Showing posts with label Sabar lagi. Show all posts
Showing posts with label Sabar lagi. Show all posts

Wednesday, January 23, 2019

Duit bukan Tuan

Salam.

Bila bercakap tentang duit, dalam hidup hari ni semua orang perlukan duit.

Tapi duit bukan boleh semua benda yang kita nak.

Hari ni, bukan hal duit yang aku nak bebelkan. Tapi tentang tanggungjawab dalam menjaga orang sakit. Terutamanya mak ayah.

Aku tahu, begitu besarnya pahala menjaga orang sakit ni.

Tapi yang mengesalkan, buat mereka yang rasa tak bersalah mengabaikan tanggungjawab jaga mak ayah yang sakit.

Tetiba kau takde mood nak terus menulis. Haha

Akhir kata, jagalah mak ayah yang masih ada sebaik mungkin.

Sekian. Wassalam.

Tuesday, December 18, 2018

Lawan arus

Salam.

Huwarghhhh...

Kalau ada sound effect, aku rasa dah sekuat-kuatnya bunyi aku jerit. 😅
Nasib baik tak boleh. eheh

Dunia penulisan lagi.

Makin lama aku rasa makin menyampah makin tak suka makin nak berhenti makin nak lupakan je terus!

Sebab apa? Sebab budaya membaca yang makin kronik.

Makin dikatakan karya sampah, makin belambak yang keluar pada taraf yang sama. Atas alasan, reader hari ni dah penat dengan tugasan harian di tempat kerja dan menjadikan bahan bacaan adalah hiburan. Tak nak baca yang memerlukan otak untuk berfikir dalam dan memeningkan. Dalam erti kata lain nak ringan belaka.

Definisi ringan dekat sini bukan bahan bacaan yang ringan. Ringan dia ke babak yang manusia sejagat suka. Yang happy2, yang sweet memento, etc. Tu dia ringan.

Kadang2 aku jadi tak faham dengan keinginan pembaca. Bila tulis yang ringan2 macam tu, dikatakan penulis tu terdesak, takde idea, takde realiti hidup macam duduk atas awan, sentiasa tenang ditiup angin,..bla bla bla...

Bila tulis yang ikut realiti pulak, ada yang kata serabut, pening, malas nak fikir, yada yada yada...

HELLLOOOO!

Nak apa sebenarnya sekarang ni? Tulis sendirilah.

Sesetengah writer, memang dah tak peduli halal haram. Tinggi ilmu agama pun, depa langgar je.

Untuk aku yang pernah buat silap sekali, berusaha nak buat yang terbaik supaya esok-esok aku mati, dosa aku takde berterusan subur kat dunia ni. Semua ni sebab apa, sebab duit. Bukan sebab niat nak berkarya yang mendatangkan manfaat kepada pembaca.

Cukuplah kena cop penulis sampah. Takkan nak terus jadi sampah. Sebab tu aku pilih untuk lawan arus. Yang spesis lawan arus ni pulak selalunya memang selalu terpinggir. Kena banned dengan reader yang lagi suka babak2 sweet momento ni.

Aku percaya Allah ada dengan orang2 yang benar. Dan aku dah pilih jalan aku. Tapi aku tak mampu nak tarik kawan2 yang lain. Depa tarik aku kembali ke jalan depa, ada la...

Aku cuma fikir, aku akan mati bila-bila masa aje. Kalau tiba-tiba mati masa tengah tulis benda2 yang tak berfaedah macam tu, agak-agak apa aku nak jawab kalau Allah tanya apa yang aku tulis tu?

Mungkin takkan ada lagi nama aku tercetak di atas kertas lepas ni.

Moga DIA perkenan apa yang aku cuba buat dan buat sekarang ni.

Sunday, January 28, 2018

Saturday, May 20, 2017

Mohon tabah

Assalamualaikum wahai blog yang dah naik berkulat. Hmm..

Setelah satu-satunya sahabat buat jenayah, kayuh basikal pegi sekolah, menukar status beberapa bulan lepas, aku dah reda aku dah tabah seperti mana sahabat sharing is caring yang turut tukaq status beberapa tahun lepas.

Dan bilanya tiba waktu-waktu macam ni, mula la aku rasa goyang. Sebab apa, aku rasa dada sendat, ketat, libang libu susah nak napas.

Aku tahu DIA ada. Tapi aku manusia la. Yang lemah lagi hina. :'( aku dah adu.

Tapi aku manusia la...

Contoh bila ko suka orang, bila ko tak luah, ko ingat orang tu tau? Takkaan tahunyaa.. hati pendam sampai ko rasa sakit.

Macam tu la aku pun. Allahu.
Tapi lega sebab aku baru teringat mendealah ni. Ya. Walaupun tak luah semua, tapi still ada rasa lega. :)

Alhamdulillah.

Meski bukanlah anak yang terbaik, bukan muslimah sejati, aku tetap harap apa yang aku buat selama hidup ni dapat puaskan hati orang sekeliling. Tak banyak, sikit pun jadilah selagi DIA izinkan.

Susahkan nak jaga hati orang? Tapi hati sendiri, sendiri ubat.

Mohon tabah sar. Mohon tabah lagi selagi ada nyawa.

Thursday, March 9, 2017

Belum cukup sabar



Assalamualaikum.

Lama sangat rumah ni kena tinggal huu.

Tapi macam biasa, bila aku rasa dalam hati yang serba tak kena, selain kepadaNya, ni mungkin mampu jadi ruang aku buang segala rasa yang tak sedap tu.

Kesnya bila ada pasangan yang layan anak budak umur dalam sekolah tadika cukup kasar. Aku rasa terkilan sangat masa tu sebab tengah makan. (Bukan budak tu tak diberi makan. Tapi sebab kenakalan. Tak tahu mana silap asuhan/didikan awal. Aku tak tahu..)

Jujurnya, aku bukan jenis penyabar, bukan jenis pelemah lembut yaa amatt.. Bukan. Aku bukan macam tu. Mungkin sebab aku dibesarkan dengan semua adik-beradik lelaki. Dan aku tak selembut lemah gemalai perempuan yang suka pinky ni. haha.

Tapi bila mengenangkan balik kenapa Ya Allah aku tak kurniakan pasangan pada umur begini sedangkan hampir semua kawan sebaya aku dah pun bertukar status... Aku jadi lega. Aku jadi lega juga kenapa aku tak terus kerja di taska 2 tahun lepas. Sebab apa? Sebab aku BELUM CUKUP SABAR.

Bukan senang nak jaga anak-anak. Tambah pulak zaman GST sekarang ni. Tuntutan kesabaran kena cukup tinggi. Disebabkan insiden tadi... Aku jadi tak sampai hati, kesian... terkilan... dalam masa yang sama, aku marah juga kenapa budak tu buat macam tu sekali. Buat hal masa tengah makan. haihh...

Dari segi psikologinya, aku tahu atas sebab apa budak tu menakal macam tu sekali. PERHATIAN. Tu je yang aku cukup pasti. Tambah pula dia dah ada sorang adik dan bakal punya adik kedua. Hmm...

Aku mungkin boleh kata mak ayah budak tu memang jenis kepala angin dan tak patut bla bla bla... Tapi sebenarnya aku takde hak pun sebab aku tak duduk dekat tempat dia orang. Aku tak rasa apa yang dia orang rasa. Aku cuma boleh bayangkan kalau aku dekat tempat mak ayah budak tu dalam keadaan aku yang spesis sabar lagi nipis dari membran kulit bawang tu. Kau rasa aku buat apa? Jaga anak buah yang melasak pun aku boleh naik gila. Inikan pula jaga yang menakal. Alamatlah... huwaa..

Aku syukur sangat atas semua ketentuan yang DIA dan tetapkan. Soal jodoh bukanlah matlamat. Walaupun DIA yang tentukan semuanya, namun segalanya bersebab. Ada sebab siapa diri aku sekarang ni. Sekurang-kurangnya, apa yang jadi hari ni boleh jadi panduan untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang. Betul-betul bersedia untuk semuanya. Insya-Allah.

ok dah. Hati lega sikit. Mengantuk pun mengantuk uii.. Salam.

Image result for sabr tumblr



Tuesday, September 13, 2016

Hanya kerana engkau SAHABAT!



Assalamualaikum.

Fuhh! Berdebu ko! Lama bebenor tak ke sini. ahah

Salam aidil adha!

Hmm..

Begini kisah yang tak terluah di bibir dan hanya mampu diluahkan ke sini dan yang Khalik. Dan aku harap si dia tak jumpalah post ni hahaha

Dia si sahabat yang aku kenal dari zaman sama-sama berhingus lagi. Satu-satunya sahabat yang lain dari yang lain tapi ada ikatan yang tak tergambar antara aku dengan dia.

Tadika-sekolah rendah-sekolah menengah--- dan sampailah sekarang!

Pergi sekolah sama-sama, kayuh basikal pagi petang pegi balik sekolah sama-sama walaupun lain geng bila sampai sekolah. Aku dengan haluan, aku dia dengan haluan dia. But still in the same class!

22 Ogos 2016

Dengan takde sebarang tanda, dan khabar, dia tiba-tiba bagi tahu nak bertunang pada 11 sept 2016 (skelmarin) (dan aku dengan selamba tak datang. Atas alasan apa? Aku takde hati walaupun takde kene mengena. hahah)

Aku? Speechless! Because of what?

Entahlah... Apa yang pasti, aku langsung tak happy pun. Tak tahu kenapa. Bila dia tunjuk gambar bakal tunang, lagilahhhh...

Demi Allah aku sedih sendiri.

Sebabnya....

Lepas ni aku dah hilang dia dah...

Takde lagi teman berhuhu, berhahaa, berjimba ke sini sana. Hilang!

Tadi, bila aku ternampak posting gambar tunang dia, first impression yang aku tak boleh tolak is... "Awak, please fikir balik keputusan nak kahwin ni!!!" Tapi dalam hati je la...

I know her very well! She deserve to get someone better. Entahlah!

Aku sedih tengok gambar bertunang dia. Harapnya naluri aku salah dengan apa yang aku nampak. Aku harappppp sangaaatttt aku salah. DIA lebih tahu mana sesuai untuk si sahabat dan mungkin sememangnya aku salah!

Bulan Feb2017 nanti insyaAllah dia nikah.

Ada masa lagi.

Aku harap itulah pilihan dia yang betul.

...............
Aku

Doa aje yang mampu untuk dia dan diri sendiri supaya lagi kuat untuk berpijak pada diri sendiri lepas ni.

No teman anymore!

huuu

Bak kata mak aku,

"yang dah ada 'jalan' biarlah dia 'jalan' dulu. Masa dia dah sampai..."

baiklah... Aku je tak nampak jalan gamaknya. hahah

takpelah mak, anak mu ini masih mahu setia di sisimu. Sampai bila, biarlah sampai hujung nyawa.

ok. sadis naww bunyi. heee
Image result for friendship tumblr



Monday, February 23, 2015

Ujian

Assalamualaikum wahai ahli syurga. ameen insyaAllah. Doakan!

Apa ada dengan Ujian.

Datang dalam banyak sisi,
Banyak bentuk,
Banyak gaya,
Siapa yang tak tahan,
Memang boleh mati.

Mati apa?

Hati.

Bertabahlah!
Bertabahlah lagi..
dalam teruskan hidup yang bersisa tak panjang mana..

Moga Dia reda kita semua. Ameen. Insya-Allah.

Tu je.

Sekian.


Thursday, November 6, 2014

Aku ada dua 'sahabat'

Assalamualaikum. Hm.. JK je ke sini. poyo sangat kau sar. Adeh.

Ok. Aku cuma tercari-cari ruang untuk bercerita. Mungkin ini yang terbaik lepas aku kehilangan. Lagi terbaik Dia ajela yang faham paling utama. Aku kena kuat dan terus kuat.

Dulu aku ada sorang sahabat. Sekarang dia dah takda.

Tapi lepas berapa tahun, lepas dia hilang.. Allah gantikan aku dengan yang seorang ni.

Apa yang aku cerita, apa yang dia balas, sama macam sahabat aku yang dah takde tu. Sangat touching. Dia gantikan yang terbaik, yang lebih baik dari yang dah takde.

Dulu aku boleh nangis bila dengar apa yang dia cakap. Bila dengan yang baru, lagi hebat. Tak perlu cakap panjang lebar, bebel bebanyak dah boleh buat aku rasa macam-macam. Walaupun jauh, rasa dekat je.

Aku sayang dia.

Sampai satu tahap, aku rasa aku tak boleh tengok dia rapat dengan orang lain.

Sebab.

Aku takut hilang dia.

Bukan sekali aku rasa hilang kawan.

Banyak kali. Paling hebat, berapa tahun lepas.

Aku takut untuk hilang lagi.

Sebab...

Kali ni kalau hilang, mungkin susah aku nak cari lagi macam dua sahabat ni.

Susah...

Sangat susah. Aku yakin tu.

Aku hargai sangat apa segala yang dia cuba buat untuk aku sampai kadang2 aku malu. Orang kata, aku banyak tolak tuah. Tapi orang tak faham. Biarlah..

Ok. Dah.. habis cerita.





Monday, September 22, 2014

Aku pernah, aku rasa.

Assalamualaikum..





Aku pernah berdiri dalam kalangan mereka yang cantik agama,
Aku rasa, akulah paling jahil antara mereka.

Aku pernah berdiri dalam kalangan mereka yang bijaksana akalnya, 
aku rasa, akulah paling bodoh antara mereka.

Aku pernah berdiri dalam kalangan mereka yang tinggi darjatnya, 
aku rasa, akulah paling hina antara mereka.

Bila mana aku rasa, ingin dekat dengan-Nya, 
aku rasa akulah paling tak layak, paling jauh sekali dari-Nya.







.........
puas diadu.. :'( 

Tuesday, January 14, 2014

Aku manusia, kau manusia

Assalamualaikum...

Baru hari ni aku sedar, sesedar sedarnya siapa MANUSIA.

Sering aku momokkan dalam penulisan dan dicanang juga di hadapan kawan-kawan dan keluarga, agar sentiasalah BERSANGKA BAIK, sentiasalah BERSABAR.

Baru hari ni aku faham kenapa SABAR itu benda yang paling susah nak buat dalam kita istiqomah ke jalan yang lebih lurus.

Dan baru hari ini juga aku sedar akan segala KEMAHUAN kita sebenarnya BUKAN MILIK KITA walaupun sedia maklum akan maksud surah al-baqarah ayat 216. ~enough SAR. kaw sebenarnya tahu dari mula lagi.

Betullah juga kata seorang hamba.. "Tak suka macam mana pun, kalau Allah dah tentukan hidup kaw macam tu, macam tu jugak akhirnya... Yang kaw tak suka tu la, yang kaw kan dapat.." ~telan walaupun pahit.

Mungkin aku perlu beralih arah lagi buat sekian kalinya walaupun terasa payah. Allahu.. Sumpah aku takut.
Terima kasih atas segala PINJAMAN-Mu yang sementara. Alhamdulillah.. :')

Langit tak selalunya cerah,.. percayalah sar.

MANUSIA. Sungguh pelbagai nafsu, pelbagai rasa. Namun kaw tetap MANUSIA macam aku. Ada rasa ada nafsu.

.....
Jadilah MANUSIA TIDAK MENYAKITKAN..

Tuesday, December 18, 2012

Saya sangat.. hmm..



Assalamualaikum.

Bila dah namanya perempuan, yang miliki segala kelembutan dan seangkatan dengannya, sudah semestinya pandangan mata sejuk sentiasa.

Dan apabila andai perempuan itu dengan tidak semena-mena berubah 'wajah' hanya kerana kesalahan yang dicetuskan oleh seorang lelaki yang berpendidikan, dipandang tinggi dsb, alangkah sangat...hm..

Bila marah, macam biasalah. Macam-macam boleh keluar dari mulut. Terutamanya dah tentulah yang buruk belaka. Sukar untuk melihat orang yang sedang marah akan mengeluarkan kata-kata manis. :D.

Saya sangat terkejut + kesian kepada si lelaki menerima maki hamun seorang wanita yang saya rasakan sangat ayu + sopan + lemah lembut + baik + berpelajaran tinggi.

Entah di mana silapnya apabila kita cuba menegur ataupun cuba menyabarkan/meredakan kemarahan seseorang itu, masing-masing tak boleh terima. Tetap juga mahu memilih kemarahan. Hm..

Iyalah.. Kita hanya boleh bercakap sahaja kan? Dia yang terlibat dalam masalah, kita tak tahu apa yang dirasa. Biarlah.. Semoga kedua-duanya mendapat keredhaan dariNya. :)


~ehem ehem. SABAR semudah dikata kan..

Tuesday, September 25, 2012

Kerana mulut?



assalamualaikum..


kerana mulut memang badan binasa.

kenapa binasa?

sebab putus sedara...

maknanya?

kerana mulut, putus sedara.

makanya?

jagalah mulut sebelum berkata2 sebab sesama manusia masih lagi ada perasaan yang Dia kurniakan untuk rasa sensitif dalam segala hal. Sekian.

Tuesday, August 7, 2012

CINTA perlukan pengorbanan?

Assalamualaikum :) ~ sedikitketenanganpinjaman

Saya nak kongsi...

Dengan masa terluang aku mampu lakukan apa-apa yang tak pernah aku lakukan dan sering aja tinggalkan sedangkan ianya mendatangkan kebaikan kepada bekalan kita di akhirat nanti sebelum ini...

dan tiba-tiba...

ada komitmen lain mendatang atau dengan erti kata lainnya bekerja (tanggungjawab lain), maka segala timing untuk melakukan segala2nya sebelum ni habis lari. Maka, timbullah alasan, penat, tak sempat, sibuk, mengantuk dsb.

dan apabila aku rasa mula tak best dengan apa yang aku rasa kerana ketidakstabilan mengurus waktu dengan baik dan mula meninggalkan kembali rutin2 yang biasa kulakukan serta seperti aku kembali ke zaman  JAHILiah aku. Tanggungjawab yang baru aku pikul mula jadi tak ikhlas sebab stres sentiasa, sentap dengan mudah, marah menebal, sabar menipis dan seagkatan dengannyalah yang sememangnya jadi makanan en. Syai yang paling best dalam dunia.

dah semakin teruk jadinya...maka muhasabah diri sebentar dan aku pupuk kembali semangat2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana tanggungjawab tak seberapa itu. Bukan apa, iman di dada senipis kulit bawang (dan mungkin hingga takda) makin lama, mungkin aku boleh jauh sejauh-jauhnya hanya kerana gilakan tanggungjawab yang boleh mendatangkan kesenangan di dunia. Mahu atau tidak, kena marah kena kutuk, nak tak nak, dengan selamba aku tolak tanggungjawab tersebut.

free jadinya... waktu free tu la aku susun2 kembali masa2 yang dah keciciran. Qada' apa yang patut, bayar apa yang dah aku hutang, repeat apa yang dah aku lupa, buka kembali lembaran baru dalam kata2 manusia yang takkan faham hati orang lain.

dan satu hari...

disebabkan perkara2 yang aku tak pernah jangka nak jadi... again! dibolak-balikkan lagi hati di saat hati ingin pulih kembali.. astaghfirullahal'azim.. kecewa yang teramat! plus perancangan yang dah disusun, goyah dan hampir punah. Sedih bila orang yang disayang kecundang dalam  pertarungan yang baru bermula. Kesannya, aku pula yang terima. Hati mula rasa malas, malas dan terus malas.

ada satu ayat yang begitu menusuk;

"orang yang banyak bagi alasan, orang yang takkan berjaya!"

~fine! s a r, sila bangun kembali. Terima qada qadar Dia dengan redha yang maksimum!

Maka aku aturlah kembali semangat2 kepada asal kerana tidak mahu jauh lagi denganNya. Hati tidak henti berbisik, ya Allah, berilah aku kekuatan, ketabahan lalui semua ujianMu. Tunjukkanlah jalan untuk selesaikan segala urusanku.

Tangan dok godek2 internet, nampak satu peluang yang time tu jugak aku ucap Alhamdulillah...

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir, kilat sambar menyambar belum sempat masuk tengah hari.

Again! dengan semangat yang begitu bersemangat yang teramat. Aku pikul lagi tanggungjawab baru yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. Sehari dua aku memang gagah sebab si kecil2 itu begitu menguji kesabaran.

ada tanda2 aku mungkin terjebak kembali ke kancah zaman JAHILiah. Tapi aku still cuba tak terlibat dalam kancah tu. Tanam tekad!

akan tetapi... hari ketiga amat2 menguji kesabaran. 7am-6pm.

Aku sampai 7.30, ada yang hempas pintu. Si kecil2 merengek serentak. Hati mula berbisik, dugaan apa yang cuba Kau beri lagi kepadaku. At last, satu hari muka aku dah sentap + kecik hati + suara tak nak keluar + kepala pening + hati menangis + kecewa + menyesal + hati tak ikhlas langsung + mampu berserah... mohon lagi kekuatan untuk habiskan hari itu hingga ke akhir. Sungguh aku tak faham!

Terjebak kembali aku ke zaman JAHILiah... sedeh banget! Solat terumbang-ambing, akal 24/7 terbayang2 wajah orang2 yang menyakiti hati, wajah2 anak2 kecil yang aku dah jatuh kasih...

1.02 am. - SMS tiba tanpa kusangka.

assalamualaikum. s a r, saya rasa awak tak berminat lagi untuk bekerjasama. maka, esok s a r tak perlulah datang. terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami. 

~aku balas : waalaikumussalam. sama2.

Ternyata ianya memang bukan rezeki untuk aku lagi... Alhamdulillah. takdalah tangisan yang berlaku seperti mana yang berlaku kali pertama.

Pupukan semangat kembali. Apalah daya aku nak menolak percaturan yang dah Dia tetapkan untuk aku. Mungkin ini yang terbaik, mungkin tidak. Aku pun tak tahu. Wallahualam.

Mungkin aku perlu kembali kepada yang asal. Kesian nenek2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana aku kejar tanggungjawab tak seberapa tu. Takpa Nek, saya dah free balik. Lepas ni kita boleh belajar mengaji lagi.

habis ceritaku sampai pagi ni... :)



* aku belajar satu benda pada masalah aku hari ni. SILA BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. SANGKA BAIKLAH SELALU. :)

dua kali merasai perkara yang hampir sama, cuma institusi dan bidang sahaja yang jauh beza, buat aku fikir lagi panjang sebelum menerima sebarang tawaran. pada pandangan kasar, kelihatannya baik segala, ikhlas segala. tapi akhirnya, entah ke mana susur galur, hala tuju yang sebenarnya. Hukuman ciptaan manusia... hm..

************************

~takda kene dengan tajuk? ahaha.

ada satu novel tarbiyah hasil penulisan Hilal Asyraf. 1 + 1 = 3 = SINERGI

CINTA perlukan pengorbanan?

Memang CINTA perlukan pengorbanan. Kalau takda pengorbanan, bukan CINTA la namanya.

Habis tu CINTA apa?



CINTA pada yang Satu la.

Bukan CINTA sayang2, baby2, bucuk2 tu. Lautan api sanggupku renangi, (takkan sanggupnya renang azab api neraka kan?), ambik kapak belahlah dada (sanggup bunuh diri ke oi?).

Macam dialog dalam novel tu :

"Kalau kau masuk neraka, aku akan tarik kau kembali untuk sama2 masuk ke syurga."

KORBAN CINTA - segala2nya kerana nak dapatkan redha dan keberkatan Dia.

Jangan jadi macam aku. Penat sikit, stres sikit, mulalah serabut teramat. then back to zaman JAHILiah :P - enough  S A R! enough! please back to normal! Astaghfirullahalazim...

Solat2 sunat yang dah biasa buat, terus tinggal. Malas bangun malam sebab letih pada esok hari la, risau terbangun lambat nak pergi kerja esoklah, tak sempat baca Quran sebab penatlah, takda masa la, sibuk la.. dan sebagainya. Tambah2 nak raya pulak sekarang ni kan. Bukan main syok lagi shopping sakan, buat kuih raya, jahit langsir buat baju segala. Terawih tinggal... :'(

Sewajarnya.... sanggup tolak tepi semua benda tu sebab nak kejar saham akhirat kan? Bukan semakin sibuk kejar saham dunia melebih saham akhirat kan? barulah kena dengan "CINTA PERLUKAN PENGORBANAN"

~ohh..over pulak tulis hari ni. :P



Tuesday, November 15, 2011

Tak senang nak senang

Assalamualaikum :D

"Haha..cuba tengok. 8 - 0 kot... haha..." bukan main suka my lil'bro dapat mengayam2kan Barcelona punya team. Dia bukan main syok lagi dengan Real Madrid dia. Oleh kerana my big brother penyokong tegar Barca. Jika di rumah ni mereka adalah musuh bagi dua team tu. Lagi suka my lil'bro itu kalau dapat meletakkan Barca di kaki tangga carta liga Spain dia tu. Dan yang pastinya Real duduk dipuncak jaya.

Maka, aku yang tak tahu apa benda pasal bola, aku pun hanya layaklah menjadi pengkritik tetap. ~ahah. nak tak nak, dorang kena dengar jugak! :P

Aku yang mengkritik ni pun tengok macam tak percaya bila dia mengayam2kan (bahasa abang yang bengang bila si adik mengalahkan pasukannya! ;P) Barca. Maka aku tanyalah, "apa mode yang kaw guna main game ni." Jawab si adik, "pakai beginner ajalah. hahaa.." Aku pun dah gelak sama. Patutlah bukan main senang lagi nak gol sampai 10. Computer yang main pun, player tu macam termenung banyak kot bila bola sampai. Aku kata; "berani main pakai mode top player laa..." Pastu dia sengeh je.


Moralnya...

Bukan senang nak jadi senang.
Syarat mengecapi bahagia di dunia dan akhirat, perlu menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup.
Kalau semudah di hujung jari kita boleh mengubah kekuatan orang lain, semudah macam kawalan kat dalam game tu, makanya, segalanya akan menjadi mudah dalam dunia ni. Kita tak akan mengenal erti sabar.
Sabar! hanya satu tu kuncinya.
Mana ada benda senang dalam dunia ni. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi dalam hati.

Sekian... ;)

Thursday, November 10, 2011

Kamu bernama hati

Assalamualaikum :)



"Miliki sifat sabar, sabar itu ada dua. Yang pertama lebih afdal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam maninggalkan larangan Allah swt dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar."
~umar al-khatab

Kecap bahagia bukan hanya semudah memetik jari.
Kesengan juga bukan datang bergolek sujud hingga ke kaki.
Dakian demi dakian harus didaki, harus dilalui.
Sabarlah lagi...

Senyum selalu even hati tidak seenak yang terhias di bibirmu.
InshaAllah...

hanya kerna kamu bernama hati...
+_+"



Tuesday, July 19, 2011

Si Harapan VS Si Tekanan

Assalamualaikum...

al-kisah di suatu hari. Di harap panas sampai ke petang, gerimis pula di tengah hari.


Si HARAPAN sudah mengalami transformasi tanpa dipaksa menjadi Si TEKANAN!


Macam mana boleh bertukar ni? Bila joint transformers ni??


Eh, bukan joint transformers laa. Ni semua jadi bila Si MARAH masuk campurlah. Tu yang macam transformers tu.

Siapa Si MARAH pulak ni??? Adik beradik  Si SABAR ke??


Eh, taklah. Dia bukan adik beradik Si SABAR. Kalau adik-beradik dah tentulah dia sama hensem dengan Si SABAR. Ni tak hensem pun. Dialah yang mengkacau-bilaukan Si HARAPAN. Bengang aku beb.


Dah tu, macam mana pulak dengan Si TEKANAN???


Hmm.. tu yang berat nak cerita ni. You know what. Si TEKANAN dah buat Si HARAPAN hilang. Bila Si HARAPAN hilang, Si KEKECEWAAN nak datanglah pulak... Tapi nasib baik aku sempat suruh Si KEKECEWAAN tu balik semula rumah dia. Bukan tu je. Si TEKANAN jugak dah buat Si HARAPAN macam dah takda guna dah. Apa yang dia buat selama ni dah rasa sia-sia, buang masa semata. Hmm..


Eh, kenapa kaw cakap macam tu? Macamlah Si TEKANAN ni jahat macam megatron pulak.


Takdalah jahat. Aku rasa Si MARAH lagi jahat apa. Dialah yang buat Si TEKANAN datang. Hmm..


Tapi kan beb, aku rasa Si TEKANAN tu kan, ujian dari DIA lah. Kaw perasan tak?


Hmm.. Perasan. Dah lama aku perasan. Bukan dia je ujian, Si MARAH pun DIA yang utus sebagai ujian. Cuma aku rasa kecewa sikitlah bila aku tiba-tiba tergoda jugak dengan Si MARAH. Rasa berdosa dah aku rasa ni sebab tergoda dengan dia. Ikut je apa dia kata. Sedih aku beb sebab dia mesti tengah buat party liar sekarang ni.Hmm.. Dah lah tak hensem, tetiba aku ikut dia pulak. Haish! Entah kenapa aku boleh lupa Si SABAR tu. Dulu susah kot aku nak dapatkan dia. Kena buat ayat2 manis nak pujuk beb.


Kau tau kan apa yang kena buat?


Tau. Aku kena pujuk Si SABAR balik ni. Aku kena jugak cari dia. Dia dah merajuk dengan aku sebab aku tergoda dengan Si MARAH. Dia je boleh tolong aku singkirkan Si MARAH ni. Sebelum ni elok je aku date dengan Si SABAR. Apa-apa datang pun, aku boleh cool je. Tetiba je Si MARAH ni. Kalau ada afundi singkir, confirm dia senang2 je kena singkir beb. hmm..


Baik kaw cepat cari beb. Aku risau Si MARAH goda kaw lagi. Lepas ni aku taknak lah tengok muka kaw kelat macam ni. Nanti Si SABAR tu taknak datang kat kaw.


Ye, aku tau. Aku sayang dia beb. Lagi hensem kot dari Si MARAH tu. ~eheh,.. okaylah. Aku nak carilah ni. Aku pergi dulu eh. Thanks eh beb. SABAR SAYANG...! ~jerit kekuat!!

wooo... 

Thursday, June 23, 2011

Segenggam tabah

Assalamualaikum... ~_~


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda

Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya





~lemaw~ sabar my dear :) 
Ujian datang dipaksa, dugaan datang tanpa dipinta...
Selesai satu ujian, dugaan lain yang menyusul datang...
Sebesar mana juga dugaan, ujian, kesabaran hati yang paling penting tika ini.
Apa lagi yang kita boleh buat selain berdoa dan terus bersabar...
sabar...
sabar...
sabar...
sabar lagi...
&
sabar lagi..
terus bersabar...




^__^
ganbatte!
sabar lagi s a r!
buat rakan-rakan yang disayangi juga.
sabarlah sahabat! 

Sunday, June 12, 2011

Diam!

Assalamualaikum..

Orang berkata itu ini tetapi kaw diam.

Kenapa kaw diam?
     Sebab aku tak nak apa yang diperkatakan berlanjutan dan hati aku jugak yang sakit nanti.

Kaw diam, hati kaw tak sakit ke?
     Sakit! Lagi sakit! Cukup Dia saja yang tahu macam mana sakitnya.

Serius? Why?
     Sangat serius! Sebab hati aku yang dah berkata-kata walaupun tidak dikurnia mulut. Mataku melihat. Telingaku mendengar. Tapi...Hatiku tetap berkata-kata. Tetap boleh mengundang dosa. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui... Astaghfirullah..

Kenapa kaw diam?
     Bila dah berkata-kata, lagi banyak yang buruk dari yang baik. Sekaligus mengundang sakit hati yang maha hebat dari aku diam. Kalau dah banyak kata, mengundang naik suhu kemarahan. Bila suhu kemarahan dah naik, tangkai hati mula dijentik makhluk lain to the maX! Bila dah to the maX! Apa pun boleh jadi. Astaghfirullah... 

Kenapa pulak lagi maha hebat?
     Sebab dengan kata-kata, aku boleh menyakitkan hati orang tu dan hati aku sendiri yang sakit sebab dah menyesal walaupun aku dah balas balik kata-katanya. Tapi...aku takkan dapat kepuasan pun dengan menyakiti hati orang lain. Tak tenteram!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" 
(Al-A'raf:199)



~diam tidak bermakna kalah kan...

Sunday, June 5, 2011

Kata-kata

Assalamualaikum. :'(

Hanya kata-kata
Kerana kata-kata
Sekuat mana, segagah mana
Lagi kuat kata-kata

Kerana kata-kata
Hancurkan hati yang kuat
Punahkan semangat menggunung
Lumatkan lunyai hati perasaan

Kerana kata-kata
Rasa gagal segalanya
Rasa hina tak terkata
Rasa kerdil di hujung mata

Apa ada kata-kata?
Senjata tajam telus menikam  
Dihunus terus menikam dalaman
Punca lemah kondisi badan
Punca kuat gelap hati di dalam

Pendam rasa secebis kekuatan
Memohon mengharap hati ditetapkan
Dia Melihat lagi maha Menentukan
Pohon ditetapkan iman kekal di dalam.

Astaghfirullahhal'azim...
Astaghfirullahhal'azim...
Astaghfirullahhal'azim...

~by s a r



Thursday, May 5, 2011

Musibah hapus dosa

Assalamualaikum :)

Rasulullah bersabda:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (al-hadid:23)