Friday, February 17, 2012

Banyak alasan!



Assalamualaikum :')








Astaghfirullahal'azim.... s a r...



Friday, February 10, 2012

Sekuntum awan ke daun keranda

Assalamualaikum ~_~"

Sekuntum awan ke daun keranda

Sekuntum awan
Kembang di langit putih
Derai makrifat
Setitik dan setitik
Menebus gersang kalbu

Sayap rembulan
Menyentuh rama-rama
Langit ke ranting
Berkilau kebesaran
Semadi di jasmani

Pepohon lontar
Berkembang daun takrif
Hiasan akal
Merimbun dalam diri
Menjilid kebenaran

Daun keranda
Mendengar bisik bumi
Segumpal pesan
Hidup semai ibadat
Barzakh menuai Rahmat

~By Darma Mohamad,
Dewan Masyarakat 2011.




Sungguh aku gagal menafsir apa yang cuba disampaikan. Tapi aku suka setiap bait yang ditulis. :)




Tumblr_lolh5bgqn21qglbpxo1_500_large


~_~"

Saturday, February 4, 2012

Pendosa

Assalamualaikum :'(

Pendosa...
Diri mungkin pendosa
Diri mungkin sentiasa pendosa
Diri mungkin tidak jauh dari pendosa
Mungkin juga jadi pendosa

Tutur bicara terlajak kata
Musnah kata hancur bicara
Mungkin kecewa siapa pendengarnya
Malang pula pada pendosa

Pendosa...
Luluh hati kalahnya jiwa
Gagalnya hati kecewanya jiwa
Api terbakar marak membakar
Marak membara gagal dikawal
Merah menyala hangus terbakar

Pendosa...
Kau gagal lagi
Sentiasakah kau mahu gagal?
Adakah gagal yang kau mahukan?

Pendosa...
Bangun berdiri walau gigilnya kaki
Gapai dinginnya air menyirami hati
Sejuk meresapi terus ke tangkai hati
Binalah hati, kukuhkan hati
Cekallah hati, tabahlah lagi hati
jagalah hati...

~by s a r

~mujur bukan orang yang dikongkangnya :D

Wednesday, February 1, 2012

K A W E N vs. k a w e n!

Assalamualaikum :D

~maaf ler. tetiba tak habis2 nak cerita bab jom kawen! hee. last!

Selesainya sesebuah majlis memang ler best kan. Paling tak best bila Cik wiwi sengal2 badan apabila dia yang bekerja keras bagai takmau mengalahkan majlisnya pula. Kesian...

Adegan2 yang tidak diHingin sepanjang majlis membuatkan Cikwiwi berfikir panjang dan mungkin berjuta2 juta juta jutaaa kali untuk membuat majlis sepenat itu.

~ Majlis besar, bajet  besar, PEMBAZIRAN PUN BESAR!

ku dengar omong2 orang jawa: katanya kalau rezeki majlis pertama itu sehingga berlebihan, maknanya majlis seterusnya juga dilihat sentiasa murahlah rezeki... ~alhamdulillah :)

yang tak berapa nak bestnya, apabila yang berlebihan itu telah menjadi satu pembaziran pula. Cikwiwi sudah pesan beberapa kali kudengar, namun tidak diendahkan memandangkan kedudukannya tidak begitu penting dalam majlis itu. Sekadar runner a.k.a usher sukarela.

Majlis dah pun tamat, tetamu/kaum kerabat habis pulang ke destinasi, namun.... nasi putih masih lagi berbaki dua periuk besar. Ditambah pula hampir setengah periuk gulai yang perlu disedekahkan kepada ayam di belakang rumah. ~alhamdulillah. kenyang ayam tu seminggu.

Tapi sesungguhnya aku sedih melihat makanan yang terbuang begitu sahaja kerana mereka2 yang melakukannya tidak mengambil peduli sebab bukan barang mereka. ish ish ish...

~pengantin berhari-hari ye... :P

~ Majlis kali pertama, anak pertama, takda pengalaman, KURANG KAKITANGAN!

Disebabkan kali pertama melakukannya, mahu atau tidak, dan juga dalam keterpaksaan dan kerelaan yang maksima, Cik Wiwi harus melakukan kerja lebih daripada biasa. Haru tak haru juga kulihat.

;cikwiwi, mana kain lap meja...
;cikwiwi, cuba tengok lauk kat meja...
;cik wiwi, gudie bag dah habis...
;cik wiwi, pergi ambik bunga telur...
;cik wiwi, bungkus nasi...
;cik wiwi, macam mana makan adab2...
;cik wiwi, kamu je ler masakkan ayam golek tu...
;cik wiwi, mana pinggan...
;cik wiwi, cawan dah habis....
;cik wiwi, pergi sambut tetamu...
;cik wiwi, buat announcement panggil sume family, untuk sesi bergambar... 
;cik wiwi, cik wiwi, cik wiwi, cik wiwi....

Itulah jadinya apabila ada pembantu2 yang diharapkan mula mencurikan tulang mereka. Dan akibatnya Cik wiwi pun naik darah sudaa... tone suara yang sewajarnya tinggi mujur tidak dapat ditinggikan gara2 Allah menarik keistimewaan itu sepanjang majlis berlangsung. Hilang suaranya,,.. Jerit macam mana pun la... takkan keluar. Dan akhirnya, apabila tiap kali orang bertanya, jawapan yang akan diberi telah menyebabkan orang yang bertanya kecewa dan mungkin juga give up. Jawapan terbaik adalah; TAK TAU! SAYA BUSY SEKARANG NI! ~ahah. kesian.,..

~ Majlis besar, maka keSEPAHannya pun BESAR!

Bab ni memang part paling tak disukai. Kena berkemas kesepahan yang berlaku. Banyak kot nak kena kemas. Stok periuk belanga, kawah besar yang digunakan dibiar kotor. Maknanya, tuan rumah juga yang kena bersihkan semuanya. Pada awalnya ingin memberi part sental/gosok periuk belanga/kawah buat pengantin tidak kesampaian, akhirnya bapa sipengantin pula terpaksa bekerja kuat melakukannya apabila pengantin kononnya ada sesi bergambar di luar. ~Cesss.... ketidakpatutan berlaku. Cik wiwi sekali lagi sudah habis bekalan sabar, terus mengcalling pengantin. Balik cepatt!!! ~ahaha. Kesian pengantin. :P

Bayangkan ler apabila pegawai2 yang biasanya duduk di kerusi sambil jemari di papan kekunci, dengan aircond lagi terpaksa bekerja keras gali lubang tanam sampah sarap, berkeja-kejaran membersihkan segala kekotoran. ~terima kasih kepada inche2 yang membantu mengembleng tenaga. Giliran kamu nanti, kupastikan si pengantin turun padang membantu kamu... :)

Akhirnya....

Ketika Cik wiwi sedang duduk bersendirian sambil memerhati segala barang2 yang telah siap dikemas dan dibersihkan, dia telah membuat keputusan. JIKA GILIRANNYA TIBA MASA AKAN DATANG, DIA TAK MAU MAJLIS SEBESAR ITU. KALAU BOLEH BIARLAH SERINGKAS MUNGKIN! TAK MAHU ADA SEBARANG PEMBAZIRAN YANG MELAMPAU BERLAKU. TAK MAU MENYUSAHKAN DAN MEMENATKAN MAK DENGAN ABAH. TAK MAU SEPERTI YANG SUDAH BERLAKU! inshaAllah dengan izinMu. :)