Monday, January 24, 2011

Aku tak nakal

hee. Bila baca je blog seorang sahabat bercerita tentang zaman kanak-kanaknya dulu, aku pun teringatlah time aku darjah 4 dulu. Nakal tak nakal la. hehe. Ada la 2 orang budak ni nama dekat2 dah. But, yang seorang kawan rapat aku sebab rumah dekat je, yang seorang lagi pulak budak2 kelas kureng sikit kawan dengan dia sebab cepat sangat nak nangis dan aku panggil dia ciwek. hehe. Tak tau kenapa panggil gelaran tu. Pantang salah sikitlah, mesti nangis punya. hehe.

Kawan rapat aku tu namanye Amila dan yang ciwek tu pulak Alima. Ada satu hari ni, Alima nangis, dan time tu pulak dia duduk sebelah aku. Tak tau sebab apa nangis tapi aku dah pujuk dah. Lama-lama aku fed-up sebab tak jugak berhenti nangis. Time tu pulak takda cikgu masuk. Aku pun berdiri la tiba-tiba dan niat hati ingin bergurau. Aku jerit dalam kelas kata "nak tau tak sape yang ciwek dalam kelas ni?". Semua budak-budak lain dah pandang aku dah. Niat hati nak sebut nama AMILA. Tiba-tiba aku dengan confidentnye sebut nama Alima dengan kuat. "ALIMA". Semua dah bantai gelak. Aku pulak dah terpinga-pinga dah. Dah cuak jugak sebenarnya sebab dah salah sebut. Yang Alima pulak dah mengongoi menangis makin kuat. haha.

Panik tak panik la jugak aku time tu. Tiba-tiba pulak ayah Alima lalu depan kelas (ayah dia kerja kat sekolah tu) dan tanya la nape anak dia menangis. Aku pun terangkanlah. Nasib baik jugak la aku tak kena marah. Sebab aku kenal baik dengan pakcik tu. hehe. Pakcik D tu pun pujuk la anaknya dan sekejap je dah berhenti nangis then boleh je terus gelak dengan aku. haha. Alima ni anak tunggal dan itu sebablah dia sangat sensitif kalau bab2 kene tegur ni. Hehe.

Moral of the story, janganlah terlalu manjakan anak-anak sehingga tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang lain. Hehe. Dan lagi satu, jangan biarkan anak-anak anda mengacau anak orang lain sampai menangis tak henti-henti. haha.



4 comments:

sePatu~gadIs~ said...

ahahha.. ak de 1 zaman skolah..
giler garang kot ak ni...
nt ak cter.. hak3.
yg mane 1 kaw ni??

s a r said...

hahahhaha..
cter2 beb.. jgn xcter..
ksi best ckit..hahaha..
suke aku klau bce bab2 klakar zaman dulu tu..
gler naive.. haha

yg mne stu aku? hee.. time ni sbnrnye aku xnk pun ambik gmbr, skli kne pksa jugak..
hahaha.. kaw crila yg pling comel.. gegee

Mohd Yusuf said...

nakal jgk s a r nie. hahahha

s a r said...

ahaha. nakal sikit je. tak nakal banyak :p