Thursday, June 21, 2012

Malu kerana berubah?

Assalamualaikum...

Erm, bukan berubah dari miliki N3310 kepada Samsung Galaxy SIII. Saya ingin berkata tentang perubahan ke arah kebaikan. ~macam artis2 kita sekarang yang dah banyak pakai tudung tu. Lebih kurang macam tu la. ~walaupun saya takdala sebagus mana pun. Banyak lagi lubang2 yang perlu ditampal.

Saya sekadar menjawab pertanyaan seseorang mengenai "Melegakan hati yang malu ke pangkal jalan." Saya nak mintak maaf kepada yang bertanya sekiranya entry agak lama diperam dan soalan kamu lambat ku jawab. Saya jawab ikut kemampuan dan sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin juga tidak cukup lengkap. ~jika ada salah, harap maaf. :')

********

Seseorang dari zaman 'JAHILiah' berubah ke zaman yang lebih 'bertamadun' (beragama, berakhlak) sesungguhnya akan mengalami satu perubahan yang amat ketara dari segi kehidupannya. Ada yang menyatakan ibarat dilahirkan semula. Maknanya, di tinggalkan semua segala keburukan yang dilakukan dahulu dan berubah menjadi yang lebih baik serta melakukan kebaikan. Ingin ditegaskan di sini, setiap orang yang berubah (lebih baik) mempunyai pengalaman, situasi, keadaan yang berbeza seperti yang dikehendaki olehNya.

Tidak dinafikan perasaan malu biasanya yang mula-mula wujud di dalam hati apabila kita ingin berubah jadi lebih baik. Pada pendapat saya, sebenarnya bukan malu kepada yang Satu, tetapi lebih kepada keadaan sekeliling (manusia di persekitaran). Sewajarnya kita perlu malu kepada Dia berbanding orang sekeliling. Dia yang menilai baik buruk kita. Tidak perlu wujud perasaan malu untuk berubah jika sebenarnya perubahan yang dilakukan hanya ingin mendapatkan keberkatan dan keredhaan dariNya. Bukan orang sekeliling tu yang tentukan keberkatan dan keredhaan hidup kita. Sewajarnya kita lebih malu jika melakukan kesalahan dan dosa berbanding malu untuk mendekatkan diri kepadaNya. (wah..aku bercakap mengalahkan bagus sangat. :p).

NIAT. Kena tanamkan, tetapkan niat, tetapkan hati dan tekad untuk berubah rasanya yang paling penting dalam melakukan perubahan. Adanya tekad dalam hati, perasaan malu (sesama manusia) dapat dibuang. Kita kena tahu apa sebab utama kita berubah. Dan sudah tentulah kepada mereka yang ingin berubah, akan berubah hanya kerana Allah. Bukan sebab girlfriend/boyfriend! Bila break, dah berubah jadi lain pulak.. 

Bak kata seorang sahabat;

"Hati kita dari sejak lahir kenal ayat2 Allah iaitu Al-Quran. Sebab tu la, ada sesetangah orang, bila baca al-Quran atau dengan orang baca, hati terus rasa sayu, dan rasa nak menangis. Yang sebenarnya, hati kita sayu sebab HATI kita faham dengan ayat2 Allah. Kita aja yang tak faham sebab tak belajar bahasa arab!"

RASULULLAH IKUTAN TERBAIK. Mencontohi akhlak Rasulullah saw merupakan panduan terbaik dalam melakukan perubahan diri. Allah menjadikan baginda sebagai khalifah di muka bumi ini. Begitu juga dengan sekalian umatnya yang mana mengikut segala tuntutan agama dari segi akhlak, ibadah, aqidah dan syariatNya.

JAUHI. Langkah pertama yang dirasakan boleh digunapakai untuk mengelakkan perasaan ni, jauhkan diri dari mereka2 yang kerjanya nak mengkondem dan tak memberi kebaikan pada diri pun. Bukan untuk memutuskan hubungan silaturrahim itu, tapi sekadar menjauhi dan tidak bergaul dengan mereka2 untuk mengelak kita terjebak kembali. Hati manusia yang ingin berubah, akan sering mendapat gangguan syaitan yang agar kita kembali melakukan dosa dan keburukan. Itu yang boleh menyebabkan seseorang itu berbolak balik hatinya. Pengaruh persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan penting. Kerana persekitaran jugalah seseorang itu boleh berubah dari baik ke kurang baik.

TEMAN BARU. Pilihan di tangan kita kan? Kita berhak memilih jika benar-benar inginkannya. Pilihlah sahabat dan teman yang boleh sama2 membawa kebaikan kepada diri kita. Perasaan malu tidak akan wujud apa yang kita lakukan seiring dengan apa yang turut diaorang buat. Jangan malu untuk bersahabat dengan mereka2 yang lebih baik dari kita. Sebab mereka2 (lebih baik) tidak akan meninggalkan orang ingin berkawan (mahu berubah) dengan mereka. Malah, mereka dengan senang hati akan menarik kita dan pimpin tangan kita sama untuk melakukan kebaikan. Percayalah sahabat...

Kata orang MALU BIARLAH BERTEMPAT. Kalau malu melakukan kebaikan, maknanya TAK MALU MELAKUKAN KEBURUKAN? oh... jauhilah statement SEWEL tu... 

Selain itu, dekatkanlah diri dengan Allah. Jangan Malu memohon dan merapatkan diri kepadaNya sebagaimana Dia menerima diri kita seadaNya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala yang tersembunyi. Termasuklah apa yang tersirat di hati kita. :')

***********



Saya nak kongsi sikit ilmu.

"Suburkan Iman secara berterusa supaya ia tidak Tercabut!" (Amaludin, 2009) ~saya sangat suka ayat ni.

Bayangkan iman yang senipis kulit bawang jika terus dibiar dan terbiar? Alamatlah boleh terus hilang. Bila dah hilang, gelaplah hati. Penting untuk kita tahu bahawa iman itu, selain boleh berkurangan ia juga boleh malayang dan tercabut keluar kerana melakukan dosa2. CTH: Saya teringat sorang lecture pernah cakap.

"orang minum arak ni, ibarat 'membersihkan' tubuh, dapat lesen baru!"

dan yang sebenarnya; sabda Rasulullah saw bermaksud;

"Barangsiapa yang bezina, atau meminum arak, maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut) pakaian melalui kepalanya." riwayat al-Hakim.

"Adalah satu malapetaka yang amat besar andai Allah swt mencabut iman dari hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut." (amaludin, 2009) ~nauzubillah.

.............

"Jangan biarkan dosa menguasai hingga hilang Malu!" (Amaludin, 2009)

Seperti di atas tadi. MALU BIARLAH BERTEMPAT!

Seperti pelopor utamanya iblis laknatullah yang begitu sombong dan bongkaknya kepada Allah kerana ia dijadikan daripada api manakala nabi Adam dijadikan daripada tanah.

Maka, jika ada mereka2 yang cukup berbangga melakukan kejahatan, keburukan dan dosa, tidak jauh bezalah dengan golongan pelopor di atas.

Golongan manusia yang berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan (kemaksiatan dsb.) tidak akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat malah tidak terampun dosanya seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw;

"Setiap umatku akan mendapat keampunan melainkan mereka yang (sifatnya) terang-terangan. Antara (contoh) terang-terangan itu ialah: seseorang lelaki yang melakukan maksiat pada malam hari. Kemudian dia 'berpagi' dalam keadaan perbuatan (dosanya itu) ditutup oleh Allah. Kemudian dia berkata; "Semalam aku melakukan sekian, sekian.." Dia bermalam dalam keadaan ditutup (Allah) kejahatannya tapi dia berpagi dalam keadaan (dia) membuka tutupan Allah (ke atas dirinya)." 
~riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah).

*************

Sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri ini. Jom sama2 audit diri! :')
maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku. :')
mungkin ada yang tidak lengkap, maaf!

17 comments:

Asakura said...

salam sar, baru tukar N3310 ke samsung SIII ke? :)

Kalau masih "malu" maksudnya masih ada iman dalam diri. Malu kan sebahagian dari iman. :) tapi kalau berubah kepada kebaikan pun ada perasaan malu, itu sesuatu yg tak sepatutnya berlaku. Kita patut rasa bangga kerana Allah masih sayangkan kita untuk bertemu dengan-Nya dalam keadaan kita beriman kepada Nya. Dan bayangkan, Allah (pencipta kita) masih sayang pada kita, terasa dunia ini kita yang punya... :)

hansuke said...

salam.

alhamdulillah, terhasil juga post ko ye? :)

teruskan usaha ko sar, ko pon dah banyak berubah :P

thank you for the dakwah :)

s a r said...

encik askura>

rasanya dengan harga handphone tu, banyak lagi benda lain yang boleh buat kot. :)

encik Hansuke>

:)

sama2.

terima kasih pada kaw jugak. :)

nurul said...

Sar,aku pun pernah camtu jugak .macam2 lah jenis malu yang tak bertempat.hehe I'm tired of it.Aku fikir ' I just don't care' . He and her circumstances,I and you, we are all different..Berani kerana benar,takut kerana salah.Malu ini bila di tempat sepatutnya memang kita akan maju,kalau tak memang terus-terusan jahil sajalah..and Just be ourselves, don't pretend to be someone else,if not finally everything about us is fake.Hanya Allah yang mengetahui apa dalam hati kita ni..

s a r said...

samalah aku pun beb. bila dah malu ni, self esteem pun jadi rendah kan..
apa pun tak jadi.

Anonymous said...

terima kasih krna menjawab permintaan.. hehe.. :)

actually rase malu dlm hati ni lebih kpd rasa malu pd yg Satu. I don't give a damn to those people. But, by reading what u said, rasa malu tu pun hilang dgn sendiri.
They said I don't need an inspirational words but indeed, I'm desperate for it and now I just know.. :)

terima kasih sekali lagi atas suntikan dakwah yg diberikan.. :)
Semoga Allah merahmati hari2 sar krna bukan kerja mudah utk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. you just make it. :)

love you.. hihi.. <3

s a r said...

Zeera Az Zahra?

Gee? haha. ingat sapa la. huu.

tu je yang mampu gee. sye pun stil lagi belajar berubah jadi lebih baik sbb hati manusia ni senang2 aja boleh dibolak balikkan kan.

alhamdulillah.inshaAllah ianya boleh sma2 bantu kita. :')

love u too jugaklah, :D

Mohamadazhan.com said...

Salam.

memilih Malu berubah di hadapan manusia atau malu tidak berubah di hadapan Allah..

nurul said...

aku rasa comment form kau jadi tempat aku meluahkan rasa pulak.hehe

s a r said...

nurul>

hihi. takpa beb. aku ok je kalau kaw pun ok. aku nak msg kaw sekarang serba salah jadinya. kaw dah sibuk dkt hospital eh weh?

s a r said...

mohamadazhan>

waalaikumussalam. jalan sudah terbentang di hadapan mata kan :)

ghost said...

kenapa kita lebih malu pada sekeliling dari malu kepada tuhan? sebab kita lebih banyak hadap sekeliling dari hadap tuhan.

s a r said...

saya suka ayat awak incik ghost.

terima kasih :)

Mindaberbisa said...

Gali ilmu yang bermanfaat, InsyaALLAH ALLAH bagi mudah segala urusan. Kuatkan penghayatan berdoa, solat dengan khusyuk dan tawadduk.

Fikir bahawa kita telah tenang dalam hidup. Pernah merasa air yang nyaman dan sejuk dituang ke hati yang dirasakan telah mencapai ketenangan tapi sebenarnya kepura-puraan bersangkaan begitu memakan hati secara dalam sehinggakan terbawa-bawa ke tingkah laku seterusnya.

Itu satu ketakutan cik sar.

s a r said...

menipu diri sendiri lagi tiada ketenangan di hati kan. :'(

ஜ miss klanika ஜ said...

kalo jenis tak tau malu lg la susah kn :3 .

liyana said...

hmm...btul..suburkan ia supaya tidak tercabut..astaghfirullahalazim..
insyaALLAH