Wednesday, October 30, 2013

Tak yah nak MISS U sangatlah!

Assalamualaikum :D ~lama benor rasenya tak ke mari.. huwaa..


~amik kau! agak2 kena tak? ahaha


~tak yah nak MISS U sangatlah!
:P


~life must go on..
masing-masing punya hidup sendiri walau apa pun yang terjadi.
 SAR, jadilah yang terbaik untuk yang terbaik.
Jangan terlalu inginkan yang terbaik jika kau tak berapa nak baik!
ganbatte! 
:')

Monday, September 23, 2013

Biar betul korang ni?

Assalamualaikum wbt. :)

Alkisahnya begini..

Tanjong (17), Intan (17), aku (hasil tambah =9)

Tanjong : Akak, hari tu kan, cikgu F tegur saya pasal baju masa dalam kelas akaun.

Intan : Haah kak. Hari tu, Tanjong pakai lengan pendek, lepas tu dia tegur. "Tanjong, lain kali datang kelas pakai baju lengan panjang erk."

Aku : Biar betul korang ni.

Tanjong : Betul kak. Hari tu, dia siap cakap yang dia takkan pilih perempuan macam kita kalau nak buat isteri. Dia nak isteri dia pakai sarung tangan, sarung kaki. Perempuan yang jadi bini dia, bukan untuk dikongsi.

Intan: Haah kak. poyo gila.

Aku: Erk? Biar betul korang ni.

Tanjong : Betul la kak. Takkan kita orang nak tipu plak.

Aku : ~sengih dah sebab macam tak percaya je. Tak sangka jumpa lagi lelaki yang macam tu di abad ini.. heee

Alhamdulillah.. Tahniah kepada sesiapa yang menjadi bakal isteri cikgu F. huuu





****
Moralnya.. Tutuplah aurat mengikut landasan yang betul. Sekian. :D


Tuesday, September 17, 2013

Tuesday, August 27, 2013

soo Touch!

assalamualaikum.. :)

aku: 
A.. pelik aje.. tudung baru eh?

A:
Haah.. Nape kak? Nampak pelik sangat ke..?

aku:
Taklah.. Akak macam suka aje.. Sejak bila ni?

A:
Dah lama A nak jadi macam ni.. 

aku:
Alhamdulillah... :')

*****
Dia kata, kalau nak berubah tak perlu tunggu-tunggu, nanti-nanti.. :')




Thursday, August 22, 2013

Menyesal tak sudah!

Assalamualaikum.

~entry kali ni mungkin penuh emosi.

"Sar, tak payahlah kau ada akaun fesbuk tu. Cuba kaw cakap dengan aku apa tujuan kaw ada fesbuk selain SEBAB UTAMAnya (sebab klise sangat!) nak cari member2 lama yang dah terputus hubungan? Balik-balik mesti post status bengang kat orang la, marah dekat orang la.. Lepas tu jadi apa? Kaw nak orang LIKE status kaw tu? Lepas dah LIKE tu buat apa pulak? Takda function pun.. Tak pun kaw pergi upload gambar macam-macam. Nak buat apa semua tu? Ada guna? Ada bagi faedah ke pada kaw sar? Ada? Ada? Tujuan lain tak bukan sekadar nak tengok berapa banyak LIKE yang kaw dapat kan? Kan? Kan? Henti-hentikanlah.. Riak tu semua sar.. Hentikanlah.. hentikan... Dari kaw baca, kaw tengok status-status yang tak mendatangkan faedah, baik kaw hentikan ajelah.."

****
Dalam tak sedar, dan mungkin sengaja buat-buat tak sedar. 

*****

Tutup ajelaa...

~_~"






Tuesday, June 25, 2013

whyy???

Assalamualaikum.

Ann> Kak sar, kita rasa tahun depan, kita nak pakai tudung biasa ajelah. Berubah dari tudung labuh ke tudung biasa-biasa aje. Rimas dah pakai tudung besar. Tapi kita still nak pakai stokin macam biasa.

a k u > Kenapa Ann nak tukar? ~ dengan perasaan bercampur baur plus terkejut dan agak pelik.

Ann > Ala kak.. Saya rimas dah dengar orang mengata orang2 yang pakai tudung besar ni. Perangai dah sama aje dengan orang yang tak pakai tudung. Saya malu la..

a k u > Kenapa nak malu? Sekarang ni akak tak faham kenapa Ann nak berubah sebab orang lain yang buat hal.

Ann > Entahlah kak. Saya macam.. mm...

a k u > Ann tahu tak. Akak yang biasa2 ni lagi teringin nak berubah jadi yang lebih baik, pakai tudung labuh2 macam Ann. Tapi kenapa Ann nak berubah pulak? Kan dah elok yang macam sekarang. Tak payahlah dengar orang cakap. Takkanlah sebab dorang yang buat hal, Ann nak berubah pulak. Tak payah berubah sebab orang lain. Kalau Ann berubah sebab orang lain..

Ann > tahu.. Kalau nak ikut semua duniawi, memang habislah saham akhirat kita...

a k u > Tahu pun.. habis tu, kenapa nak berubah. Elok2 dah tu kan..

Ann > mmmm... 

a k u > dah la Ann.. pergilah masuk kelas. cikgu dah tunggu tu..


***

********
Moralnya...

Tak payahlah dengar cakap orang lain. Pandangan manusia, tak sama dengan pandangan Dia. Dan sememangnya pandangan DIA lebih bermakna dari pandangan manusia.
Kenapa mesti berubah ke arah yang kurang baik setelah anda berada dalam keadaan sedia baik? 
Sayangnya...
Tolonglah... 
Ingatlah..
Kita berubah dari yang kurang baik ke baik..
Bukan berubah dari baik jadi kurang baik.. 
Something wrong dah tu..

*Ann, akak tahu Ann kuat. Ann kena kuatkan hati. Please lupakan dan buang tanggapan buruk orang lain pada mereka yang bertudung labuh. Akak hormat kepada mereka yang bertudung lebih labuh dari akak. Engkau tetapkanlah hati hamba istimewaMu itu tuhan..

Friday, May 31, 2013

Senang tu susah!

Assalamualaikum.. :)

Hari ni hari Jumaat. Sepatutnya happylah hari Jumaat kepada mereka yang bekerja sebab esok boleh cuti.
Aku? Happy jugak sebab Dia bagi bernafas lagi hari ni.

Terus kepada topiklah.

Hm.. Kenapa senang tu susah?

Senang tu susah sebab bila dah rasa senang, susah  nak tunaikan apa yang dituntut di saat kita susah. Apa yang dituntut? AMALAN.

Bila susah, bukan main khusyuk lagi buat AMALAN. Sanggup tu bangun malam, berpuasa, doa panjang2 lepas solat, sanggup berjam-jam depan Quran.

Bila senang? Lupa dah tu semua. Duduk atas tikar sejadah pun kalau boleh nak cepat lipat sejadah tu balik. Doa panjang? Terus langsung takda doa dah. Lepas bagi salam terus bingkas. Bangun malam? Tak terbangun dah.. Puasa? Esok-esoklah puasa pun boleh..

SEBAB APA NI JADI?

Sebab dah sibuk dengan kesenangan tu haa.. Masa pun jadi takda. Tak cukuplah senang cerita walaupun Dia dah bagi 24 jam. Kalau boleh nak 100 jam dalam sehari. Itu pun entah cukup entah tidak. Setiap saat yang belalu, dah tak fikir apa dah.. Sibuk aje fikir masa tu duit sokmo.

SEKARANG APA NAK JADI?

Senang ke hati bila dah terasa hidup tu senang tapi dengan selama derrkk je tinggalkan AMALAN tu semua? Senang ke hati? Sumpah tak senang! Aku sendiri rasa macam dalam 24jam tu tak cukup. Gila! Menyesal tak sudah kut.. Hati tak tenteram langsung! Semangat pun takda! ~S a r, muhasabah diri bebanyak...

MAKANYA..

Kembalilah kita semula rasa susah itu lebih baik dalam kesenangan. Kesenangan yang bersyukur amatlah diharapkan. Tapi kalau kesenangan yang lupa diri, macam mana tu? Jawablah kaw nanti..

Betullah orang kata kesenangan tu satu ujian.. Ujian amat hebat bila kita langsung tidak bersyukur dengan kesenangan yang ada... ~s a r. Ingat! jalan di hadapan, pilihan di tanganmu..




Monday, May 20, 2013

Kebahagiaan milik dia.. InshaAllah.

Assalamualaikum..

Touching tak habis bila aku teringat kisah lalu..
Dan semalam.. Touching tu bertambah-tambah apabila melihat anak kecil yang dulunya kurang bernasib baik.. Kini.. Allah maha Besar..

Sejak bayi...

Dia dilahirkan bukan kehendak mak ayah dia..
Disembunyikan dari pengetahuan umum sewaktu nyawanya baru ditiupkan..
Allah maha besar.. Kemuculannya mengejutkan semua orang..
Comel, cantik, cukup sifat... 
Semua inginkannya..
Namun, ayahnya entah di mana..
Statusnya... Hanya Allah sahaja yang tahu..
Bukan kehendaknya dia jadi macam tu..
Selepas seminggu dilahirkan, ayahnya muncul untuk memikul tanggungjawab itu.
Selesai segala urusan, dia dibawa oleh  mak ayahnya berpindah ke tempat baru..
Malang tidak berbau bukan..
Seminggu kedua-dua ibu bapanya bekerja di satu tempat baru, di suatu hari, mereka terlibat dalam kemalangan. 
Ayahnya tidak menanggung sebarang kecederaan..
Sebaliknya, ibunya pula kritikal.
1 per 4 Tempurung kepala terpaksa dibuang, kaki dan tangannya lumpuh. Fikirannya tidak lagi normal..
Lebih seminggu tidak sedarkan diri, ayahnya pula terus pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang pesan..
Kejamnya.. Dia yang masih tak tahu apa-apa..
Pulang ke kampung, segala tanggungjawab dipikul oleh si ibu tua.
Dia membesar dalam kesusahan, kesulitan, cemuhan.. hanya kerana kesalahan ibunya dahulu..
Kesian..
Di saat ibu saudara dan nenda tersayang pergi meninggalkannya, sekali lagi hidupnya berubah di kala umur hampir 10 tahun.. Masih terlalu muda dan mentah untuk mengerti semuanya..
Ibu saudara angkat menggalas tanggungjawab membesarkannya. Ibunya yang hilang upaya dibawa sama..

Dan semalam.. Dalam majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat, secara tidak sengaja dia menyapa..

Allahuakbar Allahuakbar... Sentap hati saat mata bertemu..


Sungguh... Jauh tersasar apa yang pernah dibayangkan.. Allahuakbar!

Semoga jadi anak yang solehah.. Namamu Hidayah, semoga hidayahNya sentiasa kekal milikmu.. Aminn.. InshaAllah..

Friday, May 17, 2013

7 + 2 = 27

Assalamualaikum..

Ketemu lagi hari Jumaat selepas 11 tahun yang lalu. Lamanya... Semoga hari ini beri keberkatan dan menjadi titik tolak dalam meneruskan hidup. InshaAllah Aminn. Semoga Dia reda, semoga Dia berkat.

No hug and no kiss today? Ohhmyy.. Mak, apsal takda tahun ni..

OK! Fine! Sebab malam tadi dah belanja sepotong kek dan 'ucapan khas' yang berbunyi:

~SAR kenapa tak cari pakwe?

~hoh! ~mak ucapan apa tu? ~_~"

.........................



~ni memang takda kene mengena langsung :P

Tuesday, May 7, 2013

Takda sentimen politik di sini.

Assalamualaikum..

Di kala orang sibuk memperkatakan kehangatan PRU13 di sana sini, kutuk sana sini, hentam sana sini, aku serius demam yang langsung takda kena mengena dengan politik-politik ni semua. Atau mungkin kerana statement-statement yang dikeluarkan oleh orang di sekeliling yang tak puas hati sebab aku kelihatan bersendirian dan sering keluar berjimba bersama seorang hamba Allah bernama NURUL. ~ Dah dia je kawan yang sanggup layan kerenah aku.

Dua minggu lalu...

Alya, 16 (Bukan nama sebenar)

"Kak, bila nak kawen?"

Jay, 16 (Bukan nama sebenar)

"Akak, ada boyfriend?"

Shrvee, 15 (nama tipu)

"Kak, dah kawen ke belum?"

sar: Rupa orang dah kahwin ke?

Shrvee: Heeeeee.. Tapi akak kiut.

sar: ~_~" 

Seminggu lalu...

Paan,17 (nama timbangan)

"Akak dah kahwin ke belum?"

sar: Erk? Apa punya soalan kaw ni.

"Jawab je la dah ke belum?"

sar: Belum. 

"Tipu..."

sar: Hello! Single mingle hokeey! Dah dah. Jom masuk kelas. Banyak bunyik pulak dia. Huh! ~tak boleh bla punya budak paan..

"ohh.. maknanya akan anak kesayangan ayah lagi la.."

sar: semua ayah sayang anaknya la..

Alya, 16 (dia  lagi tanya..)

"Akak, bila nak kahwin?"

sar: Akak tak tahu la Alya.. Belum ada jodoh kot..

Petang tadi...

Alya & Jay, 16

"Kak, pernah kena tackle tak?"

"Apalah awak ni alya. Ada ke tanya Kak Sar macam tu..."

sar: ~thumbs up for u jay.

"Ala akak.. mesti pernah kena tackle kan.. kan.."

sar: Pegilah masuk kelas.. Sibuk je la.. 

*******


Moral of the story..

SEMUANYA MILIK DIA..

 :)

Monday, April 29, 2013

Relax dear.. Jangan emo emo..

Assalamualaikum :)

~dalam perjalanan pulang dari PBAKL. Kiri kanan jalan dihiasi panorama bendera warna biru dan hijau. Nasib tak ambik gambar sebab my dear sorang ni tengah emo. eheh. (Semalam balik tak sesat ok! Tak salah lagi naik tren :P)

............

Dear: Kita bengang betul dengan my brother in-law tu. Suka hati dia aje suruh kita khianat2. Macam tu ke orang islam? 

S a r: Relax dear. Janganlah emo emo macam ni. Biarlah dia nak cakap apa pun. Awak relax je la..~

Dear: Kita tak bolehlah. Siapa suruh dia cakap macam tu. Suka hati kitalah nak undi siapa pun! ~Dengan nada bengang walaupun fokus dengan pemanduannya.

S a r: Awak tau kan mulut dia memang macam tu. Kalau awak lawan, lagilah macam2 dia cakap. Ni mesti kes sebab awak baca buku yang kita tunjuk tadi kan? Tu yang emo sampai macam ni.

Dear: Yela. Entah macam manalah buku macam tu boleh lepas penerbitan. Kutuk2 orang suka hati. Memang  saja nak bagi orang islam bergaduh ke? Hish! Geram betul kita!

S a r: Er.. ~senyum kelat dah. Tahu tadi tak tunjuk buku berbaur perkauman tu. Aku suruh tengok cover je. dia pergi baca siapa suruh. haish!

.............

Moralnya...

Undikan rahsia. :D

...........


Nur Hasya Alya. Be good girl okay? Semoga jadi anak yang solehah. Menyenangkan hati ummi and babah kamu yang selalu konon2 busy tu. :D ~and dont kunyah2 that kepala kuda again!

Monday, April 22, 2013

Dan apabila..

.....laman terlebih sosial menjadi medium perang!

ASsalamualaikum :)

........

Jangan nak suka suki kutuk keburukan orang lain kerana Dia memang jadikan seseorang itu serba kekurangan dan banyak kelemahan.

Jangan rasa diri cukup bagus hanya kerana kalian lebih arif dalam bidang anda hingga memandang rendah pada orang yang sudah tentu tidak faham akan kerja anda.

Bak kata seseorang hamba Allah. Kebaikanmu hendaklah disorok sebagaimana kamu menyorokkan keburukn kamu. Aib kita Dia jaga elok, takkan pula kita sibuk nak buka aib orang lain...

--------
~banyakkan muhasabah sar... ~__~™

Monday, February 18, 2013

Selalu bohong

Assalamualaikum wbt.

~Ini bukan siaran betul ke bohong kene renjatan elektrik. 

A kata:

Sar, kau janganlah tipu aku.. Walaupun dekat 5 tahun kita tak jumpa, dari cerita kau, suara kau, kau tak payahlah nak tipu aku. Nampak sangat la kau membohong. Macamlah aku tahu time bila lagu2 indah berlagu.. Bila lagu2 tak berapa nak indah berkumandang..

.............

Selalu manusia susah nak mengakui apa yang dia rasa. Tapi, ada pula yang terlebih berterus-terang hingga timbul rasa tidak selesa. Tidak lupa juga kepada mereka yang boleh 'merasai' apa yang orang lain rasa walaupun mereka tidak bersua.

Namun, Dia juga yang tahu apa yang tersembunyi. :)






****
~mutiara kata~ PUJIAN BUKANLAH SUATU YANG BAIK UNTUK DIDENGARI! ~parah.. parah..

Thursday, January 17, 2013

Jangan kau bimbang sayang..

Assalamualaikum :D

Tiga hari sebelum..

Okey je. Dok huha huha lagi..

Dua hari sebelum..

Ehem ehem.. hidup mula rasa tak tenteram.. Mula terbayang yang bukan-bukan. Mula fikir yang susah-susah aje. Mula susah hati nak adaptasi dengan suasana yang baru.. Rutin yang baru.. 

Sehari sebelum...

Rasa macam nak 'give up' walaupun sebenarnya belum pun mula/cuba lagi.. Mood jadi sangatlah tak bagus.. Mula rasa menyesal.. Pada tikar sejadah pun kepala 'sewel' entah ke mana.. Ish ish ish.. Astaghfirullahhalaazim..

Hari yang dinanti...

Okey je. Cool je. Semua dalam keadaan baik JAUH BERBEZA dengan apa yang sibuk dibayang-bayangkan. Ish ish ish., Prasangka sangat! Kan Dia dah tunjuk. Ambik kau sebijik!


Dah terang lagi mau pakai spotlight. Jangan dibimbangkan akan perkara-perkara pada masa hadapan yang belum tentu lagi kita capainya. Risau itu tak berapa bagus, Prasangka tu tak baik. Akhirnya DIA juga yang ada. Kan DIA ada. DIA juga yang maha mengetahui segala-galanya. :)