Showing posts with label Mine. Show all posts
Showing posts with label Mine. Show all posts

Sunday, December 14, 2025

Siapa pergi dulu

Salam.

Lama sungguh tak menulis dek tuntutan urusan doniaa 

Hari ni, ada jiran yang kembali ke negeri Abadi. 

 Never expect. 

 Tak pernah pun terbayang dia akan pergi dulu. 

 Aku ingat lagi, dia datang ziarah abah masa abah kena stroke. Abah aku yang banyak sakit macam2 dan mungkin takde harapan pulih pun. 

 Dia pulak sihat2 je masa tu. 

 Tapi sebulan yang lepas, dia jatuh motor depan rumah je. Ada luka. Tapi tak baik. 

 Kesihatan dia mula merosot. Tak makan, tak minum. Perut sakit. Pergi hospital, macam-macam penyakit tiba-tiba. 

Kesian dia. 

 Masuk hospital 3 4 hari, dia keluar. Then masuk hospital lebih besar dengan harapan dapat rawatan yang lebih baik. 

 End up, sebulan dia duduk hospital. 

 Sakitnya melarat. Kuman mula menyerang. Dia susah nak bernafas. Dia tak boleh bangun. 

 Kesian sangat kat dia... 

 Rabu lepas dia balik rumah. Terlantar. Oksigen on. Tiub susu pun on sebab dia dah tak boleh makan. I don't know why. Sebab yang aku tahu, orang yang kena stroke je kena pakai tiub makanan tu. 

 Kesian sangat dia. 

Tiub oksigen, tiub makanan. 

 Abah aku pergi tengok dia pagi khamis. Dia boleh juga nak bercakap. Cuma abah kata, dah tak jelas sangat dah. Dia terbaring je. 

 Semalam, mak aku pergi tengok lagi dengan abah. Dia dah tak bercakap dah. Baring je. Mata tertutup. Tapi mulut, macam tarik nafas. 

 Dari semalam, tak putus saudara mara datang bacakan yassin untuk dia. 

 Tapi sebelum azan tadi, dia pergi mengadap Ilahi. 

 Terlepas dah urusan dia kat dunia ni. Terlepas dah dari sakit yang dia tanggung dalam sebulan ni. 

 Moga Allah merahmati dia, ampunkan segala dosa-dosanya, letakkan dia bersama orang-orang beriman... 

******

Sebenarnya, semalam aku ada mimpi dia pergi mengadap Ilahi. Mimpi yang tak best sampai satu hari semalam mood aku tak betul. Ada je yang tak kena. 

Tapi sebab cuma mimpi, mainan syaitan semata2. Aku ignore je. Sebab pernah juga mimpi sebelum ni. Pakcik aku. Tapi, alhamdulillah dia sihat2 je. 

Tapi yang semalam, aku tak rapat pun dengan jiran tu. Tapi selalu nampak. Selalu lalu depan rumah. Selalu pergi beli kuih nasi lemak wife dia..

Bila mimpi macam tu, aku rasa takde apa2. Aku harap dia mungkin makin sihat. Cuma tak sangka dia pergi jugak hari ni 🥺

 ******* 

 Bila hidup ni di luar jangkaan kita... 

 Siapa sangka, orang yang sihat2 ni boleh pergi dulu dari kita yang ada sakit kronik ni huarghhh 😭😭😭

 Ajal kita, takde siapa pun tahu. Macam mana pengakhiran kita pun, kita tak tahu... 

 Banyak sangat dosa ni... Banyak sangat... huwaa 😭😭😭

Saturday, April 26, 2025

Eh makngah!

Salam. 

Dah hujung2 raya dah. 

I'm okey.

Takdela dapat soalan makcik2 kepoci pun. Alhamdulillah. Dah bertahun2 tak pernah pun dapat soalan "bila nak kawen?" tu. Alhamdulillah. Baiknya Allah. 

Aku je yang tak baik selalu huu

Tapi tadi....

"Eh makngah! Makngah dah banyak dah rambut putih." 

Me : Dah tua dah..

"Tapi Makngah tak kawen."

Me ; Memanglah tak kawen.. nak kawen dengan sape?

Itu budak 8 tahun umur dok gelak2 sendiri sebab tak boleh jawab jugak. 😆

Takpe Maya. Makngah maafkan. Ada jugak orang nak tanya 🤭

Makngah ko ni dah tak bayang dah semua tu. Dah tak rasa apa dahh. Biarlah. 

Ada hikmah banyak. 

Tapi yang tak best,.. 

Hujung2 umur nanti, harap tak susahkan orang je. 
Mati pun harap tak susahkan orang jugak. 
Tak taula ada orang nak doakan ke tak nanti. 
Yang penting sekali, jangan susahkan orang, jangan susahkan orang lain even keluarga sendiri. 
Tujelaa.. 

Moga Allah perkenankan la nanti... 🥹

Argh. 

Sedih pulak. 

~selamat hari raya yang dah nak habiss 🤭



Wednesday, September 4, 2024

Kenapa tak suka sakit?

Salam. Takde siapa suka sakit. Tapi tula. Manusia ni lemah. Ada masa sihat, ada masa sakit. Kali ni, giliran aku tiba lagi. ahah Kalau boleh elak, aku elak dah. Tapi tak mampu. Macam biasa, aku jarang sakit. Tapi sekali sakit, pakej lengkap aku dapat. Demam, batuk, selsema. Cuma kali ni, batuk tak sempat. Padahal sakit tekak kemain beberapa hari lepas sampai suara aku tak sedap. Alhamdulillah. Demam selsema pun azab juga. Nak tido payah. Hidung tersumbat. Telinga pun naik pekak aku dok hembus ingus tak keluar. Degup jantung pun boleh dengar. uhuu Lagi satu, bila dah sakit ni, aku cakap dah. Ubat nak kena telan tu azab. Harian je 5 biji. Dah tambah demam selsema, jadi banyak dah. Yang lepas, pakej dengan sakit2 badan. Berbiji2 pil masuk dalam badan. ahah. Kali ni, kurang sikit. Alhamdulillah. Tapi Allah ganti yang lain. Awal pagi2 lagi Allah bagi sakit yang lain. Takde ubat, selain doa. hm. Bila teringat, jadi hilang mood dah. Sambung tengok cerita kdrama la. sebab dua kali aku tidur siang hari ni. Entah bila boleh tidur. Tidur pulak dengan hewan berbulu itam yang datang menyebuk tiap malam. hm..

Thursday, July 25, 2024

Entah apa tak kena

Salam.

Semalam pergi check darah. 
Entah apa khabar. 
Harap baik2 jela macam sebelum ni.

Cuma kali ni, aku dah kurang bersenam. Berat pun naik balik. Hm. 

Last week pergi joging. 
4.6km je mampu.
Lari sikit. Jalan je banyak. Tu pun lari sikit rasa kaki tak jejak tanah dah. 

Tapi dah dekat seminggu ni, badan aku yang sakit2. Hari ni, dada pun rasa tak sedap dari semalam.

Pulak tu semalam lepas kena 4 kali cucuk jarum darah baru nak keluar, sampai lebam2, tangan aku sakit... Banyak noo dosa 😔 

Bila dah rasa tak sihat ni, mula la kepala ingat benda lain. Macam2 fikir. Banyak amanah, hutang tak settle lagi ni. 😔 

Moga ada lagi hari esok 😔 


Tuesday, June 4, 2024

Makngah ada 'crush'?

Salam. 

 "Makngah ada crush tak?" 

Soalan daripada budak umur 8 tahun. Hahah 

Aku tak tahulah dia faham ke tak makna crush tu. Tapi adik dia yang umur 7 tahun tu jawab, "crush tu pasal lelaki kan?"

hahah 

gila la 

Budak sekarang punya akal

Aku tak tahu nak gelak ke apa 

My crush is married. 

Tu jawapan aku.

ahaha

Gila.

Aku tak pernah sebut pasal boifren ke apa bende dengan famili aku

Takde

Tak pernah.

Kecuali, masa ada arwah nenek aku. Dia tanya, takde siapa-siapa ke? Entah sempat ke tidak nak tengok ko kawen.

Gitulah ayat nenek dulu. Itu jam aku study pun belum habis. Aku mengaku ada someone suka dulu.

Tapi aku tak tolak dia, tak juga kata ya. Berkawan la dalam 3 tahun juga.

Lepas tu, aku dapat tahu dia kahwin.

Tu je.

See? Bukan jodoh kan?

Allah uji perasaan je masa tu. Alhamdulillah.

Now, jangan ditanya, kamus cari pasangan dah lama tutup. Tak tahulah bila dia nak terbukak lagi haha.

okeyla.

tu je. 

Sekian.

Tuesday, May 14, 2024

Interview

Salam. 

Entahla. 

Rasa nak gelak pulak bila pergi interview hari ni. 

Umur dah banyak satu.

Interview kat rumah bos satu hal. 

Yang paling utama, aku tak beriya. 

Sebab the end of the day, aku kena susahkan orang yang nak hantar nak ambik aku. Memang masalah. 

Nak suruh drive? 

Aku rasa mau satu jam sampai. haha

Lambattt lagi nak drive sendiri.

Lagi satu hal, aku risau. Banyak appointment setiap bulan. At least, ada appointment aku boleh pergi sendiri. Tak susahkan orang lain. Tu je yang penting. 

Hal-hal lain, dah tak masuk senarai dah. 

Nak interview hari ni pun aku macam... apebentahh

Gasak. Dua hari lagi nak interview, dua hari jugak aku sakit kepala. 

Hari ni pergi interview, balik aku rasa nak demam. 

Kalau dulu, neves kemain kalau nak interview. 

Hari ni tak. Sebab aku tak harap. 

Tu jela. 

Kalau dulu, aku harap aku diterima. 

Sekarang tak. Tak dapat lagi okkkk dari dapat. 

Sebab banyak benda aku nak kena fikir lepas tu. Sangat banyakk. 

Tapi entahlah. Malas nak fikir. 

okbai.



Monday, April 22, 2024

Penat

Salam Aidilfitri yang ke... 

tengok la kalender sendiri. Aku tak sempat check. Sebab hari aku sama jee. Cek tarikh bila ada appointment doc je ~huu

Sempena raya kali ni. Aku penat betul rasa. Raya lepas pun penat jugak. Tapi aku tak pernah cakap dengan sape. 

Kali ni, aku betul2 penat. Faktor umur la kot. 

Ini kali punya penat, aku tak peduli dah sape yang datang. Fully jadi bibik. Tak keluar dapur punya. 

Dan bila tetamu yang nak datang rumah siap booking hari, aku jadi sakit hati. Aku tak boleh husnuzon dah. 

Penat kali ni tak boleh bincang punya. 

Last2 aku nangis bila adik aku ajak tido rumah dia. Haha.. Nak pegi jalan2 lepak2 segala. Dia tahu aku penat. Penat sangat2. Allah je tahu. 

Orang datang, mesti cakap aku rajin la apa la. Padahal... 😔

Bila umur dah banyak, kesihatan pun tak bagus mana, emosi pun dah lama terbenam kelaut dalam, rasa2 boleh bertahan ke? 

Okla. 
Bai. 
Moga hari kalian kekal cerah tidak semendung aku. 

*kuih raya yang banyak tak jadi tahun ni 🥴

Thursday, January 18, 2024

Kahwin? Terkesann

Salam. 

Demi Allah. 

Rasa terkesan dengan majlis kahwin sepupu 2 minggu sudah. 

Tak tahulah kenapa. 🥹 

Agaknya sebab umur dah banyak kot laa.. Yang kahwin tu sebaya adik bongsu. Umur 29tahun. Jauhh beza umur aku 😂 

Dia dah kahwin, aku tak kahwin2. Apo?? 

Dalam adik beradik, abang aku dah, adik bawah aku pun dah, bawah adik aku tu pun dah. Tinggal aku yang ke2 dengan bongsu je belum. Dah la aku sorang je perempuan 🤭

Aku jarang2 nak cerita soal kahwin dengan siapa2 pun dengan serius. Tak pernah ok? Langsung tak pernah. Kalau ada borak2 pun, aku banyak diam. Sebab? Aku tak pernah betul2 pun kawan rapat dengan mana2 manusia namanya lelaki. 

Last time pun, 2018 macam tu. Tu pun aku boleh gelak2 lagi bila ada 'orang' try tanya. Itu jam, aku tak boleh brain. 

Dalam 2012 tak silap, ada jugak pernah nak try kawan. Masa tu aku join kursus makcik2 tempat jiran aku ni kat Pahang nunn. Kursus tu untuk satu malaysia. So, semua wakil negeri ada. 

Dalam yang ramai2 tu la, sebelum balik, ada sorang hamba Allah pas nombor telefon. Dengan harapan aku call kot. Masa tu punya akal, dah tentulah aku kenot brain. Muda lagi masa tu. 

Ada yang nak try kenal tru fb pun ada. Berkawan lebih 3 tahun. Dia nak serius. Tapi aku? Tak boleh nak terima masa tu. Sebab aku ada suka orang lain. 

Tapi tu la... 

Allah kan tak bagi apa yang kita nak. 

We plan, HE plans, and HE is the best planner ever. 

Aku tahu aku takkan dapat apa yang aku nak. That's it. 

Start dari situ, takde sape dah. Yang nak serius pun dah kahwin, yang aku suka tu pun dah selamat kahwin. 

Last two years adik ke 4 kahwin, aku dah start rasa lain. Sebelum dia nak make a move, dia tanya aku. 

Okey ke dia nak kahwin dulu? 

Sebab beza umur aku dengan yang nombor 4 tu, 7 tahun. 

Takkan nak cakap tak ok pulak kan? Of course la okey sebab dia yang nak kahwin. Takde kena mengena dengan aku haha. 

Dan sekarang ni, bila ada majlis cousin yang aku berkampung kat rumah dia 4 hari 3 malam, aku tolong siapkan hantaran dia bagai, tipulaaa tak rasa apa. Tipuulaaa.. Allah je la yang tahu. 3 kali majlis yang ada 3 kali jugak aku tolong buat hantaran orang. Huu 

Tipulaa tak rasa. 

Tapi ini kali. Lain. Lain sangat efek dia. 🥹 

Ada baru2 ni influencer kahwin kali ke2. Bila baca apa yang dia kata, 

"Doa pada Allah apa yang kita nak. Be specific jodoh macam mana yang kita nak." 

Aku rasa, dah bertahun2 lepas kes hasrat hati tak kesampaian, aku tak pernah lagi doa pasal jodoh. Aku fokus pada laluan rezeki aku. Aku tak pernah doa lagi pasal jodoh. 

Give up? Boleh dikatakan give up la sebab aku rasa why nak sibuk hal jodoh sedangkan ko ada masalah lain yang tak selesai2 sampai sekarang. 

Boleh dikatakan aku dah reda soal jodoh. Actually dah letak kat paling hujung punya impian. Kalau ada, ada la. Takde sudah. Punyalah senang konsep aku. 😆 

Tapi dah dua minggu ni, aku rasa lain dah.

Buat pertama kalinya soal jodoh ni aku sebut dalam doa. 

Aku percaya Allah hantar orang yang tepat pada waktu yang tepat. 

Dalam masa yang sama, aku pun reda juga. Sebab kena sedar diri. Ini jam, macam2 masalah rumah tangga aku dengar dan buat aku takut nak cakap soal kahwin ni dengan serius. 

Kat sekeliling ni, ada saja masalah aku dengar dan aku jadi tak suka. Pernah terdetik dalam hati aku bersyukur Allah belum jumpakan dengan siapa2. Lagi baik sendiri dari aku kahwin. Sampai begitu sekali. Huu

Tapi sekarang ni... Nahh.. Allah bagi ko memang tak jumpa sape2. Duduk dgn mak abah. Jagala selagi ada nyawa. Dah set dah dalam kepala, tak kahwin la ko. Tunggu je la jodoh dengan maut. Sampai macam tu sekali haha

Aku memang dah penghabis reda dah tu sampailah cousin aku nikah dua minggu sudah. 

Hati ni Allah balikkan dah. Huu
Malunya nak doa balik pasal jodoh ni. 
Umur dah banyak kot. Nak bandingkan dengan kawan sebaya, ada yang dah ada anak sekolah menengah. 

Aku? Entahlahhh... Sebab tu aku tak mengharap dah. 

Cuma sekarang ni je aku rasa makin kuat rasa tu. Nak tapi tak nak. Nak tapi takut. Macam2 la rasa. 

Tapi satu je aku percaya. Allah tengah uji hati ni. 

Harapnya sekejap je la rasa ni. Sebab ada benda lagi berat dari soal jodoh ni untuk aku. Aku tak putus doa Allah bagi lagi masa untuk aku selesaikan semuanya sebelum kena jemput pulang ke negeri abadi. 🥹

Okla. Tu je membebel panjang soal jodoh tak kesampaian. Haha


~yang terbaca posting ni, diharap sudi2 doakan 🤭


Monday, January 8, 2024

Setahun tak sekali

Salam tahun baru. 

Tahun yang menambah lagi ketuaan. 

Seminggu bizi dengan majlis kahwin orang. Orang lain yang kahwin orang lain yang bizi. Apo? 🤪 

Takpela. Cousin yang dah anggap macam adik sendiri. Aku takde adik beradik perempuan lain. Dengan cousins la dok borak2 share2 macam2. 

She's one of them. 

Congratulations eiya and ammar.  

Tak taula bila lagi nak ada majlis besar gini. 

Rindu sebenarnya. 🥹

Majlis sendiri? Usah ditanya bila tarikhnya. Benda yang tak boleh jangka. Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih, hampir mustahil. Dah umur2 gini, pengakhiran umur je yang pasti. Anytime anywhere. 

Macam tahun2 sudah, tak harap yang bukan2. Sedar diri siap2. Cumanya, harap Allah bagi lagi kuat hati, sabar banyak2. Awal2 tahun ni, dah ada ujian yang menanti. Kuat atau tak je nak lalu. 

Aku pun upgrade doa untuk tahun ni. Jangan nangis selalu. Muahah 

Maklumlah. Umur dah banyak oi. Harap makin keringlah hati ni. 

Okla. Tu je. 

*5 lagi single. ~ahah


Friday, December 29, 2023

Terkesan

Salam. 

Huh

Kepala pening sebelah. 

Terlebih makan agaknya. Haih.

Kebelakangan ni, ada je berita kematian. Baru tadi pun sama. 

Ada orang kata, tak tau la sahih ke tidak. 

Bila setiap kali telinga kita berdengung, tak lama dah. Uhuh..

Ada kata pulak, 'daun' kita kat 'sana' kena langgar dengan 'daun' gugur yang lain. 

Tapi rasanya, eloklah kalau benda tu sebagai peringatan kita yang tak tau bila dipanggil balik. Anytime anywhere. Hmm. 

Moga perakhiran yang terbaik buat kita semua. 

Halahh.. 

Dah takde mood dah nak tulis. 

Kena panggil 'balik' tetibe dengan dosa yang banyak ni takde sape boleh tolong. 😔

Okbai. 
*Tak taulah gambo pempuan mana si AI ni saukk 

Wednesday, December 6, 2023

Lama tak menulis

Salam Disember. 

Sekejap je dah masuk hujung tahun. 
Macam biasa, hujung tahun dengan cuaca yang tak menentu. 

Sama dengan mud menulis aku yang tak menentu lagi tidak tentu hala. Haha

Rasa lama tak tulis cerita baru. Selain malas, laptop pun tak berapa sihat. Memang menulis pun ikut hp jela. Tapi tu la. Mata pulak naik rabun 😑

Laa ni siapkan edit yang sedia ada je untuk jual balik. Tapi tak siap2 dari hari tu. Punyalah malas. 

Nak menulis ni pun rasa tak rajin. Ada hati nak menulis yang lain. Haha. Tahun depanlah harap boleh ada satu yang baru. 

Ok. Dah la. Tu je. Bai. 

Thursday, August 31, 2023

Appointment abah

Salam. 

Hari ni, hari cuti. 

Happy merdeka day semua. 

66 tahun dah. 

Cuti-cuti dapat call dari hospital untuk appointment abah, sangatlah tak seronok. 

Lebih-lebih lagi bila appointment tu hari isnin 4hb Sept, 8 am. 

Isnin. Hari berperang di jalanan, budak2 sekolah balik. Jemmm... 

Jauh satu hal. Sebelum subuh dah nak kena keluar. 

Bermulalah episod...

Ujian... 

Moga Allah lancarkan segala urusan kami. 

Tenangkan lagi jantung aku yang degup tak kena rasa dari petang tadi. Panik tak sudah. 

Okla. Daa.. 

Thursday, August 3, 2023

Sesi Mentepukan Otak

Salam. 

Ini kali, sesi mentepukan otak 😆

Betul isi masa terlebih lapang ni 😆

Kita mula dengan... 

Uncanny Counter S1 16ep
D.P S1 12ep
D.P S2 12ep
Fireworks of my heart 38ep
Believe
Mad Dog 16ep
Itaewon Class 16ep
Revanant 16ep
Tomorrow 16ep

Ada lagi drama dengan movie yang aku tengok tapi bagai angain lalu je. Tak ingat cerita apa dah. 

Dalam banyak2 drama luar ni, ada la 2 3 yang betul2 dipdip. No wonder la orang kata best. 

Bukan sebab actors semata, tapi mesej and input yang kita boleh dapat. 🥹

Dah la. 

Tetiba tak nak tulis dah. 

Okbai. 


Sunday, July 16, 2023

Doa tak sakit

Salam. 

Semenjak kena telan ubat selagi ada umur ni, aku selalu doa supaya aku tak sakit lain2. Harap sangat2! 

Bukan tak reda dengan sakit yang ada, aku jem dengan ubat yang nak ditelan je. 😅

Dua bulan lepas, aku demam, batuk, selsema, sakit otot. Teruk punya. 

Ubat sedia ada, dari celik mata sampailah nak tido, dah 5 biji nak kena telan. Campur lagi paracetamol 2 biji pagi 2 biji malam, sebiji pil selsema, dengan pil sakit otot lagi sebiji, tambah pulak pil pening, lagi nak telan ubat batuk. 

Rasa macam satu hari tu aku makan pil lagi banyak dari makan nasi satu hari tu. Dah macam apa entah. Yang lagi tak tahan, bila sakit tak kebah2 sampai seminggu pergi dia. Sampai tak lalulah nak telan ubat dah. Banyak nooo dosa gamaknya huu~

Sebab tu harap sangat tak sakit. Cukuplah dah ada yang tak sihat dalam rumah ni. Aku harap sangat aku boleh sihat. Takyah telan ubat banyak2. 

Kiranya bila sekali aku sakit, pakej lengkap tak boleh bincang punya. Sampai keje aku tido aje. Nak bangun pun tak larat. Pegang hp pun tak kuasa. Mata nak pejam aje. 

Tapi ni dah dua hari. Hidung sokseksoksek. Tekak pun tak sedap. Letak kepala je nak pejam. Dah nak kena makan ubat dah. Tak tahulah sampai bila pulak. Harap baiklah esok. Lusa nak kena teman abah check up. Takkan nak soksek depan doktor. Kang kena halau pulek. 😁 

Okla. Moga Allah ampunkan dosa aku yang menimbun ni. 🥹

Tuesday, July 11, 2023

Penat

Salam. 

Hah. 

Penat. 

Telan selagi mampu.

Bukan tak biasa. 

Sakit hati pun diam.

Sakit hati pun telan diam-diam, nangis diam-diam. 

Nak harap apa lagi?

DIA jela dengar, DIA jela yang faham pun. Takde siapa nak faham dan cuba faham ko. Sendiri je faham walaupun kadang-kadang konfius jugak. 😆 

Dah la. 

Penat. 

Nak tido je rasa. 

Okbaik

***********
*Nasi goreng daging kunyit terlebih kangkung. Tapi aku bazirkan dah hari ni. Makan dua tiga suap je. 🥺

Sunday, June 18, 2023

Salah faham

Salam. 

Kena marah tak memasal hari ni. 

Betullah. Manusia sesama kita ni, tak boleh baca niat hati orang. 

Yang cakap tahu niat hati orang lain tu, cuma bersangka-sangka. 

Baik atau buruk. 

Yang tahu yang tahu segala-galanya cuma Dia. 

🥺

Berbual tru whatsapp. Kita tak tahu pun intonasi mahupun niat orang tu. Padahal pada kita biasa je. Tak bermakna apa2 pun. 

Tapi penerimaan orang ni, kita tak tahu. Boleh jadi dia ingat kita marah dia. 

Tu la. 

Sabar, mengaku je salah. Selesai. 

Tapi yang sebenarnya hati kita tak selesai pun. 

Tapi takpela. Gitulah kerja dengan orang. Ambiklah yang positif. Jadikan pengajaran. 

Ok dah. Nak tulis pun tak kuasa bila takde mood ni. 
* jadi vege aku kelmarin. 

Friday, June 9, 2023

Keputusan darah

Salam.

Dah lebih 6 bulan, aku test darah lagi. 

Dia punya debor tu, Allah je tahu. Haha. 

Sepanjang perjalanan dan sebelum2 hari ni, aku tak senang duduk dah. Harapan tak jumpa doc yang kuat bebel. 

Alhamdulillah. Jumpa Dr. Vijay. Dr yang mula2 hari pertama buat check up, Dr yang demam tapi tunggu aku datang appointment cabut gelang covid dulu 😁

Walaupun lelaki, tapi boleh IN. 

Cuma tu la. Dia kata result sangat good. Bp tak good. Buat ECG, jantung ok. Nadi kemain laju. 

Dia tanya takut ke apa? 

Of course takut! Bukan takut jumpa dia. Takut result darah aku K.O. 
Nauzubillah. Cukuplah abah je. Aku kena sihat supaya boleh terus pantau abah walaupun takdela berfungsi sangat pun. Tapi more to... sebab takde sape boleh remind segala macam yang boleh dan tidak. Gitulaa.. 

Lagi satu, berat pun tak good. Bahana lepas raya. Kejap naik kejap turun. Lepas tu naikk banyakk balik. Hahah 

Tu je la. Dia suruh turun 3 kilo lagi untum next appointment. Eh banyak tuu.. 

Okla tu. Sebulan sekilo dia kata.

Ha yela. Tengoklah cemana doc. 😁

Okbai. 

~burung ni dah 2x nak bertelur kat rumah ni. Jarang2 burung liar tak takut orang. Selamba je buat sarang. Padahal banyak je pokok. 

Saturday, June 3, 2023

Hadiah Runsing

Salam. 

Hm. 

Begini. 

Orang lain mungkin takde masalah. 

Untuk aku, akan jadi masalah bila setiap kali terima pemberian orang.  

Aku runsing.  

Ya. Betul. Itu rezeki. 

Alhamdulillah. 

Tapi, runsing untuk aku balas kelak. Kemampuan tu tak sama. 🥹 

Mungkin, ni la hikmah kenapa dari kecik, dari azali mak abah tak ajar pun ada pemberian bila ada ulangtahun. 

Tapi bila sekali dapat, rasa tu... Dia tak happy pun. Susah hati ada. 

Konsepnya, bila setiap pemberian mesti ada pembalasan. 

Macam jiran ko hantar mihun goreng. Kejap2 karipap. Esok pulak laksa. Sanggup pulak ko terima je? Takkan sesekali ko tak reti nak balas. 

Gitulahhh... 

Dah jadi masalah untuk aku balas. Tu masalah dia. Bila tak mampu nak balas dengan apa yang setimpal, sampai matilah budi tu rasa terhutang. Tak best la kan? 

Hm. 

Cemana ni? 

Okla. Memang takde jalan lain selain fikirlah apa yang patut balas. 

😭

Tuesday, May 16, 2023

Hari tua esok

Salam 

Esok hari tua yang ke... 🫣

InsyaAllah...

Untuk tahun ni dan sama je dengan yang sudah2... 

Cuma kali ni, awal dah dapat hadiah. 

Hari ni teman abah pegi check up. Awal2 lepas discaj awal tahun hari tu, doc dah inform jantung dia ada problem. Sejauh mana tu je yang tak tahu. 

Hari ni, result tak syok dengar bila doc explain. Injap jantung dia problem tahap kritikel. Memang akan cepat penat bila buat kerja berat. 

Doc bagi 2 pilihan. Dan ofkos la dia suggest buat operation untuk long term. Kalau tak buat pun boleh. Cuma ada risiko sebab dia ada diabetic bagai. Lagi satu umur. Tapi aktiviti berat memang tak boleh buat dah la. 

Benda ni, doc bagi masa fikir. Dalam 2 bulan ni. Next appointment dia nak result. 

Yang jadi masalah, abah sendiri la. Kalau boleh dia tak nak belah2 ni. Umur pun dah tua. Anak2 pun tak boleh paksa. 

Sekarang ni, aku folo je mana yang terbaik. Selebihnya aku serah pada Dia. Kalau inilah takdirnya untuk famili aku, aku sedia reda. Dia sebaik2 perancang kan? 

Moga yang baik2 je untuk abah 🥹

Sunday, May 7, 2023

Jangan susahkan

Salam raya ke 16

Kisahnya birthday nak dekat dah. 

Makanya, satu benda je aku wajib buat tiap tahun. 

Cek lesen walaupun tak bawak kereta. 

Aku lama dah tak renew sebab masa pkp lepas, renew lama terus. 

Ini tahun renew baru. Kalau dulu guna myeeg je orang tu hantar sampai depan pintu rumah. 

Laa ni, dengan bijak dan harapan yang sama, akan dapat lesen depan pintu rumah. Tapi malangnya...

SILA AMBIL LESEN ANDA DI KAUNTER JPJ. 

Cisss...

Niatnya bayar online tak nak susahkan siapa2 pergi renew lesen sebab aku susah nak keluar sendiri. Jauh pulak. 

Sudahnya, dah nak kena susahkan orang. Tapi aku pilih lain kali je la ambik. Tak drive pun buat masa ni. 

Cukup2lah susahkan orang lain untuk urusan sendiri biarpun kecik. Dah-dah la tu... 🥹

Kalau tetibe pulis cek kaa apa kaa.. cek je la apps. 

Okbai. Murung jap. 

*Okla. Last night, first time join meeting merisik. Ofkos la bukan aku yang kena risik. Jauhhh lagi orang nak merisik 🤭