Tuesday, August 7, 2012

CINTA perlukan pengorbanan?

Assalamualaikum :) ~ sedikitketenanganpinjaman

Saya nak kongsi...

Dengan masa terluang aku mampu lakukan apa-apa yang tak pernah aku lakukan dan sering aja tinggalkan sedangkan ianya mendatangkan kebaikan kepada bekalan kita di akhirat nanti sebelum ini...

dan tiba-tiba...

ada komitmen lain mendatang atau dengan erti kata lainnya bekerja (tanggungjawab lain), maka segala timing untuk melakukan segala2nya sebelum ni habis lari. Maka, timbullah alasan, penat, tak sempat, sibuk, mengantuk dsb.

dan apabila aku rasa mula tak best dengan apa yang aku rasa kerana ketidakstabilan mengurus waktu dengan baik dan mula meninggalkan kembali rutin2 yang biasa kulakukan serta seperti aku kembali ke zaman  JAHILiah aku. Tanggungjawab yang baru aku pikul mula jadi tak ikhlas sebab stres sentiasa, sentap dengan mudah, marah menebal, sabar menipis dan seagkatan dengannyalah yang sememangnya jadi makanan en. Syai yang paling best dalam dunia.

dah semakin teruk jadinya...maka muhasabah diri sebentar dan aku pupuk kembali semangat2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana tanggungjawab tak seberapa itu. Bukan apa, iman di dada senipis kulit bawang (dan mungkin hingga takda) makin lama, mungkin aku boleh jauh sejauh-jauhnya hanya kerana gilakan tanggungjawab yang boleh mendatangkan kesenangan di dunia. Mahu atau tidak, kena marah kena kutuk, nak tak nak, dengan selamba aku tolak tanggungjawab tersebut.

free jadinya... waktu free tu la aku susun2 kembali masa2 yang dah keciciran. Qada' apa yang patut, bayar apa yang dah aku hutang, repeat apa yang dah aku lupa, buka kembali lembaran baru dalam kata2 manusia yang takkan faham hati orang lain.

dan satu hari...

disebabkan perkara2 yang aku tak pernah jangka nak jadi... again! dibolak-balikkan lagi hati di saat hati ingin pulih kembali.. astaghfirullahal'azim.. kecewa yang teramat! plus perancangan yang dah disusun, goyah dan hampir punah. Sedih bila orang yang disayang kecundang dalam  pertarungan yang baru bermula. Kesannya, aku pula yang terima. Hati mula rasa malas, malas dan terus malas.

ada satu ayat yang begitu menusuk;

"orang yang banyak bagi alasan, orang yang takkan berjaya!"

~fine! s a r, sila bangun kembali. Terima qada qadar Dia dengan redha yang maksimum!

Maka aku aturlah kembali semangat2 kepada asal kerana tidak mahu jauh lagi denganNya. Hati tidak henti berbisik, ya Allah, berilah aku kekuatan, ketabahan lalui semua ujianMu. Tunjukkanlah jalan untuk selesaikan segala urusanku.

Tangan dok godek2 internet, nampak satu peluang yang time tu jugak aku ucap Alhamdulillah...

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir, kilat sambar menyambar belum sempat masuk tengah hari.

Again! dengan semangat yang begitu bersemangat yang teramat. Aku pikul lagi tanggungjawab baru yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. Sehari dua aku memang gagah sebab si kecil2 itu begitu menguji kesabaran.

ada tanda2 aku mungkin terjebak kembali ke kancah zaman JAHILiah. Tapi aku still cuba tak terlibat dalam kancah tu. Tanam tekad!

akan tetapi... hari ketiga amat2 menguji kesabaran. 7am-6pm.

Aku sampai 7.30, ada yang hempas pintu. Si kecil2 merengek serentak. Hati mula berbisik, dugaan apa yang cuba Kau beri lagi kepadaku. At last, satu hari muka aku dah sentap + kecik hati + suara tak nak keluar + kepala pening + hati menangis + kecewa + menyesal + hati tak ikhlas langsung + mampu berserah... mohon lagi kekuatan untuk habiskan hari itu hingga ke akhir. Sungguh aku tak faham!

Terjebak kembali aku ke zaman JAHILiah... sedeh banget! Solat terumbang-ambing, akal 24/7 terbayang2 wajah orang2 yang menyakiti hati, wajah2 anak2 kecil yang aku dah jatuh kasih...

1.02 am. - SMS tiba tanpa kusangka.

assalamualaikum. s a r, saya rasa awak tak berminat lagi untuk bekerjasama. maka, esok s a r tak perlulah datang. terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami. 

~aku balas : waalaikumussalam. sama2.

Ternyata ianya memang bukan rezeki untuk aku lagi... Alhamdulillah. takdalah tangisan yang berlaku seperti mana yang berlaku kali pertama.

Pupukan semangat kembali. Apalah daya aku nak menolak percaturan yang dah Dia tetapkan untuk aku. Mungkin ini yang terbaik, mungkin tidak. Aku pun tak tahu. Wallahualam.

Mungkin aku perlu kembali kepada yang asal. Kesian nenek2 yang dah aku tinggalkan hanya kerana aku kejar tanggungjawab tak seberapa tu. Takpa Nek, saya dah free balik. Lepas ni kita boleh belajar mengaji lagi.

habis ceritaku sampai pagi ni... :)



* aku belajar satu benda pada masalah aku hari ni. SILA BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK. SANGKA BAIKLAH SELALU. :)

dua kali merasai perkara yang hampir sama, cuma institusi dan bidang sahaja yang jauh beza, buat aku fikir lagi panjang sebelum menerima sebarang tawaran. pada pandangan kasar, kelihatannya baik segala, ikhlas segala. tapi akhirnya, entah ke mana susur galur, hala tuju yang sebenarnya. Hukuman ciptaan manusia... hm..

************************

~takda kene dengan tajuk? ahaha.

ada satu novel tarbiyah hasil penulisan Hilal Asyraf. 1 + 1 = 3 = SINERGI

CINTA perlukan pengorbanan?

Memang CINTA perlukan pengorbanan. Kalau takda pengorbanan, bukan CINTA la namanya.

Habis tu CINTA apa?



CINTA pada yang Satu la.

Bukan CINTA sayang2, baby2, bucuk2 tu. Lautan api sanggupku renangi, (takkan sanggupnya renang azab api neraka kan?), ambik kapak belahlah dada (sanggup bunuh diri ke oi?).

Macam dialog dalam novel tu :

"Kalau kau masuk neraka, aku akan tarik kau kembali untuk sama2 masuk ke syurga."

KORBAN CINTA - segala2nya kerana nak dapatkan redha dan keberkatan Dia.

Jangan jadi macam aku. Penat sikit, stres sikit, mulalah serabut teramat. then back to zaman JAHILiah :P - enough  S A R! enough! please back to normal! Astaghfirullahalazim...

Solat2 sunat yang dah biasa buat, terus tinggal. Malas bangun malam sebab letih pada esok hari la, risau terbangun lambat nak pergi kerja esoklah, tak sempat baca Quran sebab penatlah, takda masa la, sibuk la.. dan sebagainya. Tambah2 nak raya pulak sekarang ni kan. Bukan main syok lagi shopping sakan, buat kuih raya, jahit langsir buat baju segala. Terawih tinggal... :'(

Sewajarnya.... sanggup tolak tepi semua benda tu sebab nak kejar saham akhirat kan? Bukan semakin sibuk kejar saham dunia melebih saham akhirat kan? barulah kena dengan "CINTA PERLUKAN PENGORBANAN"

~ohh..over pulak tulis hari ni. :P



11 comments:

Kak Izan said...

bukan setakat cinta.. tapi segalanya perlu pengorbanan.. dgn syarat kita jgn terkorban.. :)..Sangka Baiklah PadaNya..sgala sesuatu berlaku PASTI ada Hikmah.. :) Salam Kenal..

s a r said...

salam kenal.

terima kasih kak izan. :)

Kakzakie said...

Bila ditinggal bukan bererti akan terus dilupakan. Yg dipegang kena terus dinilai kebaikan yg belum pasti. Hati bolak-balik itu kerja syai seperti dah dinyatakan dlm suroh an-Nas. Was-was itu paling disukai. Ketawa besarlah dia.

Sar teruskan langkah cari yg terbaik..

ghost writer said...

cinta hanya perlukan pengorbanan seandainya ia benar-benar berbaloi. jika tidak, ia hanya tidak lebih dari mengorbankan cinta dan jiwa.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga akak tabah di bualan yang mulia ni..
doa banyak2.. Allah sentiasa bersama org yang sabar. Allah bagi ujian sebab Allah syg kat hamba dia..

Mutiara Bernilai said...

salam s a r..

mutiara selalu pesan kat diri mutiara..

"jangan beri alasan, tapi cipta kesempatan"

^__^

yup, jum sama2 kita gigih mengumpul pahala nak d buat bekal :)

s a r said...

kakzakie>

terima kasih kakzakie :')

encik ghost>

jangan tersalah korban sudah lah :D

pokok manggis>

inshaAllah.
terima kasih. :)

s a r said...

miss pearl>

waalaikumussalam miss pearl :)

menarik! moh ler cipta kesempatan bersama. ^^,

marilah kita!
ganbate!

inche hlovate said...

wahhh panjang sungguh.. nasib baik hbis baca..

semua bnda dlm dunia ni perlukan pengorbanan

Bebaskan Mindaku said...

Assalamualaikum sar,

Sar kerja apa?

Sy mmg tak suka kerja masuk pejabat 8pagi, balik pukul 5 petang... dah tu, kerja asyik buat benda yang sama je...haha

----------------------------------

Utk cinta dan pengorbanan plak... hehe

pernah dgr buku hilal asyraf tu tapi tak pernah baca lagi... bagus kata2 tu, kalau kau masuk neraka, aku akan tarik kau kembali untuk sama2 masuk syurga...:)

Dan ayat paling tak suka ialah "lautan api sanggup kurenangi" tapi yang paling suka plak "lautan api sanggup kurenangi tapi selepas hujan"...hahha

all the best...!

Cikgu Ma said...

sedang berkorban...