rusuhan hati
Secantik wajah indah di mata
Secantik tubuh ragui nafsu
Setabah jasad yakin zahirnya
Secantik setabah kaburi rusuhan hati
Tertipu menilai sepasang anugerah
Rusuh hati senyap di dalam
Diam merusuh jangkiti jiwa
Tak terluah rasa menyesak
Menghimpit kuat resah
Nafas ditarik kuat tersekat
Rusuh menggunung
Resah mengganda
Rintih sedih mengabdi
Namun hati tetap hati
Derap langkah kian lewat
Air jernih lebat mengaburi
Sesak dada tak tertanggung
Kejap mencengkam tangkai hati
Ke mana hilang ketenangan
Ke mana hilang kekuatan
Lari menyepi sembunyi diri
Cari mencari ligat mencari
Penat tak tercari ditangisi
Akhir hati kalah sendiri.
~by s a r
oohh... +_+" |
+_+"
destinasi cinta yang dicari...
sebenarnya terlalu hampir...
hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
~mestica
astaghfirullahal'azim...
No comments:
Post a Comment