Hmm. Dah biasa sangat berbicara tentang "buang anak" kan. Dalam entry lepas pun aku ada cerira serba sedikit tentang pembuangan bayi. Tapi kali ini aku nak komen pasal "buang emak". Dari tajuk pun kita tahu, ni gara2 anak tak kenang jasa ibu. Tajuk ni dibicarakan di Wanita Hari Ini pukul 12tgh tadi. Sadis je tengok ibu-ibu terbuang sebagai panel tadi.
Kesian aku tengok muka ibu-ibu terbuang tadi. Mempunyai anak tetapi tidak mengakui ibu. Mereka di tinggalkan di rumah orang tua-tua. Sampainya hati mereka. Tajuk ni saje, dah mengingatkan aku pada mak aku. Tegarnya anak membuang ibu mereka sendiri yang sudah bersusah payah untuk membesarkannya. Bila dah dewasa, itu pembalasannya? Nenekku yang turut menyaksikan tadi menyebut:
"tak selamat dunia akhirat, bila mak dibuat begitu!" tersentap aku sekejap.
Antara kisah ibu yang terbuang tadi, kisah anak yang menghantar ibunya ke rumah orang tua2 setelah strok. Apabila ibu tersebut telah sihat semula, boleh berjalan dan bercakap semula, ibu tersebut pergi mencari anaknya. Tapi apa yang dia dapat. Tengkingan anaknya yang jadi santapan telinga dan hati yang rindu pada anak. Kata si anak:
"mak buat apa datang cari saya lagi, aku nak hidup bebas, aku taknak bersusah payah jaga mak, mak tak payah anggap aku anak mak lagi"
(lebih kurang macam ni la)
Si ibu pun terus pulang semula ke rumah orang tua-tua. Katanya lagi, selepas ini, apa yang berlaku padanya jangan dihiraukan lagi. Sebab dia dah bahagia tinggal di rumah tersebut dan tidak perlu lagi bersedih-sedih tentang anak yang dah taknak dia lagi, kalau dia mati pun dia tak akan menangis. MasyaAllah. Kesian ibu tersebut. Apabila cik pengacara bertanya sama ada dia akan memaafkan anak tersebut jawabnya:
"saya akan maafkan dia, tapi untuk terima dia semula, tidak sama sekali".
SubhanaAllah. Sampai macam itu sekali berkecil hatinya seorang ibu terhadap anak tersebut. Sampaikan matinya juga, tidak perlu diambil tahu lagi.
Ada kisah lain pula yang diceritakan oleh pengasas rumah tersebut. Tentang seorang ibu yang ditinggalkan di hospital dan akhirnya pihak hospital menghantar ke rumah penjagaan tersebut. Katanya, ianya merupakan satu kes yang paling menyayat hati sepanjang di rumah penjagaan tersebut.
Kisahnya, apabila pengasas rumah tersebut memaksa anak lelaki ibu itu datang untuk melihat ibunya. Dalam bulan puasa, anak lelaki ibu itu datang dalam terpaksa dengan membawa sekampit beras dan biskut. Apabila ibunya bertanya bila nak bawa dia balik, anaknya hanya menjawab:
"nantilah mak. nanti kita balik"
Sepantas itu, ibunya beredar ke bilik dan membungkus kain bajunya dengan sehelai kain batik. Tapi pada masa yang sama, rupanya anak lelaki tersebut terus pergi dan memecut dengan keretanya. Pada masa yang sama juga, ibu itu pula mengejar dengan laju (sedikit tempang) sambil membawa bungkusan kain baju. Seluruh penghuni rumah tersebut cukup sayu apabila ibu tersebut meraung-raung di hadapan pintu gate rumah tersebut.
Sedihnya aku dengar. Tiada hatikah anak tersebut? Sehinggakan sanggup meninggalkan ibunya sedemikian rupa. Ibu tersebut akhirnya dipujuk oleh pengasas rumah dan memeluknya untuk menenangkan hatinya. Ya Allah. Seorang pengasas yang juga bukan ada pertalian darah sekalipun sanggup menjaga ibu-ibu malang ni. Di manakah pula letaknya kasih seorang anak pada ibu yang telah melahirkannya di muka bumi ini? SubhanaAllah. Amat tragis! Isk isk.
Kisah ibu-ibu ini menjadi peringatan kepadaku. Kerana aku amat menyayangi ibu ku. Hilangnya tiada ganti. Huu. Malah ada entry lalu pun ada aku ceritakan seorang nenda yang diabaikan oleh anak kandungnya sendiri. Hmm. Pembalasannya hanya Allah sahaja yang tau apabila seorang anak itu derhaka kepada ibubapanya. Kini, aku rasa pembalasan sudah ditunjukkan Allah bagi memperingati kita yang masih hidup di muka bumi ini. Depan mataku sendiri ianya berlaku terhadap anak-anak yang menderhaka kepada ibubapanya. MasyaAllah. Takut aku bila fikir balik. Orang kata, "Allah dah tak hutang sekarang ni, Dia bayar cash!"
Kasihnya ibu di bawa ke syurga. Samalah kita beringat kepada yang masih ada ibubapa di muka bumi ni. Huu.. ~__~
No comments:
Post a Comment