Saturday, December 18, 2010

Yassin berlagu

7hb Dis 2010 bersamaan 1 Muharam 1432. Kalau dalam entry yang lepas kuceritakan pemergian nendaku tersayang. Ini hanyalah sampingan sepanjang hari dari malam jenazah nendaku dibawa pulang ke kampung sehinggalah usai majlis tahlil malam ke 3. Aku lebih banyak memerhati kerenah manusia disekelilingku.

Tepat jam 11.30 malam aku, adik, mak dan abah sampai rumah serentak dengan jenazah nenda. Sayu hati aku lihat ke setiap inci wajah yang menyambut kepulangan nenda. Ibuku apatah lagi. Sentiasa dibasahi dengan air mata. Cuma aku yang agak kelihatan kuat daripada biasa.Huu..(dalam hati siapa yang tahu). Cukup sudah aku rasa untuk cerita menyedihkan ni.

Pada malam tersebut, aku serta ahli keluarga yang lain membaca surah Yassin buat nenda tersayang. Dalam ramai-ramai yang membaca, aku terlihat seorang yang agak asing dari pandanganku dan sebelum ini tidak menyedari kehadirannya. (sempat lagi aku jeling2. hehe tak sengaja ;p). Kulihat paklang kenal mesra. Mula dari dia melangkah masuk ke pintu rumah, serius aku tak perasan siapa dia. Lengkap berbaju melayu hijau muda, seluar hitam dan berkupiah putih. Pada mulanya aku hanya lihat seimbas dan aku terus tunduk (naye je tenung lelaki, ntah2 laki org.. huu). Aku tidak hiraukan.

Melangkah masuk ke dalam rumah terus menyapa paklangku seterusnya melangkah menghampiri nenda dan duduk bersila. Kulihat dia mula mendapatkan buku Yassin dan aku tahu dia akan membaca yassin untuk nenda. Aku teruskan pembacaanku. Bacaan mula kedengaran. Lantang menusuk gegendang telingaku. Aku terus mendongak untuk memastikan siapa yang membaca Yassin tersebut. Sah! dengan suara yang agak garau tapi sedap didengar dan lancar. Pada masa itu, tenang plus sedikit getar apabila mendengar. Khusyuk dia meneruskan pembacaan. Aku pula, tidak ada terus menerus melihatnya. (Gila! dosa je plak yang aku dpt. hhehe).

Tamat pembacaanya aku sekali lagi melihatnya bangun. Aku teruskan pembacaanku semula. Sekali lagi aku menegakkan kepala untuk melihat kelibatnya, rupa-rupanya dia berdiri hampir dengan tempat aku duduk dan sedang berbual dengan paklangku. Pada masa itu jugak la pandangan mataku setepat pandangan matanya. Malu beb!. Hehe.. Pandangan pertama la plak. hehe.

Esoknya sewaktu hari pengkebumian. Awal pagi orang ramai mula datang. Aku terlihat kelibatnya. Sekali lagi itu jugak la aku terkena! haha.. tu la, mata tu gatal sangat tengok org. Kantoi lgi sebab dia macam perasan aku pandang dia. Haha. Dah 2x ni. Hehe. Sehinggalah di tanah perkuburan, tapi aku tidak masuk sehingga ke kawasan tersebut dan hanya melihat dari jauh. Aku masih nmpak lgi kelibatnya. Hehe.. nasib baik jauh.

Sedang menanti imam selesai membaca talkin, aku bersama maklangku hanya jadi pemerhati dari jauh. Aku memulakan perbualan kerana dalam hati ingin mengetahui siapakah gerangan yang membaca Yassin tersebut. Aku mulakan dengan pertanyaan tentang seorang nenek tua yang ada pada malam jenazah sampai. Adalah amat kebetulan apabila maklangku terus masukkan cerita tentang lelaki tersebut. Rupanya anak nenek tersebut merangkap ibu angkat paklangku. Uish, dalam hati ni rasa senang je. haha. Tapi sampai setakat itu je la perbualanku dengan maklangku sebab dari jauh ku lihat telah selesai talkin di baca dan aku mengorak langkah pulang ke kereta abah untuk pulang ke rumah. Takat itu je la yang aku tahu tentang gerangan yang membaca yassin tersebut. hehe.

2 comments:

Sitikus~ said...

hmm.. sapekah gerangan jejaka tu?
masih muda remaja?
hmm..

sar said...

haha..
aku rse umr dlm 26 27 kot. Laen mcm je. Ntah2 dah kawen kot. Ngee.. tp aku ada jmpa abang dia. Rupa lebeh kurang je. Bezanya, abang dia nmpk mcm org dh ade masjid, dia mcm xde. hehe