Saturday, May 20, 2017

Mohon tabah

Assalamualaikum wahai blog yang dah naik berkulat. Hmm..

Setelah satu-satunya sahabat buat jenayah, kayuh basikal pegi sekolah, menukar status beberapa bulan lepas, aku dah reda aku dah tabah seperti mana sahabat sharing is caring yang turut tukaq status beberapa tahun lepas.

Dan bilanya tiba waktu-waktu macam ni, mula la aku rasa goyang. Sebab apa, aku rasa dada sendat, ketat, libang libu susah nak napas.

Aku tahu DIA ada. Tapi aku manusia la. Yang lemah lagi hina. :'( aku dah adu.

Tapi aku manusia la...

Contoh bila ko suka orang, bila ko tak luah, ko ingat orang tu tau? Takkaan tahunyaa.. hati pendam sampai ko rasa sakit.

Macam tu la aku pun. Allahu.
Tapi lega sebab aku baru teringat mendealah ni. Ya. Walaupun tak luah semua, tapi still ada rasa lega. :)

Alhamdulillah.

Meski bukanlah anak yang terbaik, bukan muslimah sejati, aku tetap harap apa yang aku buat selama hidup ni dapat puaskan hati orang sekeliling. Tak banyak, sikit pun jadilah selagi DIA izinkan.

Susahkan nak jaga hati orang? Tapi hati sendiri, sendiri ubat.

Mohon tabah sar. Mohon tabah lagi selagi ada nyawa.

Thursday, March 9, 2017

Belum cukup sabar



Assalamualaikum.

Lama sangat rumah ni kena tinggal huu.

Tapi macam biasa, bila aku rasa dalam hati yang serba tak kena, selain kepadaNya, ni mungkin mampu jadi ruang aku buang segala rasa yang tak sedap tu.

Kesnya bila ada pasangan yang layan anak budak umur dalam sekolah tadika cukup kasar. Aku rasa terkilan sangat masa tu sebab tengah makan. (Bukan budak tu tak diberi makan. Tapi sebab kenakalan. Tak tahu mana silap asuhan/didikan awal. Aku tak tahu..)

Jujurnya, aku bukan jenis penyabar, bukan jenis pelemah lembut yaa amatt.. Bukan. Aku bukan macam tu. Mungkin sebab aku dibesarkan dengan semua adik-beradik lelaki. Dan aku tak selembut lemah gemalai perempuan yang suka pinky ni. haha.

Tapi bila mengenangkan balik kenapa Ya Allah aku tak kurniakan pasangan pada umur begini sedangkan hampir semua kawan sebaya aku dah pun bertukar status... Aku jadi lega. Aku jadi lega juga kenapa aku tak terus kerja di taska 2 tahun lepas. Sebab apa? Sebab aku BELUM CUKUP SABAR.

Bukan senang nak jaga anak-anak. Tambah pulak zaman GST sekarang ni. Tuntutan kesabaran kena cukup tinggi. Disebabkan insiden tadi... Aku jadi tak sampai hati, kesian... terkilan... dalam masa yang sama, aku marah juga kenapa budak tu buat macam tu sekali. Buat hal masa tengah makan. haihh...

Dari segi psikologinya, aku tahu atas sebab apa budak tu menakal macam tu sekali. PERHATIAN. Tu je yang aku cukup pasti. Tambah pula dia dah ada sorang adik dan bakal punya adik kedua. Hmm...

Aku mungkin boleh kata mak ayah budak tu memang jenis kepala angin dan tak patut bla bla bla... Tapi sebenarnya aku takde hak pun sebab aku tak duduk dekat tempat dia orang. Aku tak rasa apa yang dia orang rasa. Aku cuma boleh bayangkan kalau aku dekat tempat mak ayah budak tu dalam keadaan aku yang spesis sabar lagi nipis dari membran kulit bawang tu. Kau rasa aku buat apa? Jaga anak buah yang melasak pun aku boleh naik gila. Inikan pula jaga yang menakal. Alamatlah... huwaa..

Aku syukur sangat atas semua ketentuan yang DIA dan tetapkan. Soal jodoh bukanlah matlamat. Walaupun DIA yang tentukan semuanya, namun segalanya bersebab. Ada sebab siapa diri aku sekarang ni. Sekurang-kurangnya, apa yang jadi hari ni boleh jadi panduan untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang. Betul-betul bersedia untuk semuanya. Insya-Allah.

ok dah. Hati lega sikit. Mengantuk pun mengantuk uii.. Salam.

Image result for sabr tumblr