok sendiri. Dah tentula blog aku, hak milik aku kan. Hehe. Kalau nak ikutkan macam2 perkara yang aku dah lalui sepanjang hidup ini. Lagi banyak yang sedih dari yang gembira. Seperti sahabatku bilang "kaw ni xhabis2 lgi dgn masalah ke weh?" cess.. baik punye dia perli aku but the same time banyak bagi aku semangat and "I appreciate it!" ;p THANKS A LOT BEB!
No comments:
Post a Comment