Thursday, December 23, 2010

Budak Malas, Tidak ada Jiwa??

Malas malas malas! Ish. Ape la nak jadi kalau malas. hehe. Bila dah tak ada jiwa, malas pun mula la menular. Bukan apa, kalau rasa hati tu dah tak berapa nak baik, mood pun macam ada wave je kan, mana tak nya malas pun sama bertandang. Lagi pulak, semua kerja yang dilakukan macam ada yang tak kena. Lepas tu, banyak la pulak alasan yang diberi kan. Haha. Padan muka la kalau kena marah lepas tu. Hehe.

Aku bukan apa, dah kalau penyakit tu nak datangkan, siapa pun tak boleh nak elak. Nak cari ubat pun, maca tak ada farmasi or klinik yang jualkan? Kecuali, diri kaw sendiri yang betulkan balik semuanya. Hmm.

Maknanya sekarang ni, jadi malas tak ada jiwa atau tak ada jiwa jadi malas? Mana satu yang betul ni? Hmm. Aku rasa, dua-dua ni memang tak boleh pisah la. Yer la, cuba bayangkan macam orang putus cinta kan. Bayangkan....

Bila tengah cinta:
- "i love u"
- "seluruh alam bagaikan milik kita berdua"
- "morning sayang! Dah breakfast?"
- "aku hanya milikmu"
- "... dan seangkatan dengannya.."

Bila putus cinta:
- "ketiaadaan hatinya"
- "cinta itu menyakitkan"
- "sayang..pahit untuk ditelan"
- "Kecewa..,"
- "...dan sebagainya la..."

Haha. Macam-macam la kata-kata yang keluar kan. Bila time manis, ayat yang keluar pun sweet je. Apa sahaja yang dilakukan pun, rasa tenang semacam je. Cuba time haru-biru, semua ayat yang keluar kalau boleh nak tuju khas kepada orang yang membuat angkara. Lepas tu, kalau buat sesuatu tu, jangan harap la hasilnya superb, hampeh lagi ada. Habis semua orang takda kene mengena pun kene tempias. Ambik kaw!. Benda-benda ni semua pulak selalunya dipost di wall-wall facebook la, Mayspace la, twitter la. Tak percaya, cuba perhati betul-betul.

Hehe. Aku bukan nak kata siapa, tapi aku sendiri pun macam tu jugak kot. Tapi nasib baik la belum sampai tahap kronik. Still under control. Hehe. Tapi sekarang, aku dah taknak jadi macam tu dah. I want to be better than before and try to be better. InsyaAllah.

Penyakit malas ni memang sentiasa menular kan. Hmm. Terpulang kepada individu itu sendiri la macam mana nak control supaya tak jadi makin kronik sehingga boleh bahayakan kesihatan. Hehe. Aku pun, bukanlah doktor. Sekadar memberitahu daripada pengalaman. Yela, dari aku elok-elok sihat, tiba-tiba kene penyakit ni, terus macam tak lalu nak makan la, masa makan tak betul, waktu tidur pun dah tak betul. Lepas tu, mula la aku demam plus flu and batuk bagai. Mata pun dah boleh jadi macam adik-beradik burung antoo. Hehe. Maka, pandai-pandailah sendiri. Dia sentiasa ada untuk membantu kita hamba yang lemah ni. InsyaAllah. ~peace ~__~

2 comments:

Sitikus~ said...

heehhe. time ngah cinta memang gitu..
time ptus pun lebih kurang la..
pandai ko ya..
hhuuuh..
penyakit M dah dtg,,
sape2 pun tak leh tulun,..
kita je leh bantu..hik3..
kalu dah dtg,sume benda tak jadi nak wat, kalu wat pun tak sepertinya

s a r said...

haha. thankz read beb! sayang kaw lebey ar beb.. ;p
aku bukan ckp spe2 beb.. hehe..
sape mkn petai, mulut dia yg bau.. hahaha..
pnyakit M sdg melanda aku kini.. haha..
smpai xde idea la naik tulis ape..
hmm.. btul beb! sume terpulang pd kt sendiri.
sendiri wat sendri tanggung la kan.. hehe