Sunday, March 11, 2012

I love U too!!



Assalamualaikum. Alhamdulillah diberi lagiku kesempatan untuk kembali ke sini. Memupuk semangat :)

Sesi mac kali ini dimulakan dengan label baru iaitu 'Rumah bertangga'. :D
Sebagai persediaan untuk mula membebel, ni antara buku yang menarik untuk dibaca. Meh sini aku nak share antara part2 yang menarik. :) ~sebenarnya semua part menarik.

Intro ayat Encik penulis:

"Memang ajaiblah jika ada rumahtangga yang aman damai lagi harmoni sepanjang hayat. Tiada taufan, tiada badai! tenaaaaaang memanjang. Langsung tidak ada suasan tegang biarpun sesaat. Ajaib sungguh! Jika ada TIDAK tergolok dalam rumahtangga ajaib ini, hah... elok sangatlah (kunyah) lumat buku I LOVE YOU TOO!! ini." :)




Bab 'Mencarik adat' -

"Kalau sanggup kualikan telinga tu mendengar potpet kaum family atau kerabat termasuk keluarga mertua, bolehlah buat (majlis kahwin) ala kadar. Kalau tak sanggup, buat la macam orang lain buat. Kalau biasa orang lain bikin belas2 atau puluh ribu, kita pun kena buat macam tu juga."

Bab 'Zuriat' -

".....anasir2 -ve yang menarik dari norma2 mulia jauh lebih dasat. Format didikan anak2 harus bertukar. Dari format leter rotan, kepada mari berkawan. Dari format tak boleh itu ini kepada format mari berbincang."


"berbahagialah ibubapa yang mendapat banyak 'talian hayat' daripada anak2 buat survival di alam kubur dan malanglah mereka yang tak dapat sebarang talian hayat walaupun miliki ramai anak yang hebat kerjayanya tetapi kecundang dalam soal2 agama."

Banyak lagi sebenarnya yang diulas oleh penulis. Semuanya based on persekitaran kita. Apa yang dah jadi dan sedang terjadi pun. Disentuh dari perangai seorang lelaki yang bergelar suami dan tidak lupa juga perempuan bergelar isteri. Macam2 fiil orang kita hari ni yang mana kita sebenarnya sedar tapi sengaja tak nak menyedarkan diri. Dengan erti kata lain, tak nak terima hakikat. Macam kita langgar undang2. Dah tahu tak boleh memotong di double line, buat jugak kan kan kan... bila surat saman sampai rumah, kata-kata hikmat keluar dari bibir tak tentu pasal. sekian...~eheh :D

15 comments:

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...lamanya menyepi...

kisah rumah bertangga lagi ^_^

s a r said...

waalaikumussalam :D

ahah. saja je nak bagitahu cikguma yang tak sabar nak rumah bertangga. :D

~eheh. baru dapat cari modem lain. :D

hansuke said...

salam.

sar, cepat kawin...hahahha~

aku pening la pikir pemikiran orang kita. tak payah pergi jauh la, ambik contoh dalam family sendiri sudah :)

ayat fames keluarga. "kami tak nak kamu susah je nanti"

aku pikir: "kalu aku susah, maknanya Allah sedang uji aku, alhamdulillah, takkan la hidup nak senang je memanjang, sedangkan al-quran pon cakap, kalu mengaku beriman mestila Allah uji". tak macam tu sar? ehe~

tapi isu "kami tak nak kamu susah je nanti" ni bukan bila soal kahwin je, itu semua kita tahu dah, kalu nak kawin, mak ayah mesti nak lelaki tu ada kewangan yang stabil, ada umah, keta dan sebagainya, baru layak nak kawin anak dara orang.

tapi bila soal belajar pon sama juga, bila si anak nak sambung belajar contohnya, ramai saja jadi tak faham, "kenapa belajar sedangkan kerja boleh generate duit".

ini lah isu2 yang parents dalam masyarakat kita gagal untuk nampak dan pikir, sebab diorang tak belajar accounting macam aku. hahah~ sebab tu la kita kena banyak pikir masa depan. bukan sekadar pikir short term.

lagi pon kita hidup sekali je seumur hidup, dan mungkin esok lusa kita akan mati. kalu sekarang ni kita tak cuba sebab takut susah nanti di masa akan datang, maka sampai bila2 kita tak akan maju :)

wah, banyaknya aku membebel kat ko, haha~

p/s: aku nanti nak selalu aman dalam hubungan suami isteri, aku dah pupuk si bakal isteri aku, dan dia pon dah faham erti bercincang dengan aku dalam semua hal sebelom memberi muncung 4 inci kat aku. hahah~ alhamdulillah setakat ni dia susah nak mengajuk sebab dia dah faham aku memang orang yg suka berbincang :D

sekian bebel aku sar..hehe~

p/s 2: selamat kembali sar, semoga ko semakin sihat :)

Kakzakie said...

Lidah di dalam mulut ada gigi yg tergigit tapi empunya mulut kena cari ubat sebagai penawar... masam-masam muka mesti ada tapi kena muhasabah tak usah diperpanjangkan. Yg salah kena redha utk memohon maaf... insya-allah yg tergigit pun akan pulih semula...

Anak... semua mahu yg comel doa, usaha... eh... sar belum masa kot..hihi..

s a r said...

hansuke>

uit! ada kaw encik hansuke di sini. ingat takda dah ~ahaha. eh, terjahat pulak mulut ni. tak tak.. (kempunan pulak nak tengok kaw buat wedding of the year tahun depan. ahah :P)

nak cepat kawen la ni. tu yang belajar etika rumahtangga ni. :P

yela kan. betul la tu. takyah cakap orang lain. tengok depan mata je.

kalau tengok dunia hari ni, memang semua pun cakap macam tu. sebab apa? kan hidup sekarang ni sebab duit ye tak. kalau boleh nak tido atas duit gamaknya. ~tu bese ayat orang tak berduit cam aku la aka tak belajar akaun. ahah.

erm, bab kawen dah jadi ayat wajib kot yang menyebabkan ramai perempuan kawen lambat sebab bf dorang tengah separuh mati kumpul duit beli rumah, beli kereta segala. ada tu pulak, mentah2 kena tolak sebab family tak suka. sebab apa? lelaki tu tak berduet dsb. sebab apa? takut susah masa depan nanti. hmm.

sebut pasal susah, hm..sebabkan aku ni kan baru menyedarkan diri kan.. ~ahah :P, dalam hidup ini sebenarnya takda yang senang. sume ada pakej2 yang Dia dah tetapkan. senang sekarang, lepas tu susah jugak akhirnya kan. macam tu jugak la sebaliknya.

bab sambung belajar tu, memang pun. ramai je yang cakap macam tu. ~stress aku dengar bila ada yang bebel smbil kuarkan ayah 'buat apa kaw sambung belajar. kaw kerja cari duit lagi bagus. tengok sipulan tu, sipulan ni...bla.."
~ciss. HBP la aku gamaknya.

tak tahu la nak cakap macam mana beb. macam dah immune kot benda2 ni dalam masy sekarang.

p/s- ahah. nampaknya aku nak kena praktik kan benda alah ni. lagi satu benda yang penting sekali la kan dalam perhub ni, jangan syak, lepas tu kena ada percaya. tu je la basicnya. sebelum muncung itik kuar jugak, dengar penjelasan ye tak. hee. ~macam tau2 je aku. ahah. :P

takpe pun bebel bebanyak. kan ruang komen ni panjang lebar. memang khas untuk orang cam kaw yang suka berbincang ni. ahah :P ~ gurau je.

p/s- alhamdulillah sihat sejahtera. tapi bila hati tak sihat, suma jadi tak sihat. ahaha

salam beb :)

s a r said...

kak zakie

bagusnya if semuanya macam tu kan kak. if ada salah sikit, kita boleh duduk bincang sama. and just admit kalau dah memang salah kita. jangan duk bebel lagi nak tegakkan benang yang basah ye tak? hee

eheh. untuk persediaan kak. hee

delarocha said...

bab rumah tangga ni, byk lagi yg kena belajar

s a r said...

pembelajaran sepanjang zaman :)

iyan shazlind said...

terus rasa nak berumah tangga baca entry ni..tak sabar2 nak jadi isteri solehah ni..hehehe

Pencari ALLAH said...

Keegoan terhadap ALLAH menghasilkan keegoan diri dan tidak sedia menerima kesilapan sendiri. Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih. :)

s a r said...

iyan>

ahah. gud2. tu lebih baik dari duk couple lelama ye tak. tak selamat! :D

bak kata satu dialog drama; geletek isteri dapat pahala, apatah lagi yang lain-lain, dari mengucap I love u, i love u too pada sang kekasih dosa yang dapat. :)


pencari Allah>

sama-sama kasih :)

Yusuf said...

Pernah tgk buku tu tapi tak pernah baca... hehe

ghost writer said...

dah dekat-dekat lar tuh, Sar. :)

s a r said...

encik ghost>

hee. diharapnya begitu la. ahah. tapi kelihatan sebenarnya adalah tidak. hee..

dreamygirl said...

salam sar,pekaba..lama xdengar cite..hehe..bab rumahtangga ni nanti aku khatamkan dl buku2 tentangnye,baru boleh komen..hehe -p