Saturday, December 18, 2010

Ada Hati?

Assalamualaikum :)

Ada hati? hmm.. ada hati tanpa melihat tuan punya badan. Hope aku tak berjangkit dengan penyakit tu. haha(takut terkena btg idung sndri sbnrnya ;p). Betul la orang kata cinta itu buta. Buta apa? itu aku tahu sebab aku pun belum merasai cinta (the real cinta with lelaki).

Mudah jatuh cinta? Statement ni sesuai untuk lady's barangkali. hee.. Aku sendiri mengaku pernah nak terjatuh cinta pada seseorang.huu. Aku je yang tahu yang aku suka seseorang tu, tapi kupendamkan sehinggalah orang tu berada jauh dan rasa hati tu tidak lagi ujud. Hilang mengikut masa yang berlalu. Yela, waktu jiwa muda, darah panas. Semuanya indah tentang orang kita ada hati tu. Busuk pun kata wangi. Hee. Tak betul pun kata betul. Sehinggakan andai orang tersebut tersenyum pun, sampai terasa bunga-bunga cinta (padahal perasan sendri je :P). Itu baru tersenyum, belum lagi orang tu mengeluarkan kata-kata. Haha.. Parah dah ni.

Ada hati dengan orang yang tidak pasti kewujudannya dan ada hati dengan orang yang sedia ada di depan mata. Sahabatku bilang, kita tidak semestinya boleh jatuh hati pada orang yang sedia ada di depan mata. Malah, jatuh hati pada orang tidak pasti kewujudannya lagi maha hebat. Hmm.. benar barangkali kerana segala-galanya straight to my heart! (BSB song!) ;p.

Ada hati atau jatuh hati, perkara yang sama (beza eja je).

Apa-apa pun, takda cinta yang kekal di dunia ni melainkan CINTA SEBENAR. Cinta tidak bepenghujung dan lebih mahal harganya berbanding cinta manusia. Aku inginkannya. InshaAllah. Masih berusaha mendapatkannya kerana terlalu payah untuk menggapainya. Astaghfirullahal'azim...

No comments: