Monday, December 20, 2010

Nakal

Adik Asrul. Aku suka dia. Lesung pipit dia pling aku suka. Senyuman dia apatah lgi. Kata2 dia. Cara dia berfikir. Renungan mata dia. Telatah dia. Segala2nya la aku suka pasal dia.

Seminggu aku di kampung, seminggu tu jgak la dia hiburkan hti semua orang. Ikut apa yang aku pernah blajar dlu pun, tahap umur kanak2 macam dia memang suka explore. Tapi dia ni, aku tgok lain sikit dr adik brdik yg lain. Bila ditegur dgn baik, dia boleh ikut, klau ditegur dengan cara kasar, dia memang takkan ikut langsung. Abah aku la paling suka layan dia. Tergelak tiap kali teringat pasal dia.

Ada sekali tu, slpas solat Jumaat, aku dan ahli keluarga lain ingin melawat pusara nenda, dia ni tak ikut tinggal dengan ahli keluarga yang tak pergi tu. Dalam semua dah siap2 nak pegi, dan bila semua dah masuk dalam kereta, tanpa disedari ada seorang ahli keluarga yang terlambat siap dan nak jdikan cerita, tertinggalah dia.

Balik je dari kubur, adik Asrul ni terus2 tanya kami yang baru bukak pintu kereta ni (2 kereta).

"nape dua2 kereta tak tunggu acik? Nape tinggalkan dia??"
dan dia trus bercakap tanpa dihiraukan oleh semua yang baru balik ni. Termasuklah aku pun sendiri dan kami pun beramai2 lah masuk ke bilik air (yang agak boleh isi dlm 10 org dlm stu masa) utk bsuh kaki. Dia terusan membebel dan akhirnya senyap sendiri. Hehe.

Aku lihat wajah ibu dan ayahnya, diorang pun boleh buat muka tak tahu sebab diorang lagi faham anaknya. Hehe. Ada satu malam terakhir sebelum semua pulang ke rumah masing2 esoknya, sebelum tido ibu ayahnya ada cerita serba sedikit tentang adik Asrul ni (time tu dia dah tido dah). Manurut ibu dan ayahnya, Asrul ni pelik sikit dr yg lain. "Bijak yang nakal". Setegas2 segarang2 ayahnya, dia lebih lagi dari itu.

Asrul ni kalau pegi sekolah, yang dia tahu setiap pagi pkai stokin dan terus bwak beg skola, pegi sekola balik skola buat keje rumah. Semua perihal buku diuruskan oleh kakaknya. Yang dia tahu semua siap. Hehe. Ada sekali, kakak lupa masukkan buku teks, balik je sekola dia terus sound kakak sbb tak masukkan buku teks. Haha. Dia punye jadual, orang lain pulak kne jaga.

Hal lain plak, Asrul ni kenal dengan semua kawan abang2 dia yang umur 5 tahun lagi tua dr dia. Sampaikan ada satu peristiwa. Abang tak dapat pegi ambik result kat sekola sebab ada game kat tempat lain. So, ayahnya dan asrul la yang pegi skola nak pegi ambik. Ayahnya pulak agak tidak familiar dgn sekola kat situ, Adik Asrul ni boleh pulak kata kat ayahnya:

"Abah, abah jgn rsau, tnggu je kat sini, biar adik cri kwn abang nant adik tlong tanyakan."

Cuba bayangkan budak umur 7 thn cakap macam ni pd ayahnya. Asrul ni pun trus kuar kereta. Lpas brpa minit, ada kwn2 abang dtg kat kereta dan nak trus tunjukkan tempat utk ambik result tu. Uih. Punya la pelik ayahnya sebab time tu Asrul dah takde dah. Dia nampak Arsul tgh borak2 dengan kwn2 abang yg lain. Menggeleng ayahnya sebab mcm dia pulak yg ambik exam sebab sibuk tanye result org lain. Hehe.

Ada satu lagi hal pasal cara pemikiran dia. Agak unpredictable. Sebab ibu ayah dia sendiri kadang2 terkejut. Disebabkan anak boungsu, dia dari kecil sentiasa mengikuti ayahnya ke mana sahaja. Termasuklah ke surau mahupun ada kematian. Kalau di kawasan perumahannya, biasanya Asrul ni la tau dulu sape yang meninggal ke ape ke dari ayahnya sendiri. Kira macam semua info la dia tahu. Hampir semua orang surau dia kenal.

Dia ni kuat bertanya dan kalau dia tak dapat jawapn dr soalan yang ditanya, dia bukan jenis yg akan mengamuk mcm budak lain. Sampai nk menangis, menjerit,merengek tak tentu pasal, tak pun ade setengah budak tu buat tak tahu je kalau tak dapat jawapan. Asrul ni akan buat satu perkara yang akan menyakitkan hati orang lain tanpa sedar. Contoh, orang tgh tengok tv, dia matikan tiba2 lapas tu buat tak tahu je, bukak tutup grill pintu sampai orang sakit hati tgok, pastu dia diam semacam. Hehe.

Ada skali kata ayahnya, dia pernah dibawa ke kawasan pengkebumian. Orang lain yang sibuk berteduh sebab panas matahari, dia boleh pulak duduk betul2 tepi liang lahad sebab nak tengok betul2. Ada sekali dia bertanya napa ada setengah yang dia tengok kene letak sekali dengan keranda dan ada tu tak perlu pun. Maka, akan ditanya la kepada ayahnya dan bila diterangkan, dia boleh faham. Yang aku tahu, sesetengah kanak2 umur mcm dia ni, tak faham langsung apa yang cuba diterangkan oleh orang dewasa. Tp, dia ni lain.

Ada sekali tu, dia dengan aku. Pada malam akhir kenduri tahlil, ada perbincangan keluarga yang terdiri dari semua orang dewasa. Termasuklah aku dan ade 2 orang sepupu aku yg sama turut menyibuk kat situ. Hehe. Tengah dalam perbincangan, Asrul tiba2 datang duduk sebelah aku. Dia trus bertnya:

"kak, ada apa ni"

aku jwp: "Asrul watpe kat sini, tak elok dgr org2 tua berbual"

"ala. napa tak boleh? dia tanya aku balik. Dalam hati aku kta, budak ni kne slow talk ni. Aku pun jawb la.

"cuba Asrul tengok, ada ke budak2 mcm Asrul yg dgr. cerita orang tua, Asrul xelok dengar, kan semua orang2 besar je ni" Dia senyum, pastu terus dia bangun. Yossh.. nasib baik dia tak bnyk soal lagi. hehe.

Hmm..Lain pula perihal kanak2 yang terlebih advance kini. Cuba bayangkan kanak2 yang berumur 7thun berbicara soal nikah kawin dan berkeluarga secara serius?. Kecik2 lagi dah fikir nak ada bf gf. Uish. Aku pun tak seadvance tu. Hehe.

Hmm, dengan erti kata lain, Adik Asrul ni memang suka bertanyalah apa2 yang dia tak faham. Kadang2 soalan yang bukan untuk tahap umur macam dia pun, dia boleh tanya. Yang jadi mangsa adalah ayahnya. hehe.

That's why aku katakan dia ni lain dari yang lain. Nakal yang bijak. Tapi aku rase, budak2 mcm ni kalau tidak diasuh dengan cara yang betul, dia boleh terpesong jauh andai kawan2 menjadi keutamaan dan sayang sekiranya keistimewaan yang dia ada tidak dipraktikkan (cepat tangkap bila blajr satu bnde).

Aku doakan Adik Arsul jdi orang berguna pada satu hari nanti dan dapat lakukan suatu yang boleh membanggakan ibu ayah dia. InsyaAllah.

No comments: