Friday, December 17, 2010

Perlu Fikir atau Buat Tak Tahu?

Biasalah kalau dah duduk rumah lama ni, macam-macam yang difikirkan. Kadang-kadang, benda yang tidak perlu dan tidak penting pun sanggup fikir macam ada masalah negara. hehe.. Buat masa ini, satu soalan yang sudah aku kategorikan sebagai maut (sikit lagi masuk inbox puaka.. hehe). Tiba-tiba kerajinan datang untuk menaip plak ;p

1) Kerja

Uiisshh..Ingat aku suka2 ke dduk rumah makan tidur je. Hmm.. biasalah, mulut orang. Bukan boleh tutup. Lain la mulut kucing, boleh jgak aku plaster je. Haha.. Aku lemah betul bila tiap kali soalan yang sama orang tanye. Fiil manusia. Tak sah kalau tak ambik tahu hal orang lain kan. Tapi aku tau, perangai yang ambik tahu atau dengan erti kata lain, busy body ni kadang2 baik jugak dari langsung tak tahu kan. Tambahan pulak, mulut makcik2 ni. Haru je dengar. "Kaw bile nak keje?.. Skrg kje ape??.. Kaw buat ape skrg??...Keje kat mne skrg?? Uishh,.. soalan beza, tujuan yang sama. Cesss.. Serabut je. Yang tanya tu pulak biasanya ada anak yang dah keje bagus2, gaji besar bagai. (Klau dah taw tu, tlong2 la aku ni cri pluang kje..ni x.. lgi mau kondem!)Ingat aku senang hati agaknya duduk rumah ni. Hmm.. Lagi bertambah risau apabila berat badanku turut bertambah! ngee,,.

Terfikirkan pula temuduga yang aku dah attend last 2 month. Hmm.. belum ada feedback lagi. Hopefully rezeki aku ada kat situ. InsyaAllah. Walaupun gaji tak sebesar mana, tapi aku berharap sangat dapat kerja tu. Ingin mencuba dan mencabar kemampuan sendiri. hehe.. Teringin jugak duduk jauh dari keluarga walaupun aku tahu akan ada yang tidak mengizinkannya. Hehe.. Tapi, kalau dah rezeki, takkan pula aku nak tolak kan. Seperti sahabatku perna berkata, "ada rezeki kaw kat mne2, cuma lambt atau cepat je kita tak tahu, kesabaran penting beb". Hmm.. memang itu yang aku pegang sejak aku melangkah keluar dari kampus untuk masuk ke alam pekerjaan. InsyaAllah. Ada hikmah dalam setiap kejadian yang ditentukan Allah.

Kata-kata orang sekeliling yang banyak memberi aku semangat, i appreciate it! (ulang ayt org.. hee) amatlah aku hargai. Bagi yang cuba membantu juga aku amat berterima kasih. hmm.. Andai sesuatu itu memang sudah tertulis bukan untuk kita, kita usaha bagaimanapunlah, memang bukan tetap untuk kita.

Teringat pula aku akan kejadian tertinggal ic semasa ingin menduduki satu peperiksaan. Kejadian tersebut amat aku kesali. Tapi, apa yang boleh aku katakan adalah, memang sudah terangan bukan rezeki aku. Apabila difikir semula, sebenarnya Allah dah beri pertunjuk kat aku. Aku sahaja yang tidak perasaan dan mungkin juga terleka. Malam sebelum hari kejadian, telah berlaku sedikit perselisihan faham ahli keluargaku kerana ada masalah sedikit untuk perjalananku ke tempat exam. Pada malam itu pun aku dpt dah dapt rasakan yang aku memang tak dapat nak attend exam tu. Hmm.. hari sebelum tu pula, semasa ingin mencari buku untuk exam, pda mulanya di kedai yang aku pergi dha habis. Aku dah redha je. Tapi, bila pegi kedai lagi satu, tiba-tiba ada pulak, itu pun aku orang yang terakhir beli (abg aku jgak yg kne kuar duet.. last2 xguna pun. huu..). Dari situ sahaja aku rse dah banyak Allah tnjukkan. Cuma aku tak perasankan. Hmm.. Past is past kan.. Let bygone be bygone! (semngu jugak la angin aku tak berapa baik! hehe..muhasabah diri!)


2) Kawen

Makk oii.. Lagi satu soalan haru. Dah bukan soalan cepumas dah ni. Ni soalan cepu berlian ke ape ntah. hehe. Hmm..Biasa la, ni soalan2 yang sentiasa berlanjutan sehingga la beranak-pinak. Itula manusia. Hari ini tanya, "Bila nak kawen", esok2 dah kawen plak, "Bila nak ada anak". Bila dah ada anak pulak, "Bila nak tambah lagi". Uuisshh,, macam soalan berantai pulak aku rasa. (sapa la yang cipta eh.. hehe). Aku tak kisah kalau orang sekeliling aku yang bertanya soalan2 tu semua. But, aku jadi kisah (mula la aku pgg kpla, tmnung sana sini pk.. hehe) apabila soalan itu diajukan oleh Ibuku. Sangat kisah!

Raya tahun lepas, dalam sedang aku membantu ibuku menjahit langsir (besela, nak raya la katakan.. hee..lgsir bru), sedang berbual tentang sahabat2 ku yang sudah mula mengorak langkah ke alam perkahwinan (dah ada ank 2 pun.. hee), tiba2 ibu ku bertanya kepadaku. Soalannya berbunyi,

"kaw tak ada 'KAWAN' lgi ke??"

Kawan disini bermaksud, kawan lelaki istimewa a.k.a boyfriend! Jawapan daripada persoalan tersebut adalah, senyuman paling manis disamping muka pelik mula ku tunjukkan. haha. Jawapan yang mampu ku beri,

"mak, kita xde sape nak kot. haha.. kawan lelaki ramai, yg nak kita mmg tak ada. Kita nak kje dulu la, ni keje pun takda." hehe..senyum lagi aku.

Aku ingat lepas dari tu, dah tak ada dah soalan yang sama. Rupanya ada lagi. Adoii! Hmm.. pada satu petang sebelum maghrib (dah nak maghrib) tak silap last 2 month, sedang elok bercerita tentang majlis pertunangan abangku (org sg.buloh)dan sepupuku (dgn org PAHANG! again.. huu), dengan tidak semena2 nenekku pula mengajukan soalan yang sama kepadaku. Hahaa.. double shock aku. Soalannya labih kurang sama. Tapi, bila aku menjawap tiada, nenekku bilang..

"takkan la tak ade langsung kaw ni, klau ada, ckp je ada"

Uishh,. aku pulak dgn tidak semena2 menjawab ada. hahaa.. gile ape ntah. Padahal takde. Sengal je pulak aku rase tiba2. Lancang sangat mulut ni. Hehe. Bukan takat tu je soalan, ade lgi soalan lain.

"orang mne? keje ape? kenal kat mna?"

Adoii! ambik sebijik! tergagap2 aku nk jwb. Dah boleh nyanyi lagu gagap dah. haha. Yang tak boleh tahan, jawpn yang kuberi agak diluar jgkaan,. PAHANG! hahaha.. gila la.. Apa lagi, dengan konfiden aku terus pusing cerita lain. haha.. cerdik tak aku?? ngee.. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa.

Berbicara tentang PAHANG. hmm,, Aku tak tahu la..Ade sahaja perkara-perkara yang terjadi dalam hidup aku ni berkait dengan PAHANG. Sebab ape? aku pun tak tahu. Hmm.. makin aku cuba elak, makin dekat pulak datang. Hmm.. Apa2 pun. Aku redha andai itu ketentuanNya dan yang dikehendakiNya. Seperti dalam ayat..

"Hanya urusanNya (Allah), bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Dia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia." Surah Yassin ayat 82.

Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik kepada umatnya andai kita sebagai hambaNya yang lemah sentiasa taat dengan segala perintahNya. InsyaAllah.

No comments: