Thursday, December 30, 2010

Kenapa perlu rasa?

Selesai aku jelajah dua blog dua orang hamba Allah in this month. Kenapa bila aku baca blog insan yang kedua ini ada rasa lain macam? Jika insan pertama aku rasa, kenapa yang kedua ni juga turut terasa malah extra? Tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Tiada perkataan yang lebih sesuai untuk kugelarkan kepada dua insan ini melainkan Alhamdulillah dan SubhanaAllah.

Ape yang aku rasa sekarang ni? Aku sendiri tak pasti. Segalanya pincang kurasakan. Aku taknak nanti ada orang gelarkanku jiwa kacau (walaupun aku dah dapat pun title tu. hehe). SubhanaAllah. Ape yang perlu aku katakan lagi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan sesuatu yang terjadi. SubhanaAllah. Kau bantulah aku dalam mengenali, mengenalpasti, menyesuaikan diri akan keadaan 'baru' yang aku alami ini.

Kadangkala terasa amat tenang, kadangkala terasa cukup kacau sehingga migrain aku pun dengan mudahnya menghampiri. Apa yang cuba Dia beri dan tunjukkan pada aku pun, aku kurang pasti kerana tiada kata-kata yang sesuai untuk aku describe kan. MasyaAllah.

Extra kesediahan dan kesayuan hati apabila aku membaca blog insan yang kedua. Betapa Mulianya Kau menjadikan kedua insan ini ya Allah. Aku mula rasa yang aku seakan tidak layak seiringan dengan mereka. Sedih sangat yang teramat aku rasa.

Seriously ku katakan, aku amat cemburu plus jeles teramat sangat apa yang berlaku pada diri mereka. Kenapa aku rasa begini? Kenapa perlu aku rasa macam ni? SubhanaAllah. Aku hanya mampu pegang kepada kata-kata:

"Allah memberi ujian kepada orang yang mampu menghadapi ujian itu yakni yang lebih kuat, orang itu juga yang lebih disayangi dan berada dekat denganNya. Akan tetapi, manusia sering alpa dan tak menyedari akan keistimewaan yang diberi. Tidak pula diturunkan ujian kepada mereka yang tidak mampu untuk menghadapinya"

SubhanaAllah. Apa lagi yang perlu kukatakan lagi. Dia Maha mengetahui. Sedang aku mengalami pelbagai cubaan yang diberi kini, hanya mampu berserah selain berusaha untuk menghadapinya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan keluargaku untuk menghadapi segala ujian yang Kau beri. Aminn, InsyaAllah.

Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab Kau memberiku peluang untuk mengenali mereka berdua. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua dalam melalui liku-liku ujian yang Kau beri serta tetapkanlah hati mereka berdua andai ada jodoh yang telah engkau tetapkan kepada mereka. InsyaAllah. May Allah bless them!

Hmm. Jangan dipersoal akan perihal manusia lain yang mempunyai kelebihan dan dipermudahkan segala urusannya di muka bumi ini tanpa sebarang halangan dan usaha yang kuat. Aku redha, andai ketentuanku tidak semudah seperti mereka yang lain. Semoga kesabaran sentiasa mengiringiku untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. InsyaAllah.

~one blog left for exploring. wait for me doc, here i come! ;p chaiyo!

No comments: