Monday, January 24, 2011

Cinta tanpa Syarat


Ini bab last yang aku kongsi pasal buku 'aku terima nikahnya'. Paling yang tersentuh hati aku. Bukan tentang kasih kasihan antara pasangan but, about our parents.

"anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa':24)" (hasrizal,2008)

Betapa besarnya kasih sayang mak ayah pada anak-anaknya walaupun sejahat manapun lah anak tersebut. Begitu besar pengorbanan yang dilakukan dalam membesarkan kita. Tapi, mampukah seorang anak memberikan kasih sayang yang sama banyak kepada mak ayah?? Kekalkah kasih sayang tersebut?? Cukup menarik penulisan seorang sahabatku mengulas akan isu yang sama.

"Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhlukNya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengaharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga terselindung disebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu" (hasrizal,2008)

Bayangkanlah..

Apa perasaan ibu dan ayah yang diderhakai oleh anak-anak? Anak-anak yang tak mengaku ibu dan ayah mereka? dibiarkan hidup susah walhal dia bersenang-lenang, bersuka-ria bergelak ketawa? Tidak terfikirkah di fikira mereka di mana asal usul mereka? SubhanaAllah. Semoga Kau jauhi aku serta ahli keluargaku yang lain menjadi seperti itu Ya Allah. Aminn. InsyaAllah.

Aku teringat akan pesan seorang Makcik K dan Makcik D di IJN aritu. "takpa dik, adik jagalah nenek tu, InsyaAllah esok kaw ada anak, anak kaw akan jaga kaw balik". Alhamdulillah. Aminn. Sejuk dan sayu hati tatkala aku dengar dua Makcik tu cakap dengan aku. Moga-moga ianya diperkenankan olehMu. InsyaAllah.

Kalau seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, kenapa tidak anak yang ramai tidak boleh menjaga ibu dan ayah. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan dari sifat sedemikian. InsyaAllah.

Kasih mereka tak berpenghujung. Betapa mulianya perasaan yang Allah kurniakan kepada mereka. SubhanaAllah. Sayu hati bila aku terfikirkan mak abah aku. Pengorbanan mereka tidak mampu aku balas sampailah aku hembus nafas yang terakhir. huu. I love both of them. So much! Thank you for giving birth and take care of me until now. Alhamdulillah. Hopefully You give them good health, a better life and protect them from all difficulties. InsyaAllah.

No comments: