Monday, January 31, 2011

Memory


toast and strawberry jam
back to memory
~paralimpiad xiv~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka
aminn.

^__^

Irhamna

Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Allah ya Rohman ya Rohim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya Allah ya Rohman ya Rohim

Irhamna
~by opick



Sunday, January 30, 2011

Pencil box terbang

hehe. Tengah kemas-kemas pencil box yang agak bersepah dengan pen yang dah tak boleh pakai, teringat pulak kisah 'pencil box terbang' gara-gara angin satu badan kot time tu. huhu. Cuak tak cuak jugak la muka orang yang hampir kena tu. Tula, siapa suruh gurau tak kene masa. Kan dah dapat sebijik. Nasib baik tak kena. hehe.

Time tu darjah 6 kat sekolah agama. Tahu-tahu je la penat dari sekolah pagi, then petang kena pergi sekolah petang pulak. Dalam kes ni, aku yang agak pendiam (time tu) tiba-tiba boleh 'menerbangkan' pencil box hak milik sendiri ke muka otai sekolah time tu. haha. Budak lelaki ni antara yang agak paling terkenal la kot kat sekolah tu. Sama pulak kelas aku dan kelas aku pulak memang paling dikenali sebab Ustazah yang mengajar merupakan yang paling garang dalam sekolah dan semua murid paling takut la kot kalau jumpa. hehe.

Waktu tu, tak silap baru lepas break pukul 4. Mood aku pulak time tu kene tiupan angin mana ntah, memang nak hot je la. Tiba-tiba datang la si otai and the gang ni nak bergurau kononnya. Tapi malangnya, gurauan tidak boleh diterima akal time tu. Aku apa lagi, tangan tu ringan je nak angkat benda rasa nak baling je kat muka dorang. Kebetulanlah pulak pencil box aku yang ada atas meja. Memang sedap je la nak baling tanpa fikir panjang. Mula asalnya nak acah je, sekali aku baling betul. Ambik kaw! terabur isi perut pencil box aku keluar tingkap. Kalau dulu punya pencil box, memang trend yang besi tu. Bayangkanlah kalau kena muka, sia-sia je pecah terus jatuh saham. hehe.

Kebetulan la ustazah lambat masuk. Kalau tak, confirm dah dapat ketam free. hehe. Budak lelaki and the gang ni tercengang bila pencil box tu elok je lalu depan muka dia. Budak-budak lain semua terdiam tengok drama sebabak. haha. Malu aku sih! huhu. Masing-masing dah macam patung. Aku pulak dah terus duduk dengan muka baik punya ~dalam hati dah takut dah. huu. Si otai ni pulak, dengan baik hatinya keluar kelas pergi kutip balik semua isi pencil box aku. Dia datang balik kat aku and terus je say sorry. Waah! terkejut aku tapi aku still jugak buat muka konon taknak maafkan. haha. Masuk je ustazah, dia terus tanya "ni napa ni? sar, nape muka macam tu?" Satu kelas senyap. Aku pun diam tunduk je sebab dah takut. haha.

Esoknya, aku dah baik semula dah dengan budak lelaki tu. Dan semenjak tu jugaklah, takda lagi gurau yang agak liar daripada dia. Takut la kot kene lagi sebijik. Sia-sia je. Dorang mesti kata aku ni ganas betul. Tapi tu dulu la, sekarang takda dah yang terbang. hehe. Hati panas, segala-galanya out of control. Gila ganas kot. huhu. Sekarang budak lelaki tu dekat jadi ayah budak dah kot. hehe. Sekarang kalau terjumpa ke, dah tak tegur dah. Paling tak pun senyum je. hehe.~end of the story..

~hati kalau dah tengah marah, tak ingat apa dah. Tu yang kadang-kadang sampai buat kerja kurang bijak plus membodohkan diri tu. Ish ish. Istighfar la banyak-banyak. Astaghfirullah.. Alhamdulillah sekarang segalanya terkawal walaupun kadang-kadang tertamper jugak. Lemah sungguh la iman time tu bila digoda syaitan. SubhanaAllah.

~practise. 1998.

Berkasih kasihan


Kasih sayang seorang sahabat, kasih sayang acap kali hilang ditelan masa
Kasih sayang ibubapa, kasih sayang suci tanpa syarat
Kasih sayang Allah, kasih sayang kekal abadi

'Cinta dan sayang-menyayangi antara makhluk itu fitrah'
(h,2005)



Rasulullah saw bersabda bermaksud;

"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit"




InsyaAllah
~jangan over pada yang tidak sewajarnya.. :p

Saturday, January 29, 2011

Iri hati

Rasulullah saw pernah bersabda;


Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang dirdhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkan pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari




Kalau rasa dah mula bertapak dalam hati?
sakit bukan?
hmm
SubhanaAllah
give me strenght to face any difficulties that You gave to me
InsyaAllah




Kosongkan Jiwa
Tenanglah wahai Hati




tears come out again!
be strong ok!
~_~

Thursday, January 27, 2011

Terlayar


One fiction - by reality - a man
one
non-fiction - by reality - a women
and a story of reality - both of them
everything seemed to be playing again in front of the eyes


there are
similarities that make me a little bit surprised
i feel it more interesting
is based on the belief that one, Allah
what is shown even more interesting
to be the best guide to life

but,
the story of
reality that has not reached the end
i'm still waiting
i hope it has the same end with a story of both fictions
InsyaAllah
happily ever after
with the guidelines and stay on the right path
InsyaAllah

~sorry. i just said what i feel right now. not because of them, but only of Allah. seriously, is not a joke but reality and
these things that have made me a little bit surprised, also seemed to give me guidance to make a right and the best decisions to my life. I hope I'm always on the blessed and guided by Allah. InsyaAllah. ^_^


Wednesday, January 26, 2011

Titus Rutine

hehe. Nampak sangat la aku takda benda nak post kan. Tapi apa kesah, ada orang nak kesah ke? takda kot. haha. Sebelum la aku off laptop ni sebab dari petang semalam tak off, ~haha, aku nak cerita pasal Titus aku. Selepas subuh, aku lalu depan sangkar emas dia, aku berhenti jap nak tengok apa dia buat, sekali tengah makan daa. Dalam kepala aku kata "maak aii, paginya dah makan, dengan pejam mata lagi. haha"

Aku pun tengok jugaklah bekas makanan dia. Kosong! padahal semalam baru aku isi penuh. Takkanlah dah habis? Kejap lagi mesti ada makanan dia balik dalam bekas makanan tu. Dekat 5 bulan duduk kat rumah aku, dan aku la yang kasi makan dan tukar habuk kayu tu. Dan aku jugalah yang selalu layan dia main. hehe. Titus ni ihsan cousin aku sebab dia dah malas nak jaga, maka bagi aku jaga. Tapi sampai sekarang aku tak dapat cari kawan dia yang sama besar. Yang kat kedai semua saiz kecik je.

Haritu, ada sekali masa baru-baru lagi duduk dekat rumah aku ni, nayaris-nyaris la titus terbunuh. Mana taknya, Mell and gang ada. Tapi aku tahu, Mell aku tak minat dengan tikus. ~haha, apa punya kucing la takda nafsu. hehe. Gang Mell ramai yang minat kat titus ni. haha. Masa tu, aku tengah leka la dengan laptop ni sebab sebelum tu aku baru kasi titus makan dan bersihkan dia. Tiba-tiba mak aku jerit dari bawah:

M: Sar, kaw tengok ni?? mana kaw letak tikus ni tadi? alaa.. ~mak aku dah panik semacam.

a: Laa.. dalam tempat dia la.. letak mana pulak.. ~aku jawab dari dalam bilik je..tak turun lagi. hehe.

M: Sini kaw turun tengok apa dah jadi. ~aku pun turunlah dengan malasnya.

a: alaa... apsal ni? macam mana boleh kat luar ni. alaa.. ~aku dah panik plus sedih dah. rasa macam aku terlupa satu hal sebelum aku mengadap laptop.

M: manalah mak tau. tadi nampak Mell and the gang kerumun benda. Sekali tengok tikus ni la. kaw tadi tutup ke tak sangkar dia? kaw letak mana tadi. tengok apa dah jadi. ~bertubi-tubi soalan mak aku kasi. ~haha. padan muka aku la.

a: ala.. mana la kita tau. ~muka aku dah sedih dah plus panik sebab titus macam dah nazak. sedih giler la. aku pun cepat-cepat lap darah and sapu minyak gamat.

M: hish. kaw lain kali letak tinggi sikit. dia ni selalu tarik pintu sangkar tu. ntah macam mana dia keluar ni.

a: ntah la. ~ aku dah malas nak cakap apa sebab aku rasa macam salah aku. Aku jugak la yang lupa tutup pintu sangkar tadi. haha. giler cuai! ambik kaw!

Alhamdulillah, hasil rawatan yang diberi, titus sihat sampai sekarang. Sebenarnya, sebelum kejadian tu, dah pernah jugak dia terlepas dan nasib baik adik aku nampak sebelum Mell and the gang yang nampak. hehe.

Back to the rutine. Bekas makanan dia akan berisi semula lepas dia sendiri yang sepah-sepahkan. Bangun tidur makan, kenyang tidur balik. Kalau malam, agak-agak aku dengar bunyi2 tu, dia punya kerjalah. Main benda yang dalam sangkar tu. Kalau siang, tidur je tau. Dan akulah yang suka jerit-jerit panggil "Titus titus" tiap kali lalu depan sangkar dia. Mesti dia terjaga punyalah.~haha. Kalau dah terjaga tu, terus la makan. Tu je la kerjadia. Aku suka tengok time makan. Dia suka masuk banyak2 dalam mulut sampai kembung. Comel! hehe.

Mak aku sebenarnya marah bila aku panggil "Titus". Dia kata, "kaw macam dah takda nama lain kaw nak panggil. Ada ke tikus". ~haha. aku kalau bab kasi nama, memang ikut kepala aku je. Tu belum lagi aku kasi nama kat anak kucing aku "momot" sebab comot semacam je bulu dia dan gemok. haha.

Sebelum ni, aku memang ada niat nak bela hemster, tapi abah aku tak kasi sebab dia kata "ala, semua binatang kaw nak bela". Sebab sebelum ni aku ada bela arnab jiran aku 2 ekor. haha. Arnab tu dah taknak balik rumah dia, sebab selalu lepak kat rumah aku. Aku la jugak yang bela kasi makan (abah aku keluar modal beli makanan. hehe). Tapi mati dah aritu. Yang putih mati sebab sakit apa tak tau. Yang kelabu ntah sape ntah baham dia, sebab esoknya tengok dah berdarah dah kat kepala. hmm. sadis! Aku tak boleh betul tengok binatang luka2 ni beb. Kesian sangat. Tak sempat menerima rawatan, dah mati.

Titus aku ni masa luka kena baham dengan Mell and the gang, telinga sebelah dekat putus, tepi badan dia koyak. Kronik dah aku tengok. Macam takda harapan dah. Hari-harilah aku sapu ubat. Kesan koyak tu dah macam aku bedah tikus kelas Bio dulu. hehe. Alhamdulillah sihat sampai sekarang. Allah nak panjangkan lagi umur dia agaknya.

~Maaf la titus, aku tak dapat cari pengganti kawan kaw. huu.

Monday, January 24, 2011

Cinta tanpa Syarat


Ini bab last yang aku kongsi pasal buku 'aku terima nikahnya'. Paling yang tersentuh hati aku. Bukan tentang kasih kasihan antara pasangan but, about our parents.

"anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa':24)" (hasrizal,2008)

Betapa besarnya kasih sayang mak ayah pada anak-anaknya walaupun sejahat manapun lah anak tersebut. Begitu besar pengorbanan yang dilakukan dalam membesarkan kita. Tapi, mampukah seorang anak memberikan kasih sayang yang sama banyak kepada mak ayah?? Kekalkah kasih sayang tersebut?? Cukup menarik penulisan seorang sahabatku mengulas akan isu yang sama.

"Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhlukNya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengaharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga terselindung disebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu" (hasrizal,2008)

Bayangkanlah..

Apa perasaan ibu dan ayah yang diderhakai oleh anak-anak? Anak-anak yang tak mengaku ibu dan ayah mereka? dibiarkan hidup susah walhal dia bersenang-lenang, bersuka-ria bergelak ketawa? Tidak terfikirkah di fikira mereka di mana asal usul mereka? SubhanaAllah. Semoga Kau jauhi aku serta ahli keluargaku yang lain menjadi seperti itu Ya Allah. Aminn. InsyaAllah.

Aku teringat akan pesan seorang Makcik K dan Makcik D di IJN aritu. "takpa dik, adik jagalah nenek tu, InsyaAllah esok kaw ada anak, anak kaw akan jaga kaw balik". Alhamdulillah. Aminn. Sejuk dan sayu hati tatkala aku dengar dua Makcik tu cakap dengan aku. Moga-moga ianya diperkenankan olehMu. InsyaAllah.

Kalau seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, kenapa tidak anak yang ramai tidak boleh menjaga ibu dan ayah. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan dari sifat sedemikian. InsyaAllah.

Kasih mereka tak berpenghujung. Betapa mulianya perasaan yang Allah kurniakan kepada mereka. SubhanaAllah. Sayu hati bila aku terfikirkan mak abah aku. Pengorbanan mereka tidak mampu aku balas sampailah aku hembus nafas yang terakhir. huu. I love both of them. So much! Thank you for giving birth and take care of me until now. Alhamdulillah. Hopefully You give them good health, a better life and protect them from all difficulties. InsyaAllah.

Aku tak nakal

hee. Bila baca je blog seorang sahabat bercerita tentang zaman kanak-kanaknya dulu, aku pun teringatlah time aku darjah 4 dulu. Nakal tak nakal la. hehe. Ada la 2 orang budak ni nama dekat2 dah. But, yang seorang kawan rapat aku sebab rumah dekat je, yang seorang lagi pulak budak2 kelas kureng sikit kawan dengan dia sebab cepat sangat nak nangis dan aku panggil dia ciwek. hehe. Tak tau kenapa panggil gelaran tu. Pantang salah sikitlah, mesti nangis punya. hehe.

Kawan rapat aku tu namanye Amila dan yang ciwek tu pulak Alima. Ada satu hari ni, Alima nangis, dan time tu pulak dia duduk sebelah aku. Tak tau sebab apa nangis tapi aku dah pujuk dah. Lama-lama aku fed-up sebab tak jugak berhenti nangis. Time tu pulak takda cikgu masuk. Aku pun berdiri la tiba-tiba dan niat hati ingin bergurau. Aku jerit dalam kelas kata "nak tau tak sape yang ciwek dalam kelas ni?". Semua budak-budak lain dah pandang aku dah. Niat hati nak sebut nama AMILA. Tiba-tiba aku dengan confidentnye sebut nama Alima dengan kuat. "ALIMA". Semua dah bantai gelak. Aku pulak dah terpinga-pinga dah. Dah cuak jugak sebenarnya sebab dah salah sebut. Yang Alima pulak dah mengongoi menangis makin kuat. haha.

Panik tak panik la jugak aku time tu. Tiba-tiba pulak ayah Alima lalu depan kelas (ayah dia kerja kat sekolah tu) dan tanya la nape anak dia menangis. Aku pun terangkanlah. Nasib baik jugak la aku tak kena marah. Sebab aku kenal baik dengan pakcik tu. hehe. Pakcik D tu pun pujuk la anaknya dan sekejap je dah berhenti nangis then boleh je terus gelak dengan aku. haha. Alima ni anak tunggal dan itu sebablah dia sangat sensitif kalau bab2 kene tegur ni. Hehe.

Moral of the story, janganlah terlalu manjakan anak-anak sehingga tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang lain. Hehe. Dan lagi satu, jangan biarkan anak-anak anda mengacau anak orang lain sampai menangis tak henti-henti. haha.



Sunday, January 23, 2011

Kesusahan jadi Musuh

Kesusahan jadi musuh? Hmm. Situasi ni kita boleh lihat pada zaman sekarang kerana anak-anak sekarang tidak lagi bersusah payah untuk hidup. Tidak seperti mak ayah kita dulu. Aku tak nafikanlah bila ada mak ayah sekarang tak nak anak2 mereka hidup susah seperti mereka dulu. Malah ade seorang hamba Allah pernah berkata padaku dulu;

a: weh, aku jeles tengok kaw. yer la, family aku tak sesenang family kaw. aku faham tu.
D: ala sar,. kaw jangan la cakap macam tu. mak abah aku yang buat aku jadi macam ni. dorang kata, dorang xnak tengok anak2 dorang susah lagi macam dorang dulu. That why la, apa yang aku dan adik-beradik nak, semua dapat.

Tengok, macam yang aku kata tadi. Kini mak ayah sudah tak ajar anak-anak mereka jadi susah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Abah dan mak aku tak pernah ajar aku dengan mendapatkan segala yang aku inginkan dengan mudah. Tapi aku tahu, segala keinginan anak-anaknya akan sentiasa cuba dipenuhi. Jasa mereka tak terbalas dengan wang ringgit. hmm. Aku hanya dapat doakan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Aku tertarik bila Ust ni cerita bagaimana arwah ayah beliau ajar dia supaya berdikari sejak kecil lagi walaupun segala keinginannya mampu dilunaskan oleh arwah ayahnya. Ni antara yang menarik;

Pergaduhan di sekolah; ayah kata " kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh. Nanti kamu yang bodoh. Orang yang bodoh itu dinding batu. Kamu baling dengan bola ping pong, dia patah balik kena dahi kamu. Lawan orang bodoh, bodohlah! lawan orang gila, gila!" (hasrizal,2008)

Keputusan peperiksaan corot. ayah pesan sambil tepuk bahu: "lain kali banyak la lagi bermain, kurang baca buku" ~lebih kurang macam ni la.

hehe. Aku tergelak bila baca pengalaman2 ust ni apabila ditegur ayahnya. Bersykurlah anak-anak generasi sekarang apabila apa yang diinginkan tersedia di depan mata tanpa perlu berusaha gigih untuk dapatkan sesuatu.

Kawen Sudaa


Sambung lagi pasal "ATN". Tapi kali ni dah masuk bab kawen dan lebih kepada peranan suami isteri. Kalau dulu aku belajar subjek masalah sosial dengan PM Dr. S, Stress and Coping dengan Dr. J, ada menyebut tentang nasfu dan akal antara lelaki dan wanita. Dari segi psikologi pun, kalau bab pembuatan keputusan, memang boleh salute la dengan lelaki. Sebab apa? Sebab mereka ni kalau membuat penyelesaian masalah, lebih kepada logik manakala wanita lebih beremosi. Aku setuju la part ni.

~rindu pulak pada Dr. S. hehe. Thanks doc sebab bagi markah tebaik pada kami. betul tak cek sepatu gadis? hehe

"lelaki itu sembilan logik dan satu emosi, perempuan pula sembilan emosi, satu logik. Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal dan lebih selamat mereka dipertanggungjawabkan kepada urusan2 yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi" (hasrizal,2008)

Dalam perhubungan pula, "lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumah tangga." (hasrizal,2008)

"Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat prasekolah." (hasrizal,2008)

Selain itu, empathy juga penting dalam perhubungan suami dan isteri. Iaitu keduanya belajar untuk memahami antara satu dengan yang lain.

"oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak." (hasrizal,2008). Alhamdulillah. Maka, kepada pasangan; "hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan mata hati kerana ia pandangan hakiki."(hasrizal,2008)

Kata ust. 'you complete me' - itulah realiti hubungan antara suami dan isteri. Seperti Al-Hadith ada menyebut;

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki."

Semoga aku tergolong daripada mereka yang demikian. InsyaAllah.

continue...

Lagi Facebook

hehe. nak tergelak pun yer jugak bila bace metro hari ini di ruangan Dang Setia. Lagi pasal facebook yang mana, girl ni umur akhir 20-an dan suka kat kawan facebook dia. Then dah tersuka but the same time dia ni takut nak terus terang sebab sebelum ni pernah ada 'sejarah hitam' dan takut andai cintanya ditolak oleh si lelaki kerana beranggapan dia tidak layak diterima oleh mana-mana lelaki pun. Tapi telah insaf cuma kurang keyakinan diri.

Tapi, aku bukanlah nak komen panjang lebar pasal topik girl tu. Aku just nak share pasal ketaksuban penangan facebook kat generasi sekarang. Bukan muda je, warga emas pun dah celik it sekarang semata-mata pasal facebook. Aku mengaku la kalau sebelum ni aku salah seorang daripada peminat facebook yang tanpa sedari banyak benda yang melalaikan aku. Bukan salahkan facebook, tapi salah diri sendiri kerana terlalu taksub. Tapi tu dulu, sekarang baik sikit. ~hehe.

Aku dulu pun pernah jugak alami macam girl tu. Kalau on9 je, mesti borak dengan 'seseorang' tu. Tiap-tiap kali on9 lah. Kalau tak on9 rasa macam ada yang tak kena je. huu. Sikit lagi dekat jatuh tersuka dah dengan 'seseorang' tu. But, nasib baik cepat sedar. huu. Alhamdulillah. Syaitan cukup gemar memainkan perasaan manusia yang sedang leka malah bergelak ketawalah mereka andai mereka berjaya memporak perandakan hati manusia yang lalai. huu. MasyaAllah.

~ambik mood nak tulis pasal "ATN". haha. makin menarik dan sangat tertarik. huu ~_~

Saturday, January 22, 2011

'Sijil Halal'


Pada post yang lalu aku ada menyebut tentang 'neraka dunia dan neraka akhirat', ini sedikit sambungan yang mana ianya melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum dan selepas berkahwin.

"tanpa rasa percaya dan hidup dalam perasangka, nikmatilah sebuah derita yang tidak berkesudahan... kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaranNya suatu ketika dahulu. Fikirkan...don't begin if that is the end in your mind!"(Hasrizal,2008)

"jangan berkahwin jika sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal"(Hasrizal,2008)

Apabila menyebut tentang Sijil Halal, aku dapat mengagak ianya sudah tentu melibatkan nafsu yang mana boleh membawa kepada perbuatan yang tidak baik. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan daripada perkara-perkara mungkar ini. Aminn. InsyaAllah.

Ust ada berkongsi cerita tentang salah sati isi ceramahnya tentang Sijil Halal. Andai satu pasangan itu ingin kawen kerana takut benda-benda yang haram walhal masing-masing tinggal di tempat yang jauh, adalah satu perkara yang tidak munasabah. Ini kerana, sekiranya bertemu dengan susah payah dan apabila bertemu akhirnya berzina!! Katanya, ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang 'berjihad untuk berzina' malah ketagih berzina dan lupa diri. Lainlah sekiranya, pasangan ini hari-hari bertemu, belajar tempat yang sama dan yang hanya tinggal adalah 'to be or not to be'" (Hasrizal,2008)

~huu. rasanya macam beremosi agaknya ketika ust ni menuturkan ayat tersebut. Aku pun pada mulanya kurang memahami apa yang dinyatakan. Tapi bila fikir balik, ada betulnya. hehe.

"Itu pun, ust masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk dapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di minda tentang makna sebuah perkahwinan. Tidakkah sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas perkahwinan jauh lebih besar dan sulit daripada sekadar cabaran menolak zina?" (Hasrizal,2008)

~huhu. penyataan di atas ini aku kirakan, mesti ada yang kurang setuju. hmm. tapi aku bersetuju dengan apa yang dinyatakan. Aku rasa, contoh boleh dilihat di hadapan mata. Realiti hidup manusia kini. Ada sahaja yang aku lihat pasangan masa kini yang kawen semata-mata untuk mengelak zina. Tapi, apa yang jadi di kemudian hari? Kepincangan dalam rumahtangga berlaku, kerana tujuan asal perkahwinan tidak selari dengan apa yang mereka tanggung selepas perkahwinan. Memang di dalam Islam ada menyebut tentang wajibnya sebuah perkahwinan antara sebab satunya adalah untuk mengelakkan zina. Tetapi, ianya diiringi dengan syarat-syarat tertentu dalam membolehkan sebuah perkahwinan itu berlangsung. SubhanaAllah. Semoga Allah jauhi aku dari segala perkara2 ini. Aminn. InsyaAllah.

"Jangan buktikan jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak-peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?" (Hasrizal,2008)

~haha. Tergelak tika aku baca ayat ni. Sebijik aku rasa terkena kepada Kaum Adam yang membaca. hehe. Aku rasa ianya baik untuk mengingati diri sendiri juga dalam mengekang nafsu yang semata-mata untuk berkahwin bukan atas dasar makna sebenar sebuah perkahwinan. InsyaAllah.

Nak kawen?


Lagi aku menyambung perihal isi kandungan buku "ATN" tulisan Ust Hasrizal. Semakin menarik barangkali. ~hehe. Ini aku tambah sedikit daripada yang tercatat di dalam Al-Quran.

"perempuan2 yang jahat untuk lelaki2 yang jahat, lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat pula, perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik pula. Mereka itu (orang2 baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulai" (An-Nur : 26)

Ayat tersebut menerangkan tentang peraturan perkahwinan berdasarkan Islam. Iaitu hendaklah antara kedua suami dan isteri itu berjodohan dan bersesuaiandengan kecerdasan, kemahuan dan tingkahlakunya, supaya kuat pertalian keduanya hingga tidak dapat diputuskan dengan talak. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 juga ada menyebut;

"Allah berfirman: Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan . Sebagaimana pakaian itu harus bersesuaian dengan badan orang yang akan memakainya, begitu pulalah hendaknya antara orang-orang yang akan menjadi suami isteri, iaitu hendaklah ada kesesuaian antara keduanya, bukan dengan dipaksa oleh keluarganya. Inilah peraturan perkahwinan yang perlu diturut oleh setiap orang Islam."

Pesan Nabi SAW;

"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka berkahwinlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." Riwayat At-tarmizi. (Hasrizal,2008)

Pesan Ust, Jangan Tergesa-gesa, Jangan Bertangguh-tangguh dalam soal perkahwinan. ~hehe. Terutamanya kepada belia remaja yang masih ligat serta teruja dalam mengenal erti kehidupan. InsyaAllah, andai betul kena dengan tempatnya, segala perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Terpulang kepada akal fikiran yang telah Allah kurniakan kepada kita. InsyaAllah.

Hmm, dari situ aku rasa kita dapat bayangkan bagaimana calon yang sewajarnya sesuai dan baik untuk kita dan bukan hanya semata-mata yang tertera keindahan di mata. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan yang terbaik dalam menjamin kebahagian masa hadapan. Orang kata, ukur baju di badan sendiri, tepuk dada tanya iman di hati, cukup ke tak?

~Pandai je aku berkata, diri sendiri sekali sebijik terkena. hehe. Alhamdulillah kerana berpeluang baca buku ini. Sekadar untuk mengingati diri sendiri serta yang sudi membaca. ~_~

Friday, January 21, 2011

Pilihlah


Hehe. Sekali lagi aku nak kongsikan antara petikan dan ayat yang menarik dalam "aku terima nikahnya" untuk dijadikan sebagai ingatan kepada sesiapa sahaja termasuk diri aku juga. Sebab, apa yang dinyatakan aku rasa bertepatan dengan apa yang berlaku depan mataku sendiri. Semoga aku dan orang disekelilingku dijauhi daripada perkara yang tidak baik mahupun yang melanggar segala perintahNya. InsyaAllah.

"terimalah seseorang itu, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai"(Hasrizal,2008)

Sangat menarik! sebab aku rasa sebagai manusia, kita tidak lari daripada rasa tidak puas terhadap sesuatu. Pastinya ingin yang lebih baik malah yang terbaik. Nobody is perfect. Maka bertepatanlah dengan petikan tersebut, bahawasanya, kadang2 kita ni terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada. Sebagai contoh bab mencari pasangan, perlukah andai seorang lelaki yang baik paras rupa perlu mencari seorang gadis yang indah paras rupa juga untuk dijadikan pasangan?? Adakah ia seterusnya yang akan menjamin kebahagiaan. Hmm. Kita sama-sama la fikir. ~hehe

Hadith nabi SAW ada menyebut;

"perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahteralah hidupnya"(Hasrizal,2008)

Lagi menariklah aku rasa petikan tersebut. Hmm. Individu punya hak untuk memilihkan. Macam yang kata tadi lah. Bukan semuanya sempurna melainkan Dia. Terpulang kepada masing2 untuk berfikir dan membuat pilihan yang terbaik.

Menyebut pula tentang berpasangan, siapa yang tidak mahu mempunyai pasangankan. Aku pun tak terkecuali. ~hehe. Isunya di sini adalah tentang bercouple pada usia muda belia remaja. Bila menyebut tentang remaja, pada tahap umur beginilah yang biasanya cukup membimbangkan ibu dan ayah. Pada tahap ini jugalah merupakan ujian yang paling hebat bagi seorang individu untuk mengawal diri supaya tidak mudah terjebak dengan perkara2 yang tidak baik. Tengok sahaja berita2 yang dipaparkan di media, kebanyakannya melibatkan remaja. Alhamdulillah, aku sudah melepasi peringkat tersebut tanpa memberi tekanan kepada mak dan abah. ~hehe.

"jika mereka yang bercouple dan buat 'ringan-ringan' sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, sisuami akan terfikir, 'jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?' Begitu juga siisteri akan memikirkan kecurigaan yang sama. Maka, rumahtangga penuh dengan syak wasangka....ini yang dimaksudkan sebagai "dosa semalam, menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya"(Hasrizal,2008)

Hal ini sekaligus bertepatan dengan "terimalah neraka dunia sebelum neraka akhirat". Sekali sebijik Ust ni kasi kat aku yang membaca. ~haha

~huu. Makin banyak aku baca buku ni, makin nervous aku rasa. ~hehe. Sebab aku rasa, macam banyak perkara yang aku perlu belajar sebelum benar-benar ingin punyai pasangan hidup. hehe. Antara lagi yang aku rasa yang menarik perhatian macam ayat ni;

"kita tidak perlu memulakan sesebuah hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa belajar (sekolah, matrikulasi), jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan mengizinkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang diterjemahkan sebagai JEMU." Jangan tergesa jangan bertangguh! (Hasrizal,2008)

waa. dasyat tak dasyat? hehe. Sekali lagi sebijik kene pada sesiapa yang membaca. haha. Ini baru bab permulaan dalam berpasangan. Belum lagi masuk bab selepas perkahwinan. Ada lagi cabaran-cabaran yang perlu dilalui.

continue.... ^__^

~ambik mood nak teruskan pembacaan. haha

Thursday, January 20, 2011

Ayat Seribu Dinar

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaq:2-3)

And whoever fears Allah - He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.

~banyak fadhilat sekiranya mengamalkan ayat ini. Antaranya adalah apabila diamalkan tiap kali selepas sembahyang sebanyak 3x, InsyaAllah akan mendapat faedah, yang mana Allah akan mengadakan jalan keluar dari segala kesulitan atau kesusahan yang dialami selain akan memberi rezeki yang banyak serta Allah akan menyampaikan hajat hatinya dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepadaNya, terlindung daripada musibah di darat mahupun di laut. Selain itu, baik juga diamalkan ketika ingin tidur 3x juga apabila ingin keluar daripada rumah. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya oleh Allah.



Al-Baqarah : 255

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allah - there is no deity except Him, the Ever-Living, the Sustainer of [all] existence. Neither drowsiness overtakes Him nor sleep. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. Who is it that can intercede with Him except by His permission? He knows what is [presently] before them and what will be after them, and they encompass not a thing of His knowledge except for what He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and their preservation tires Him not. And He is the Most High, the Most Great."

(Al-Baqarah:255)


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Cinta vs CINTA


"CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dansedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'"(Hasrizal,2008)

Begitulah salah satu ayat yang terdapat dalam satu topik yang amat menarik perhatianku. Tajuknya sahaja 'Cinta vs CINTA', sudah menimbulkan persoalan di minda kepada sesiapa yang membacanya. Persoalannya, apa bezanya 'Cinta dan CINTA' yang disebutkan. Antara cinta kecil dan cinta sebenar.

"Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. "(Hasrizal,2008)

Ini bermakna, ia merupakan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.
(Hasrizal,2008)

Is it true? Hmm. As s Muslim, we should think about these things with a mature mind. We can choose either bad or good. Depend on individual. I hope Allah will give guidance to make the best decisions. InsyaAllah.

Aku Terima Nikahnya


Singgah sekejap bab nikah kahwin walaupun hakikatnya aku belum melangkah ke peringkat tersebut tetapi boleh dijadikan sebagai persediaan pada masa hadapan. ~hehe tak gitu cek sepatu gadis?

Tak sia-sia la 1 jam setengah aku menunggu library buka 12 Jan lalu. Baru hari ini aku tergerak nak kongsi apa yang aku dah baca sebab belum habis baca. ~hehe. Melangkah je masuk, ak terus bersila di sebuah kotak buku besar yang menempatkan buku-buku agak baru. Buku pertama yang aku capai adalah "Aku Terima Nikahnya" tulisan Hasrizal Abu Jamil. Sudah tentulah kisah tentang nikah kahwin. ~hehe. Aku boleh klasifikasikan buku ni terbaik beb! bagi yang dah nak kahwen. ~hehe

Moto hidup penulis "Erti Hidup pada Memberi" amat menarik hatiku kerana mengisahkan kisah perkahwinannya dengan isteri serta dugaan-dugaan yang dihadapi sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Semuanya adalah berlandaskan Islam. Alhamdulillah. InsyaAllah baik sebagai panduan kita semua dalam menjamin kebahagiaan dunia akhirat.

Ringkasan yang dapat ku kongsikan; perkahwinan mereka hanya berlandaskan petunjuk yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah. Tidak melalui proses-proses seperti zaman percintaan remaja sekarang. Pertemuan pertama pula hanyalah semasa majlis pertunangan antara kedua belah pihak keluarga.
Jika kita lihat, bertapa tingginya risiko di situ kan? Tapi, dengan kekuatan hati serta petunjuk Allah, InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar.

Ada juga diselitkan kata-kata yang menarik perhatianku untuk dijadikan panduan. InsyaAllah kemudian akan ku kongsikan.

Wednesday, January 19, 2011

Tanda-tanda

Tuang teh tumpah
Tuang air dalam jug tumpah
Tuang air dalam cawan tumpah

Haachhooh!
more than 2 times per day
flu! and
tear out began

cold tea~haha
voices, throaty began
dull ayes~hehe
and sleepy but
difficult to breathe

Maybe time for fever?
Musim barangkali.
Semogaku dan keluarga sentiasa dilindungi
InsyaAllah

Sayang

Sayang?

Sayang sana sayang sini. Hari ini 2x aku dengar perkataan sayang. Pertama kali dari cek sepatu gadis daripada "katak" nya. Kali kedua dituju khas buat aku tapi tak tahu la tahap mana keikhlasannya dalam berkata-kata. But, thanks a lot kepada yang menuturkannya walaupun tanpa suara. Bahagia sekejap di situ. ~hehe.

Kebahagiamu kebahagiaanku jua. Kebahagiaan kalian, kebahagiaan ku selamanya. Bak kata Ust. Hasrizal, "ERTI HIDUP PADA MEMBERI". InsyaAllah. Kebahagiaan yang menanti di situ.

Lagi kata sayang?? Saya masih menunggu seorang sahabat yang kerap menutur kata sayang tiap kali berbalas mesej berbalas kata. ~haha. busy barangkali. Aku faham keadaanya kini. ~hehe.

SAYANG kamu semua.. InsyaAllah. Selamanya kekal begitu. Aminn.
sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu memelihara segala hubungan yang terjalin antara kami.
InsyaAllah.

Alhamdulillah Bahagia


Alhamdulillah

kata syukur kupanjatkan kepada kebesaranNya
Alhamdulillah
segalanya berlaku perkenan dariNya
Alhamdulillah
semua yang berlaku ujian dariNya

Bahagia


tatkala mendengar suatu berita gembira
Bahagia
tatkala orang di sekeliling gembira mendengarnya
Bahagia
tatkala apa yang diusahakan mula membuahkan hasil
Bahagia
tatkala tidak ada syak wasangka kepada keagunganNya


Alhamdulillah

kegembiraan memenuhi ruang orang di sekeliling

Bahagia

dengan apa yang dapat dicapainya

Alhamdulillah

rezeki dariNya

Bahagia
melihat senyuman terhias di bibir-bibir mereka
keluarga, rakan, sahabat

Alhamdulillah

Tuesday, January 18, 2011

Tipis Harapan

Alhamdulillah.

Selesai segalanya.
walaupun permulaan perjalanan sedikit sukar
sudah buat sehabis baik
walaupun
soalan agak mencabar kepala otak untuk memerah jawapan
~hehe



TAPI




apakan daya
calon yang menduduki hampir 1500 orang
'luck' adalah amat diperlukan di tika dan saat ini
Tawakkal dan bersabar
yang mampu lakukan sehingga result diumumkan
SubhanAllah
InsyaAllah
andai ada rezeki ke perigkat seterusnya Alhamdulillah
andai tiada, bukan rezekiku untuk memulakan langkah pertama di sana


Redha segala ketentuanNya
InsyaAllah

Monday, January 17, 2011

Heart


HEART














RESTLESS
when
i heard something that is not a good sign perhaps
hmm













FEAR
the history will repeat again!
SubhanaAllah



Allah, give me strength to face it any difficulty that you gave to me
InsyaAllah

Peristiwa Hari ini

Hmm. Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini aku pun pergilah macam biasa tempat yang dituju cume lambat daripada biasa gara2 menunggu Bro siap. Disebabkan kelewatan tersebut, dengan aku2 sekali terkandas and lastly tak belajar pun sebab ramai budak2 baru.

Dalam aku tunggu giliran, adalah sekumpulan budak2 baru ni. 4 Girl + 1 Guy. Kecoh la jugak tapi aku buat hal aku je. Disebabkan mereka ni terlalu dekatlah duduk di sebelah aku, maka segala butir bebelan mereka aku dengar. Berdosa pulak curi2 cerita orang ni. Hehe. Yela, ingin hati malas nak dengar sebab cerita budak remaja yang tengah hangat di pasaran kot. haha. Agaknya la. Lalala.

Dari bebel2 mereka ni, aku dapat tahu la yang mereka ni baru habis sekolah dan ada antaranya x-student sekolah lama aku. Kira macam junior aku la jugak ni. Yang aku tergelak sendiri bila mereka ni cerita pasal LELAKI a.k.a Guy! haha. Macam la takda topik lain. Kalau dah 'budak', 'budak' jugaklah. Haha. Bukan aku cakap besar, macam aku kata dalam post sebelum ni, budak@remaja sekarang segalanya advance la. Bukan aku tak pernah lalu zaman mereka ni. Malah dah rasa pun pahit manisnya. Mereka ni pulak kalau bercerita bukan reti nak control, yang mamat seorang terpacak kat situ jadi pendengar setia je. Aku tak tahulah dalam hati dia cakap ape.

Ada 4 orang girl ni (A,B,C,D). Kira lebih kurang macam ni la;

A: Eh, kaw nak tau tak, aritu aku jumpa si Z masa amali aritu. Dia tegur aku. Dulu dia rendah je kan. Sekarang dah tinggi, hensem giler b*&% dooww.
B: hah? yeke. yela. dulu dia rendah je la weh. hah mat, kaw jangan nak gelak2.
C: yeke.
D: oo. yang pakai speck aritu ke. haha. haah doww, comel giler nak m@&*#s sekarang. haha.
A: haah weh. rupenyekan, dia kawan dengan x-bf aku mse form 4 dulu. haha. giler ar. aku pun layan je la dia borak2 dengan aku. dah macam jejak kasih dah. haha. bla bla bla.. kaw B dengan sape sekarang?
B: hehe.
A: kaw camne pulak D? Kaw dulu dengan si X kan?
D: hehe. tu la. sekarang tak lagi. tapi kalau jumpa kan beb, mesti tegur aku dan cakap, "ha, tu la, dulu aku sayang kaw, tapi kaw yang curang sape suruh" gile b#$%h aku rase beb. Sengal je. menyampah aku.
C: ~senyum dan gelak je keje dia.

~mereka membebel seterusnya dan aku malas nak ambik port dah. pening aku dengar. tambahan pulak bahasa2 tambahan yang mereka masukkan.

Budak A ni, rasa maca familiar je aku tengok. Tapi tak tahulah siapa. Lantaklah tu. First impression aku tengok si A ni, quite sweet, putih, muka licin je, suara serak2 basah. Elok2 je aku puji budak ni dalam hati. Sekali dia borak dengan member2 dia ni, terus berkecai la pujian2ku tadi. Hampeh dan sayang! Muka cantik kot, tapi bila terkeluar pulak kata-kata yang kurang enak didengar dikhalayak, maak aii, tak guna jugaklah kot kalau muka cantik segala kan. Sayang giler aku kata dalam hati. Mana2 guy pun aku rase, kalau nampak dia boleh cepat suka kot sebab muka dia sweet je. Tapi setakat tu yang aku boleh describe dia, dari segi percakapan. Fiil lain, wallahuaalam. Tak berani pulak nak kate lebih. Berdosa di situ. Hehe. Aku yang dengar ni pun dah rasa tempias dosa. MasyaAllah.

Apa2 pun, aku faham mereka ni. Masih di alam awang-awangan kan. Segalanya manis belaka. Segalanya ingin dicuba. Tak kira la betul ke salah ke dosa ke pahala ke. Janji boleh buat. Risau jugaklah aku tengok mereka ni sebenarnya. Borak2 macam orang dah sedia sangat kot nak masuk alam dewasa tapi tak tahu mana yang betul mana yang salah. Up to them la kan. Takkan la aku pulak yang sibuk2 nak masuk campur kan. Mak Ayah mereka ada.

Aku pn dulu, pernah jugak rasa apa yang mereka ni rasa. Jiwa berkobar memang lain macam lah. Hehe. Hati tu ada sahaja yang cuba nak dilawan. Dengan erti kata lain, ada sahaja yang cuba di argue. Hehe. Tapi tu dulu. Sekarang tak lagi. More to Muhasabah diri. Hehe. Alhamdulillah. Adanya Dia membantu untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Today is Monday

yeaahhh..





STUDY


again


again


again


and


again!






~hehe
May Allah bless me always
InsyaAllah

^__^

Sunday, January 16, 2011

Laksam


Sedang aku belek2 buku resepi yang mak aku pinjam, tiba-tiba nampak pulak Laksam.

a: "mak kita nak buat laksam la arini"
m: "buat la. nak guna ape je? nanti mak beli sekali"

a: Key and Rel balik pukul bape?

m: Balik petang sikit.

a: oo. sempatlah kita buat dulu. hehe.~berkobar2 dah.

waaaa. First time buat laksam. My favourite food! hehe. Dah lama nak buat, tapi arini baru betul2 nak buat. Hehe.

Komen adik-adik aku Rel, Shah dan Key also my mom and Nenek;

S: weh, sape buat ni? sedap ar kuah.
a: haha. aku la masak. haha.~2x bahagia dah aku. ngee.

R: uit, apsal rasa lain sikit ni. tak sama pun dengan along beli.

a: memang la tak sama. ni aku buat ikut cara aku la. haha~sukati aku je tukar sikit resepi. ngee.
S: weh, apsal yang putih ni keras sikit la.
a: ala. aku terlebih masak agaknya. boleh la jugak tu.
M: boleh la ni. same jugak dah ni yang beli tu.

a: haha. same je la. keras sikit je. agaknya tepung kene cair sikit lagi.

S: weh, jom kita buat bisnes kat sini la.

a: hahaaha

M: hahaaha

N: ha. boleh la di makan ni.

a: haha. ~asek gelak je aku. hehe


Key pulak terus je makan tanpa kata. ~hehe. sedap la tu. haha.
Shah siap tambah lagi. Bro, langsung tak makan sebab dia kalau bab2 adik-beradik laksa memang dia tak pandang pun. Abah pulak, tak sihat arini maka dia tak makan lagi. Tapi tadi dia sibuk gak tanya aku masak apa. Nenek tadi makan jugak tapi dengan kuah je.

hmm. Lepas ni rasa macam nak try masak nasi kerabu pulak. haha. giler favourite jugak tu. hehe. Tunggu green light and cari barang2 dulu. ~_~

Surah An-Nur Ayat 30-31

Assalamualaikum :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (24:30)

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(24:31) 
 

Cantik tak Cantik


Bismillahirrahmanirrahim

Diharap tidak akan menyakitkan hati sesiapa yang membaca. Sebab ianya sendiri membuatkan aku mengingati semula peristiwa 5 tahun lalu yang membuatkan aku berasa hati dengan setiap kata-katanya. SubhanaAllah. Ianya sekadar untuk mengingati.

Semalam aku ada menonton satu filem yang maybe dibuat 5 tahun lepas kot. Aku pun tak pasti. Filem tu mengingatkan aku pada satu peristiwa yang sedikit buat aku terasa hati. Ni waktu aku study dulu.

Ada satu malam, aku bersetuju untuk pergi dalam suatu majlis. Dan aku tak tahu kenapa aku boleh bersetuju untuk pergi dengan 'rakan-rakan' yang kurang rapat. Aku tahu majlis tu semi formal, maka aku pun pakai la ala kadar sahaja. Sebab aku sekadar penonton dan bukannya terlibat pun. Aku pun memakai sekadar sahaja ~black slack pants, blue black long sleeve and white jilbab.

Tiba-tiba seorang 'rakan' ni cakap dengan aku dengan nada yang agak menyakitkan hati.

K: sar, kaw takda baju lain ke? kita nak pegi majlis 'ada orang luar' ni. Pergi la tukar baju, jangan buat malu aku!

S: tak boleh ke macam ni?
- muka tarik dah ni

K: tukar2. Cari baju elok sikit.


~dua lagi rakan senyap tanpa kata bila seorang 'rakan' tu sound aku. Sedih dooww!
Yang berdua ni plak pakai jeans and baby-t. Sorang bertudung and sorang free hair.

Aku sedikit sentap dah di situ dan aku buat keputusan aku taknak pergi dah majlis tu. tapi 'rakan' tu suruh jugak pergi tapi tukar baju. Aku pun gagahkan jugak pergi masuk bilik dan cari la baju elok sikit.

~waaa. Time tu rasa macam dah patah hati dah. Sebab aku rasa macam hina sangat ke aku pakai macam tu dan aku jadi malu dah dengan diorang, Sampai macam tu sekali. Aku tahu, dari pandangan mata dia je aku boleh tengok betapa hinanya dia pandang aku. Dan mungkin rasa kesian, dia pujuk jugak aku pergi majlis tu.

Time tu, 'rakan' yang sound tu pakai high hills, skirt paras lutut, blouse pendek (size baby-t tak silap), earing, make-up segala. Quite nice la kalau guy yang tengok. Sape tak suke tengok benda cantik kan.

Aku mengaku la yang aku ni bukan jenis orang suka beli baju yang bukan-bukan dan tahap kewangan aku pun bukan baik sangat. Sebab aku bukan dari family yang senang. Aku takkan beli satu benda tu kalau tak betul2 nak guna. Bab baju-baju berfesyen ni pun bukan jenis aku. Kalau bab baju kurung insyaAllah aku ada. Dan aku juga bukan jenis yang banyak t-shirt dan seluar. Cukup sekadar aje aku ni. Hmm. Member-member yang kenal aku, diorang tahu aku macam mana.

Sepanjang kat majlis sehinggalah habis, aku tahu dia layan dingin je aku. Dan aku sepanjang majlis sampai la balik senyap je sebab aku dah memang takda mood la. Sape tak sedih dan terasa hati kalau diperkecil2kan. Aku dah rasa menyesal sebab terjebak dengan diorang. Lepas kes tu, aku langsung jadi kurang nak beramah mesra dengan 'rakan' yang sound tu. Kalau selisih jalan pun, aku kalau boleh nak je cari jalan lain sebab taknak jumpa dia lagi tapi kalau dah jumpa aku senyum je la. Huu. Lepas kes tu, sumpah aku tak ikut lagi sebarang agenda yang melibatkan 'rakan' aku tu. Termasuk jugalah 2 orang 'rakan' tu. Selagi boleh aku elakkan diri.

Sebab dari kes itu jugaklah aku berubah dan pilih kawan yang sewajarnya. Dan time tu jugaklah aku rapat dengan geng2 sepatu gadis yang aku kirakan lebih sekepala dan baik kalau dibuat kawan walaupun kadang-kadang tersentap jugak. Haha. Tapi aku ok dengan diorang. Lagi best kot. Huu.

Sepanjang aku study, aku pun tak sangka la dapat kawan-kawan yang agak 'dasat' sebab aku belum pernah ada kawan-kawan macam diorang sebelum ni. Malah lagi advance dari 'rakan' yang sound aku tu. Aku boleh kategorikan yang kawan2 aku ni memang agak indah ciptaan tuhan sehingga aku rasa macam tak layak kot nak jalan dengan diorang. Tapi dalam ramai2 ni, ada 2 orang yang paling 'hot'~haha, rapat dan dia paling faham aku. Dan mereka jugaklah yang paling advance dari yang lain. Hehe.
~rindu pulak kat 2 orang tiba-tiba. Huu.

Tapi, dia tak pernah nak buat aku kecil hati or terasa hati. Apa2 yang tak puas hati dengan aku, kita orang discuss elok2 dan tak ada pulak nak tinggi2 suara melainkan bila nak panggil pergi makan sama2. ~sebab masing2 duduk bilik lain2 aras. hehe.

Satu keadaan yang aku rasa aku tak layak nak sama dengan diorang adalah sebab cara pemakaian dorang. Diorang ni memang indah dalam berpakaian. ~hot! but not in my eyes. male eyes maybe. huu. Kalau sebut pasal jenama, wah dah tentu2 la diorang ni juara. Aku? apa ada? Langsung tak ada kot. Huu. Sebab, dari dulu pun aku tak diasuh dengan barang2 jenama ni. Melainkan suatu benda tu adalah amat diperlukan. Tapi Alhamdulillah. Aku cukup makan dan pakai. Sederhana dalam segala segi.

Back to how their dressing. Hmm. Memang indah segala ciptaan tuhan. Cuma tidaklah mengikut apa yang di syariatkan. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Nak diikutkan, lebih kurang sama cuma sedikit berbeza. Wahaha. Macam mana tu? Hehe. Kalau tengok pun tahu kot. Huu. Betul tak sepatu gadis? hehe.

Surah An-nur ayat 30-31

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Cuma sekarang ni, itu hak mereka untuk berpakaian. Aku pun bukan tidak pernah menegur atau mengingatkan mereka, cuma aku rasa cukup tanggungjawab aku di situ sebab sudah mengingatkan. Terpulang kepada mereka mahu mengikut ataupun tidak. Tapi sebagai sahabat, memang aku doakan mereka berubah menjadi yang lebih baik dan yang sewajarnya.

Hmm. Back to 'rakan' yang sound aku tu. Sepanjang aku study, aku ade dengar2 jugalah orang di sana sini cerita pasal dia. Yer la, sapa la tak kenal dia. Aku ada dengar dia bertunang dan boleh tahan gak la majlis sebab dia ada tunjuk gambar2 tunang dia. Aku layankan aje. Huu. Tapi, lepas aku sambung study, ada sekali terjumpa dia dan cerita terbaru aku dengar pulak dah putus and lelaki tu pun dah kawen dan ada anak dah sekarang. Dia, aku tak tahu la sekarang macam mana.

Aku dapat tahu perangai dia ni, rupanya ramai lelaki kat kolej aku tu tak suka. Agak terkejut jugak dengar sebab kalau tiap malam dia ni selalu lepak kat cafe dengan lelaki2 ni. Hish. SubhanaAllah dan Alhamdulillah aku tak terikut macam tu. Aku dengar dia ni rupanya suka marah2 boyfriend dia depan kawan2 boyfriend dia tu. Kira macam sound direct la. Uish, kesian pulak lelaki ni. Yang aku tahu, lelaki ni biasa2 je, dan kalau tengok pun macam tak sepadan la kot. Huu. ~pandai2 aku plak nak match2 kan orang. Hehe. Tapi, dia baik. Cakap pun takda tinggi suara. Hish. Alhamdulillah. Memang mereka Allah jadikan bukan untuk bersama agaknya.

SubhanaAllah. Rasa bersalah pulak bercerita keburukan orang ni. Tapi, apa yang aku highlight di atas, itulah yang sebenarnya yang aku cuba sampaikan. Sebab, aku sendiri pun bukan baik sangat. Masih banyak kesilapan yang aku buat. Masih banyak perkara perlu diubah untuk menjadi lebih dan layak disisiNya. InsyaAllah. Sekadar untuk mengingati diri aku sendiri dan kepada yang sudi membaca. Hehe.

May Allah forgives all my sins.
InsyaAllah
The advantages it is from Him and the disadvantages that comes from ourselves.
^__^

Saturday, January 15, 2011

Don’t judge a book by its cover

Lagu Tiada duka yang abadi nyanyian Opick kumandang di telingaku kini. Ambil mood nak taip sebab semalam hati aku kurang nak tenang. Back to the topic.

Don't judge a book by its cover. Yup! itulah yang sahabatku pesan kepadaku berulangkali. Mana tidaknya, aku cepat sangat judge orang. Sampai dia pun marah. hehe.
Cerita ni pasal aku pegi belajar drive arini.

Tadi masa aku dalam teksi nak balik rumah lepas belajar, yang uncle teksi tu pulak tengah bebel dengan sorang lagi passenger dan aku pun diam je la dan dengar je dia orang bebel. Ye la, sebab aku dah tak faham bahasa diaorang. Speaking tamil. Hehe. Dalam dengar2 uncle and sorang aunty, aku tiba-tiba teringat pasal En. R yang ajar aku tadi.

r: Umur berapa?
a: 25
r: dah kawen?
a: belum. ~plus senyum. hehe
r: napa tak kawen?
a: uish, keje pun tak lagi. hehe
r: laa. tunggu keje pulak. ke, memang taknak kawen?
a: haha. nanti la dulu, nak keje dulu.
r: ala.. umur 25 dah boleh kawen dah. takkan taknak kawen. best la kawen.
a: haha.~lepas tu aku senyum.


~waa. dalam hati aku dah rasa lain macam plak tiba2. Tanya pasal kawen la pulak. Tiba-tiba aku teringat pulak kata2 seorang adik yang jumpa aku minggu lepas. tapi, aku diam je. Tiba kat satu selekoh, aku nak tukar gear, tiba2 sangkut dan aku kata "alamak! tak masuk". En R jawab, "ape pulak susah masuk, orang masuk senang je" then dia gelak. aku senyum. Dalam hati, aku terfikir lain sebenarnya. hehe. Sebab dalam kepala otak aku, ligat fikir apa yang dia kata. Macam double meaning, tapi aku senyum je. Malas nak layan lebih2 takut aku pulak over.

Minggu lepas, seorang adik datang kat aku dan bertanya perihal En R ni kat aku.

Ad: kak, en. R tu memang macam tu ke?
a: macam tu ape?
Ad: takde la. dia macam gatal sikit eh? sebab borak macam lain macam je ~senyum
a: eh? gatal ape plak. ~aku boleh pending tiba2. Hehe. saja nak pancing.
Ad: hmm. takde ape2 la. dia peramah kot eh? ~ tergagap dia cakap.
a: eh? ntah la. yer la kot. ~ senyum dan aku terus jalan.

Kalau pada post yang lepas aku kata En. R ni ok, hari ini aku rasa aku nak tukar dah persepsi aku kat dia. Sebab aku pun rasa lain macam je cara dia borak tadi. Sampai otak aku dah fikir buruk je pulak. Dosa dah aku kat situ sebab fikir yang bukan-bukan pasal orang. Huu.

Tapi, apa aku boleh buat kalau apa yang aku tak sangka rupa-rupanya macam tu. Hmm. Tak sangka la pulak macam tu jadinya kan. Baik-baik ada makna pulak. Hish. SubhanaAllah.

Don't judge a book by its cover. Hmm. Betul la kata-kata seorang sahabatku dulu. Tapi, dari segi teori yang aku dah pelajari, first impression about stranger is important as a guidance to knowing someone deeply. Tu yang aku tahu la. Sebab, dengan tanggapan awal itulah akan menjadikan lebih mengenali seseorang dan bagi memastikan persepsi awal kita tu, betul atau salah.

I hope always blessed and protected by Allah. InsyaAllah. Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. SubhanaAllah.

~pray for me for this Tuesday. Huu. Hope, this is my livelihood. InsyaAllah. Wish me luck babe! I hope to answer all questions calmly for granted. I just can try, but You who determines everything. InsyaAllah.

Friday, January 14, 2011

Simjang *kokoro *H A T I

kelemahan hati, kekurangan iman
kekurangan iman, kerapuhan hati
jiwa berantakan, tanda kerapuhan hati
serabutnya hati, menyesakkan fikiran
kelemahan fikiran, ketidakseimbangan badan
kuatnya godaan, tinggi lagi cubaan
bertambah lagi ujian

kekuatan hati, kekuatan iman
pegangan iman, menguatkan hati
jiwa tenang, tanda ketenangan hati
ketenangan hati, melapangkan fikiran
kecerdasan fikiran, kecergasan badan
lemahnya godaan, kurang lagi cubaan
ringanlah ujian

pegangan kepada yang satu
redha kepada yang satu
percaya kepada yang satu
beriman kepada yang satu
Dia sentiasa di sisiku
InsyaAllah.

may Allah bless me always.
InsyaAllah.

Thursday, January 13, 2011

Di bawah Langit Mu


di bawah langitmu
bersujud semua
memuji memuja asmamu
dan bertasbih semua
makhlukmu tunduk
mengharap cinta dan kasihmu

cahaya ilahi
hangatnya Di hati
di langkah sejuta wajah
terbata penuh salah
jalani sang hidup
terluka terhempas berdosa

hitam putih jalan hidup
pahit getir warna dunia
tangis tawa rasa hati
terluka atau bahagia

rasa bangga sementara
setiap duka tak abadi
semuanya wajah kan dipuji
pada Allah kita kan kembali


~by opick

~amat besar kebesaranMu ya Allah.. SubhanaAllah..
thanks to Sepatu Gadis kerana memperkenalkan kepadaku lagu sebelum ni.
I appreciate it!
thanks a lot my friend!

Maha Melihat


waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicintakan pergi
yang didambakan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

~ by opick ft amanda