Thursday, January 20, 2011

Cinta vs CINTA


"CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dansedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'"(Hasrizal,2008)

Begitulah salah satu ayat yang terdapat dalam satu topik yang amat menarik perhatianku. Tajuknya sahaja 'Cinta vs CINTA', sudah menimbulkan persoalan di minda kepada sesiapa yang membacanya. Persoalannya, apa bezanya 'Cinta dan CINTA' yang disebutkan. Antara cinta kecil dan cinta sebenar.

"Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. "(Hasrizal,2008)

Ini bermakna, ia merupakan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.
(Hasrizal,2008)

Is it true? Hmm. As s Muslim, we should think about these things with a mature mind. We can choose either bad or good. Depend on individual. I hope Allah will give guidance to make the best decisions. InsyaAllah.

No comments: