Sunday, December 19, 2010

Muhasabah Diri??

Apa yang berlaku pd diri aku ni pun aku kurang pasti. Tidak brani aku katakan andai Allah sudah bukakan pintu hati aku. Tapi aku percaya dan cukup yakin, Dia sentiasa ada untuk mendengar segala apa yang kita rsa. Subhanallah.

Muhasabah diri? yup, maybe itu yang berlaku kini. Tapi aku still bkak gak fb. Huu. Tapi, hari ini aku dah buat annoucement supaya rakan2 mengambil tindakan atas segala yang berkaitan dengan aku means gambar2 yag ada sebelum aku delete. huu. Biarla aku sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam diri aku kini. Sebab aku sendiri tak boleh nak describe apa yang aku rasa. Kalau aku terangkan pun, belum tentu ada yang faham (ade ke org bce blog aku ni? haha).

Kalau sebelum ni aku berdiam diri plus macam orang frust sehinggakan fb yang selalunya mnjadi sahabat sejati, aku buat tak tau je. Memang aku muhasabah diri ketika itu selepas peristiwa tertinggal ic dan juga frust dengan seorang sahabat. huu. Malu dan rasa macam orang bodoh pun ada. hehe.

Cukup seminggu aku kembali dengan senyuman dan gelak tawa. Dalam seminggu tu aku banyak fikir ape yang sebenrnya aku buat dan apa perlunya aku bersedih. Terima kasih kepada sahabat yang banyak memberi nasihat sehingga kini dan buku "don't be sad- Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni". Banyak info yang aku dapat. Satu2nya cara untuk hilangkan kesedihan adalah dengan hanya mengadap DIa. Itu yang terbaik. Dan baru juga aku tahu bahawa sifat bersedih itu adalah sesuatu yang tidak digalakkan kerana akan membawa kepada dosa. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut.

Surah Al-Imran ayat 139:
Dan jganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) bersedih hati...

Surah Al-Hijr ayat 88:
...dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka..

Surah Al-Taubah ayat 40:
...janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..


Juga ada menyebut bahawa kesedihan itu tidak bermanfaat apa pun:

Surah Al-Baqarah ayat 38:
..nescaya tidak kekuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


Bila aku fikir balik, memang betul pun. Tak guna untuk bersedih. Akhirnya nanti sampai memudaratkan diri sendiri. Aku sedar apa yang dah berlaku semua dugaan Allah dan sebagai ujian kepada hambanya. Allah hanya akan memberi ujian kepada mereka yang mampu mengatasinya dan Dia tidak akan memberi ujian sekiranya seseorang itu tidak mampu. Ujian yang diberi adalah mengikut kemampuan hambaNya.

Selepas apa yang dah berlaku, aku redha dan terima segala dugaanNya dengan hati yang terbuka. Alahamdulillah. Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Aku akan ingat sentiasa hadis tersebut sekiranya aku dalam bersedih. Dekatkan diri kepadanya adalah lebih baik dari kita hanya mengenang nasib dengan apa yang berlaku. Bak kata orang, kalau bersedih, mesti muka macam murung semacam plus frust menonggeng. Hehe (mcm org mati laki/bini. haha). Buang masa tenaga je la.

Aku ada seorang sahabat yang sentiasa sedih, bosan dan seangkata dengannya la. Aku pernah nasihati dia supaya tidak sentiasa bersedih. Hmm. aku tau dia tidak boleh menerima teguranku sebab mesej yang ku hantar tidak berbalas. Hmm. Tapi takpe. Tak jadi kudis pun pada aku. Janji aku dah cuba sampaikan apa yang aku rasa perlu dan sewajarnya. Hati manusia, siapa yang tahu. Sudah tentu berbeza-bezakan. Terpulang sama ada nak terima atau tidak. :)

No comments: