Thursday, January 18, 2024

Kahwin? Terkesann

Salam. 

Demi Allah. 

Rasa terkesan dengan majlis kahwin sepupu 2 minggu sudah. 

Tak tahulah kenapa. 🥹 

Agaknya sebab umur dah banyak kot laa.. Yang kahwin tu sebaya adik bongsu. Umur 29tahun. Jauhh beza umur aku 😂 

Dia dah kahwin, aku tak kahwin2. Apo?? 

Dalam adik beradik, abang aku dah, adik bawah aku pun dah, bawah adik aku tu pun dah. Tinggal aku yang ke2 dengan bongsu je belum. Dah la aku sorang je perempuan 🤭

Aku jarang2 nak cerita soal kahwin dengan siapa2 pun dengan serius. Tak pernah ok? Langsung tak pernah. Kalau ada borak2 pun, aku banyak diam. Sebab? Aku tak pernah betul2 pun kawan rapat dengan mana2 manusia namanya lelaki. 

Last time pun, 2018 macam tu. Tu pun aku boleh gelak2 lagi bila ada 'orang' try tanya. Itu jam, aku tak boleh brain. 

Dalam 2012 tak silap, ada jugak pernah nak try kawan. Masa tu aku join kursus makcik2 tempat jiran aku ni kat Pahang nunn. Kursus tu untuk satu malaysia. So, semua wakil negeri ada. 

Dalam yang ramai2 tu la, sebelum balik, ada sorang hamba Allah pas nombor telefon. Dengan harapan aku call kot. Masa tu punya akal, dah tentulah aku kenot brain. Muda lagi masa tu. 

Ada yang nak try kenal tru fb pun ada. Berkawan lebih 3 tahun. Dia nak serius. Tapi aku? Tak boleh nak terima masa tu. Sebab aku ada suka orang lain. 

Tapi tu la... 

Allah kan tak bagi apa yang kita nak. 

We plan, HE plans, and HE is the best planner ever. 

Aku tahu aku takkan dapat apa yang aku nak. That's it. 

Start dari situ, takde sape dah. Yang nak serius pun dah kahwin, yang aku suka tu pun dah selamat kahwin. 

Last two years adik ke 4 kahwin, aku dah start rasa lain. Sebelum dia nak make a move, dia tanya aku. 

Okey ke dia nak kahwin dulu? 

Sebab beza umur aku dengan yang nombor 4 tu, 7 tahun. 

Takkan nak cakap tak ok pulak kan? Of course la okey sebab dia yang nak kahwin. Takde kena mengena dengan aku haha. 

Dan sekarang ni, bila ada majlis cousin yang aku berkampung kat rumah dia 4 hari 3 malam, aku tolong siapkan hantaran dia bagai, tipulaaa tak rasa apa. Tipuulaaa.. Allah je la yang tahu. 3 kali majlis yang ada 3 kali jugak aku tolong buat hantaran orang. Huu 

Tipulaa tak rasa. 

Tapi ini kali. Lain. Lain sangat efek dia. 🥹 

Ada baru2 ni influencer kahwin kali ke2. Bila baca apa yang dia kata, 

"Doa pada Allah apa yang kita nak. Be specific jodoh macam mana yang kita nak." 

Aku rasa, dah bertahun2 lepas kes hasrat hati tak kesampaian, aku tak pernah lagi doa pasal jodoh. Aku fokus pada laluan rezeki aku. Aku tak pernah doa lagi pasal jodoh. 

Give up? Boleh dikatakan give up la sebab aku rasa why nak sibuk hal jodoh sedangkan ko ada masalah lain yang tak selesai2 sampai sekarang. 

Boleh dikatakan aku dah reda soal jodoh. Actually dah letak kat paling hujung punya impian. Kalau ada, ada la. Takde sudah. Punyalah senang konsep aku. 😆 

Tapi dah dua minggu ni, aku rasa lain dah.

Buat pertama kalinya soal jodoh ni aku sebut dalam doa. 

Aku percaya Allah hantar orang yang tepat pada waktu yang tepat. 

Dalam masa yang sama, aku pun reda juga. Sebab kena sedar diri. Ini jam, macam2 masalah rumah tangga aku dengar dan buat aku takut nak cakap soal kahwin ni dengan serius. 

Kat sekeliling ni, ada saja masalah aku dengar dan aku jadi tak suka. Pernah terdetik dalam hati aku bersyukur Allah belum jumpakan dengan siapa2. Lagi baik sendiri dari aku kahwin. Sampai begitu sekali. Huu

Tapi sekarang ni... Nahh.. Allah bagi ko memang tak jumpa sape2. Duduk dgn mak abah. Jagala selagi ada nyawa. Dah set dah dalam kepala, tak kahwin la ko. Tunggu je la jodoh dengan maut. Sampai macam tu sekali haha

Aku memang dah penghabis reda dah tu sampailah cousin aku nikah dua minggu sudah. 

Hati ni Allah balikkan dah. Huu
Malunya nak doa balik pasal jodoh ni. 
Umur dah banyak kot. Nak bandingkan dengan kawan sebaya, ada yang dah ada anak sekolah menengah. 

Aku? Entahlahhh... Sebab tu aku tak mengharap dah. 

Cuma sekarang ni je aku rasa makin kuat rasa tu. Nak tapi tak nak. Nak tapi takut. Macam2 la rasa. 

Tapi satu je aku percaya. Allah tengah uji hati ni. 

Harapnya sekejap je la rasa ni. Sebab ada benda lagi berat dari soal jodoh ni untuk aku. Aku tak putus doa Allah bagi lagi masa untuk aku selesaikan semuanya sebelum kena jemput pulang ke negeri abadi. 🥹

Okla. Tu je membebel panjang soal jodoh tak kesampaian. Haha


~yang terbaca posting ni, diharap sudi2 doakan 🤭


Monday, January 8, 2024

Setahun tak sekali

Salam tahun baru. 

Tahun yang menambah lagi ketuaan. 

Seminggu bizi dengan majlis kahwin orang. Orang lain yang kahwin orang lain yang bizi. Apo? 🤪 

Takpela. Cousin yang dah anggap macam adik sendiri. Aku takde adik beradik perempuan lain. Dengan cousins la dok borak2 share2 macam2. 

She's one of them. 

Congratulations eiya and ammar.  

Tak taula bila lagi nak ada majlis besar gini. 

Rindu sebenarnya. 🥹

Majlis sendiri? Usah ditanya bila tarikhnya. Benda yang tak boleh jangka. Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih, hampir mustahil. Dah umur2 gini, pengakhiran umur je yang pasti. Anytime anywhere. 

Macam tahun2 sudah, tak harap yang bukan2. Sedar diri siap2. Cumanya, harap Allah bagi lagi kuat hati, sabar banyak2. Awal2 tahun ni, dah ada ujian yang menanti. Kuat atau tak je nak lalu. 

Aku pun upgrade doa untuk tahun ni. Jangan nangis selalu. Muahah 

Maklumlah. Umur dah banyak oi. Harap makin keringlah hati ni. 

Okla. Tu je. 

*5 lagi single. ~ahah


Friday, December 29, 2023

Terkesan

Salam. 

Huh

Kepala pening sebelah. 

Terlebih makan agaknya. Haih.

Kebelakangan ni, ada je berita kematian. Baru tadi pun sama. 

Ada orang kata, tak tau la sahih ke tidak. 

Bila setiap kali telinga kita berdengung, tak lama dah. Uhuh..

Ada kata pulak, 'daun' kita kat 'sana' kena langgar dengan 'daun' gugur yang lain. 

Tapi rasanya, eloklah kalau benda tu sebagai peringatan kita yang tak tau bila dipanggil balik. Anytime anywhere. Hmm. 

Moga perakhiran yang terbaik buat kita semua. 

Halahh.. 

Dah takde mood dah nak tulis. 

Kena panggil 'balik' tetibe dengan dosa yang banyak ni takde sape boleh tolong. 😔

Okbai. 
*Tak taulah gambo pempuan mana si AI ni saukk 

Wednesday, December 6, 2023

Lama tak menulis

Salam Disember. 

Sekejap je dah masuk hujung tahun. 
Macam biasa, hujung tahun dengan cuaca yang tak menentu. 

Sama dengan mud menulis aku yang tak menentu lagi tidak tentu hala. Haha

Rasa lama tak tulis cerita baru. Selain malas, laptop pun tak berapa sihat. Memang menulis pun ikut hp jela. Tapi tu la. Mata pulak naik rabun 😑

Laa ni siapkan edit yang sedia ada je untuk jual balik. Tapi tak siap2 dari hari tu. Punyalah malas. 

Nak menulis ni pun rasa tak rajin. Ada hati nak menulis yang lain. Haha. Tahun depanlah harap boleh ada satu yang baru. 

Ok. Dah la. Tu je. Bai. 

Thursday, August 31, 2023

Appointment abah

Salam. 

Hari ni, hari cuti. 

Happy merdeka day semua. 

66 tahun dah. 

Cuti-cuti dapat call dari hospital untuk appointment abah, sangatlah tak seronok. 

Lebih-lebih lagi bila appointment tu hari isnin 4hb Sept, 8 am. 

Isnin. Hari berperang di jalanan, budak2 sekolah balik. Jemmm... 

Jauh satu hal. Sebelum subuh dah nak kena keluar. 

Bermulalah episod...

Ujian... 

Moga Allah lancarkan segala urusan kami. 

Tenangkan lagi jantung aku yang degup tak kena rasa dari petang tadi. Panik tak sudah. 

Okla. Daa.. 

Thursday, August 3, 2023

Sesi Mentepukan Otak

Salam. 

Ini kali, sesi mentepukan otak 😆

Betul isi masa terlebih lapang ni 😆

Kita mula dengan... 

Uncanny Counter S1 16ep
D.P S1 12ep
D.P S2 12ep
Fireworks of my heart 38ep
Believe
Mad Dog 16ep
Itaewon Class 16ep
Revanant 16ep
Tomorrow 16ep

Ada lagi drama dengan movie yang aku tengok tapi bagai angain lalu je. Tak ingat cerita apa dah. 

Dalam banyak2 drama luar ni, ada la 2 3 yang betul2 dipdip. No wonder la orang kata best. 

Bukan sebab actors semata, tapi mesej and input yang kita boleh dapat. 🥹

Dah la. 

Tetiba tak nak tulis dah. 

Okbai. 


Sunday, July 16, 2023

Doa tak sakit

Salam. 

Semenjak kena telan ubat selagi ada umur ni, aku selalu doa supaya aku tak sakit lain2. Harap sangat2! 

Bukan tak reda dengan sakit yang ada, aku jem dengan ubat yang nak ditelan je. 😅

Dua bulan lepas, aku demam, batuk, selsema, sakit otot. Teruk punya. 

Ubat sedia ada, dari celik mata sampailah nak tido, dah 5 biji nak kena telan. Campur lagi paracetamol 2 biji pagi 2 biji malam, sebiji pil selsema, dengan pil sakit otot lagi sebiji, tambah pulak pil pening, lagi nak telan ubat batuk. 

Rasa macam satu hari tu aku makan pil lagi banyak dari makan nasi satu hari tu. Dah macam apa entah. Yang lagi tak tahan, bila sakit tak kebah2 sampai seminggu pergi dia. Sampai tak lalulah nak telan ubat dah. Banyak nooo dosa gamaknya huu~

Sebab tu harap sangat tak sakit. Cukuplah dah ada yang tak sihat dalam rumah ni. Aku harap sangat aku boleh sihat. Takyah telan ubat banyak2. 

Kiranya bila sekali aku sakit, pakej lengkap tak boleh bincang punya. Sampai keje aku tido aje. Nak bangun pun tak larat. Pegang hp pun tak kuasa. Mata nak pejam aje. 

Tapi ni dah dua hari. Hidung sokseksoksek. Tekak pun tak sedap. Letak kepala je nak pejam. Dah nak kena makan ubat dah. Tak tahulah sampai bila pulak. Harap baiklah esok. Lusa nak kena teman abah check up. Takkan nak soksek depan doktor. Kang kena halau pulek. 😁 

Okla. Moga Allah ampunkan dosa aku yang menimbun ni. 🥹