Saturday, April 30, 2011

Suara azan

Assalamualaikum :)

Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat

Suara azan
Di langit tinggi
MengagungkanMu
Puji juga memuja Allahuakbar

Oh azan 
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembahMu
Tuhan yang satu

Bangun semua 
Bingkas segera 
Usah berlengah 
Lupakan lelah..

Telah terdengar suara 
Memanggil memuji yang Esa

Thursday, April 28, 2011

Melayu sama dengan Islam

Assalamualaikum :)

melayu-biar papa asal bergaya
melayu-islam separuh masak

Sambil tersenyum tenang aku mendengar ayat-ayat di atas dihujahkan dan sesekali menyampuk dengan membalas hujahnya dengan ayat-ayat yang bersifat natural untuk mengelakkan hujah tersebut menjadi terlalu berasid. ~dalam hati sebenarnya dah terasa sangat dah...but still cool.. open minded ok! Belajar terima pendapat orang lain :). Kita bercerita dalam ruang lingkup melayu-islam sahaja dengan tidak melibat kaum lain. Sensitiviti perlu dijaga. Takut pula aku disalah ertikan sebagai pencetus perbalahan antara kaum pulak. Hish! takmo takmo.

Tidak aku nafikan segala hujah-hujahnya kerana ianya disokong kuat dengan kebenaran yang berlaku di hadapan mata kita sekarang ni. Betul ke tak? Betul kan.. Yang paling menarik ayat melayu=islam separuh masak. Bukan nak tunding jari dekat sesiapa sebab diri ini pun bukan yang terbaik, ada lagi cacat celanya. Kebenaran di depan mata, takkan kita nak nafikan. Terima dengan hati yang terbuka andai kita terima kritikan tersebut.

~gambar hiasan semata :)
Biasa kita dengar ayat; "nama je melayu, hidup tak cara melayu pun.." ayat 'hidup tak cara melayu' tu dah tuju kepada agama kitalah. Agama Islam. Tidak mengamalkan cara Islam pun. Ada pula mulut comel lain berkata: "islam dalam ic je." Wahh..lagi sedap bunyinya ye. Haish! Astaghfirullah.. sekali lagi telan ajalah kalau ada yang kata macam tu kat kita.

Macam mana nak jadi melayu-islam masak sepenuhnya? Macam mana nak elak statement kat atas tu terkena lagi kat kita? Tu belum masuk kes dengki mendengki, santau menyantau sesama melayu dan pastinya Islam. Belum ditambah pulak dengan kes orang melayu=islam minta tukar agama, tu dah lain kes pulak. Astaghfirullah...

Statement biar papa asal bergaya. Tersenyum aku lagi sebab memang fiil orang melayu banyaknya macam tu. Tak percaya? cuba toleh di sekeliling anda. Benda ni boleh kait dengan rasa riak, ujub, takbur di hati. Ish ish. Tak tahulah nak cakap macam mana. Dengan erti kata lain, hipokritlah. Astaghfirullah...

Terima hakikat dan berpijaklah di bumi yang nyata. Entah mana silapnya yang boleh menyebabkan statement tersebut keluar. Janganlah nak tunding jari kat orang lain mana puncanya. Berbalik kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal untuk berfikir.

Okey, tak boleh nak bebel terlebih sebab diri ini memang bukan yang dilahirkan terbaik but masih mencuba untuk jadi yang terbaik serta tidak mahu terlibat dalam MELAYU- ISLAM SEPARUH MASAK!  
~InsyaAllah. i'll try my best! :)

Tuesday, April 26, 2011

Sekali Walimatulurus

Assalamualaikum :)

Al-kisah aku mendapat kad jemputan :)

Sar: Eh..korang..malam-malam datang rumah aku. ~tak sabar sambut tetamu :p

Rya: Assalamualaikum.

Nas: ~senyum melihat pertemuan dua sahabat dah lama tak jumpa. :)

Sar: Waalaikumusaalam..Masuklah dulu.

Nas: Eh, tak payahlah. Kita orang datang sekejap je ni nak hantar kad orang.

Sar: Yela..kad orang la sangat.

Rya: hehee..ala..dah tau lagi mau tanya..ni hah la datang nak jemput kaw..

Sar: Buat susah-susah je datang rumah aku. hehe ~aku dah tersenyum. terharu sebab diorang ingat lagi kawan-kawan lama. :)

Rya: Nah ni kad..

Sar: terima kasih cek..hehe..eh, satu je ke? lagi satu takde? kaw punye takde ke Nas?

Nas: aku punye tak siap lagi. ada dalam kereta tu..

Rya: kaw percaya arr sar cakap dia..

Sar: cehh.. cakap la betul-betul.. rumah kaw buat hari ape?

Nas: hehe.. rumah aku memang tak buat la..

Sar: Haa.. yeke.. bukan kaw sorang je ke yang tinggal kan..

Nas: yela.. memang tak buat. rumah aku buat hari ahad tapi buat doa selamat sambut menantu je la..

Rya: ha'ah..

Sar: kenapa tak buat? ~cehceh..aku memang suka tanya macam-macam :p

Nas: Ala..membazir aje la.. member2 tak payah susah-susah nak datang dua kali. jimat pun jimat. Yang jauh2 dah tentu payah nak datang. Tu yang aku buat sekali aja. tak penting pun.,

Sar: hmm..betul la jugak..

Rya: Ha'ah.. sekali je.. senang sikit pun..

~okey..finish! lebih kuranglah ceritanya macam tu. Ini sekadar pendapat je okey.. :)
Terpulang pada masing-masing :)

Ramai yang inginkan suatu majlis perkahwinan yang gah lagi power. Lagi besar lagi bagus. Erk? Yela..bagi yang berkemampuan dan bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Sebab, semua orang tahu yang wajib dalam perkahwinan adalah ijab dan kabul. Yang lain-lain itu banyaknya dipengaruhi oleh adat semata. Terpulanglah pada individu kan. ~tipula kalau kata aku taknak yang bagus-bagus yang cantik-cantik kan. Itu angan-angan je la. Jadi kenyataan atau tak, wallaha'alam. :)

Sebenarnya, ada bagus jugaklah perancangan kedua sahabatku ini. Kebetulan juga mereka xclassmate ku dulu. Maka, rakan-rakan pun dah lebih kurang sama. Macam-macam boleh jimat. Cukup dengan majlis sebelah perempuan aja. Sebelah lelaki cukup dengan majlis doa selamat dan menjemput ahli keluarga terdekat. Secara tak langsung mereka ni dah lakukan mana yang wajib dan dituntut Islam je. Alhamdulillah teman-teman. Semoga diberkati. InsyaAllah. :)

Bukan nak kata majlis gah lagi power tak elok...seperti ku bilang...terpulang kepada individu. Kedua-duanya pun tidak menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat. Semuanya kerja Allah kan. Dia maha menentukan segalanya. Itu semua sekadar syarat di dunia kan. ~oh aku ni pandai aja berkata. Astaghfirullah.. Sendiri tak tahu lagi. Cakap lebih-lebih pun tak guna kan. Fikir sendiri, kira-kira sendiri. :)



~semoga majlis kalian berjalan lancar :)

Sunday, April 24, 2011

Kesempurnaan milikNya

Assalamualaikum :)

Si R:

Si hensome/cantik, wife cantik/husband hensome, kerja terbaik..,kaya raya, rezeki melimpah-ruah, suka buat kebajikan, tidak menunjuk-nunjuk, keluarga bahagia, mempunyai pengetahuan agama TETAPI meninggalkan suruhanNya.

Si A:

Si hensome/cantik, wife/husband biasa-biasa aja, anak-anak comel sangat, kaya raya, murah rezeki, suka buat kebajikan, menunaikan ibadat TETAPI suka menunjuk-nunjuk, riak, takbur dan seagkatan dengannya.

Si T:

Si kurang hensome/cantik, husband/wife cantik/hensome gila, harta biasa-biasa aja, ilmu pun biasa-biasa je, melakukan segala suruhanNya, TETAPI tidak dikurniakan cahayamata.

Si P:
Si hensome/cantik, husband/wife hensome/cantik, salah seorang ilmu tak berapa nak tinggi, bersederhana dalam segala segi, melakukan suruhanNya, TETAPI sentiasa berbalah

Si G:

Si sesedap mata memandang, husband/wife sesedap mata memandang, kuat beragama, ilmu sama tara, keseimbangan dalam segala hal TETAPI anak-anak buat hal.

Si U:

Si sesedap mata memandang, husband/wife sesedap mata mata memandang, kerja biasa-biasa, ilmu biasa-biasa, tahu hal agama TETAPI buat-buat tak tahu, perasan bagus, macam dia tahu semua.


~okey. mungkin agak keterlaluan contoh di atas. Tapi hanya sekadar contoh :) Tu dari segi fizikal kejadian dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya. Contoh lain dan paling sangat suka pada zaman sekarang dan dulu kala pun bab 
C I N T A sempurna. Dah macam tajuk lagu Yuna dah ni :p


"CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah? Tepuk dada, tanya iman. Tentulah pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kini lebih daripada itu. Seolah-olah cinta itu segala-galanya. Padahal dalam realitinya, cinta sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumahtangga. Sementara belum dapat, dipuji dan dipuja. Tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang." 
(Pahrol.mj, 2006)


~nampak macam takda kene mengena pulak kan? huu.. Hmm.. cuba kaitkan pula dengan ayat ni...


"CINTA kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada harta, harta akan musnah, cinta kepada manusia, mereka akan mati. Tetapi CINTA KEPADA ALLAH ianya KEKAL SELAMANYA." 
(Imam Al-ghazali)

Hmm..Hanya Dia yang Sempurna. Tu sebenarnya yang disampaikan. Paling kecewa hati ini rasakan apabila orang tak sedar akan benda ni. Apa yang dia tahu, semua nak perfect. Mana nak dapat yang perfect? Ada ke? Tipulah kalau kata diri sendiri tak nak yang sempurna. Tapi tak salah untuk jadi yang lebih sempurna walaupun kita tak akan capai kesempurnaan itu. Apa nak buat jika mahukan yang sempurna? BELAJAR MENERIMA. Bila dah belajar menerima, then dapat diterima seadanya, secara tak langsung ianya sempurna di mata kita. InsyaAllah. :)

SubhanaAllah..~sadis pulak tiba-tiba ni. huu

Friday, April 22, 2011

Rindu kalian

Assalamualaikum :)


Dingin sunyi sepi malam
Indah alunan nyanyian si kecil
Tidak seindah alunan rasa di hati
Sukar diusir sayang dibuang
Terus menggamit memori silam

Gelak tawa tangis riang 
Pen kertas menjadi teman
Tekun menelaah demi ujian
Kerah keringat kerana tugasan
Semuanya indah baru semalam

Masa jelas terlalu deras
Jangkaan bertahun tapi cepat dirasakan
Takdir keadaan penentu perjalanan
Langkah diatur mencorak masa depan
Terpisah sudah sebuah ikatan

Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Terpisah jauh dekat diingatan
Kenangan kekal menjadi peneman
Rindu sarat kuat ditahan
Kiriman doa untumu wahai teman

~by s a r


~rindu mahu berhimpun kembali...adakah punya kesempatan?
wahai sahabat, ingatkah lagi pada diri ini.. hmm...
khas buat kalian.. ~_~

Thursday, April 21, 2011

suka sangat SABAR ni ^_^

Assalamualaikum :)

Wahh..melampau sungguh kaw sar! SABAR jugak yang kaw pilih.
Biasalah kalau diri sendiri tak berapa nak sabar kan...
Ikut suka hati aje ni. :p
Khas dibuat untuk seorang sahabat yang merundum kekuatannya gara-gara masalah yang dihadapi.
Juga kepada yang sudi membaca dan mencerna apa yang dibaca.
Untuk budak yang bernama S A R juga. ~budak lagi ke? :p
Kita sama tapi tak serupa sahabat! :)

Seorang rakan berpesan...lebih kurang macam ni bunyinya... ~aku buat dalam ayat ku sendiri untuk mengelakkan dituduh plagiat oleh rakan ku itu. Copy sikit je cek! :p


"Ujian Allah macam kita mendaki bukit demi bukit. Semakin jauh kita daki, semakin penat kita rasa. Lama-lama makin letih dan letih sebab semakin lama bukit tu semakin naik. Maksudnya kecerunan bukit itu bertambah. Rasa makin susah. Tetapi, kita tetap juga kena sabar sebab kita tahu bila dah sampai kat atas tu nanti akan ada angin dingin, permandangan cantik dan sebagainya yang indah-indah belaka dan mestilah kita dapat berehat kat situ walaupun sebentar kan."

~macam nak naik Broga Hills tu, apa tujuan utama nak datang situ bila sanggup subuh-subuh lagi dah datang kan :D.

"Bila nak turun, kita rasa senang sangat, tak susah langsung. Pada masa tu la dugaan Allah ibarat masa tengah kita bersenang-lenang. Bila sampai ke bukit yang lain pula, sekali lagi kita kena mendaki dan rasai benda yang sama. Rasa susah, penat, susah dan menguji kesabaran kita kepada Allah. ~pastinya akan keluar ayat 'bila lagi nak sampai ni.' Sampailah kat puncak sekali lagi, kita senang balik. Mendaki bukit ini akan terus wujud sampailah kita ke akhirat nanti."

"Itulah ibarat dugaan Allah kepada kita makhlukNya. Sebab itu tak boleh nak risau, mengeluh dan sebagainya sebab Allah tahu kita ada tahap kesabaran. Tak mungkin Allah akan uji orang semua sama dan sangat tidak mungkin akan rasa benda yang sama sebab hati diciptakan berbeza-beza."


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 
(Al-baqarah:286) 

"Sebab itu setiap kali setiap saat kita kena kembali dan sentiasa mengingatinya. Sentiasa mengadu kepada Allah sebab hanya Allah sahaja yang mampu buat kita berada di atas bukit itu."

Okey, berdasarkan apa yang dihadapi oleh cek s a r dan sahabatnya, hati mereka ini tak sekuat mana, mulut kata sabar, sabar, sabar...last tak sabar juga. Maka, keluarlah keluhan dari mulut comel masing-masing. Tengok macam kuat gila, tapi..hmm..hanya Allah yang tahu. Bila tengok orang lain yang lagi teruk dari mereka ini, kuat dan cool je. Macam orang takda masalah. Hati pun teringinlah nak jadi macam tu jugak. Maka, tanyalah apa tips dan kaedah yang digunakan untuk menjadi sedemikian rupa. Dan dicubalah tips tersebut. Malangnya, tetap tak berjaya.

Okey, masuk sikit bab HATI. Satu hakikat yang harus, wajib! cek s a r dan sahabatnya harus terima, setiap manusia dijadikan berbeza-beza. Terutamanya HATI. Apa yang orang lain rasa, tak mungkin kita akan rasa yang sama. Allah tahu hati masing-masing. Oleh sebab itulah kita tetap gagal untuk menjadi sekuat orang lain. TETAPI pasti ada cara lain untuk kita jadi sekuat orang lain dan itu semua terpulang kepada HATI SENDIRI.

Sekian terima kasih. :)




khas buat sahabatku:
Broga Hills telah kau takluki,
Nak duduk di buaian, terpaksa memanjat,
Kau kena kuat tetapkan hati,
teruskan bersabar wahai sahabat.

khas buat rakan yang menyumbang ayat biru:
Tengah busy dengan kerja dan study,
Sibuk jugak cari suri di hati,
Terima kasih ayat yang sangat bererti,
Lain kali bolehlah kau bebel lagi. :P

Tuesday, April 19, 2011

S A B A R lagi...

Assalamualaikum. :)

Pastinya akan ada kata, "sar, kau ni tak habis-habis dengan topik sabar" :p. Memang la pun sebab diri ini begitu lemah kalau bab sabar. Tajuk yang dah lepas sabar lagi dan sabar jangan sedih. Wahh.. benda tu semua bertepatan sungguh untuk diri ini :p. Tak kisahlah, bukan ada orang nak kisah pun kalau nak tulis 21 kali. :p Untuk ingatan diri ini yang cepat sangat lupa. Hari yang cerah harus dimulakan dengan perasaan yang cerah juga. Bukan macam semalam. Dahlah hujan, hati pun nak hujan jugak :p


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

"...Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (39:10)

~berulangkali aku letak ayat yang sama. tapi lupa jugak! apa la nak jadi kau ni sar!

Rasulullah saw bersabda;

"Sabar itu pelindung dari bala dan kesusahan dan pembantu bagi kehendak dan urusan"

Sayidina Ali r.a berkata:

"Sabar itu adalah kenderaan yang tak akan terjatuh dan Qanaah itu adalah pedang yang tidak akan tersasar."

Abdullah bin 'Abbas r.a berkata:

"Sebaik-baik persediaan atau persiapan ialah kesabaran menghadapi kesukaran."

Para Hukama berkata:

"Sifat sabar ibarat tali penambat hidung dari rahmat Allah yang terikat pada hidung orang yang sabar. Tali penambat itu dipegang oleh malaikat. Malaikat akan menariknya ke syurga. Akhlak yang jahat pula ibarat tali penambat hidung dari azab Allah yang terikat pada hidung orang yang berakhlak jahat. Tali pengikat itu dipegang oleh syaitan. Syaitan akan menariknya kepada kejahatan dan kejahatan pula menariknya ke neraka."




~tak ingat jugak...tak taulah kaw sar! Pandai je nasihat orang. Sendiri tak boleh nak handle. :p

Monday, April 18, 2011

Tears

Assalamualaikum :)

Setelah menjelajahi beberapa blog pagi ini, barangkali hari ini hari luahan rasa hati sedunia :p. Maka dengan demikian, ingin juga diri ini meluah rasa hati yang tak seberapa hari ni. :p

Rahmat Allah hujan yang membasahi bumi
Kerana Dia juga hujan di hati ini
Mungkin hati tak sekuat srikandiMu
Rintik jernih turun tanpa segan silu
Hanya kerana secebis tomahan
Merundum bekalan kekuatan


Sekalian alam menunduk dengan rahmatMu
Betapa syukur anugerah dariMu
Hati ini menunduk hanya keranaMu
Merintih sedih semua ku adu
Ketamakan mungkin menguasai diri
Ketenangan dipohon untuk kepentingan sendiri


Tekad hati ingin mendinginkan hati
Setiap dugaan sekuat hati cuba ditangani
Tapi hati ini tidak sekuat yang diingini
Petunjuk dariMu terlalu diharapi
Kepingan kesabaran harus terus ditimbuni
Perlu kuat lagi untuk terus mendaki




Percaya akan deru angin yang mendinginkan hati
Terus lagi mendaki ingin capai yang dihajati
Kegersangan hati menagih kedinginan angin
Kekuatan hati akan terus ku cambah
Hanya demi menakluki angin
Akan terus ku seka rintik yang menuruni
Hanya janji Dia yang kupercayai kini



~tears come out again because of one sentence that i heard...
I don't have the privilege to eliminate the words...
I would not to be question why i was chosen... :')

Sedia

Assalamualaikum

Mungkin pukulan hebat untuk mengingatkan hati ini....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 
(Al-Imran:185)


 
Peringatan terbaik Rasulullah saw tinggalkan... Baginda bersabda;

 "Mati mengejut itu adalah kerehatan bagi orang beriman dan kedukaan bagi orang jahat (yakni kafir atau fasiq)."  
~riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi dari Aisyah r.a.
"Seburuk-buruk waktu memohon maaf ialah ketika di ambang kematian dan seburuk-buruk waktu penyesalan ialah pada hari kiamat"
~riwayat Imam al-Baihaqi, Ibnu Asakir dan Ibnu Abi Syaibah dari Uqbah bin 'Amir al-Jauhani r.a., Abu Dardak dan Ibnu Mas'ud r.a. 
 


Sentapan di hati bertambah hebat apabila.....

Zaid bin Aslam menceritakan dari bapanya; "Jika masih ada bagi seorang mukmin itu dari darjatnya satu tahap yang tidak dapat dicapai dengan amalnya, nescaya Allah akan memberatkan kematian terhadapnya supaya dengan kesakitan dan kepayahan ketika hendak mati itu ia akan dapat sampai kepada darjatnya di dalam syurga. Jika sekiranya bagi seseorang kafir itu ada kebaikan yang belum dibalas, nescaya Allah akan memudahkan kematian baginya untuk menyempurnakan balasan bagi kebaikannya (di atas dunia), lalu (apabila ia mati) dibawa ke neraka."


SubhanaAllah... Astaghfirullah...

Thursday, April 14, 2011

Ketenangan yang dicari

Assalamualaikum

Apabila denyutan mula terasa di kepala, mulalah kurasakan heart beats juga turut terjejas. Niat hati ingin melelapkan mata sebentar dengan harapan denyutan akan berkurangan, tetapi malangnya tidak berjaya. Aku mencuba pula dengan membaca sepotong ayat سَلَامٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ  kerana yakin dengan kekuatan ayat tersebut. 

Dalam mata yang terpejam dan merasai denyutan mula berkurangan, telingaku pantas pula menangkap rentak lagu dari tv yang terpasang. Denyutan tadi yang kurasakan mula berkurangan, tiba-tiba bertambah sekaligus heart beats ku juga terasa unstable. Kubuka mata untuk melihat program apakah yang mengeluarkan lagu sedemikian rupa. Sedikit keluhan terzahir apabila kulihat suatu program realiti yang diminati oleh anak muda masa kini. Maaf, jiwa mudaku mungkin dah berlalu. Salahku juga kerana melelapkan mata di tempat yang salah! :p 

Dengan senang hatinya aku menukar ke channel lain tetapi tiada satu pun yang menarik perhatian. Maka, aku kembali ke channel asal tetapi ku mutekan volume tv. Disebabkan aku bersendirian mengadap tv berkenaan, maka aku berbuat sesuka hatiku tanpa ada bantahan :p. 

Mata ku pejamkan semula dengan azam yang baru bagi menghilangkan rasa denyutan di kepala dan hati yang mula tidak tenang. Malangnya, langsung tidak mendapat apa yang diinginkan. Kulihat rancangan tadi pun dah tamat tetapi disambung pula dengan rancangan yang hampir sama.  

Hampir setengah jam mata terpejam, tetapi dalam masa itu jugalah seakan-akan rentak lagu yang didengari tadi berputar-putar pulak dalam kepala ni. Ditambah pula dengan kondisi badan yang dirasakan mula mendapat effect daripada tiada ketenangan hati.

Semakin lama bertahan, rasa makin tak tenang. Bacaan tadi ku hentikan. Tetapi dengan tidak semena-mena, mulutku mengalun lagu Rabbani...Sekujur badan, berselimut putih,...Astaghfirullah... Mata kubuka, terus tv kupadamkan. Hanya satu je cara untuk aku hilangkan keresahan tak berpenghujung tu. Nyata ianya yang terhebat. Alhamdulillah...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured." (Ar-Ra'd:28)



~Because of beats in the head was reduced and heart rate began to stabilize, then I type in the rhythm of the feeling :p

Saturday, April 9, 2011

Janji berjanji

Assalamualaikum

Masa kecik ~

"Mak, esok besar kita janji nak jadi anak yang baik, kerja elok-elok, jaga mak, bagi mak duit banyak-banyak."

Dah besar ~ ala-ala lupa...

"Mak kita sibuklah. Nanti kita baliklah. Nanti kita balik, kita belikanlah mak ubat. Mak ada duit lagi kan." 

******************

Pinjam Dialog drama Durjana :)

"Pakcik, saya dah mungkir janji dengan ayah saya. Saya janji nak jaga dia bila dah berjaya nanti. Tapi saya lupa tu semua bila dah berjaya macam ni. Saya dan janji nak balas balik apa yang dia dah bagi kat saya"

"Naak, takda mak ayah yang pernah mengharapkan balasan daripada seorang anak daripada apa yang dia lakukan mahupun kekayaan anak tersebut. Cukuplah dengan kasih sayang seorang anak kepada mak ayah dan sedikit perkongsian atas kejayaannya"

******************

"Allah berikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhlukNya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga terselindung disebaliknya. Apatah lagi jika antara dua sahabat. Hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anak tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu." 
(hasrizal,2008)

******************

...Yang memelukku
Menjagaku
Memberiku kasih dan sayang
Mencintaiku
Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu...

******************


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-'Isra'-17:24)

~gambar hiasan :)



~terlebih ingatan kepada diri sendiri :)

Thursday, April 7, 2011

Eh terlupa laa...

Assalamualaikum

Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang mengingatkan agar sentiasa beringat dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan mencetuskan semula semangat untuk menaip sekaligus mengupdate blog ini. ~thanks dear! biasalah kalau dah meningkat umur ni..:p. Jika sebelum ini puas fikir akan perkara apa yang harus diisi dalam ruangan post, sehingga menyebabkan mood untuk menaip turut hilang dibaham setiap saat yang berlalu. Apatah lagi mengenang apa yang sedang berlaku. Astaghfirullah... ~apalah yang kau nak jadi ni sar :p

Ok. Topik ringkas je. Terlupa, pelupa, buat-buat lupa. Samalah dengan slogan tika dulu seorang hamba Allah sebut "melayu mudah lupa!". ~actually, tak ingat pun sapa sebut :p. Erk! Melayu je ke yang lupa? Hish! Perkataan MANUSIA sebenarnya yang lebih sesuai kot. Fitrah manusia memang mudah terlupa atau dengan erti kata lainnya nobodys perfect! Allah tak jadikan manusia itu maksum melainkan Rasulullah saw. Sebaik-baik manusia yang amat dikasihi Allah. Sehinggakan ketika kewafatannya sendiri, malaikat Jibrail tidak sanggup melihat. Allahuakbar... Cuba bayangkan kalau semua mengikut sifat-sifat yang ada pada Rasulullah? SubhanaAllah Alhamdulillah... :)

Tetapi, kita hanyalah manusia biasa masih ada cacat cela, dan kita diajarkan untuk menjadi yang lebih baik dengan meninggalkan segala sifat mazmumah bukan? Supaya hidup kita sentiasa di berkati Allah. Disebabkan sifat terlupa yang sentiasa ada dalam diri manusia yang kadang-kadang menyebabkan apabila tersasar, lupa nak toleh ke belakang dan tiada pula yang mengingatkannya, tu yang terus hanyut dibawa arus seperti sampan yang hilang kemudinya. Makin deras arus, makin jauh hanyutlah sampan tu. Kalau nasib baik, tersangkut di mana-mana. Kalau nasib makin tak baik, terus karam di dasar tak timbul-timbul. Astaghfirullah.. ~apakah yang dibebelkan ni. Hish! ingatan lebih pada diri yang selalu lupa ni :p


Aku pernah dengar orang bertanya soalan berikut, dan biasanya terzahir di mulut-mulut orang yang menghadapi suatu kematian orang tersayang.

"Kenapa orang baik-baik cepat Allah ambil (1) dan kenapa yang kurang baik dibiarkan panjang umur (2)?"

Sebenarnya aku sendiri takda jawapan yang spesifik untuk jawab soalan tu. Tapi jawapan yang pernah aku dengar:

(1) "Allah lebih sayang yang baik itu sebab Dia taknak bagi seksa yang berat pada mereka tu"
     "Dia taknak yang baik-baik tu buat yang tidak baik"
     "Dah tiba masanya. Memang sampai situ saja umur yang Allah beri"

(2) "Sebab Allah nak diorang ni buat lagi dosa banyak-banyak"
     "Allah nak bagi peluang bagi mereka ni bertaubat"
     "Mereka ni akan mendapat pembalasan yang lebih banyak dari Allah"

Erk?. Ok, aku akui, memang aku tak tahu kesahihan jawapan berikut sebab satu saja yang aku tahu, itu semua kerja Dia dan memang telah ditakdirkanNya nasib seseorang manusia itu sedemikian rupa. Cuma bagaimana dan bila kita tak tahu. Dia yang paling berkuasa di alam fana' ini. :) Untuk kaitkan dengan topik ni, kita ambil soalan no 2, "orang kurang baik panjang umur" dan jawapan yang aku rasakan paling sesuai "Allah nak bagi peluang bagi mereka bertaubat". ~just my opinion ok! :)

Yang tersasar ini pastinya dah terlupa menyebabkan dia dengan suka-suki, riang-riang, gelak ketawa ~yang ni, syaitanlah yang paling suka tengok sebab anak cucu Adam terus sesat, terus berada di landasan yang salah. Tapi Allah tu Maha Besar Maha Adil. Pintu taubat sentiasa dibuka dengan luas kepada hambaNya yang sentiasa terlupa agar kembali sujud kepadaNya. Kepada yang beringat tu, apalah salahnya menabur bakti kepada yang terlupa walaupun senipis syiling 50sen.~tebal sikit, jangan kedekut sangat! :p.

Ingat mengingati antara kita. Bukan untuk kebaikan diri sendiri tetapi kebaikan bersama. Bak kata cek lyana, "we are in the same examination hall." ~oh cek lyana, saya pinjam tajuk entry kamu yang cute tu :). Ingat mengingatilah sesama sendiri walaupun orang yang diingati tidak mahu mendengar atau sengaja memekakkan telinga. Biarlah sampai dia boleh hafal apa yang diingatkan kepadanya.

Ok, bercakap memang senangkan? Cuba buat tengok. Termasuklah aku yang ilmu tak seberapa ni. Setakat cakap, semua orang boleh bersuara. Jangan tanya kenapa ada yang give up memberi ingatan kepada yang dah tersasar dijalanan. Lepas tu, mesti keluar dialog popular ni;

"alaah.. lantak kau lah. aku ingatkan je. nak ikut tak nak ikut terpulang. kubur masing-masing!" ~erk? @_@ 

Terutamanya bagi mereka yang memang dah taknak tukar jalan dan Allah pun memang tak mengizinkannya pulang ke jalan asal. Allah tidak sekejam itu membiarkan hambaNya tersasarkan? Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. InsyaAllah Dia memang sentiasa akan membukakan pintu hati untuk kembali kepadaNya.

Oh. Terlebih membebel pula macam diri tu bagus. Astaghfirullah... Hambamu ini masih belajar...

"We are on the same way, same track, same beliefs, the same guidance. Together we remember each other!" ~including myself :)




pesanan khas :p - 
jangan makan semut. nanti cepat lupa. kata mak saya. :p

Monday, April 4, 2011

Repent

Assalamualaikum.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it]" (Al-a'raf:34)

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.


"kalau mati terus takpa, dari merana seumur hidup"

Erk? More beats in my head! dengan rasa kepala yang macam tak cukup oksigen, itulah kata-kata seorang hamba Allah yang begitu menusuk dan jadi breakfast telingaku pagi tadi. Barangkali dia sedang mengenang nasib ataupun sekadar mengingati orang lain. Tu aku tak tahu sebab aku tak dengar butiran kata-kata yang seterusnya.

Tapi cara dia cakap, aku tak berapa nak setuju. Seakan-akan ayat "merana seumur hidup" menunjukkan tiada makna lagi hidup ini. Ok, ini sekadar pendapat dari seorang yang masih kurang ilmu ni. :).

Ajal maut pertemuan kan di tangan Allah. Bukan senang-senang nak meninggal melainkan memang seperti yang dikehendakiNya. Sudah cukup ke iman di dada sehingga senang-senang nak meninggalkan dunia ni? Atau sudah bersiap sedia menghadapi hari perhitungan? Allahuakbar...

Seseorang yang mengalami kesusahan, kemusnahan dan kecelakaan terutamanya yang telah menyebabkan tidak keupayaan fizikal seumur hidup tapi masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ni untuk apa?? Bukankah ianya peluang kedua untuk kita lebih menghayati dan menyedari betapa besarnya kekuasaan Dia terhadap hambanya yang lemah ini seterusnya menyesali dengan apa yang telah dilakukan. Atau dengan erti kata lain TAUBAT dan menyesali dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.

hmm. Tidak dinafikanlah yang "merana seumur hidup" memang tidak diingini berlaku kepada sesiapa pun dalam muka bumi Allah ni. Contohnya bencana alam dan musibah lain juga yang telah memberi impak terhadap kehidupan seseorang itu. Bolehkah kita jangka perkara tersebut nak berlaku pada diri kita? Tidak bukan? Langsung tak tercapai akalmu. Semua kerja Dia dan pastinya mempunyai sebab musabab. Masalah besar sekarang ni kepada diri MANUSIA itu sendiri. SEDAR ke TAK SEDAR ini semua berlaku? hmm. ~emosi terlebih pulak :p

Hmm, ok lah. Diri ini tiba-tiba rasa tak layak nak komen lebih-lebih hal ni sebab masih lagi terkapai-kapai memahami. Ini juga kerana, banyak perkara yang telah dan sedang berlaku dalam hidupku banyak mengingatkanku tentang kehidupan selepas ini. Cukup mengingatkan aku betapa berkuasanya Allah dalam menentukan takdir setiap hambanya di muka bumi ni. Cukup mengingatkan betapa indahnya peluang yang diberi untuk bernafas saban hari. Cukup mengingatkan bahawa bukan mudah untuk mendapat peluang yang ke-2. Beringat sementara 'pintu' itu belum tertutup. SubhanaAllah.

I hope You will give me another chance to breathe on this earth to appreciate the beauty that You gave to me. InsyaAllah...amminn. ^__^

Saturday, April 2, 2011

Kerana kurang senang

Assalamualaikum :)

Disebabkan terlebih rajin, maka aku nak kongsi satu cerita seorang hamba Allah setelah mendapat permission darinya. Kisah ni hampir sama dengan cinta dan hikmah cuma situasi yang berbeza. Aku rasa ingin berkongsi akan cerita ini kerana sedikit sebanyak menyamai situasiku dan banyak beri pengajaran juga kepadaku. :)

'Kerana kurang senang' sebenarnya lebih kepada cara kehidupan seorang hamba Allah ni (F). Dia bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang tapi cukup bahagia dengan apa yang dia miliki sekarang ni. Seperti entry lepas tentang seorang sahabat yang mengambil keputusan untuk berubah kerana ujian cintanya, tapi kali ni si F berubah kerana cara kehidupannya yang kurang senang (tak kaya). Satu yang buat aku respect dengan F ialah akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Alhamdulillah.

Ringkasan peribadi F

Seorang yang 'suam-suam' kuku menunaikan tanggungjawab agama tapi agak mahir perihal agama. Masih mengikut batas-batas agama, tapi tidak melaksanakannya dengan erti kata yang sebenar. Cepat marah. Apabila berkata-kata, straight to the point. Cakap ikut suka sampai kadang-kadang ada member yang terasa. :p. Keistimewaannya, dia mudah menghafal apa sahaja termasuk doa-doa. Mudah berkawan dengan sesiapa pun kecuali lelaki. Agak komited apabila melakukan sesuatu kerja. Waktu serius, dia serius. Waktu gelak, dia gelak betul-betul. :p

Sukar dipermulaan

F merupakan salah seorang anak harapan keluarga memandangkan antara adik-beradiknya dia yang berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Alhamdulillah. Pada mula dulu, rancangan awalnya selepas tamat SPM, dia hanya ingin menyambung di ting.6. Tapi, mungkin rezeki menyebelahinya apabila dia diterima masuk ke ipt selepas 2 minggu di ting.6. Pada awalnya, F memang tekad untuk tidak ke ipt memandangkan keluarga bukanlah senang, tetapi untuk tidak menghampakan harapan tinggi keluarga, F pergi juga.

Kesukaran bermula apabila perbelanjaan di awal pengajian (sebelum dapat ptptn) mak ayah F tidak mempunyai wang cukup dan terpaksa meminjam daripada ahli keluarga lain. ~huh, sedih pulak tetiba. F dapat tahu dan hampir membatalkan sahaja rancangan ke ipt. Tapi disebabkan dorongan orang yang memberi pinjam, F gagahkan juga. Nasib banyak menyebelahi F sepanjang tempoh pengajiannya. Apa yang diminta, sering ditunaikan ibubapanya sehingga ada adik-beradik yang cemburu akan keistimewaan yang dia dapat.

Dikelilingi yang senang

Sepanjang pengajiannya juga, F berkawan dengan kawan-kawan yang dari golongan agak berada sehingga rasa terbit dihati tidak layak berkawan dengan mereka. Keadaan F yang tidak kelihatan seperti orang susah, menjadikan sahabat-sahabat lain selesa berkawan dengannya lebih-lebih lagi menjadi tempat rujukan sahabat lain terutamanya bab agama. Sahabat lain tidak tahu akan keadaan yang sebenar dihadapi oleh si F.

Sampai pada satu tahap, F semakin menjarakkan diri dengan sahabat-sahabatnya kerana merasakan dia tak layak untuk berkawan dengan mereka. Lagi satu yang membuatkan F menjauhkan diri adalah disebabkan berasa caranya berpakaian dan fizikalnya tidak sama dengan sahabat yang lain. Boleh dikatakan, sahabat yang lain mempunyai rupa paras yang indah belaka, pakaian berjenama, up to date dengan erti kata lain tak sama la dengan si F yang berasal dari kampung ni. Sehinggalah tamat pengajian, F masih bersahabat lagi cuma tidaklah seerat di awal perkenalan.

Lupa nak bersyukur

F melanjutkan lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi atas dorongan keluarga juga yang inginkan dia menyambung pengajian. Dan sekali lagi juga dia dikelilingi orang-orang berada. Tapi F diterima baik oleh sahabat yang lain dan waktu itu, F cuba mengikuti setiap rentak sahabat-sahabat ini. Contohnya dari segi berbelanja. Semasa inilah F semakin selesa dengan apa yang dia miliki dan lalui. Kerap kali juga wang pinjaman tidak mencukupi dan meminta wang daripada mak ayah. Belajar tetap belajar juga dan Alhamdulillah keputusan yang baik.

Cumanya, cara kehidupannya jika dilihat sedikit mengecewakan. Walaupun masih menjaga tatasusila sebagai seorang perempuan, tapi caranya kurang menyakinkan. Agak liat menunaikan apa yang sewajarnya ditunaikan. Astaghfirullah.. F semakin tak sedar akan keistimewaan yang dimiliki, kemudahan yang dia dapati atau dengan erti kata lain lupa untuk bersyukur akan kesenangan yang diberi oleh mak ayah dia. Cuma yang dia tahu, apa yang tidak ada atau tak lengkap, hanya meminta sahaja. Dia lupa nak bersyukur dengan apa yang ada.

Pada mulanya, F tidak menyedari akan keistimewaan yang Allah beri padanya ditarik sedikit demi sedikit. Dia mula rasa kepayahan untuk melaksanakan satu tugasan. Semakin sukar memperolehi wang kerana mak ayah juga tidak sentiasa mampu untuk memberi wang tambahan. Itu dia akui dan memang terpaksa akui kesusahan yang berkaitan dengan wang perbelanjaan. Walaupun mendapat keputusan yang baik, tetapi usaha untuk mendapatkannya terpaksa dikerah lebih daripada biasa. F masih tak menyedari apa yang sedang berlaku.

Langit tak selalu cerah

Pada waktu ini juga, dia berkenalan dengan seorang senior (B) yang banyak memberi kesedaran kepadanya tentang apa sebenarnya Islam. Satu lagi keistimewaan yang mula ditarik sedikit demi sedikit oleh Allah ialah keupayaannya untuk menghafal sesuatu. Semakin begitu sukar dan seringkali juga F menangis akan kepayahan tersebut. B banyak membantu F agar menyedari apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh F as a Muslim.

Lagi satu kesukaran yang dialami oleh F ialah dia sukar untuk membaca Al-Quran dengan lancar dan juga tidak mengingati akan hukum-hukum tajwid yang sewajarnya dia tahu apabila membaca ayat suci. Menangis lagi dia mengenang nasib. ~huu... B juga yang membantu F dalam mengenal semula hukum-hukum tajwid. Alhadulillah. F mula membaca Al-quran yang sudah lama dia tinggalkan kerana terlalu taksub dengan kehidupan dunia.

Diuji lagi ~sikit lagi macam aku :p

Tamat pengajian dengan keputusan yang boleh membanggakan, F masih terkial-kila mencari kerja kerana kelihatan nasib tidak menyebelahinya. Walaupun telah banyak temuduga yang dihadiri tetapi masih lagi tidak mendatangkan hasil. Dan selama itu jugalah, dia hanya tinggal di rumah sedangkan sahabat lain telah memulakan kerja masing-masing.

Disebabkan rasa rendah diri dan kurang bernasib baik, dia mengasingkan diri dari sahabat-sahabat. Semakin hari F merasa semakin tertekan dengan keadaan yang dialami. Tambahan pula tomahan dan kritikan yang diterima daripada orang sekeliling seakan-akan mentertawakannya kerana tidak mempunyai kerja walaupun belajar di menara gading. Lagi menyedihkan apabila ada orang yang terhampir turut menghamburkan kata-kata yang sama dan menyalahkan si F seperti tidak berusaha mencari kerja. Maha lemah si F waktu ini.

Jika sebelum ini sebarang masalah yang dihadapi akan diceritakan kepada seorang teman rapat (S), tetapi tidak lagi kini. Segala ketenangan yang dia perolehi setelah bercerita kepada si S, tidak lagi dimiliki. Saban hari semakin keresahan yang dirasai. F mengambil keputusan untuk tidak lagi menceritakan apa-apa lagi tentang dirinya kepada si S kerana beranggapan, tiada apa yang dapat mengubah masalah yang dihadapi melainkan dirinya sendiri.

Lagi sekali 

~hiasan semata
Disebabkan di dalam keluarganya, masih ada lagi adik-adik yang bersekolah, dan hanya si ayah yang tidak bergaji besar menanggung seorang diri semuanya, F berasa semakin bersalah kerana tidak lagi bekerja dan memandangkan apa yang diingini tidak lagi dapat ditunaikan oleh mak ayah apatah lagi wang belanja. Jika dilihat secara fizikal, F bukanlah dikategorikan dalam orang miskin, tetapi hakikat sebenarnya tiada siapa yang tahu macam mana sukarnya untuk mendapat wang.

Disebabkan keadaan rumah F yang agak jauh dari pekan atau bandar, hasrat untuk bekerja sementara terpaksa dilupakan memandangkan mak ayanhnya risau akan perjalan pergi dan balik kerja nanti terutamanya di waktu malam. F akur itu semua. Alhamdulillah, ibu dan ayahnya bukanlah jenis yang 'bising' dan memaksa untuk bekerja. Tapi F tahu yang mak ayahnya meletak harapan tinggi kepadanya.

Mak si F yang tidak bekerja dan sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma, kadang-kadang mengambil tempahan untuk memasak kuih-muih. Pada waktu terluang pula, jika ada kesempatan si ibu akan mencari daum kelapa untuk membuat penyapu lidi. Selain membantu lakukan kerja-kerja rumah, si F la yang membantu untuk buat penyapu lidi tu dan ibunya akan menjual walaupun harganya murah. ~sadis pulak tetiba. huu

Tenang di hati.

Resah di hati memang tiada siapa peduli melainkan Allah. Si F mula berubah ke peringkat seterusnya kerana mula percaya dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah satu lagi perubahan yang dapat ku lihat. Pada mulanya F agak sukar untuk melakukan apa yang sewajarnya dilakukan, tetapi dia tetap mencuba.

Segala kritikan yang diterima oleh F, sangat menyesakkan fikirannya dan seringkali itu jugalah dia menangis. ~aku faham ni huu. Perubahan yang F lakukan memang berbaloi apabila dia mula menyedari ketenangan yang sebenar dicari. Alhamdulillah. Perubahan hanya kerana Allah. Apa yang dirasai, masalah yang dihadapi, tiada lagi tempat lain untuk mengadu selain Allah. Kematangannya dalam menangani masalah yang dihadapi cukup aku kagum walaupun perubahan yang dilakukan memberi kejutan kepada sahabat lain. Alhamdulillah. Tidak kurang juga yang cuba mempertikaikan perubahannya. SubhanaAllah. Sabar je la F. :)

the end.........

Agak-agaklah kan.. berubah ke F if semua ni tak jadi padanya. hmm.. Dia lagi maha mengetahui. Pengalaman pembelajaran terbaik. :) InsyaAllah


~terover pulak panjang... ~__~

Friday, April 1, 2011

Cinta dan hikmah

Assalamualaikum

hee,. lari dari kebiasaan. Jiwang pulak tetiba lepas terbaca beberapa artikel kisah cinta dan sebuah movie korea bertajuk "The Relation of Face, Mind and Love (2009)." Peminat cerita korea mesti tau kan. :p.

Secara ringkasnya, movie tersebut berkisar tentang cinta antara si kacak (K) dengan si kurang cantik (C) yang pada mulanya si K ni ada masalah penglihatan sementara akibat kemalangan yang mana apabila dia melihat seorang yang cantik, pada pandangannya adalah hodoh dan begitulah sebaliknya. Dia jatuh cinta pada si C kerana melihat si C adalah cantik pada pandangannya. Apabila penglihatannya pulih, si K tidak dapat menerima si C. Tetapi akhirnya, dia sendiri tidak dapat lupakan si C dan menerima C seadanya.

Kesimpulannya, cinta itu satu anugerah yang Allah beri kepada hambaNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dan tidak mengenal paras rupa ataupun fizikal. Perkara tersebut bukan hanya di alam movie atau drama sahaja, tetapi di alam realiti ini. Seperti yang kita tahu, tiada cinta yang sempurna di muka bumi ini melainkan cinta Allah yang kekal abadi.

"Cinta terhadap bunga, bunga akan layu, cinta kepada harta, harta akan musnah, cinta kepada manusia, mereka akan mati dan cinta kepada Allah ianya kekal selamanya." (Imam Al-Ghazali)"

Aku nak kongsikan kisah cinta seorang sahabatku (U) yang kini masih lagi tercari-cari :p. Macam yang aku kata tadi, Allah menganugerahi rasa cinta tu kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki sebab Dia yang lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. :) ~ayat-ayat berikut sekadar untuk menyedapkan cerita :p

Cinta 1: Dalam diam (U & K)

Di alam remaja, U meminati seorang rakan sekolahnya sendiri tanpa dipaksa apabila mula terbit rasa kasih pada si K. Berkawan tetapi bermusuh. Sentiasa akan ada perkara yang menyebabkan bertegang leher masing-masing untuk pertahankan pendirian. ~Aku sebagai pendengar setia :). Pada masa yang sama jugak, si K kerap kali meluah perasaan hati yang dia meminati seorang pelajar lain. Dari situ mereka rapat walaupun sentiasa juga bertengkar. Tapi apa boleh buat, U sedar bahawa cintanya tidak akan kesampaian kerana tahu akan kemahuan dan pilihan hati si K. U tidak ada ciri-ciri seperti yang diingini oleh K. Cinta dalam diam je la kan.

5 tahun bersahabat, dan apabila masing-masing menginjak ke alam dewasa, mula membuat haluan masing-masing dan U mengambil keputusan untuk lupakan sahaja tetapi si K jugaklah yang dinanti apabila dia tidak menerima mana-mana pun hasrat hati lelaki lain. Walaupun sudah lama tidak berhubungan, U setia menanti. ~ada ke lagi rasa cinta di hati?? :p

Cinta 2: Cinta tidak bersua :p (U & Y)

Kisah bermula apabila si U ingin membuat panggilan telefon kepada seorang sahabat yang dikejauhan. Memandangkan sahabatnya itu selalu benar menukar no telefon, ada sekali tu ada no yang tak dikenali missed call. Maka, si U pun dengan confidentnya memarahi si pemisscall dan beranggapan dia adalah sahabatnya kerana missed call 2 3x tapi bila call semula tak berjawab. Banyak meseg yang dihantar oleh U kerana beranggapan 'sahabat'nya itu sengaja mempermainkannya. Dan pada itu jugalah rupanya dah salah orang, si Y rupanya. Dan sejak itu, berkawan walaupun tidak pernah berjumpa dan bertukar gambar sebagainya.

Hampir 5 tahun berkawan dan dalam pada itu, ada beberapa kali juga si Y mempelawa untuk kawan lebih rapat@couple dan berjumpa. Disebabkan ketiadaan keberanian dan kurang mempercayai cinta tersebut, maka mereka teruslah berkawan. Masuk tahun keempat berkawan, si Y sekali lagi mencuba nasib dan akhirnya si U menerima mengambil keberkatan hari raya qurban katanya :p. Tapi hubungan tersebut hanya bertahan 3 bulan sahaja itupun selepas mereka bertukar gambar. Malangnya, si Y mendiamkan diri begitu sahaja sehinggalah si U rasa betapa bodohnya diri kerana mempercayai seseorang yang belum pasti kewujudannya. Lagi bertambah malang, emosinya terganggu ~sahabat di sekeliling kena tempias :p, dan time tu pula berada dikemuncak pengajiannya. Nasibnya agak baik kerana, dia bukanlah seorang yang cepat melatah kerana U dapat fokus kepada pengajiannya tanpa mencampurkan urusan peribadi.~even mukanya ketat selama seminggu., fuhh! :p

Alhamdulillah. Semenjak kecewa akan cinta jauh itu, U mengambil keputusan untuk tidak mengenali dengan mana-mana lelaki lagi sehinggalah tamat pengajiannya. Belajar dari kesilapan. :)

Cinta 3: Nak tak nak (U & R) 

Disebabkan kisah-kisah cinta tak berapa nak sampai, dan rasa kurang percaya pada cinta manusia bernama lelaki, sekali lagi Allah uji dengan datangnya seorang hamba Allah yang ingin mengenali si U dengan ikhlas. Si U sekali lagi ragu-ragu untuk menerima keikhlasan hati si R kerana kisah yang lalu dan tidak yakin akan pertemuan di alam maya. U dan R bersahabat baik. Tapi Allah Maha Kaya lagi berkuasa, dititip lagi perasaan kasih di hati U untuk menerima si R. Malangnya, pada satu tahap yang si U sudah mula menerima kehadiran si R, pada waktu itu si R telah menukar status di akaun mukabukunya berhubungan dengan seorang yang bernama I. Kecewa lagi di situ apabila U dalam diam menyukai si R. Semenjak itu, U mula menjauhkan diri dari R dengan mengurangkan kekerapan berhubung.

R dapat mengesan perubahan tersebut dan R juga dapat mengesan yang sebenarnya si U suka akan dirinya. Disebabkan pendirian diri si U yang agak ego dan sekali lagi terasa dikecewakan, sekali lagi itu jugalah si U membuat muka ketatnya selama seminggu. ~sekali lagi kawan kena tempias :p, dengan niat untuk melupakan sahaja si R dan tidak mahu lagi berkawan dengan si R. Tapi, akhirnya mereka berkawan juga cuma tidak serapat yang sebelum ini.

Selepas je kes cinta tak kesampaian, si U membuat keputusan untuk tidak bermain lagi dengan perasaan cinta sesama manusia ni. Setelah seminggu (mendiamkan diri+muka ketat), U telah banyak berubah sehinggakan aku sendiri agak terkejut dengan perubahannya. Tidak lagi seaktif dengan mukabukunya, suam-suam kuku sahaja dan banyak perubahan lain. Dan apabila berbual dengannya, kelihatan jiwanya yang dulu keras, jadi lembut dengan perubahan yang dilakukan. Alhamdulillah. Kalau dulu si U ni agak 'degil' dalam melakukan amal ibadat, Alhamadulillah, segalanya berubah. Kini U lebih matang dalam menangani semua masalah yang dihadapi dengan adanya rakan-rakan yang sudi membantu. Alhamdulillah. Cuma, maybe ada segelintir rakan yang tidak menyenangi perubahan dirinya. Hak masing-masing untuk menilai. :)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya" (Ar-ra'd:28-29)

Kata si U kepadaku, "biarlah jodoh Allah yang tentukan, panjang umur, ada jodoh insyaAllah, adalah baitul muslim nanti"~ dia senyum.

okay, end of the story... :)

hmm. Jelas bukan? hikmah dari ujian yang Allah beri. Bayangkan kalau si U tak lalui semua ini, berubah ke dia menjadi seperti sekarang? Nak ke dia membaca buku-buku ilmiah seperti sekarang? Nak ke dia meminati perkara-perkara yang berkaitan dengan agama? Nak ke dia tinggalkan melayan lagu-lagu yang merosak jiwa? Nak ke dia tinggalkan fiil-fiil lama dia tu semata-mata kerana Allah. Nak ke?? Astaghfirullah... Besarnya kuasa Allah.

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah ianya satu perubahan yang baik. Semua yang berlaku bersebab. Dan pastinya penyebab itu adalah suatu yang baik. Hanya yang baik datang dari Allah. :)Jadi pengajaran kepadaku dan sahabat yang lain :)



"apabila kita berubah jadi diri kita yang terbaik, Allah akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir" (Ms,2010)

InsyaAllah... Hanya Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya ^__^ 
ingatan kepada diri sendiri :p huuu

Setiap kejadian berpasangan

Assalamualaikum

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Exalted is He who created all pairs - from what the earth grows and from themselves and from that which they do not know.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
(Yassin:36)  


~gambar hiasan semata.. :)

~fadhilat ayat ini adalah baik diamalkan bagi yang belum berkahwin@single and available :p agar dipertemukan jodoh.
cara: Baca dan berdoa, kemudian hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. 
InsyaAllah semoga diperkenankanNya ^__^