Wednesday, January 26, 2011

Titus Rutine

hehe. Nampak sangat la aku takda benda nak post kan. Tapi apa kesah, ada orang nak kesah ke? takda kot. haha. Sebelum la aku off laptop ni sebab dari petang semalam tak off, ~haha, aku nak cerita pasal Titus aku. Selepas subuh, aku lalu depan sangkar emas dia, aku berhenti jap nak tengok apa dia buat, sekali tengah makan daa. Dalam kepala aku kata "maak aii, paginya dah makan, dengan pejam mata lagi. haha"

Aku pun tengok jugaklah bekas makanan dia. Kosong! padahal semalam baru aku isi penuh. Takkanlah dah habis? Kejap lagi mesti ada makanan dia balik dalam bekas makanan tu. Dekat 5 bulan duduk kat rumah aku, dan aku la yang kasi makan dan tukar habuk kayu tu. Dan aku jugalah yang selalu layan dia main. hehe. Titus ni ihsan cousin aku sebab dia dah malas nak jaga, maka bagi aku jaga. Tapi sampai sekarang aku tak dapat cari kawan dia yang sama besar. Yang kat kedai semua saiz kecik je.

Haritu, ada sekali masa baru-baru lagi duduk dekat rumah aku ni, nayaris-nyaris la titus terbunuh. Mana taknya, Mell and gang ada. Tapi aku tahu, Mell aku tak minat dengan tikus. ~haha, apa punya kucing la takda nafsu. hehe. Gang Mell ramai yang minat kat titus ni. haha. Masa tu, aku tengah leka la dengan laptop ni sebab sebelum tu aku baru kasi titus makan dan bersihkan dia. Tiba-tiba mak aku jerit dari bawah:

M: Sar, kaw tengok ni?? mana kaw letak tikus ni tadi? alaa.. ~mak aku dah panik semacam.

a: Laa.. dalam tempat dia la.. letak mana pulak.. ~aku jawab dari dalam bilik je..tak turun lagi. hehe.

M: Sini kaw turun tengok apa dah jadi. ~aku pun turunlah dengan malasnya.

a: alaa... apsal ni? macam mana boleh kat luar ni. alaa.. ~aku dah panik plus sedih dah. rasa macam aku terlupa satu hal sebelum aku mengadap laptop.

M: manalah mak tau. tadi nampak Mell and the gang kerumun benda. Sekali tengok tikus ni la. kaw tadi tutup ke tak sangkar dia? kaw letak mana tadi. tengok apa dah jadi. ~bertubi-tubi soalan mak aku kasi. ~haha. padan muka aku la.

a: ala.. mana la kita tau. ~muka aku dah sedih dah plus panik sebab titus macam dah nazak. sedih giler la. aku pun cepat-cepat lap darah and sapu minyak gamat.

M: hish. kaw lain kali letak tinggi sikit. dia ni selalu tarik pintu sangkar tu. ntah macam mana dia keluar ni.

a: ntah la. ~ aku dah malas nak cakap apa sebab aku rasa macam salah aku. Aku jugak la yang lupa tutup pintu sangkar tadi. haha. giler cuai! ambik kaw!

Alhamdulillah, hasil rawatan yang diberi, titus sihat sampai sekarang. Sebenarnya, sebelum kejadian tu, dah pernah jugak dia terlepas dan nasib baik adik aku nampak sebelum Mell and the gang yang nampak. hehe.

Back to the rutine. Bekas makanan dia akan berisi semula lepas dia sendiri yang sepah-sepahkan. Bangun tidur makan, kenyang tidur balik. Kalau malam, agak-agak aku dengar bunyi2 tu, dia punya kerjalah. Main benda yang dalam sangkar tu. Kalau siang, tidur je tau. Dan akulah yang suka jerit-jerit panggil "Titus titus" tiap kali lalu depan sangkar dia. Mesti dia terjaga punyalah.~haha. Kalau dah terjaga tu, terus la makan. Tu je la kerjadia. Aku suka tengok time makan. Dia suka masuk banyak2 dalam mulut sampai kembung. Comel! hehe.

Mak aku sebenarnya marah bila aku panggil "Titus". Dia kata, "kaw macam dah takda nama lain kaw nak panggil. Ada ke tikus". ~haha. aku kalau bab kasi nama, memang ikut kepala aku je. Tu belum lagi aku kasi nama kat anak kucing aku "momot" sebab comot semacam je bulu dia dan gemok. haha.

Sebelum ni, aku memang ada niat nak bela hemster, tapi abah aku tak kasi sebab dia kata "ala, semua binatang kaw nak bela". Sebab sebelum ni aku ada bela arnab jiran aku 2 ekor. haha. Arnab tu dah taknak balik rumah dia, sebab selalu lepak kat rumah aku. Aku la jugak yang bela kasi makan (abah aku keluar modal beli makanan. hehe). Tapi mati dah aritu. Yang putih mati sebab sakit apa tak tau. Yang kelabu ntah sape ntah baham dia, sebab esoknya tengok dah berdarah dah kat kepala. hmm. sadis! Aku tak boleh betul tengok binatang luka2 ni beb. Kesian sangat. Tak sempat menerima rawatan, dah mati.

Titus aku ni masa luka kena baham dengan Mell and the gang, telinga sebelah dekat putus, tepi badan dia koyak. Kronik dah aku tengok. Macam takda harapan dah. Hari-harilah aku sapu ubat. Kesan koyak tu dah macam aku bedah tikus kelas Bio dulu. hehe. Alhamdulillah sihat sampai sekarang. Allah nak panjangkan lagi umur dia agaknya.

~Maaf la titus, aku tak dapat cari pengganti kawan kaw. huu.

4 comments:

sePatu~gadIs~ said...

ahhahah..

ni kes ape nk k0men tb1 msk box lain?
pelik je...
k0 nk taw.. tikus2 ni mmg jaat..
n of coz ak ase c0mel
nak2 lg time dier tgh ratah mkanan ngn mulut yg muncung tu..
ahahhaah
yg pntg kt umh ko kn de kucing t0mey...
mesti bijak berlari2 mngejar tikus...

tp kan... dlm byk2 tikus.. ak suke tetikus je... hahaha

s a r said...

hahaha..
memang sengaja tukr setting..
senang sikit..
xyah susah2 kaw nk tgu load kat page kan.. ngee..
aku rse nk cdgkan kat kaw wat bnde yg sme.. hee.. senang ckit nk komen sbb kdg2 box komen tu xnk kuar bile aku bkk.. hahaha

ceesss ttikus plak..
kuceng mmg ade.. tpinye kan.. mell aku tu gler wat bodo je bile nmpk tikus. xde nafsu btul..hahaha
abg aku dh pggil dye pondan dah.. haha

sePatu~gadIs~ said...

ohh.. adekah dunia pondan dlm kalangan kucin??
adusss.. rsenye mell tu bersifat penyanyang... ikt tuan nye kot..

s a r said...

hahaha..
xtaw ler..
tp klau ikut cm tuan dye xpe..
hahhaa