Thursday, January 20, 2011

Ayat Seribu Dinar

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaq:2-3)

And whoever fears Allah - He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.

~banyak fadhilat sekiranya mengamalkan ayat ini. Antaranya adalah apabila diamalkan tiap kali selepas sembahyang sebanyak 3x, InsyaAllah akan mendapat faedah, yang mana Allah akan mengadakan jalan keluar dari segala kesulitan atau kesusahan yang dialami selain akan memberi rezeki yang banyak serta Allah akan menyampaikan hajat hatinya dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepadaNya, terlindung daripada musibah di darat mahupun di laut. Selain itu, baik juga diamalkan ketika ingin tidur 3x juga apabila ingin keluar daripada rumah. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya oleh Allah.



2 comments:

sePatu~gadIs~ said...

alhmdulillah.... xafal lg ni.. tq beb..

s a r said...

alhamdulillah
elok beb diamalkan.
and aku mmg dh lme amlkn kan..
byk hikmahnya..yg cuma kdg2 kt xsdar.
most welcome beb..
sharing is caring..
ngee