Monday, January 10, 2011

Majlis Meriah

Apabila adanya majlis2 besar mahupun sebarang sambutan, confirm aku jugalah yang duduk depan tv walaupun tak dapat pergi. Hehe. Yela, dah nama pun hiburan, dah tentulah sesuatu yang menghiburkan diri. Am i right? Bukan aku sahaja, malah hampir seluruh manusia muka bumi ini mahukan hiburan. Naluri manusia yang inginkan hiburan. But, depending on individual. Each has its own rights and opinions. And another, a form of entertainment that they are choose. Pelbagai bentuk hiburan yang boleh kita perdengarkan untuk menghiburkan hati.

Pastinya, dalam setiap hiburan yang diperdengarkan adalah hak individu dan apa jua tanggapan mereka terhadap hiburan tersebut adalah berdasarkan persepsi mereka sendiri. Begitu juga aku. Aku juga tidak ketinggalan menginginkan hiburan dalam hidup. Yang berbezanya adalah, bentuk hiburan yang dipilih. Antara perkara-perkara yang menyentuh tentang hiburan berdasarkan agama adalah menyentuh tentang 5 perkara berikut:

Penyanyi

Penyanyi perempuan haram melihatnya dan mendengar suaranya kerana ditakuti berlaku fitnah. Kedudukan haramnya sama dengan melihat budak lelaki muda, jika melihatnya menimbulkan fitnah. Perkara ini haram kerana disebabkan kebimbangan yang membawa kepada fitnah, bukannya haram kerana nyanyian.

Alat muzik

Alat muzik yang digunakan dalam nyanyian ialah adat yang menjadi simbol kepada majlis maksiat dan minum arak seperti serunai, biola dan rebana qublah. Menurut al-Ghazali ketiga-tiga jenis alat muzik ini ditegah. Manakala yang lainnya adalah harus.

Seni kata

Seni kata yang digunakan mengandungi celaan, cacian serta membohongi Allah, rasul-Nnya dan sahabat seperti lirik yang dilagukan oleh golongan yang mencela sahabat semuanya haram. Begitu juga seni kata yang menggambarkan keindahan perempuan secara khusus di hadapan lelaki.

Tanggapan pendengar

Tanggapan pendengar terhadap nyanyian yang boleh mendorong kepada nafsu lebih banyak daripada yang lain seperti seorang belia yang masih muda remaja, maka haramlah hukumnya.

Pandangan orang awam

Pandangan seorang awam yang kurang perhubungannya dengan Allah dan suka mendengar nyanyian. Jika banyak masanya dihabiskan mendengar nyanyian, maka boleh membawa kepada kerja-kerja yang tidak berguna dan sia-sia.

Syaitan guna muzik lalaikan manusia

SENI suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara yang tersendiri. Pada umumnya seni suara bertujuan mendapat hiburan dan keseronokan.


Dalam Al-Quran juga ada menyebut:

"Menurut Ibnu ‘Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan". (Al-Muhadzdzab: 2/457)

"Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah". (Surah Luqman: 6)


Secara kebetulan aku menjumpai penulisan ini daripada seorang blogger yang agak menarik tentang hiburan.

continue...

No comments: