Wednesday, December 22, 2010

Surat Bunga-bunga

Tengok cerita 'Tentang Bulan' yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, ada scene yang mana Mawi hantar surat (berbunga-bunga plus bedak lagi dalam surat tu) pada Zurina (budak baru kat kampung tu).

Halnya kat sini, aku bukan kisah sangat apa yang ditulis budak Mawi tu, tapi aku tertarik dengan "sampul surat bunga-bunga". Haha. Sesuai bagi orang bercinta kot. Tapi, zaman sekarang ada lagi ke surat-surat bunga-bunga cinta ni orang nak guna. Hehe. Zaman-zaman aku sekolah dulu ada la kot. Hehe.

Tak terkecuali, aku pun terlibat. Haha. Aku ingat lagi masa aku form 2 la kot. Aku ada ikut satu kem 3 hari 2 malam tak silap kat kampung aku ni. Program tu pulak libatkan semua peringkat umur (tak ingat plak sampai berapa). Kem tu pulak budak2 Uitm yang handle dari GPMS tak silap. Kami diberi kumpulan dan setiap kumpulan ada 2 orang fasi. Kebetulan pulak, aku dapat fasi yang jadi pengarah program tu dan seorang lagi agak pendiam. Tapi keduanya 'boleh tahan'. Hehe. Nak dijadikan cerita, kebetulan lagi apa2 hal yang berlaku, semua fasi lain akan rujuk kat fasi aku dan akan selalu pulalah kumpulan aku ni dikunjungi oleh fasi2 dari kump lain.

Kumpulan aku ni boleh dikategorikan kumpulan "senyap dan baik" bak kata fasi2 lain sebab, if ada apa2 aktiviti, group aku la yang paling 'sopan and cool' je. Haha. Hmm. Dalam banyak2 faci, aku boleh katakan faci kumpulan aku la yang paling hensem kot. ~huhu. Faci pendiam tu yang paling hensem dalam ramai2 yang datang. Susah nak senyum, tapi bila dah senyum, lesung pipit dua2 keluar. Hehe. Tapi, sikit pun aku tak heran sebab dia pendiam dan aku tau dia ramai peminat. Mana taknya. Sikit-sikit:

"Abang, sini jap, abang nak ambik gambar, abang nak tu, abang nak ni"

Uish. Haru jugak la. That's why la aku tak heran kan dia. Aku herankan kat seorang faci ni sebab dia terover bercakap. Haha. Aku suka dia. Sebab, dia la yang paling kerap datang kumpulan aku dan banyak cakap sebab dia kata group aku ni tak excited sangat. Hehe. Maka, dia selalu la datang membebel itu ini pada tuan pengarah ni tadi. Dan akulah orang yang paling suka dengar. Hehe.

Masa majlis penutup kem tu, confirm la tak lepaskan peluang nak ambik gambar semua kan. Haha. Time tu jugak la aku boleh mintak no phone dan alamat faci tu pada kawan aku yang di bawah group mamat suka membebel tu. Guess what? Bukan takat tu je hubungan kitorang semua. Haha.

Berbalik pada surat berbunga. Haha. Aku adalah antara penggunanya pada waktu tu. Boleh pulak la aku hantar surat pada mamat membebel tu. Hehe. Kelakar doww!. Haha. Tapi aku takda la nak ucap sayang ke ape ke, sampai letak bedak, macam cerita tentang bulan tu. Just share about study and tanya khabar. Takat tu je la. Tak lebih dari tu. Haha. Bila teringat balik, haha. Memang memalukan je la. Budak-budak lagi dah pandai nak hantar-hantar surat kat anak teruna orang. Haha. Belum lagi telefon tu. Hehe. Ada seorang lagi faci aku suka tengok. Pun suka membebel jugak. Aku suka dia sebab muka sama macam Amri Yahya pemain bola sepak Selangor tu.Dia pun sama jugak. Hehe.

Tapi itu dulu punya cerita la. Hehe. Zaman-zaman tak berapa nak matang. Haha. Kelakar je la. Tapi sampai sekarang aku ada lagi gambar-gambar diorang. Lama sangat sih!. Tak silap, last contact diaorang pun time form 3 dan ada antara diorang tu dah nak kawen time tu. Tak silap, time tu diaorang dalam umur 25 26 macam tu. Kalau kira, sekarang dah 35 36 la kan. Haha. Anak dah 3 or 4 orang agaknya. Takpun, anak dah sekolah dah. Hehe.

Teringat jugak la pada kawan2 yang lingkungan umur tak jauh dari aku. Betapa keterujaan mereka, kegedikan (kot la hehe) mereka, terlebih mesra meraka dengan abang-abang faci time tu. Haha. Nasib baik sikit la aku tak terikut-ikut. Kalau yang comel2 sikit tu aku tengok lagi terover sebab mamat2 ni pun suka usik. Cess! Bertambahlah kegedikan mereka. Haha. Kelakar je la. Siap ada yang lumba-lumba menonjolkan diri untuk dapatkan perhatian mamat tu semua. Hehe.

Apa-apa pun, tu antara pengalaman awal la aku kenal dengan dunia luar. Means, kenal orang-orang yang lebih dewasa dan matang dari aku. hehe. Nice moment and sweet je rasanya time tu. Hehe. Tapi itu dulu. Zaman remaja. Segalanya panas kan. Alhamdulillah. Kematangan yang mengajarku mengingat kembali baik buruknya aku lakukan itu semua.

Alhamdulillah jugak aku tak terikut-ikut dengan peredaran zaman yang mana, kini pada tahap umur aku dulu tu, tidak seperti zaman aku yang dulu. Sekarang, anak-anak remaja lagi advance. Masalah sosial dah jadi macam isi dan kuku dah. Maka tidak hairanlah kalau umur 12 tahun dah ada yang pragnant. Nauzubillah. Aku takut tiap kali baca di dada-dada akhbar tentang salah laku remaja kini. Hope dijauhkan dari itu semua. InsyaAllah. ~__~

2 comments:

Sitikus~ said...

OPS!nasib aku takda nak atr surat2 ni,,
tapi kan best kalu atr2 surat sekarang..hehee
cam mengamit memori lame..
n WAT pengatahuan ko,aku sekarang ni ngah menyiapakn kerja2 akhir wat surat,,heheh

s a r said...

haha.. thankz beb sebab sudi bace! hehe
tu time dulu kpala xbpe nk matang kan.. hehe..
wat stu bende pun ikut rse hti je, xikut kpla. hehe..
klau skrg la wat mcm tu kan. aku rse, suke jiwang karat belaka. haha
haha. surat jgak ke weh.. ;p