Assalamualaikum..
Bagaimanakah rasa hati andai anak itu dikatakan sebagai beban kepada keluarga, menyusahkan keluarga atas apa yang berlaku, menambah kesusahan hati keluarga dan tidak mendatangkan kebaikan kepada keluarga.
~oh my..
Teringat petikan seorang ustaz dalam bukunya
"Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang.. Aduh luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibubapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata LEBIH BAIK MEREKA TIDAK MENYAYANGIKU, JIKA KASIH SAYANG MEREKA SEMUANYA MENAMBAH SAKIT DAN DERITA! Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak. Namun cubalah sekali-sekala menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang. Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka."
*kredit to Murabbi Cinta
.............
Kadang-kadang anak-anak tidak diberi hak untuk bersuara. Kadang-kadang juga peluang yang sudah diberi, tidak mampu digunapakai oleh segelintirnya yang memiliki. Entah mana silapnya...
Sesekali kita mungkin mengharapkan keajaiban berlaku..? Atau sebenarnya sudah terasa jemu dengan apa yang ada?
bersyukurlah hendaknya kita semua...
8 comments:
terima hakikat hidup ni adalah ujian,takde mak ayah yg benci anak2
wani. i miss u .!
Andaikata kita tidak punya hak utk bersuara, bersuaralah kepada Allah.. Pasti Allah mendengarnya.. Sungguh, Allah itu Maha Mendengar..
p/s: sa sihat? rindu nak komen kat blog ni.. (",)
kakna:
terima kakna :)
zoora>
uwaa... i miss u too babe!
encik fuad>
nampaknya, memang itu yang terbaik dan sebaik-baik perbuatan dari kita mengeluh yang bukan2 kan? :)
Hmm... jika rumusan digunapakai semua. Hidup dalam kedamaian. Semua masalah tidak akan wujud.
assalmualaikum...
lama x bkunjung sini..cara tunjukkan kasih syg berbeza antara individu yg lain...tp rasanya indah hidup klau kasih syg sentiasa diucap& ditunjuk dgn perbuatan antara parent & anak2 :)
kdg2 saya mengharapkan keajaiban itu berlaku.. kdg2.. :')
cik gee>
saya pun! hukhuk :')
iyan>
waalaikumussalam :)
terima kasih kerana sudi ke mari.
pencari Allah>
semuanya mengharapkan macam tu kan..
Post a Comment