Rumahku syurgaku! Rumah adalah suatu tempat yang didiami untuk berlindung daripada hujan panas dan sebagainya. Akan tetapi, ianya akan kelihatan 'empty' andai isi ruangnya tidak dipenuhi dengan suatu yang lebih bermakna(bukan beli bnyk perabut ;p). Andai ianya lengkap, maka bersesuaianlah dengan ungkapan rumahku syurgaku.
Rumah yang harmoni bukan terletak pada keluasan mahupun kemewahan. Tetapi bergantung kepada keharmonian isi rumah yang mendiami kediaman tersebut. Inginku kongsikan tentang keharmonian sebuah keluarga yang bukan bergantung kepada keadaan fizikal rumah tersebut.
Agak menyayat hati tiap kali aku teringat kisah seorang nenek tua juga seorang ibu kepada anak-anak yang disayangi. Aku gelarkannya nenda. Keluarga nenda yang pada asalnya amat daif. Jika dilihat dengan mata kasar, rumah yang kelihatan kukuh dan masih kekal dengan reka bentuk asli rumah dahulu. Tetapi, dengan ujian yang Allah berikan kepadanya amat berat sehingga ku rasakan nenda tidak layak untuk menerima ujian seberat itu. SubhanaAllah. Besar kekuasaanNya kita sebagai hamba tidak mampu menghalang.
nenda- 7 ank = 4ank agkt, 3 ank kdung = 2 telah mniggl dunia.
Orang tua-tua kata, sekiranya mengambil anak angkat lebih dari bilangan anak sendiri, akan membawa musibah kepada keluarga. Kesahihan perkara tersebut tidak berani aku katakan kerana kita hanya wajib percaya kepada qada dan qadar Allah.
Nenda tinggal bersama seorg ank angkt prmpuan (kak n)seorg ank kndungnya yg tinggal seorang (ucu). Keadaan yang agak susah walaupun ada anak-anak yang telah bekerja akan tetapi masih tidak dapat membantu meringankan beban yang ada. Semakin hari kurasakan hidup mereka semakin susah.
Ujian bermula apabila satu kampg digegarkn dengan berita kelahiran anak luar nikah. Ianya hanya aku ketahui slps 2 mngu aku balik bercuti smster waktu diploma dulu. Pada mulanya mak aku hanya berkias dalam kata-katanya.
"kaw jaga diri baik2. Awk tu prmpuan, jga btas2 bila bkwan"
Aku jadi pelik. Aku tahu itu sbg peringatan seorang ibu kepada anak perempuanya yang satu ni. hehe. Tetapi makin pelik apabila mak aku mula kata:
"jgn klau dh berlaku bru nak mnyesal, dah x guna dah"
Buat kening double jerk aku. Aku punya la konfius ni. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Rupanya perihal kak n yang before kulihat seorang yang baik tiba2 menjadikan kawasan rumah aku perbualan hangat. Sana sini orang bercerita. MasyaAllah. Aku hany mampu berdiam diri dengan apa yang berlaku. Aku sendiri sentiasa mengingatkan diri.
Bukan setakat itu sahaja ujian yang diberi Allah. Ada lagi maha hebat yang diberi kepada keluarga nenda. Kak n dan suaminya kemalangan ketika pergi ke tempat kerja. Kak n cedera parah dan koma seminggu. Umurnya dipanjangkan Allah apabila sebelum itu doktor menyatakan harapan untuk sembuh adalah amat tipis dengan melihat keadaan kecederaan yang dialami. 1/4 barangkali tempurung kepala terpaksa dibuang. Kesan daripada kecederaan kepala yang agak parah telah menyebabkan kak n cacat seumur hidup. Tidak lagi boleh berjalan, pemikirannya juga kembali seperti kanak-kanak tadika. Menurut doktor, ianya gara-gara side effect urat saraf yang telah rosak.
Beban bertambah apabila nenda yang menjaga kak n dan anaknya dengan dibantu keluarga ucu. Segala perbelanjaan pampers dan anak kak n, ditanggung sepenuhnya oleh JKM. Perbicaran berkenaan kemlngan tersebut hanya selesai selepas bebrapa tahun kemudian dan pampasan juga diterima.
Dengan keadaan ucu yang hanya melakukan kerja-kerja kampung, dan dia juga turut mempunyai tanggungjawab untuk menyara ahli keluarga lain (isteri dan ank2 yg brsekolah). Ujian diberi lagi iaitu apabila suami kak n tidak mahu menjaga dan sama2 membantu keluarga berkenaan dan meninggalkannya dengan begitu sahaja (org yg xde hti dan perasaan!). Aku boleh kategorikan sebagai lelaki dayus apabila lari daripada tanggungjawab.
Ujian sekali lagi diberi apabila isteri ucu pula menerima musibah. Dikatakan kene buatan orang (sejauhmana kesahihannya, aku pun tak tahu). Isteri ucu menderita sehinggalah dia menembuskan nafasnya yang terakhir. Anak-anak ucu yang telah berkahwin dan tinggal di rumah masing2 boleh kukatakan tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Anak angkat nenda yang lain juga bukanlah terdiri drpd orang yang kaya raya. Mereka juga ada kehidupan mereka sendiri. Tetapi mereka turut membantu setakat yang mampu.
Ujian bertambah pula dengan perubahan perangai anak2 ucu. Ada yang mula berkelakuan liar sehingga ucu dan nenda sendiri tidak dapat menghalang (jiwa muda, semua perkara ingin dicuba). Keadaan yang serba kekurangan sedikit berubah apabila duit pampasan diterima dan perubahan berlaku di dalam keluarga mereka. Rumah mereka lebih besar dan selesa. Tetapi, itu hanya sementara. Kelihatan, Allah terik sikit demi sedikit keistimewaan yang diberi. Ucu mula melupakan apa yang sewajarnya dilakukan bagi memastikan hidup nenda, kak n serta anaknya tidak terabai. Kurasakan, kesenangan yang diterima telah disalah gunakan.
Kesusahan mula membelenggu sekali lagi walaupun orang melihat pada keadaan rumah, pasti mereka membuat konklusi bahawa keluarga ini tidak lagi susah. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kulihat nenda yang semakin uzur, tetap gigih menjaga cucu dan kak n. Dari segi mandi, makan pakai. Aku tahu, dipaksa kudratnya untuk melakukan semua kerja2 rumah yang sewajarnya dilakukan oleh orang yang lebih muda. Dia aku kirakan wajib berehat sahaja. Ini tidak berlaku.
Ucu masih dengan dunianya sendiri. Mula bermegah2 dengan apa yang dimiliki. Nenda terkapai sendiri apabila kulihat kesukarannya untuk membeli sebarang makanan yang berkhasiat untuk dirinya. Sedih apabila tiap kali kulihat makan berlaukkan ikan kering dan telur masin. Itulah makanan yang sering dibelikan oleh ucu untuk nenda. Walhal, dia dan anaknya yang lain boleh makan makanan yang jauh lebih berkhasiat. MasyaAllah. Hanya Allah yang tahu bertapa sayunya aku melihat.
Sehingga pada satu tahap, apabila kewewahan yang dimiliki ditarik semula, nenda datang ke rumahku untuk meminjam wang kerana ucu tidak lagi mampu untuk membeli barang makanan. Kesian. Itu sahaja yang mampu ku ucap tiap kali dia datang ke rumah. Perkara ini berlanjutan beberapa tahun sehinggalah anak kak n berumur 9 tahun. Keadaan keluarga mereka tetap sama. Perkara yang sering diulang apabila tiap kali bertandang ke rumahku adalah tentang barang kemas yang dijanjikan oleh ucu kepada nenda. Itu adalah satu2 brg kemas yang nenda ada ttpi telah digadai oleh ucu. Subhanallah. Sanngup seorang anak menipu ibunya yang sudah uzur. Katanya mahu pinjam, akan tetapi digadai pula. SubhanaAllah.
Kesihatan nenda semakin lama semakin membimbangkan keluargaku. Ini kerana, segala yang dirasai diceritakan kepada keluargaku. Sehingga pada satu tahap, ayahku menyatakan kesanggupannya untuk menyara makan pakai nenda dan tinggal bersama-sama keluargaku. Ini kerana, nenda sering sakit, dan makan pakainya tidak berjaga. Tetapi ditolak oleh nenda kerana dia mementingkan kak n dan anaknya. Dalam bulan puasa pun, keadaanya tetap sama. Malah makin buruk. Kadang2 tidak ada lauk untuk bersahur. Bertambah menyedihkan, dalam ramai2 yang tinggal bersama nenda, hanya nenda yang berpuasa penuh. MasyaAllah. Sembahyang apatah lagi. Tidak berani untuk aku nyatakan.
Tanggal 5 Nov 2009 nenda menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan anak angkatnya cik t. Segalanya bermula seminggu sebelum nenda pergi. Hari raya tahun yang sama, nenda tidak datang pun ke rumahku seperti raya tahun2 sebelumnya. Katanya, dia tidak lagi larat untuk berjalan jauh sebab kakinya sering sakit. Tambahan lgi, lately tu, dia selalu demam. Satu petang, ibu dan nenekku pergi menziarahinya kerana khuatir akan kesihatannya. Pada hari itu juga kulihat, nenda semakin tidak bermaya dan hanya menyatakan dia hanya pening kepala. Ibuku dengan pantas menelefon anak2 angktnya yang lain supaya pulang dan pada hari yang sama juga, nenda dibawa ke hospital.
Dihospital pula, doc suspect leukimia sebab darah putih terlalu banyak. Ini pula berikutan ketumbuhan di badan nenda yang sebelum ini semua orang tidak sedari kesan daripada penyakit tersebut. Ujian lagi diberi kepada keluarga ini. Sedih bila mengenangkan. Ucu hanya satu2 ank lelaki yang tinggal, masih tidak mempedulikan nenda malah sekali oun tidak pergi menziarahi. Langsung tiada hati dan perasaankah? Ibunya sering menyebut2 namanya. Sayu aku mendengar.
Apabila doc sahkan penyakit tersebut, nenda dirujuk ke hospital pakar. Segala urusan diuruskan oleh anak2 angkt nenda yang langsung tiada pertalian darah. Ucu masih dengan caranya. Hampir seminggu di hospital pakar, dan pada 4hb nov aku sekeluarga pergi melawatnya kerana dia ada menyebut2 nama nenekku dan keadaanya pada waktu itu amat tenat dan nazak. Aku mengucap panjang. Hanya ayat2 suci sahaja yang mampu ku sedekahkan apabila melihat keadaanya.
Ahli keluarga yang datang sudah menitiskan air mata apabila melihat keadaanya begitu. Aku apatah lagi kerana dia nenda yang rapat dengan keluargaku dan susah senang sakit pening semua keluargaku tahu. Sehinggalah subuh 5hb nov, nenda menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ucu langsung tidak menziarahinya.
Pada hari pengkebumian, jenazah nenda sampai disambut oleh ucu satu2nya anak kndung yang tinggal. Jika dilihat, keluarnya nenda dari rumah masih bernyawa, pulangnya ke rumah hanyalah jasadnya sahaja. Sayu hatiku mengenangkan apa yang pernah dilalui nenda. Satu persatu wajah anak cucunya menghampiri jasad nenda. Pada waktu itu jugalah air mataku kaluar kerana mengenangkan fiil setiap anak cucunya (sedih sebab ada anak cucu yg xde prasaan). Kulihat wajah ucu yang cool (dlm hati xtaw la) serta tidak menunjukkan riak sedih walau sedikit. Apa yang berada di dalam hatinya pada waktu itu, aku pun tak tahu.
Usai semua urusan, aku pulang ke rumah dan aku amat terkejut apabila segala urusan diuruskan oleh ayahku. Di mana ucu? Apa yang dia lakukan? Sugul kulihat wajah ayahku selepas semua urusan pengkebumian. Aku dan keluarga amat menyayangi nenda seperti ahli keluargaku sendiri.
Apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah tentang kasih sayang sesama manusia. Antara ibu dan anak-anak mahupun dengan yang tiada pertalian darah, pengorbanan seorang ibu kepada anak. Kisah tersebut tidak aku ceritakan semuanya, ini kerana aku kira ianya sudah boleh dibuat buku barangkali. hehe. Sekadar ringkas yang boleh. Kini apa yang aku boleh katakan apa yang terjadi terhadap keluarga ucu adalah, dia turut menerima perkara yang sama terhadap apa yang pernah dilakukan olehnya kepada nenda. Allah Maha Adil.
Selain itu, pegangan agama adalah penting dan perlu seiringan dalam kita mengharungi susah dan senang. Kaya raya manapun, andai tanpa pegangan agama yang kukuh, kita tidak ke mana. Miskin atau kaya, kita perlu sentiasa beringat dan percaya kepadanya kerana Dia Maha Melihat. Bekalan ke akhirat bukanlah dengan harta benda duniawi tetapi amal ibadat sebagai bekalan. Sentiasa beringatlah. InsyaAllah. Allah sentiasa ada di samping kita walau di mana pun kt berada.
Kasihnya ibu dibawa ke syurga. Kasihnya tidak pernah berbelahbagi. Pengorbanan seorang ibu menjaga anak yang ramai, tidak mampukah anak2 untuk menjaga seorang ibu? MasyaAllah. Post ini juga turut untuk mengingatkan diri aku supaya tidak alpa dengan duniawi. Dia Maha Melihat Maha Mengetahui.
Semoga nenda ditempatkan di sisi2 orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah. Aminn. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment