Tuesday, December 18, 2012

Saya sangat.. hmm..



Assalamualaikum.

Bila dah namanya perempuan, yang miliki segala kelembutan dan seangkatan dengannya, sudah semestinya pandangan mata sejuk sentiasa.

Dan apabila andai perempuan itu dengan tidak semena-mena berubah 'wajah' hanya kerana kesalahan yang dicetuskan oleh seorang lelaki yang berpendidikan, dipandang tinggi dsb, alangkah sangat...hm..

Bila marah, macam biasalah. Macam-macam boleh keluar dari mulut. Terutamanya dah tentulah yang buruk belaka. Sukar untuk melihat orang yang sedang marah akan mengeluarkan kata-kata manis. :D.

Saya sangat terkejut + kesian kepada si lelaki menerima maki hamun seorang wanita yang saya rasakan sangat ayu + sopan + lemah lembut + baik + berpelajaran tinggi.

Entah di mana silapnya apabila kita cuba menegur ataupun cuba menyabarkan/meredakan kemarahan seseorang itu, masing-masing tak boleh terima. Tetap juga mahu memilih kemarahan. Hm..

Iyalah.. Kita hanya boleh bercakap sahaja kan? Dia yang terlibat dalam masalah, kita tak tahu apa yang dirasa. Biarlah.. Semoga kedua-duanya mendapat keredhaan dariNya. :)


~ehem ehem. SABAR semudah dikata kan..

Friday, November 30, 2012

Ada apa dengan hati



Assalamualaikum..

Bagaimanakah rasa hati andai anak itu dikatakan sebagai beban kepada keluarga, menyusahkan keluarga atas apa yang berlaku, menambah kesusahan hati keluarga dan tidak mendatangkan kebaikan kepada keluarga.

~oh my..

Teringat petikan seorang ustaz dalam bukunya


"Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang.. Aduh luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibubapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata LEBIH BAIK MEREKA TIDAK MENYAYANGIKU, JIKA KASIH SAYANG MEREKA SEMUANYA MENAMBAH SAKIT DAN DERITA! Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak. Namun cubalah sekali-sekala menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang. Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka."

*kredit to Murabbi Cinta

.............

Kadang-kadang anak-anak tidak diberi hak untuk bersuara. Kadang-kadang juga peluang yang sudah diberi, tidak mampu digunapakai oleh segelintirnya yang memiliki. Entah mana silapnya...

Sesekali kita mungkin mengharapkan keajaiban berlaku..? Atau sebenarnya sudah terasa jemu dengan apa yang ada?

bersyukurlah hendaknya kita semua...

Wednesday, November 14, 2012

Bahagianya berkata-kata

Assalamualaikum :D

Ada yang bahagia dalam berkata-kata
mungkin ada yang bahagia dalam berkata-kata
Ada yang tak bahagia dalam berkata-kata
mungkin ada yang tak berapa nak bahagia dalam berkata-kata
Ada yang buat-buat bahagia dalam berkata-kata
mungkin ada yang buat-buat bahagia dalam berkata-kata

Tapi akhirnya, hidup perlu diteruskan! 

~haha teringat pula akan sebaris kata yang pernah terucap :P


***

"Tidak akan sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah daripada Allah swt kecuali mereka suka berdebat (dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah)"
riwayat at-tarmizi


Thursday, November 1, 2012

Moh tinggikan IQ ;)



Assalamualaikum :D ~ entry sesuka hatinya.

kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, lebih kurang macam ni bunyinya:

"orang yang menulis menggunakan bahasa yang salah, perkataan yang salah, shot form yang salah adalah menunjukkan orang yang cuba merendahkan IQnya sendiri."


**********************



~almaklumlah. terlebih canggih semuanya sekarang ye tak? 

Almaklumlah, aku antara yang agak suka komplen bila sesuatu perkataan yang dibaca, aku tak faham sebab "tinggi" bebenor bahasa yang digunakannya.

Maka sahabat kalian, moh kita rajin-rajinkan diri menaip/menulis perkataan penuh biar orang yang baca faham. Jarang kita menulis/menaip untuk simpanan sendiri melainkan tetap punya keinginan orang lain baca hasil penulisan kita :D tak payahlah pedulikan 'orang lain' kata kita ni skema ke apa ke..OKEY! ~peace ~ :)

Tuesday, September 25, 2012

Kerana mulut?



assalamualaikum..


kerana mulut memang badan binasa.

kenapa binasa?

sebab putus sedara...

maknanya?

kerana mulut, putus sedara.

makanya?

jagalah mulut sebelum berkata2 sebab sesama manusia masih lagi ada perasaan yang Dia kurniakan untuk rasa sensitif dalam segala hal. Sekian.

Wednesday, September 19, 2012

Apa kita buat?

Assalamualaikum :)

Apa kita buat?

Kadang-kadang, apa yang kita buat sebenarnya bukanlah lahir dari hati kita. Tapi lebihnya semata-mata atas tuntutan di sekeliling kita.

Apa kita buat?

Kadang-kadang, apa kita buat sebenarnya ikut tuntutan hati. Namun, apa yang dilakukan selalunya pula bertentangan dengan di sekeliling kita membuatkan kita terus berhenti lakukan walaupun ianya amat mengecewakan hati sendiri.

So, apa kita buat?

~sila pahat kekuat, dalam kepala ayat:

"Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu."

Tuesday, September 11, 2012

saya milik Dia :')

Assalamualaikum -___-

Bismillahirrahmanirrahimm.



surah an-nur ayat 26


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


--------------------


bukan milikku, bukan milikku
milikMu bukan milikku
jadi milikku, dia milikMu
dia milikMu, bukan milikku.

~s a r :)
------------

moh audit diri :')




Sunday, September 2, 2012

Fikir dalam senyuman ^___^



assalamualaikum :D  ~uit. salam aidilfitri yang dah nak habis. :)

~entry carik pasal :D




"Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?" 
~Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
metro ahad, 2 sept 2012




--------------------

Lain manusia lain fahamnya. Kadang-kadang disebabkan sepatah perkataan pun, manusia boleh salah tafsir. Masing-masing ada pendapat sendirikan? Ada pula yang tak boleh terima pendapata orang lain. Ada pula boleh cerna pendapat orang lain tapi still nak tegakkan pendapat diri sendiri. Kalau boleh masing-masing nak  pegang pendapat sendirilah.

Tetapi ada pula yang sanggup menjadi lalang. Ditiup ke kanan boleh, ke kiri pun mahu ikut. Dengan pandangan mata kasar, macam redha aja. Pandangan mata lain pula berkata, macam langsung takda pendirian. See? itu pun dah ada dua pandangan yang berbeza.

Makanya, moh ler kita fikir-fikirkan dalam senyuman paling ikhlas dalam dunia.


~no offence! peace! :D

Tuesday, August 7, 2012

CINTA perlukan pengorbanan?

Assalamualaikum :) ~ sedikitketenanganpinjaman

Saya nak kongsi...

Dengan masa terluang aku mampu lakukan apa-apa yang tak pernah aku lakukan dan sering aja tinggalkan sedangkan ianya mendatangkan kebaikan kepada bekalan kita di akhirat nanti sebelum ini...

dan tiba-tiba...

ada komitmen lain mendatang atau dengan erti kata lainnya bekerja (tanggungjawab lain), maka segala timing untuk melakukan segala2nya sebelum ni habis lari. Maka, timbullah alasan, penat, tak sempat, sibuk, mengantuk dsb.

dan apabila aku rasa mula tak best dengan apa yang aku rasa kerana ketidakstabilan mengurus waktu dengan baik dan mula meninggalkan kembali rutin2 yang biasa kulakukan serta seperti aku kembali ke zaman  JAHILiah aku. Tanggungjawab yang baru aku pikul mula jadi tak ikhlas sebab stres sentiasa, sentap dengan mudah, marah menebal, sabar menipis dan seagkatan dengannyalah yang sememangnya jadi makanan en. Syai yang paling best dalam dunia.

dah semakin teruk jadinya...maka muhasabah diri sebentar dan aku pupuk kembali semangat2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana tanggungjawab tak seberapa itu. Bukan apa, iman di dada senipis kulit bawang (dan mungkin hingga takda) makin lama, mungkin aku boleh jauh sejauh-jauhnya hanya kerana gilakan tanggungjawab yang boleh mendatangkan kesenangan di dunia. Mahu atau tidak, kena marah kena kutuk, nak tak nak, dengan selamba aku tolak tanggungjawab tersebut.

free jadinya... waktu free tu la aku susun2 kembali masa2 yang dah keciciran. Qada' apa yang patut, bayar apa yang dah aku hutang, repeat apa yang dah aku lupa, buka kembali lembaran baru dalam kata2 manusia yang takkan faham hati orang lain.

dan satu hari...

disebabkan perkara2 yang aku tak pernah jangka nak jadi... again! dibolak-balikkan lagi hati di saat hati ingin pulih kembali.. astaghfirullahal'azim.. kecewa yang teramat! plus perancangan yang dah disusun, goyah dan hampir punah. Sedih bila orang yang disayang kecundang dalam  pertarungan yang baru bermula. Kesannya, aku pula yang terima. Hati mula rasa malas, malas dan terus malas.

ada satu ayat yang begitu menusuk;

"orang yang banyak bagi alasan, orang yang takkan berjaya!"

~fine! s a r, sila bangun kembali. Terima qada qadar Dia dengan redha yang maksimum!

Maka aku aturlah kembali semangat2 kepada asal kerana tidak mahu jauh lagi denganNya. Hati tidak henti berbisik, ya Allah, berilah aku kekuatan, ketabahan lalui semua ujianMu. Tunjukkanlah jalan untuk selesaikan segala urusanku.

Tangan dok godek2 internet, nampak satu peluang yang time tu jugak aku ucap Alhamdulillah...

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir, kilat sambar menyambar belum sempat masuk tengah hari.

Again! dengan semangat yang begitu bersemangat yang teramat. Aku pikul lagi tanggungjawab baru yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. Sehari dua aku memang gagah sebab si kecil2 itu begitu menguji kesabaran.

ada tanda2 aku mungkin terjebak kembali ke kancah zaman JAHILiah. Tapi aku still cuba tak terlibat dalam kancah tu. Tanam tekad!

akan tetapi... hari ketiga amat2 menguji kesabaran. 7am-6pm.

Aku sampai 7.30, ada yang hempas pintu. Si kecil2 merengek serentak. Hati mula berbisik, dugaan apa yang cuba Kau beri lagi kepadaku. At last, satu hari muka aku dah sentap + kecik hati + suara tak nak keluar + kepala pening + hati menangis + kecewa + menyesal + hati tak ikhlas langsung + mampu berserah... mohon lagi kekuatan untuk habiskan hari itu hingga ke akhir. Sungguh aku tak faham!

Terjebak kembali aku ke zaman JAHILiah... sedeh banget! Solat terumbang-ambing, akal 24/7 terbayang2 wajah orang2 yang menyakiti hati, wajah2 anak2 kecil yang aku dah jatuh kasih...

1.02 am. - SMS tiba tanpa kusangka.

assalamualaikum. s a r, saya rasa awak tak berminat lagi untuk bekerjasama. maka, esok s a r tak perlulah datang. terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami. 

~aku balas : waalaikumussalam. sama2.

Ternyata ianya memang bukan rezeki untuk aku lagi... Alhamdulillah. takdalah tangisan yang berlaku seperti mana yang berlaku kali pertama.

Pupukan semangat kembali. Apalah daya aku nak menolak percaturan yang dah Dia tetapkan untuk aku. Mungkin ini yang terbaik, mungkin tidak. Aku pun tak tahu. Wallahualam.

Mungkin aku perlu kembali kepada yang asal. Kesian nenek2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana aku kejar tanggungjawab tak seberapa tu. Takpa Nek, saya dah free balik. Lepas ni kita boleh belajar mengaji lagi.

habis ceritaku sampai pagi ni... :)



* aku belajar satu benda pada masalah aku hari ni. SILA BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. SANGKA BAIKLAH SELALU. :)

dua kali merasai perkara yang hampir sama, cuma institusi dan bidang sahaja yang jauh beza, buat aku fikir lagi panjang sebelum menerima sebarang tawaran. pada pandangan kasar, kelihatannya baik segala, ikhlas segala. tapi akhirnya, entah ke mana susur galur, hala tuju yang sebenarnya. Hukuman ciptaan manusia... hm..

************************

~takda kene dengan tajuk? ahaha.

ada satu novel tarbiyah hasil penulisan Hilal Asyraf. 1 + 1 = 3 = SINERGI

CINTA perlukan pengorbanan?

Memang CINTA perlukan pengorbanan. Kalau takda pengorbanan, bukan CINTA la namanya.

Habis tu CINTA apa?



CINTA pada yang Satu la.

Bukan CINTA sayang2, baby2, bucuk2 tu. Lautan api sanggupku renangi, (takkan sanggupnya renang azab api neraka kan?), ambik kapak belahlah dada (sanggup bunuh diri ke oi?).

Macam dialog dalam novel tu :

"Kalau kau masuk neraka, aku akan tarik kau kembali untuk sama2 masuk ke syurga."

KORBAN CINTA - segala2nya kerana nak dapatkan redha dan keberkatan Dia.

Jangan jadi macam aku. Penat sikit, stres sikit, mulalah serabut teramat. then back to zaman JAHILiah :P - enough  S A R! enough! please back to normal! Astaghfirullahalazim...

Solat2 sunat yang dah biasa buat, terus tinggal. Malas bangun malam sebab letih pada esok hari la, risau terbangun lambat nak pergi kerja esoklah, tak sempat baca Quran sebab penatlah, takda masa la, sibuk la.. dan sebagainya. Tambah2 nak raya pulak sekarang ni kan. Bukan main syok lagi shopping sakan, buat kuih raya, jahit langsir buat baju segala. Terawih tinggal... :'(

Sewajarnya.... sanggup tolak tepi semua benda tu sebab nak kejar saham akhirat kan? Bukan semakin sibuk kejar saham dunia melebih saham akhirat kan? barulah kena dengan "CINTA PERLUKAN PENGORBANAN"

~ohh..over pulak tulis hari ni. :P



Monday, July 16, 2012

Adoi!! siapa baling??

Assalamualaikum -_-

"Kak, kalau saya dapat kerja tu, gaji dia takda la banyak kak. Sikit je."

"Okay apa. Kerja dengan budak-budak ni, lagi best s a r. Dapat ajar kita jadi lagi sabar. Gelak selalu.. tak kiralah gaji tu banyak mana s a r. peluang jarang datang dua kali s a r. Gaji banyak kalau tak bersyukur, takkan cukup pun s a r..."

Buk! ~ macam ada orang balik batu dekat kepala ni! ~ Adoi!! sape baling oii! 

"~senyum~" walaupun kakak tu tak nampak. ~macam mana aku boleh terlupa konsep syukur nih!!! tu la kaw s a r. S E W E L lagi kepala tu. Nasib batu kecik je. kalau batu besar, mau biul seminggu.. tak sempat jumpa anak-anak kecil. :P

"Terima kasih kak atas nasihat." 

"Sama-sama dear. Tapi lepas nangis, lega kan? :D"

"malu.. dah besaq nangis.." ~ apalah kaw ni s a r. :P

*********



Teringat ada seorang ustazah cakap.

("Niat kita bekerja biarlah betul. Cari rezeki untuk keluarga. Lebih diberkati Allah. Bukan kerja siang malam tunggang terbalik, untuk beli itu, beli ini, beli tu nak kena lagi besar dari jiran, lagi canggih dari office mate. Kalau macam tu, kita bekerja cari rezeki bukan untuk keberkatan Allah la.. lebih kepada keberkatan syaitan la.." )~ oh.. no no no.. 

~_~"

s a r. never give up. take the risk. jangan nangis selalu. ^^,

Allah takkan beri apa yang kita mahukan dalam dunia ni. But, Dia akan beri apa yang kita perlukan aja okey! 

Saturday, July 14, 2012

Marilah jaga ;)

Assalamualaikum :D


~takda kena mengena :)



"Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah, apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya (alaa wahiyal qolbu) ia adalah hati."
~riwayat Bukhari dan Muslim



~sekian~

Sunday, July 1, 2012

Ai.. sampai bergoyang?

Assalamualaikum. :) ~ dengan penuh semangat :P - moh kita kembali ke label aku terima nikahnya :D

Tok Kadi:
Ehem..ehem.. Bismillahirrohmanirrahim... Alahamdulillahirabbila'lamin...assolatuwassalamua'la asrhofil anbiya iwalmursalin..wa'ala alihi wasohbihi ajmai'n.. Assalamualaikum wbt. kepada ayahanda2 ayahanda, bonda2, abang2, kakak2 sekalian. Sebelum saya memulakan tugas, izinkan saya mulakan dengan sedikit tazkirah berkaitan alam selepas perkahwinan buat pasangan mempelai.........

(selepas setengah jam berlalu....)

Tok Kadi:
Sebelum lafaz ijab dan qabul dimulakan.. marilah kita semak semula rukun-rukun nikah, rukun islam.. tolong sebutkan satu-persatu, kalau salah, saya tak marah. kita sama2 betulkan..

Si pengantin lelaki:
Rukun nikah.. pertama lelaki..

Tok Kadi:
Lelaki? Siapa lelaki?

Si pengantin lelaki;
(sengih dalam nervous) Pengantin lelaki...

Tok Kadi:
Pengantin lelaki ye...

Si pengantin lelaki:
(sengih lagi dan teruskan...) kedua, perempuan, pengantin perempuan (cepat2 dia sebut ~takut kena sindir lagi  kot :P), wali...

Tok Kadi:
Siapa wali? (tok kadi suruh tunjuk mana satu wali perempuan)

Si pengantin lelaki:
(start pening dah... kiri kanan dia toleh cari bakal ayah mertua ~padahal depan mata je.)

Tok Kadi:
Ha... ni kalau aku jadi wali ni, aku dah suruh kaw balik ni.. kita gelak, gelak jugak bro. jangan buat main. aku serius ni..

Si pengantin lelaki: 
(sengih lagi sebelum tunjuk ke arah bakal ayah mertua.. kemudian terus habiskan rukun nikah tu. Then rukun islam pulak.) Mengucap dua kalimah syahadah..

Tok Kadi:
maksud Ashhaduanlailahaillah..waashhaduannamuhammadarrasullulah..

Si pengantin lelaki:
(tergagap sedikit... kemudian dibetulkan oleh tok kadi. then dia terus habiskan rukun islam tadi..)

Tok Kadi:
cuba beristighfar...

Si pengantin lelaki:
(dia pun beristighfar 3x...)


Tok Kadi:
istighfar betul-betul. sebut dengan jelas! (maka dia sebut sepatah2 sampai tiga kali dan diikuti oleh si pengantin lelaki)

Si pengantin lelaki dan adik pengantin:
(Dah panas punggung...)

Tok Kadi:
(Sambung sikit pesanan2 ikhlas mengenai tanggungjawab suami then dia tanya...) Siapa pengantin perempuan?

Si pengantin lelaki: 
Sebut nama penuh si pengantin perempuan.

Tok Kadi:
Sebut nama aja, confirm dia pengantin perempuan ke? (dengan sengih sinis dia bertanya)

Si pengantin lelaki:
(kene lagi sebijik! ~ dia tetap senyum jugak sebelum tunjuk ke arah pengantin perempuan di belakangnya.)

Tok Kadi:
Pastikan betul2 tu pengantin perempuannya. Okey, kita mulakan sekarang...


(semuanya selesai ~ ijab + qabul + soalan2 cepumas dalam masa 1 JAM SAHAJA!) ~ 1 shot! ~alhamdulillah..

Tok Kadi:
Ai... sampai bergoyang2? kan dah habis... (sambil melihat pengantin lelaki menandatangani surat nikah.)

Si pengantin lelaki:
(tangan ketaq ~ :P)

SELESAI.... then postmortem bersama kaum kerabat.

S a r: 
Alamak. termasin pulak apa yang aku cakap semalam. Sekali dia tanya rukun islam daaa..

Pengantin lelaki:
Tu la pasal... terketaq-ketaq aku. jadi nervous dah..


My lil'bro;
Kena polish betul kaw hari ni bro..

Pengantin lelaki:
haha. tu la.. naik berpeluh aku..

*********
~mak oii! simmpiittt... :P

Moral of the story...

Buat si pengantin lelaki sekalian, standby awal2 la kan... dapat Tok Kadi gini, masak jugaklah kan... belum lagi jumpa yang suruh bacaan qunut, serta surah2 tertentu. Makanya, tidak mustahil juga kalau ada tok kadi bertanya surah al-fatihah beserta maknanya. :D

Perkahwinan bukan perkara yang senang disangka hanya sekadar lafaz ijab dan qabul. Segalanya perlulah lengkap dengan pakejnya sekali. Buat si perempuan juga. :D


p/s- Hm... banyak betul tok kadi yang lagi hensem dari pengantin rupanya... takda lagi fail.. tetapi iPad ditangan... :D ~tapi Tok, tok terlebih psiko hari ni. jadi tak hensem dah... :D

Thursday, June 21, 2012

Malu kerana berubah?

Assalamualaikum...

Erm, bukan berubah dari miliki N3310 kepada Samsung Galaxy SIII. Saya ingin berkata tentang perubahan ke arah kebaikan. ~macam artis2 kita sekarang yang dah banyak pakai tudung tu. Lebih kurang macam tu la. ~walaupun saya takdala sebagus mana pun. Banyak lagi lubang2 yang perlu ditampal.

Saya sekadar menjawab pertanyaan seseorang mengenai "Melegakan hati yang malu ke pangkal jalan." Saya nak mintak maaf kepada yang bertanya sekiranya entry agak lama diperam dan soalan kamu lambat ku jawab. Saya jawab ikut kemampuan dan sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin juga tidak cukup lengkap. ~jika ada salah, harap maaf. :')

********

Seseorang dari zaman 'JAHILiah' berubah ke zaman yang lebih 'bertamadun' (beragama, berakhlak) sesungguhnya akan mengalami satu perubahan yang amat ketara dari segi kehidupannya. Ada yang menyatakan ibarat dilahirkan semula. Maknanya, di tinggalkan semua segala keburukan yang dilakukan dahulu dan berubah menjadi yang lebih baik serta melakukan kebaikan. Ingin ditegaskan di sini, setiap orang yang berubah (lebih baik) mempunyai pengalaman, situasi, keadaan yang berbeza seperti yang dikehendaki olehNya.

Tidak dinafikan perasaan malu biasanya yang mula-mula wujud di dalam hati apabila kita ingin berubah jadi lebih baik. Pada pendapat saya, sebenarnya bukan malu kepada yang Satu, tetapi lebih kepada keadaan sekeliling (manusia di persekitaran). Sewajarnya kita perlu malu kepada Dia berbanding orang sekeliling. Dia yang menilai baik buruk kita. Tidak perlu wujud perasaan malu untuk berubah jika sebenarnya perubahan yang dilakukan hanya ingin mendapatkan keberkatan dan keredhaan dariNya. Bukan orang sekeliling tu yang tentukan keberkatan dan keredhaan hidup kita. Sewajarnya kita lebih malu jika melakukan kesalahan dan dosa berbanding malu untuk mendekatkan diri kepadaNya. (wah..aku bercakap mengalahkan bagus sangat. :p).

NIAT. Kena tanamkan, tetapkan niat, tetapkan hati dan tekad untuk berubah rasanya yang paling penting dalam melakukan perubahan. Adanya tekad dalam hati, perasaan malu (sesama manusia) dapat dibuang. Kita kena tahu apa sebab utama kita berubah. Dan sudah tentulah kepada mereka yang ingin berubah, akan berubah hanya kerana Allah. Bukan sebab girlfriend/boyfriend! Bila break, dah berubah jadi lain pulak.. 

Bak kata seorang sahabat;

"Hati kita dari sejak lahir kenal ayat2 Allah iaitu Al-Quran. Sebab tu la, ada sesetangah orang, bila baca al-Quran atau dengan orang baca, hati terus rasa sayu, dan rasa nak menangis. Yang sebenarnya, hati kita sayu sebab HATI kita faham dengan ayat2 Allah. Kita aja yang tak faham sebab tak belajar bahasa arab!"

RASULULLAH IKUTAN TERBAIK. Mencontohi akhlak Rasulullah saw merupakan panduan terbaik dalam melakukan perubahan diri. Allah menjadikan baginda sebagai khalifah di muka bumi ini. Begitu juga dengan sekalian umatnya yang mana mengikut segala tuntutan agama dari segi akhlak, ibadah, aqidah dan syariatNya.

JAUHI. Langkah pertama yang dirasakan boleh digunapakai untuk mengelakkan perasaan ni, jauhkan diri dari mereka2 yang kerjanya nak mengkondem dan tak memberi kebaikan pada diri pun. Bukan untuk memutuskan hubungan silaturrahim itu, tapi sekadar menjauhi dan tidak bergaul dengan mereka2 untuk mengelak kita terjebak kembali. Hati manusia yang ingin berubah, akan sering mendapat gangguan syaitan yang agar kita kembali melakukan dosa dan keburukan. Itu yang boleh menyebabkan seseorang itu berbolak balik hatinya. Pengaruh persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan penting. Kerana persekitaran jugalah seseorang itu boleh berubah dari baik ke kurang baik.

TEMAN BARU. Pilihan di tangan kita kan? Kita berhak memilih jika benar-benar inginkannya. Pilihlah sahabat dan teman yang boleh sama2 membawa kebaikan kepada diri kita. Perasaan malu tidak akan wujud apa yang kita lakukan seiring dengan apa yang turut diaorang buat. Jangan malu untuk bersahabat dengan mereka2 yang lebih baik dari kita. Sebab mereka2 (lebih baik) tidak akan meninggalkan orang ingin berkawan (mahu berubah) dengan mereka. Malah, mereka dengan senang hati akan menarik kita dan pimpin tangan kita sama untuk melakukan kebaikan. Percayalah sahabat...

Kata orang MALU BIARLAH BERTEMPAT. Kalau malu melakukan kebaikan, maknanya TAK MALU MELAKUKAN KEBURUKAN? oh... jauhilah statement SEWEL tu... 

Selain itu, dekatkanlah diri dengan Allah. Jangan Malu memohon dan merapatkan diri kepadaNya sebagaimana Dia menerima diri kita seadaNya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala yang tersembunyi. Termasuklah apa yang tersirat di hati kita. :')

***********



Saya nak kongsi sikit ilmu.

"Suburkan Iman secara berterusa supaya ia tidak Tercabut!" (Amaludin, 2009) ~saya sangat suka ayat ni.

Bayangkan iman yang senipis kulit bawang jika terus dibiar dan terbiar? Alamatlah boleh terus hilang. Bila dah hilang, gelaplah hati. Penting untuk kita tahu bahawa iman itu, selain boleh berkurangan ia juga boleh malayang dan tercabut keluar kerana melakukan dosa2. CTH: Saya teringat sorang lecture pernah cakap.

"orang minum arak ni, ibarat 'membersihkan' tubuh, dapat lesen baru!"

dan yang sebenarnya; sabda Rasulullah saw bermaksud;

"Barangsiapa yang bezina, atau meminum arak, maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut) pakaian melalui kepalanya." riwayat al-Hakim.

"Adalah satu malapetaka yang amat besar andai Allah swt mencabut iman dari hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut." (amaludin, 2009) ~nauzubillah.

.............

"Jangan biarkan dosa menguasai hingga hilang Malu!" (Amaludin, 2009)

Seperti di atas tadi. MALU BIARLAH BERTEMPAT!

Seperti pelopor utamanya iblis laknatullah yang begitu sombong dan bongkaknya kepada Allah kerana ia dijadikan daripada api manakala nabi Adam dijadikan daripada tanah.

Maka, jika ada mereka2 yang cukup berbangga melakukan kejahatan, keburukan dan dosa, tidak jauh bezalah dengan golongan pelopor di atas.

Golongan manusia yang berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan (kemaksiatan dsb.) tidak akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat malah tidak terampun dosanya seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw;

"Setiap umatku akan mendapat keampunan melainkan mereka yang (sifatnya) terang-terangan. Antara (contoh) terang-terangan itu ialah: seseorang lelaki yang melakukan maksiat pada malam hari. Kemudian dia 'berpagi' dalam keadaan perbuatan (dosanya itu) ditutup oleh Allah. Kemudian dia berkata; "Semalam aku melakukan sekian, sekian.." Dia bermalam dalam keadaan ditutup (Allah) kejahatannya tapi dia berpagi dalam keadaan (dia) membuka tutupan Allah (ke atas dirinya)." 
~riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah).

*************

Sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri ini. Jom sama2 audit diri! :')
maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku. :')
mungkin ada yang tidak lengkap, maaf!

Wednesday, June 13, 2012

Damba Syafaat!

Assalamualaikum :')

~amaluddin (2009)


Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh kebaikan seumpamanya. Tidak aku katakan 'Alif Lam Min' itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf san Min satu huruf." (Riwayat at-Tarmizi)

Sabda Nabi SAW: "Bacalah olehmu akan al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW: "Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran." 
(Riwayat at-Tarmizi)



Saturday, May 26, 2012

Sindir tersindir

Assalamualaikum :)

Erm.. disebabkan otak kian kurang rajin bekerja keras, makanya ingin ku kongsikan petikan ayat yang kurasakan agak sinikal dan boleh 'makan dalam' pada yang membaca. Aku hanya mampu tersenyum jugaklah bila membacanya.

"Jangan kamu menghampiri zina." (Al-isra' 17:32)

Mencegah lebih baik mengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada zina, malah menghampirinya pun jangan!

Perkara2 yang termasuk dalam istilah 'menghampiri zina' termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak islam, lagu dan naynyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau menatapa buku, majalah atau media Internet yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.

Malangnya perkara-perkara itulah yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara2 menghampiri zina itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita yang memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.

Berbagai langkah telah diambil oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti menggalakkan zina tetapi mesti "SELAMAT" daripada AIDS! Apakah yang sedang kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat islam, takut akan Allah ataupun AIDS??

Kita sepatutnya insaf, penzina2 boleh bebas daripada AIDS (kerana diajar cara2 mencegahnya) tapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di nearaka kelak. Seksa AIDS brakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi. Mana lebih pedih?

~ bukan aksi sumbang :D

Itu antara petikan ayat yang menarik dari artikel yang ditulis. Sama-samalah kita fikir ya. :)

Sekian. 

*credit to: "AIDS di Akhirat Lebih Dasyat."
~solusi 41



Saturday, May 19, 2012

Bila cerai jadi Trend?

Assalamualaikum. :)

Lama sungguh rasanya tidak bebel label rumah bertangga. Okay, kali ni taknak bebel panjang pun. Sebab tajuk pun tak berapa nak syok sangat. Just nak share info terkini kadar penceraian yang dilaporkan untuk tahun 2011. Dalam Dewan Masyarakat April 2012. Bertajuk "Penceraian Trend Terkini." Paling tak sedap nak dengar sebab ianya melibatkan orang Islam kita.

"purata pasangan Islam bercerai di negara ini mencatatkan rekod satu pasangan bercerai untuk setiap 15 minit."

Astaghfirullahal'azim. Telan ayaq lioq aku baca ayat ni. Biar betul? Tapi kalau nak diikutkan, masa aku sesibuk pergi mahkamah syariah KL dan Kajang, ruang menunggu memang sentiasa aja ada orang. ~cuma aku tak tahulah kes apa yang dorang nak adu.

Disebabkan kerajinan telah berkurangan, ni aku sertakan gambaq petikan yang menyatakan antara faktor sebab berlakunya penceraian seperti yang dilaporkan oleh JAKIM untuk tahun 2011.

~sila klik gambar jika kalian punya masalah penglihatan :D

Tiada persefahaman dikatakan sebagai PUNCA UTAMA penceraian berlaku.

Erm, tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin ada sebab tertentu yang sebenarnya tidak dapat dibincangkan, menyebabkan alasan tiada persefahaman dijadikan sebagai 'KEKUATAN' dalam tuntutan cerai yang dilakukan. Macam2 perkara yang boleh sumbang kepada KETIDAKSEFAHAMAN bukan? Antara perkara2 yang boleh menyumbang seperti adanya orang ketiga. Bilanya ada orang ke-3, sikap banding membanding mula timbul. Suami/isteri akan nampak kekurangan sahaja pada pasangan berbanding kebaikan. Selagi boleh cuba mencari kekurangan untuk dibandingkan dengan orang ke-3 yang ditemui.

Makanya di sini, sikap terima kekurangan dan kelebihan pasangan amatlah penting dalam menjamin keharmonian rumahtangga selain pegangan agama yang sangat baik. InshaAllah. Jika Dia memberi keberkatan dalam sesebuah perhubungan, tidak hairanlah jika Dia melindungi keharmonian rumahtangga kita kan. :)

Untuk lebih lanjut, artikel ini boleh dibaca di sini.  Dan yang paling best, sila dapatkan majalah ini kerana ada banyak info yang lebih banyak tentang trend penceraian ini. :)

Sekian. :) ~gila malas kaw s a r nak bebel pepanjang. :P


*kredit to: Dewan Masyarakat April 2012.

Thursday, May 17, 2012

Rahsia Hati

A'uuzubillahiminasyaithonirrhojimm..





Bertambahnya angka, berkurangnya usia...


~tapi si kecil ni nampak bahagia
:')
Semoga kesempatan yang ada dapat diguna sebaiknya.
InshaAllah.

-_-"

Thursday, May 10, 2012

Masih boleh dimaaf!

Assalamulaikum ~ pupukan semangat kembali. :D

Pada suatu hari...

Cik wiwi menaiki skuter merahnya untuk ke suatu destinasi yang sudah lama tidak dikunjungi. Tiba di suatu kawasan kawanan lembu. Cik wiwi dengan senang hati pun memperlahankan skuternya kerana ingin beramah mesra seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Cuma kali ni anak2 lembu belaka... ada putih..oren..

Tiba di hadapan seekor lembu yang sedang beristirehat sambil memandang manja kepada Cik wiwi, maka cik wiwi pun tersenyum seperti biasa dan berkata;

"Meow meow!"

~ok! dengan muka tidak beriak, cik wiwi tahu lembu tu memang tak marah! Kesalahan masih dapat dimaafkan oleh lembu2 itu kerana Cik wiwi sebelum ini hanya obses dengan haiwan berbulu comel seperti di bawah ini sahaja. Tidak pula kepada Abang2 lembu itu. ~ehehe

~ni memang tak boleh nak maafkan nih!
****************

Manusia sentiasa melakukan kesalahan. Tak kiralah besar ke kecik ke sedang ke.. tetap juga kesalahan. Bila sudah melakukan kesalahan, tentulah melibatkan orang lain kan. Bila dah tahu salah, tak reti2 nak mintak maaf ke? hm..

Berkata-kata memang mudah. Sebab? bukan diri yang rasa. Kalau sendiri rasa, tahulah boleh maafkan ke tidak kesalahan orang tu. ~aku pun ikut dann je bercakap. :D

Tenteramkah hati jika penuh dengan dendam di dalam hati? Hmm..

Tak tenang oi! Pergilah mana2 pun, dendam tu sentiasa ikut dalam hati macam saka. Senyuman yang terukir di bibir tidak selamanya teruikir indah andai dendam muncul dari celah hati, dan senyuman indah tadi boleh serta merta mati. Mood pun boleh spoiled! Tenangkah begitu cara hidupnya? Tak tenang weh! Percayalah...

Orang berbuat salah pada orang lain sewajarnya bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang terbabit kadar segera. Jika dia buat kesalahan pada kita dan tidak meminta maaf, kita kena sedia memaafkan dia. (bab ni la orang selalu susah buat!) walaupun masing2 tahu yang tu merupakan salah satu amalan rasulullah sesama manusia. Bak kata Laksamana Sunan, kejahatan bukan dilawan dengan kejahatan juga. Kejahatan sebaiknya dilawan dengan kebaikan dan kelembutan. :D Macam api. Api dah tentulah jawabnya air. Takkan pula petrol ye tak?

Maka, sama-samalah kita memaaf. Dengan ini saya nak mintak maaf kepada sesiapa sahaja terbaca ayat ni kerana saya mungkin tak ke blog anda kerana saya tidak tahu siapa anda.  Sebab anda tidak meninggalkan sebarang tapak mahupun kesan di blog ini. Dan saya juga ingin memohon maaf jika ada sebarang bahasa yang mengguris hati atau juga terkena mengena dengan tidak sengaja. Serta ingin memohon maaf andai ada komen2 saya di blog kalian berbunyi tidak ada kena mengena dengan tajuk mahupun bahasa tak berapa nak bagus. Harap dimaafi. Sekian. Wassalam. :)







Tuesday, May 1, 2012

Kan Dia dekat :D

Assalamualaikum.. ~hati ingin kembali :)

Allah dekat betul... :) Alhamdulillah..

~sila klik untuk tumbesaran mata yang baik. :)


Sambil mata merenung laluan2 KTM, STAR, PUTRA, MONORAIL untuk ke PWTC selepas membuat panggilan kepada sahabat yang menanti di KL sedangkan aku seorang diri akan menempuh perjalanan (laluan2 himpunan2 bersih2) dengan perasaan yang curiga dan nervous yang lain macam pada hari esok,..

tetiba... SMS check in dari sorang sahabat yang sama2 naik basikal pergi sekolah dulu...

assalamualaikum, s a r, sihat?

dengan senyuman aku balas.. alhamdulillah sihat. di mana kamu?

kampung.. cuti sampai selasa. Jom kita. ehehe.. ~aku faham dah ayat 'jom kita' dia tu.

maka aku balas. jomlah kita ke PBAKL 2012. heeee.. ~sengih besar punya besar beserta dengan harapan.

jom! tapi kita naik dari mana?

kita naik dari nilai, then berhenti dekat bdr tasek selatan, ambik star ke PWTC. ~jawab aku senang sebab laluan tu je aku tau. :P

Erm..kita naik train dari rumah kita sampai s.alam. lepastu kita naik kereta. ahahaa. ~buat lawak pulak dia.

Ahahaa.. jomlah. boleh jugak.  ~aku layan je dengan hati dah hilang nervous sebab aku dah ada teman nak pergi dari rumah. tak payah susah2 dah nak kena lalu tempat2 bersih tu. heee.

......Dan akhirnya laluan yang dipilih adalah dari KOMUTER batu tiga s.alam...membawa ke putra (PWTC). Sonang walaupun kami telah salah membeli tiket dari btu 3 ke kl sentral dan kemudiannya terpaksa pula membeli tiket lain ke putra.

Time balik pula, dengan rasa confident dan excited naik train komuter yang ke SEREMBAN. Ambik kaw! dan salah jalan. Padahal sebelum tu ada sorang budak tanya sama ada trai tu ke Sri Petaling. aku jawab takda. Dalam aku fikir2 laluan ke Sri Petaling, tetiba aku rasa lain macam bila operator komuter sebut, BDR TASEK SELATAN. Then baru aku perasan aku pun salah train. Ahahaa. Kalau bukan sebab DIA yang sedarkan  dengan perantaraan budak yang tanya tu, dah tentulah aku ke SEREMBAN tak pasal2. :D

Terpaksa pulalah menukar train ke KL Sentral semula. Then tunggu yang ke Pelabuhan Klang. Time dah rasa nak campak aja kasut sendiri. ~sebab dah sakit kaki :P

~Allah memang nak tikus ni hidup malam kan.., tu yang dia kasi si blacky tu tido :D

Alhamdulillah Dia dengar bisikan hati. Allah dekat bukan? Tak kiralah siapa pun. Cuma dalam sedar dan tidak je. Dia nak hulurkan bantuan, tak kira siapa pun yang dikehendakiNya. Tak kiralah kaw sikit amalan ke banyak amalan ke, dah sememangnya Dia ada. Urusan dipermudahkan jika niat kita betul. Alhamdulillah... Dan tidak lupa juga Allah akan memudahkan pada niat yang tidak baik juga. Tapi selepas itu, 'ada' pula yang menanti dari perbuatan tidak baik tu. Maka, berani buat, beranilah tanggung ye tak. Sekian. :D



Tuesday, April 24, 2012

maksudnya?

assalamualaikum. ~ dengan rasa tak kenanya.




12.05 am

arwah atuk pandang....



1.35 am

Tika, aku rindu kau sangat-sangat...



4.05 am

tiga orang mayat lalu depan mata...






MAKSUDnya????


































*kaw lupa solat isya' s a r. haish! bersyukurlah s a r. diberi kesempatan lagi. 
Astaghfirullahal'azim. Alhamdulillah... :')




Saturday, April 21, 2012

Jangan menangis!

Assalamualaikum........







Tolong jangan menangis......

Wednesday, April 18, 2012

Nampaknya dah ada borang..

Assalamualaikum... :(

~astagfirullahal'azim...

Borang jual tubuh

see?

PEREMPUAN jugak...

pak dia je lelaki.. haish!

patutlah penghuni neraka lebih ramai kaum hawa...
nauzubillah..

siapa salah???
~aku tak salah...huu






*nampaknya dah ada borang... 
~geleng kepala 


Tuesday, April 17, 2012

Tetamu terlebih adab!

Assalamualaikum :D ~entry sengaja.

Biasanya tuan rumah wajib menghormati tetamu kan.. begitulah juga tetamu yang datang tu kenalah hormat tuan rumah. Takdanya nak pakai redah aja rumah orang kan.

Makanya, wahai si tetamu tahukah anda merupakan pembawa rahmat kepada si tuan rumah. Selama mana tetamu itu berada di rumah itu, selama itu jugalah rahmat itu tetap ada di rumah itu hinggalah si tetamu pulang.

Kenapa tidak kita mengambil hati si tuan rumah barang setitik air pun... susah ke?

Meh ler aku kongsi cerita aku bertandang di sebuah rumah yang agak serba kekurangan. Tapi, layanan si tuan rumah amatlah mentouchingkan. Susah payahlah buat air dan hidangan seadanya.

Contoh:

If dihidangkan air bujang sekalipun, rasanya kenapa tidak kita minum mahupun setitik. Macam kes aku tu, si tuan rumah menyediakan air kosong bersama nasi dan masakan2 yang tidak pernah aku makan sebelum ni. Air kosong bukan macam air kosong yang guna filter canggih manggih tu. Ini pure air dari dalam tanah ok! Macam2 rasa bila sampai dalam tekak. Tapi aku telan ajalah.

Kesian dengar bila si tuan rumah mengadu pasal tetamu2nya yang pernah bertandang sebelum ni. Katanya, tidak pernah mahu menjamah mahupun setitik air. Dia kata mungkin sebab geli, tak bersih dan sebagainya.

Cuba bayangkan kalau anda tuan rumah dan bila si tetamu yang datang itu tidak sudi pun menjamah apa yang dihidangkan. Macam2 andaian yang datang bukan? Aku akui akulah antara tuan rumah yang agak sewel bila tetamu datang rumah.

Masa aku datang rumah serba kekurangan tu, ada tetamu lain yang datang, and kita boleh tengok kot spesis2 tetamu yang memang 'macam bagus' ni. Minum tak nak, masuk tak nak, apa tak nak. Pandangan sinis mata dorang ni, tu yang aku rasa macam nak cungkil aja mata dorang keluar tuh.

Ada tu pulak, nak masuk rumah pun sampai tak lalu sebab dirasakan kotor atau rumah buruk sangat. Ish ish ish.. Kecikkkk....hati tuan rumah. Hmm..Jijik la sangat! Geli la sangat! Esok-esok mati pun, bukan ada permaidani 5 6 inchi tunggu dalam tanah kan....haish! sabar ajalah...

Maka, kawan2 dan sahabat. Tak rugi pun kita ambik hati tuan rumah, senangkan hati tuan rumah.. dapat pahala apa... senang2 aja dapat kan..

~aduhai! ni sebab rumah kucing tu tak sediakan kerusi ok! :D


p/s- Rasanya orang yang rumah serba kekurangan inilah yang lebih bermurah hati untuk menjamu tetamu yang datang walaupun barang makanan tidak semewah mana, dari mereka2 yang lebih bernasib baik sanggup tutup pintu rumah. haish!

Thursday, April 12, 2012

60 sen je?

Assalamualaikum! ~kepada kawan-kawan yang saya kasihi dan mengasihi :D

Kenapa 60 sen?

Penjenayah2 hari ni kurasakan terlebih bijak kurasakan. Oleh sebab itu bilangan mereka ini semakin meningkat seiring dengan kepesatan pembangunan kita hari ini. ~wah! ni bukan nak buat ayat assignment s a r. :P

Benda dah jadi kan... Tiada apa yang harus dikesalkan.

Sekarang ni, jenayah mana2 pun boleh jadi. Tak kiralah rumah tu besar ke..kecik ke.. asal boleh aja penjenayah2 terdesak ni nak buat kerja.

Erm, baru tengah hari tadi ada penjenayah yang mungkin kecewa + frust + makimemaki antara satu sama lain apabila hasil rompakan mereka sebanyak 60 sen sahaja. ~Allah tu bagi peluang lagi pada makcik aku. Mujur walletnya hanya terisi duit 60sen. Tapi, benda2 penting dalam tu hilanglah jugak. hm..

Modus operandi mereka adalah...

Menjual nama JKM/ZAKAT. Dengan alasan ingin memberi bantuan dan sebagainyalah. Sasarannya pula warga emas yang duduk di rumah keseorangan. ~Ciss! gila punya penyangak pandai! 

Mereka ini datang berdua. Yang paling membuat makcik2/nenek2 ni mudah percaya adalah apabila dengan kehadiran PEREMPUAN. Perempuan pun ada okay! Yang sama2 mengaku mereka dari JKM. ~Almaklumlah musim2 nak PRU ni. 

Baru aja beberapa minggu lepas ada orang yang mengaku dari PUSAT ZAKAT untuk bagi bantuan kononnya. Dalam dorang membebel macam2 (tabur janji manis), dia pergi rompak makcik2 ni tadi. Gelang rantai besar, habis kena ambik. ~haish! orang jawa area dekat rumah aku ni gamaknya ramai yang kaya raya rupanya. ish ish.. Tak sangka pulak mereka2 ini semakin menghampiri kawasan rumahku. ~Haish!

Kesian sungguhlah deme ni aku rasa. Jadi mangsa mereka yang konon nak jadi pegawai JKM/ZAKAT tak kesampaian. Dan sekarang aku pun amat merisaukan nenek aku yang cepat benar menjawab salam jika ada tetamu yang datang dan cepat benar menjengah keluar. Dan aku pulak, spesies yang paling lambat keluar untuk menjengah walaupun salam dah ku jawab. :P ~tak baik sungguh melengah2kan tetamu! Masalahnya sekarang ni, zaman sekarang bukan macam dulu... Penyangak sekarang lagi advance dari dulu. Maka apa jua yang perlu dilakukan hari ni, memerlukan timbangan awal sebelum bertindak. Sampai ada orang kata, "nak buat baik pun, biar kena pada tempatnya."

~sebagai jiran.. jangan lupa jenguk2 jiran anda.. 


Duduk kampung pun dah tak selamat eh..? Haish! apalah nak jadi deme2 ni.. astaghfirullahala'zim. Maka sahabat sekalian, berhati2lah di mana sahaja anda berada. Siapa2 yang dok tinggalkan ibubapa di rumah/kampung sendirian, jenguk2lah mereka selalu.

Sekian terima kasih. :)




Monday, April 9, 2012

Sah! Sah! Sah!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarhakatuh.. :D
~bahagia benor bunyiknya nih. :P. 
~Again! entry repek rapu rapan nih!

Kisah di suatu hari....

Lil' Shah sedang menelek beberapa album kahwin ribu riban punya harga bersama si kakak, sambil mulutnya membebel itu ini bertanya tentang album tersebut.

Maka tibalah di suatu bab...

Lil' Shah said; "Alah..time aku esok2... takyah la memahal camni punya harga. Buat kenduri doa selamat je. Nikah tu je yang penting..."

Si kakak balas; "Alhamdulillah. InshaAllah berkat. Buat mana yang wajib je yang penting."

Lil' Shah sambung; "Hantaran 5k dah cukup."

Si kakak sikit terkejut dengan mata tak terkelip memandang; "Ai... 5k je?"

Dia jawab; "Alah...cukuplah tu. Lepas tu dulang hantaran pulak... Ada kunci rumah...kunci kereta.. iPad... bla..bla...

Si kakak bidas; "Huh! repek rapu lah engkau... berangan tak habis! taknak kalah!" 


***********************



~ Kata orang... ukur baju di badan sendiri kan... cari calon pun kalau boleh lebih kurang sama ajalah dengan diri kita. Biar tidak pula timbul sebarang ungkitan di kemudian hari... Kalau dah diri tu tak berapa nak ado..makanya, jangan pula selera...mak oi! nak AA sokmo. ~bukan aaron aziz. harap maklum. :P

~Takda ulasan lain dah yang nak diulas  sebab dah pernah ulas dah dalam label Jom kahwin yang lain. Hee...

Thanks for reading yep... :D

Friday, April 6, 2012

Kenapa perlu?

Assalamualaikum :D ~entry carik pasal :P


Masing-masing mesti dah tahu jawapan kenapa perlu kahwin.

persoalannya,











Kenapa perlu kawin waktu belajar?
~wah! tiru topik malam tadi pulak eheh :P

erm, banyak yang tak perasan sebenarnya banyak kebaikan kahwin waktu belajar. ~eh, aku je yang terlepas. :P ~jodoh tak sampai ok!. Bukan kerana dikatakan gatal mahupun miang tak sabar nak kawin. Tapi tu lagi baik dari kita sibuk pergi dating dekat library sambil tenung menenung dengan buku atas meja terbukak mengalahkan study bagai nak rak. Tapi sebenarnya satu page itulah dari pukul 8pg sampai 12 tgh. ~wah! aku mengata hari2 jumaat ni. eheh.

Erm... lagi satu, sekarang "PENYAKIT HATI" bukan main banyak lagi menular kan. Tinggi ilmu agama pun dillihat ada terjebak dalam kes2 masalah hati. Bak kata seorang ustaz, makin tinggil ilmu agam (iman di hati), makin hebatlah pangkat En. Syai yang datang menggoda. Lemahnya iman seseorang itu apabila mata tidak henti melihat perkara2 yang tidak2. Malah makin galak melihat.

Maka aku agak kagumlah jugak pada mereka yang gagah berkahwin time belajar. Ada aja seorang sahabat aku macam tu. Alhamdulillah. Dikurnia baby yang comel2 lagi. Katanya;
"nak buat apa pun takda rasa bersalah sebab dah halal.. pahala free2 dapat... jangan jealous!"
~huh! sempat lagi kaw!

Betul apa kan. Tu belum sentuh bab belanja2 nak buat majlis apa-apa kan. Jimat jimat jimat..berkat berkat berkat. InshaAllah.

Maka, marilah kita... ~pada yang tengah couple and belajar. :)

~alolololo :D


Teringat ada seorang sahabat kata:

Pada mereka yang takut berasa kesusahan kerana berkahwin waktu belajar, TAKUT SUSAH sebab takda pendapatan tetap, rumah sendiri, kereta sendiri, manage time, dengan erti kata lain, semua berkaitan dengan DUIT. 

Sahabatku kata:

Rasa risau dan ketakutan tu tak ke mana... Sampai bila kita nak senang selalu? Memang hidup ni penuh dengan ujian. Tu semua memang ujian hidup. Kita memang takkan lari dari ujian Dia. Pada yang kahwin lepas belajar pun takkan lari dari masalah yang sama. Kalau tak lalui hari ni, kita akan lalui juga masa akan datang. Sekaya mana punlah hamba Allah tu, dia tetap akan punya masalah tersendiri. Kan Dia sentiasa ada, bantuan Dia sentiasa dekat dengan kita.

Maka, muhasabahlah kita. Jangan takut hari ni pada benda yang tak pasti berlaku lagi. Ujian memang sentiasa menunggu kita walaupun tengah nyenyak tidur pun. 
Kembalilah kita pada Surah Al-Baqarah ayat 286 :) 





Sunday, April 1, 2012

Salah tempat Salah orang!

Assalamualaikum :)

Pada suatu hari, Cik wiwi telah menyertai satu seminar bersama bibik (awas! bukan maid! ~ panggilan makcik bagi orang jawa). Dalam perjalanan, Cik wiwi (anak jawa, tapi tak tau pun bahasa jawa) diam je sebab dia tak faham apa pun bila semua yang ada dalam kereta speaking jawa. Ada satu dua perkataan je cik wiwi faham bila ayat jawa bibik ada perkataan joint venture. Hee. tapi bukan kisah tu nak sembang. Ok, back to the topic! :)

~alamak! salah orang! :P


Tibanya di dewan seminar, makanya bibik pun bertemulah dengan sahabat handainya sekalian. Cik wiwi pula terus masuk mengambil tempat. Kemudian bibik pun duduk sebelah cik wiwi. Tetiba datang seorang peserta lain (Kak M) yang agak kenal dengan bibik. Dia pun menarik tangan bibik dan dibelek2. Tetiba she said:

"Bik, ada sakit pinggang ni bik. Angin dalam badan...bla bla bla.. " ~dengan tengok tapak tangan je.

Maka, cik wiwi pun gatak tangan tunjuk jugak tapak tangan untuk ditelek.

"Dik, kau ada sakit dalam perut eh? betul tak? Angin dalam badan, kolestrol dalam badan..." ~cik wiwi terus tarik tangan dia balik. Tak sanggup dengar.

Bibik yang diam dari tadi, tetiba bersuara.

"Dik, kau belajar dari mana baca tangan orang ni?"

"Dari ustaz tuu..." ~ Kak M tunjuk pada seorang ustaz yang turut sama ada dalam seminar.

"Meh sini tangan kau..." kata Bibik.

"Buat apa Bik?"

"Kau tak cerita pasal latar belakang kau pun aku dah boleh tahu... Kau ni...bla bla bla bla..." kata Bibik selamba.

Berubah terus muka Kak M. Terus dia duduk jauh dari Bibik and cik wiwi. Bibik buat macam tu sebab mulut Kak M dengan selamba je dengan confident kata orang2 yang dia telek ada penyakit tu, ada penyakit ni. Sampai cik wiwi pun perasan ada sorang makcik sampai sentap muka dia sebab sebelum ni dia kata, dia takda pun penyakit yang Kak M kata.

Bibik kata; "wiwi, jangan ambik hati sangat apa yang M kata. Apa yang dia kata bukan semua betul sebab dia pun belajar dengan orang macam mana nak baca tangan orang. Pasal badan kita, kita sendiri yang tahu macam mana. Melainkan memang dia ada 'gift'. Tu lain cerita. Kau amalkan je doa shifa'. InshaAllah terhindar dari penyakit."

Cik Wiwi senyum je.

Moral:

~jangan tunjuk pandai kepandaian yang kita ada pada orang lain dan menganggap orang lain takda ilmu macam kita. Sekalipun ada 'gifted', Allah beri bukan untuk ditunjuk2 dan membanggakan diri.

note: Bibik bukanlah ada gifted, dia saja je nak try Kak M. Sebab Kak M tunjuk hebat sangat yang dia boleh baca tapak tangan orang lain. Salah satunya, masing-masing sila tengok tapak tangan masing2 sekarang. Setiap hujung jari yang memerah lebih dari tapak tangan, maknanya ada kolestrol dalam badan. :) ~jangan percaya sangat ok. Lebih baik pergi jumpa doktor cek darah. Jangan kata cek kolestrol je, macam2 penyakit lagi boleh tengok. hee.

Friday, March 30, 2012

Bahagia sungguh!


Assalamualaikum :D ~ erm, entry hari jumaat dengan cover kosmo hari ni. :D


Agak-agaklah kan..., selain sebab akta yang dikenakan berbeza, kenapa kes yang melibatkan seorang model minum arak dihukum sebat dan denda duit tak silap dalam RM5000 kot kan... dan hanya hukuman RM25 atau 14hari penjara ini dikenakan kepada penari tiang?

Persamaannya tetap beragama islam kan... PEREMPUAN JUGAK kan... Langgar hukum jugak kan...

Tapi alhamdulillah. katanya nak dipinda akta KESALAHAN RINGAN 1955 ni. Baguslah macam tu kan.. kalau tak, takda la undang-undang syariah kita kena hentam dengan banyak pihak. Kesian deme...

Sebenarnya aku tak baca pun berita ni penuh. Sebab dekat 999 malam tadi pun dah keluar selain aku memang tak berapa nak rajin baca kes2 masalah2 sosial kita. Dah nama pun masalah kan, memang takdalah baiknya. Buruk sokmo... haish! astaghfirullahal'azim.. Tapi boleh jadi peringatan pada kita. Cuma bab denda RM25 tu...tak bape nak peringatlah aku rasa. Maunya semua nak jugak buat benda ni. Denda lagi murah dari gaji yang dia dapat kot kan.

~semoga diberi petunjuk. Aminn..
sekian



Wednesday, March 21, 2012

Lelaki tak hilang?

Assalamualaikum :D ~pupukan semangat tak berapa nak ado! :P

Erm, kalau tengok paper kosmo hari ni, helaian terakhir penuh dengan wajah2 si gadis yang hilang. Tak kiralah diculik ke...sengaja diculikkan diri sendiri ke...dsb.

Sayang seribu kali sayang. Agak sedikit kecewa apabila ianya melibatkan KAUM HAWA jugak... Last2 nanti kes tutup sebab, 'mangsa melarikan diri mengikut kekasih'. MashaAllah. takut seh... macam2 hal. Kesian pada mak ayah yang berendam air mata yang dok bilang hari2 takut anaknya menerima nasib trend jenayah paling glemer sekarang, BUNUH, BAKAR!. Bak kata kumpulan shiro, orang gila aja yang buat kerja gila macam tu. Tak ke gila namanya.. ~hee :D

Dalam pada aku jeling2 nama2 dan wajah yang terpampang, ~takut ada yang kenal pula. Aku baru perasan semuanya kaum hawa dalam kes2 anak hilang ni. MashaAllah.

~macam biasa. Gambar memang takda kene mengena :D

Erm... Aku terfikir, anak remaja lelaki tak pernah hilang ke eh? Agak2 ada tak yang lari ikut kekasih? Ke...sebab keluarga halang percintaan lepas tu sanggup lari dari rumah? Ada ke? Atau kes2 tersebut tidak dilaporkan?? Hmm... Bunyi macam kelakar ni. Tapi, tulah persoalan yang berlegar kini...

Sunday, March 11, 2012

I love U too!!



Assalamualaikum. Alhamdulillah diberi lagiku kesempatan untuk kembali ke sini. Memupuk semangat :)

Sesi mac kali ini dimulakan dengan label baru iaitu 'Rumah bertangga'. :D
Sebagai persediaan untuk mula membebel, ni antara buku yang menarik untuk dibaca. Meh sini aku nak share antara part2 yang menarik. :) ~sebenarnya semua part menarik.

Intro ayat Encik penulis:

"Memang ajaiblah jika ada rumahtangga yang aman damai lagi harmoni sepanjang hayat. Tiada taufan, tiada badai! tenaaaaaang memanjang. Langsung tidak ada suasan tegang biarpun sesaat. Ajaib sungguh! Jika ada TIDAK tergolok dalam rumahtangga ajaib ini, hah... elok sangatlah (kunyah) lumat buku I LOVE YOU TOO!! ini." :)




Bab 'Mencarik adat' -

"Kalau sanggup kualikan telinga tu mendengar potpet kaum family atau kerabat termasuk keluarga mertua, bolehlah buat (majlis kahwin) ala kadar. Kalau tak sanggup, buat la macam orang lain buat. Kalau biasa orang lain bikin belas2 atau puluh ribu, kita pun kena buat macam tu juga."

Bab 'Zuriat' -

".....anasir2 -ve yang menarik dari norma2 mulia jauh lebih dasat. Format didikan anak2 harus bertukar. Dari format leter rotan, kepada mari berkawan. Dari format tak boleh itu ini kepada format mari berbincang."


"berbahagialah ibubapa yang mendapat banyak 'talian hayat' daripada anak2 buat survival di alam kubur dan malanglah mereka yang tak dapat sebarang talian hayat walaupun miliki ramai anak yang hebat kerjayanya tetapi kecundang dalam soal2 agama."

Banyak lagi sebenarnya yang diulas oleh penulis. Semuanya based on persekitaran kita. Apa yang dah jadi dan sedang terjadi pun. Disentuh dari perangai seorang lelaki yang bergelar suami dan tidak lupa juga perempuan bergelar isteri. Macam2 fiil orang kita hari ni yang mana kita sebenarnya sedar tapi sengaja tak nak menyedarkan diri. Dengan erti kata lain, tak nak terima hakikat. Macam kita langgar undang2. Dah tahu tak boleh memotong di double line, buat jugak kan kan kan... bila surat saman sampai rumah, kata-kata hikmat keluar dari bibir tak tentu pasal. sekian...~eheh :D

Friday, February 17, 2012

Banyak alasan!



Assalamualaikum :')








Astaghfirullahal'azim.... s a r...



Friday, February 10, 2012

Sekuntum awan ke daun keranda

Assalamualaikum ~_~"

Sekuntum awan ke daun keranda

Sekuntum awan
Kembang di langit putih
Derai makrifat
Setitik dan setitik
Menebus gersang kalbu

Sayap rembulan
Menyentuh rama-rama
Langit ke ranting
Berkilau kebesaran
Semadi di jasmani

Pepohon lontar
Berkembang daun takrif
Hiasan akal
Merimbun dalam diri
Menjilid kebenaran

Daun keranda
Mendengar bisik bumi
Segumpal pesan
Hidup semai ibadat
Barzakh menuai Rahmat

~By Darma Mohamad,
Dewan Masyarakat 2011.




Sungguh aku gagal menafsir apa yang cuba disampaikan. Tapi aku suka setiap bait yang ditulis. :)




Tumblr_lolh5bgqn21qglbpxo1_500_large


~_~"

Saturday, February 4, 2012

Pendosa

Assalamualaikum :'(

Pendosa...
Diri mungkin pendosa
Diri mungkin sentiasa pendosa
Diri mungkin tidak jauh dari pendosa
Mungkin juga jadi pendosa

Tutur bicara terlajak kata
Musnah kata hancur bicara
Mungkin kecewa siapa pendengarnya
Malang pula pada pendosa

Pendosa...
Luluh hati kalahnya jiwa
Gagalnya hati kecewanya jiwa
Api terbakar marak membakar
Marak membara gagal dikawal
Merah menyala hangus terbakar

Pendosa...
Kau gagal lagi
Sentiasakah kau mahu gagal?
Adakah gagal yang kau mahukan?

Pendosa...
Bangun berdiri walau gigilnya kaki
Gapai dinginnya air menyirami hati
Sejuk meresapi terus ke tangkai hati
Binalah hati, kukuhkan hati
Cekallah hati, tabahlah lagi hati
jagalah hati...

~by s a r

~mujur bukan orang yang dikongkangnya :D