Kenapa 60 sen?
Penjenayah2 hari ni kurasakan terlebih bijak kurasakan. Oleh sebab itu bilangan mereka ini semakin meningkat seiring dengan kepesatan pembangunan kita hari ini. ~wah! ni bukan nak buat ayat assignment s a r. :P
Benda dah jadi kan... Tiada apa yang harus dikesalkan.
Sekarang ni, jenayah mana2 pun boleh jadi. Tak kiralah rumah tu besar ke..kecik ke.. asal boleh aja penjenayah2 terdesak ni nak buat kerja.
Erm, baru tengah hari tadi ada penjenayah yang mungkin kecewa + frust + makimemaki antara satu sama lain apabila hasil rompakan mereka sebanyak 60 sen sahaja. ~Allah tu bagi peluang lagi pada makcik aku. Mujur walletnya hanya terisi duit 60sen. Tapi, benda2 penting dalam tu hilanglah jugak. hm..
Modus operandi mereka adalah...
Menjual nama JKM/ZAKAT. Dengan alasan ingin memberi bantuan dan sebagainyalah. Sasarannya pula warga emas yang duduk di rumah keseorangan. ~Ciss! gila punya penyangak pandai!
Mereka ini datang berdua. Yang paling membuat makcik2/nenek2 ni mudah percaya adalah apabila dengan kehadiran PEREMPUAN. Perempuan pun ada okay! Yang sama2 mengaku mereka dari JKM. ~Almaklumlah musim2 nak PRU ni.
Baru aja beberapa minggu lepas ada orang yang mengaku dari PUSAT ZAKAT untuk bagi bantuan kononnya. Dalam dorang membebel macam2 (tabur janji manis), dia pergi rompak makcik2 ni tadi. Gelang rantai besar, habis kena ambik. ~haish! orang jawa area dekat rumah aku ni gamaknya ramai yang kaya raya rupanya. ish ish.. Tak sangka pulak mereka2 ini semakin menghampiri kawasan rumahku. ~Haish!
Kesian sungguhlah deme ni aku rasa. Jadi mangsa mereka yang konon nak jadi pegawai JKM/ZAKAT tak kesampaian. Dan sekarang aku pun amat merisaukan nenek aku yang cepat benar menjawab salam jika ada tetamu yang datang dan cepat benar menjengah keluar. Dan aku pulak, spesies yang paling lambat keluar untuk menjengah walaupun salam dah ku jawab. :P ~tak baik sungguh melengah2kan tetamu! Masalahnya sekarang ni, zaman sekarang bukan macam dulu... Penyangak sekarang lagi advance dari dulu. Maka apa jua yang perlu dilakukan hari ni, memerlukan timbangan awal sebelum bertindak. Sampai ada orang kata, "nak buat baik pun, biar kena pada tempatnya."
~sebagai jiran.. jangan lupa jenguk2 jiran anda.. |
Duduk kampung pun dah tak selamat eh..? Haish! apalah nak jadi deme2 ni.. astaghfirullahala'zim. Maka sahabat sekalian, berhati2lah di mana sahaja anda berada. Siapa2 yang dok tinggalkan ibubapa di rumah/kampung sendirian, jenguk2lah mereka selalu.
Sekian terima kasih. :)
18 comments:
hehe..nk buat baik pun bertempat???
bila pkir btul gk..haish..bahaya..
btw comel gmbr kucing n tkus tu..hehe
lame x singgah sini
zaman sekarang jauh beza dri dulu, kan? hidup makin terancam. huu
btw, s a r standing for? macam capital name saya :) sar.
takot nye wani....nasib baik wallet makcik tu ada 60sen je..kalau 600....6000..uwaaa..
aku dh la berdua je dgn arissa..mmg x kua rumah la kalau ada org panggil kt luar ni..jiran2 memasing wat hal sendiri je plak tu kt sini :(.
ko take care yea wani..pesan kat nenek ko "jgn kua nek tunggu dulu!" hehe
kat kampung mmg banyak kes mcm ni..org kampung kan suka simpan duit katt rumah..org tua la slalu jd mangsa..kadang2 kena pukau la..
jahat sungguh...
dunia. segala macam pancaroba.
punya susah payah merompak, 60sen je hasilnya..
tapi takpe, hasil di akhirat nanti, lebih banyak..
(gurau2) (",)
Moga kita semua dapat kembali kepada jalan kebaikan... amiin.. (",)
liyana>
hihi. pinkam pakcik goo punya gambar.
kamu busy kan :)
seri ayu>
capital for my name also. :)
mamarissa>
haah beb. apa2 ntah skarang. risau je.
kaw dah nak due kan beb. tke care tau. nanti adik arissa dah kuar bgila tau eh..
yana>
betul! kebykan dari dorang ni memang suka simpan duit dalam rumah. hm..
encik delarocha>
hm. tu la tu.. terdesak gamaknya.. hm
encik fuad>
hmm..sangat sia2. dia tak tau 'lepas ni' punya plak.. hmm
aminn.
assalamualaikum...lamanya akak x singgah sini kan...hehe...sebuk sangat..
**dulu penah kena rompak kat umah sewa...adala syiling 2,3 kupang bawah un**** yg akak lipat...dia selak jugak cari..x tinggal 1 sen pon..hahaha
skang ni mana2 pn bahaya..dok umah pn bahaya..tp apa punya bangang la penyangak ni..cari mangsa yg memang lemah n x berdaya..xda perikemanusiaan lnsung..hati perut letak kt mana ntah..
miss klanika>
betul. erm, tak ler apa dah nak jadi lagi..
cikguma>
waalaikumussalam cikguma. takpa. :)
hahaha. terdesak sangat dah tu kan. eheh
somebody me>
hmm.. tu la pasainya.. desperate sangat dah kan... apa pun boleh jadi..
Modus operandi penyangak sekarang memang ke kampung sar... rumah kampung besar dan jarak-jarak... kalau jadi sesuatu tak ada siapa tahu. Dahlah yg ada warga tua, memang itulah sasarannya...
Yg penting ajar org tua kita simpan duit di bank...
erm, betul tu kak. kesian je la yg jdi mangsa ni. hmm
Bukan sekadar datang rumah je..ikut balik rumah dan menyamun pun ada.
salam.
aku rindula kat sar..xberkaitan lagi,sori..hehe
waalaikumussalam.
ahaha. rindu sangat kaw dengan aku. ehehe. its ok beb. :)
pencari Allah.
sangat betul. ada jugak kes macam tu. hmm
Post a Comment