Monday, December 27, 2010

Kampus dan Cinta?

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman...


Haha. Sekali dengar, rentak lagu ni macam kelakar, tapi sebenarnya banyak ingatan dalam setiap liriknya.Nyanyian Suhaimi Mior Hasan, Anna Raffali dan Altimet. Tapi aku bukan nak cerita pasal lagu ni tapi ada kaitan dengan liriknya.

Hari ini kat Metro ada cerita pasal budaya 'coupling'. Mana-mana student yang tak couple tu digelar 'surat khabar lama'. Cess! Agak kurang ajar gelaran yang diberi. Emo terlebeh pulak. Hehe. Bukan nak cakap ape la, tapi kalau dalam kampus tu, amat senang lagi mudah la kalau nak tengok pasangan2 couple ni.

Aku setuju jugak la statment lecturer Uiam dalam metro tu. Betul pun apa yang dia kata. Aku tertarik dengan statment dia:

"Boleh menambahkan masalah bila mana pasangan tersebut mempunyai masalah dan esoknya pula ada exam yang boleh menyebabkan gangguan emosi serta masalah untuk belajar"
~lebih kurang la.

Hmm. Memang tepat kene kat batang hidung aku. Hehe. Tapi, alhamdulillah aku tak sekronik tu la kot. Huu. Mungkin ada pelajar yang mengalami situasi tu. Sebagai contoh, sahabatku dulu. Apabila ada masalah dalam hubungan, dan result pulak rendah semacam, mulalah nak tunding jari kat orang lain. Tak patut betul. Ishh. Sendiri yang salah, nak salahkan orang lain pulak. Orang sibuk bercinta, kaw nak bercinta.

Lagi pulak, lecturer tu cakap, yang bercinta ni kebanyakannya mempunyai perasaan sayang 'luar biasa' yang mana mereka ni sanggup untuk lakukan apa sahaja bagi memenuhi permintaan orang yang tersayang. Perasaan yang macam ni jugaklah yang biasanya akan menyumbang kepada perkara-perkara terlarang seterusnya mendatangkan musibah kepada prestasi pelajaran mereka.

Tapi pendapat aku, ni semua sebenarnya boleh dikawal andai kita berada di landasan yang betul. Ada jugak yang couple dari belajar di kampus, berjaya, then kawin dan bahagia sampai sekarang. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Di sini, bukan kata couple tu menyalahi undang-undang, tapi biarlah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya. Bukannya macam sekarang, sehingga ianya dijadikan sebagai satu trend tinggal di kampus dan amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibubapa. Mana taknya, perkara2 macam inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan masalah sosial yang semakin meruncing kini.

Agak sedih la kalau tengok pelajar kampus sekarang. Contohnya macam kes2 pembuangan bayi. Kebanyakannya melibatkan golongan yang terpelajar. Aku takut nanti kalau ada orang kata;

"belajar tinggi2, tapi otak tak ada!"

Bunyi memang kasar, tapi itulah hakikatnya yang harus ditelan. Sebab tu jugaklah masyarakat boleh pandang rendah golongan terpelajar ini. Hmm. Kalau difikirkan secara logik dan positif, perkara-perkara macam ni memang boleh dielak if kita bijak menilai dengan diiringi bimbingan daripada Dia. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan dari perkara ni. InsyaAllah.

2 comments:

Sitikus~ said...

ala, aku tak kukak metro lak pulok ari ni..
tapi beb, btul r..
rase syng luar biasa..hhuhuh
tapi aku sentiasa berdoa dijauhkan dri perkara2 yg tak ok..
tapi sekarang ni ramai yg cple yg lebey2..
bukan nak kta aku baik,
mybe aku ni pun takda pengalamn sgt kan..
kalu time study cple, gadoh lak,, cnfirm results jatoh..hhu
kalu time keje..
cnfirm da yg kena marah..hik3.

s a r said...

thankz baca beb! Hehe..
hmm.. memang pun beb..
aku pun xkte la aku baik..
peglman pun xckup.. hehe..
tp tu la..
aku mintak jauh je dgn bende2 ni suma..
InsyaAllah..