Sunday, January 30, 2011

Pencil box terbang

hehe. Tengah kemas-kemas pencil box yang agak bersepah dengan pen yang dah tak boleh pakai, teringat pulak kisah 'pencil box terbang' gara-gara angin satu badan kot time tu. huhu. Cuak tak cuak jugak la muka orang yang hampir kena tu. Tula, siapa suruh gurau tak kene masa. Kan dah dapat sebijik. Nasib baik tak kena. hehe.

Time tu darjah 6 kat sekolah agama. Tahu-tahu je la penat dari sekolah pagi, then petang kena pergi sekolah petang pulak. Dalam kes ni, aku yang agak pendiam (time tu) tiba-tiba boleh 'menerbangkan' pencil box hak milik sendiri ke muka otai sekolah time tu. haha. Budak lelaki ni antara yang agak paling terkenal la kot kat sekolah tu. Sama pulak kelas aku dan kelas aku pulak memang paling dikenali sebab Ustazah yang mengajar merupakan yang paling garang dalam sekolah dan semua murid paling takut la kot kalau jumpa. hehe.

Waktu tu, tak silap baru lepas break pukul 4. Mood aku pulak time tu kene tiupan angin mana ntah, memang nak hot je la. Tiba-tiba datang la si otai and the gang ni nak bergurau kononnya. Tapi malangnya, gurauan tidak boleh diterima akal time tu. Aku apa lagi, tangan tu ringan je nak angkat benda rasa nak baling je kat muka dorang. Kebetulanlah pulak pencil box aku yang ada atas meja. Memang sedap je la nak baling tanpa fikir panjang. Mula asalnya nak acah je, sekali aku baling betul. Ambik kaw! terabur isi perut pencil box aku keluar tingkap. Kalau dulu punya pencil box, memang trend yang besi tu. Bayangkanlah kalau kena muka, sia-sia je pecah terus jatuh saham. hehe.

Kebetulan la ustazah lambat masuk. Kalau tak, confirm dah dapat ketam free. hehe. Budak lelaki and the gang ni tercengang bila pencil box tu elok je lalu depan muka dia. Budak-budak lain semua terdiam tengok drama sebabak. haha. Malu aku sih! huhu. Masing-masing dah macam patung. Aku pulak dah terus duduk dengan muka baik punya ~dalam hati dah takut dah. huu. Si otai ni pulak, dengan baik hatinya keluar kelas pergi kutip balik semua isi pencil box aku. Dia datang balik kat aku and terus je say sorry. Waah! terkejut aku tapi aku still jugak buat muka konon taknak maafkan. haha. Masuk je ustazah, dia terus tanya "ni napa ni? sar, nape muka macam tu?" Satu kelas senyap. Aku pun diam tunduk je sebab dah takut. haha.

Esoknya, aku dah baik semula dah dengan budak lelaki tu. Dan semenjak tu jugaklah, takda lagi gurau yang agak liar daripada dia. Takut la kot kene lagi sebijik. Sia-sia je. Dorang mesti kata aku ni ganas betul. Tapi tu dulu la, sekarang takda dah yang terbang. hehe. Hati panas, segala-galanya out of control. Gila ganas kot. huhu. Sekarang budak lelaki tu dekat jadi ayah budak dah kot. hehe. Sekarang kalau terjumpa ke, dah tak tegur dah. Paling tak pun senyum je. hehe.~end of the story..

~hati kalau dah tengah marah, tak ingat apa dah. Tu yang kadang-kadang sampai buat kerja kurang bijak plus membodohkan diri tu. Ish ish. Istighfar la banyak-banyak. Astaghfirullah.. Alhamdulillah sekarang segalanya terkawal walaupun kadang-kadang tertamper jugak. Lemah sungguh la iman time tu bila digoda syaitan. SubhanaAllah.

~practise. 1998.

3 comments:

dreamygirl said...

hehe..menarik2..lwknye..

dreamygirl said...

tu la..pasal..jdik pengajaran jerla..ble ingtblik..memg byk bnd2 xrational kter buat..huhu

s a r said...

hey u!
thanks for the comment.

hehe.
tu la tu.
klakar je la kot.
hehe.

time tu pun memang tak bape nak matang kan. tu yg smpai out of control. haha

tp alhamdulillah tak skronik mne pun la. hee