Maka jadilah ia seperti yang dikehendakiNya. Begitu besar kuasa Allah. Kita sebagai hambanya tidak mampu melawan mahupun melarang jauh sekali. Cuma, kadang2 masih ada lagi segelintir hambanya tidak sedar akan kebesarannya. Hidup ibarat kitaran roda. Kerana bukan selamanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Maka apabila di bawah, kadang2 baru kita tersedar akan keterlanjuran yang telah berlaku dan mula menginsafi apa yang telah dilakukan. Akan tetapi ada juga yang masih tidak sedar diri. MasyaAllah.
Inginku kongsikan pengalaman yang banyak mengajarku tentang erti kesabaran dan keredhaan. Agak menyedihkan apabila ianya melibatkan orang yang aku sayang. Yela, kita manusia tak lari daripada melakukan kesalahan. Lagi satu, hati dan perasaan orang bukannya sama. Sekarang ni, rambut pun dah lain2 warna apatah lagi hati kan. hehe..
Apa yang berlaku telah banyak mematangkan fikiranku. Boleh berfikir lebih jauh malah semakin difikirkan semakin sakit kepala aku ni sebab terlalu banyak persoalan yang masih belum terungkai.(hee,,bunyik mcm kompleks je.. tp memang pun). Aku takkan lupa apa yang berlaku dan telah menjadi catatan sejarah hidup aku dan keluargaku.
Tahun 2010 banyak mengajar aku untuk jadi manusia lebih baik dari sebelumnya dan mendekatkan diri dengan Allah. Hmm.. hari raya aidifitri tahun ni begitu tidak bermakna kerana memberi kesan hitam di dalam hati. Bukan hanya kepadaku, malah mungkin kepada siapa yang mengalaminya. Mungkin secara fizikal boleh dilihat amat bahagia menanti hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa yang ditanggung. Sungguhpun perkara yang berlaku tidak menjejaskan hidup aku sekeluarga tetapi memberi kesan yang mendalam.
Allah Maha Kaya, maha besar, maha mengetahui lagi maha menentukan. Apa yang ditakdirkan adalah bersebab. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Segala ujian yang diberi kepada hambanya adalah berpatutan di atas kemampuan manusia itu sendiri. Kerana mulut, badan binasa. Ayat itu juga telah banyak mengajarku supaya lebih berhati2 apabila bertutur supaya tidak smapai menyakitkan hati orang lain. Tapi, kadang2 terlepas jugak. huu..
Kata-kata yang diterima daripada orang yang tidak bertanggungjawab a.k.a org xde hati dan perasaan! menjdikan keluargaku turut terkena tempias. Hubungan persaudaraan yang dlu erat, kini renggang akibat kelancangan mulut. Tambahan pula orang yang mengeluarkan itu adalah orang sedang berada dipuncak. Tidak sedar apa yang akan berlaku di kemudian hari. Keluarga yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Kesedihan menyelubungi apabila orang aku sayang menitiskan air mata walhal sebelum ni sukar melihat dia menitiskan air mata hanya kerana sebuah kata-kata. Maknanya, kata-kata tersebut pasti cukup tajam dan berbisa kerana begitu mudah menggugurkan air mata. Tapi, tahap kesabaran yang dimiliknya amat aku kagumi kerana kali ini dia lebih tenang dan tidak semasa zaman mudanya. hee. Ini kerana, percaya apa yang berlaku semua ada hikmahnya.
Hukum alam. Kita tidak akan selalu berada di atas. Dan ianya betul2 berlaku apabila aku lihat sendiri sedikit demi sedikit apa yang dimilikinya dahulu mula ditarik dan turut diuji seluruh ahli keluarganya. Contohnya, masalah mula timbul walhal sebelum ini keadaan meraka sperti tidak ada masalah walaupun sebenarnya mempunyai masalah. Perbezaan yang amat ketara dapat kulihat. Kemewahan yang dimiliki turut diuji. Aku tahu, walaupun keluargaku tak semewah mereka, tapi kami masih tahu bersyukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah.
Ujian mereka bukan setakat itu sahaja. Allah uji lagi dengan masalah demi masalah yang ditmbulkan oleh ahli keluarga yang lain. MasyaAllah. Hanya Allah yang tahu apabila aku melihat keadaan tersebut di hadapan mataku sendiri. Di situ juga aku sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Aku hanya mampu berdoa agar ujian mereka dikurangkan kerana aku juga sayangkan mereka.
Takdir Allah dan hukum karma. Siapa tahu. Segalanya sudah tercatat. Kita sebagai manusia dan hambaNya, hanya perlu beringat dan sentiasa beringat. Kealpaasn membuatkan kita lupa akan ujudnya Allah Maha Pencipta. Redhaa dengan apa yang berlaku. Terima dengan hati yang terbuka. (Uish aku ni bila dah dapat berkate2, lebih2 plak..). Sekadar untuk ingatan bersama kerana aku juga mengingatkan diri sendiri. InsyaAllah menjdi lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment