Tuesday, May 1, 2012

Kan Dia dekat :D

Assalamualaikum.. ~hati ingin kembali :)

Allah dekat betul... :) Alhamdulillah..

~sila klik untuk tumbesaran mata yang baik. :)


Sambil mata merenung laluan2 KTM, STAR, PUTRA, MONORAIL untuk ke PWTC selepas membuat panggilan kepada sahabat yang menanti di KL sedangkan aku seorang diri akan menempuh perjalanan (laluan2 himpunan2 bersih2) dengan perasaan yang curiga dan nervous yang lain macam pada hari esok,..

tetiba... SMS check in dari sorang sahabat yang sama2 naik basikal pergi sekolah dulu...

assalamualaikum, s a r, sihat?

dengan senyuman aku balas.. alhamdulillah sihat. di mana kamu?

kampung.. cuti sampai selasa. Jom kita. ehehe.. ~aku faham dah ayat 'jom kita' dia tu.

maka aku balas. jomlah kita ke PBAKL 2012. heeee.. ~sengih besar punya besar beserta dengan harapan.

jom! tapi kita naik dari mana?

kita naik dari nilai, then berhenti dekat bdr tasek selatan, ambik star ke PWTC. ~jawab aku senang sebab laluan tu je aku tau. :P

Erm..kita naik train dari rumah kita sampai s.alam. lepastu kita naik kereta. ahahaa. ~buat lawak pulak dia.

Ahahaa.. jomlah. boleh jugak.  ~aku layan je dengan hati dah hilang nervous sebab aku dah ada teman nak pergi dari rumah. tak payah susah2 dah nak kena lalu tempat2 bersih tu. heee.

......Dan akhirnya laluan yang dipilih adalah dari KOMUTER batu tiga s.alam...membawa ke putra (PWTC). Sonang walaupun kami telah salah membeli tiket dari btu 3 ke kl sentral dan kemudiannya terpaksa pula membeli tiket lain ke putra.

Time balik pula, dengan rasa confident dan excited naik train komuter yang ke SEREMBAN. Ambik kaw! dan salah jalan. Padahal sebelum tu ada sorang budak tanya sama ada trai tu ke Sri Petaling. aku jawab takda. Dalam aku fikir2 laluan ke Sri Petaling, tetiba aku rasa lain macam bila operator komuter sebut, BDR TASEK SELATAN. Then baru aku perasan aku pun salah train. Ahahaa. Kalau bukan sebab DIA yang sedarkan  dengan perantaraan budak yang tanya tu, dah tentulah aku ke SEREMBAN tak pasal2. :D

Terpaksa pulalah menukar train ke KL Sentral semula. Then tunggu yang ke Pelabuhan Klang. Time dah rasa nak campak aja kasut sendiri. ~sebab dah sakit kaki :P

~Allah memang nak tikus ni hidup malam kan.., tu yang dia kasi si blacky tu tido :D

Alhamdulillah Dia dengar bisikan hati. Allah dekat bukan? Tak kiralah siapa pun. Cuma dalam sedar dan tidak je. Dia nak hulurkan bantuan, tak kira siapa pun yang dikehendakiNya. Tak kiralah kaw sikit amalan ke banyak amalan ke, dah sememangnya Dia ada. Urusan dipermudahkan jika niat kita betul. Alhamdulillah... Dan tidak lupa juga Allah akan memudahkan pada niat yang tidak baik juga. Tapi selepas itu, 'ada' pula yang menanti dari perbuatan tidak baik tu. Maka, berani buat, beranilah tanggung ye tak. Sekian. :D



10 comments:

hansuke said...

hahaha...ko bongoks..:P

duk lama kl pon boleh sesat naik tren. wei, orang kan ramai, nape ko tak bertanya? isk2..malu bertanya sesat jalan sar oi..huhu~

kalu ko cakap kat aku pon takpe, aku temankan ko pergi pesta buku tu, takdanya sesat naik train sampai planet marikh..hahahahah~ :P

fuad ansari said...

sar dok nilai ke? (",)

alhamdulillah, sampai jugak kat pesta buku tu ye..

rajin sar gi sri petaling.. (",)

s a r said...

hansuke>

oit! bukannya aku taknak tanya. masalahnya aku yang careless smpai tak perasan train tu nak ke seremban. padahal ada train yang ke pelabuhan klang. bila kaki dah sakit, ditambah pulak dengan cuaca panas, tmpat duduk pun takda, hati tak sabar, apa lagi, nampak aja train sampai trus aja naik la. ahaha.

ada budak tanya aku nak pegi sri petaling, aku boleh jawab salah train dik sebab aku dengan confiedent ingat train tu ke btu 3, s.alam. sengal dah dekat situ. eheh. bila dah sampai salak selatan baru perasan sebab time tu aku sibuk pk pasal sri petaling. kan nak pergi sri petaling kena naik star lrt. time tu la aku baru perasan dah lain macam. ahahaha.

hahaha. ye ye je kaw kan. laluan kaw mana nak sama dengan laluan aku. :P

s a r said...

encik fuad >

saya tak duduk nilai encik fuad. kalau dari rumah nak ke nilai pun 40min. :)

alhamdulillah. dah lama tak pergi. tu yang gagahkan diri jugak pergi. :)

encik, saya tak pergi sri petaling pun. tapi salah naik train nak ke seremban. hee

Mindaberbisa said...

:) pernah juga saya menghadapi masalah besar. Apabila berbisik dalam hati minta tolong kat ALLAH, tak sampai 2 jam dah termakbul. Syukur Alhamdulillah.

Cikgu Ma said...

akak suh adik carikan buku yg dah lama published, Riwayat bidadari syurga-Munif Hijjaz..dulu ada beli 1..tp hadiahkan kt sorg junior

insan_marhaen said...

Nak pergi..tapi belum berkesempatan..harap2 tak sesat..

nurul said...

Salam.Sar,sepanjang aku ulang alik dari rumah ke kolej,atau ke mana2 naik perkhidmatan awamni kan,tak terkira dah berapa kali dah tersilap naik train,terpaksa patah balik,miss train,memang dugaan betul..lepastu kan,bila time nak jaditu, mesti tak simple.Miss train+silap naik+tinggal barang,bla2 semua sekaligus,sampai kolej/rumah dah malam...adela sampai aku tertitiskan air mata otw balik..malunye..mcm tu pun nak nangiskan..Sekarang ni ak kuat dah..ada hikmahnya sebaliktu,supaya aku bersabar..supaya aku belajar, janganlah aku mudah mengeluarkan air mata sebab tak munasabah,yang tak layak,tak sepatutnya ni..hu2 -)

s a r said...

cjai>

inshaAllah tak. paling tidak, sesat di selangor je, tapi jglah pula sampai ke seremban eh.. hee

nurul>

waalaikumussalam beb. hee. memang pun. semua yang jadi uji kesabaran kita lagi. aku setakat ni belum pernah sebenarnya sampai salah train. hari tu je ntah mcam mna boleh tesalah pulak.

aku dulu pegi balik kampus kalau diikut satu jam lebih je dr rumah. tapi bila naik pggkutan awam especially bas, perjalanan aku dah jadi setengah hari. kuar pagi, mesti smpai petang. kekadang lebih dari 4 jam la baru aku smpai rumah. time bulan puasa lagi menduga perasaan beb.

tu lagilah kena banyak bersabar. :)

ewanthology said...

dugaan tu..sabar ya.


lenkali hafal map komuter tu :-)