Friday, January 21, 2011
Pilihlah
Hehe. Sekali lagi aku nak kongsikan antara petikan dan ayat yang menarik dalam "aku terima nikahnya" untuk dijadikan sebagai ingatan kepada sesiapa sahaja termasuk diri aku juga. Sebab, apa yang dinyatakan aku rasa bertepatan dengan apa yang berlaku depan mataku sendiri. Semoga aku dan orang disekelilingku dijauhi daripada perkara yang tidak baik mahupun yang melanggar segala perintahNya. InsyaAllah.
"terimalah seseorang itu, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai"(Hasrizal,2008)
Sangat menarik! sebab aku rasa sebagai manusia, kita tidak lari daripada rasa tidak puas terhadap sesuatu. Pastinya ingin yang lebih baik malah yang terbaik. Nobody is perfect. Maka bertepatanlah dengan petikan tersebut, bahawasanya, kadang2 kita ni terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada. Sebagai contoh bab mencari pasangan, perlukah andai seorang lelaki yang baik paras rupa perlu mencari seorang gadis yang indah paras rupa juga untuk dijadikan pasangan?? Adakah ia seterusnya yang akan menjamin kebahagiaan. Hmm. Kita sama-sama la fikir. ~hehe
Hadith nabi SAW ada menyebut;
"perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahteralah hidupnya"(Hasrizal,2008)
Lagi menariklah aku rasa petikan tersebut. Hmm. Individu punya hak untuk memilihkan. Macam yang kata tadi lah. Bukan semuanya sempurna melainkan Dia. Terpulang kepada masing2 untuk berfikir dan membuat pilihan yang terbaik.
Menyebut pula tentang berpasangan, siapa yang tidak mahu mempunyai pasangankan. Aku pun tak terkecuali. ~hehe. Isunya di sini adalah tentang bercouple pada usia muda belia remaja. Bila menyebut tentang remaja, pada tahap umur beginilah yang biasanya cukup membimbangkan ibu dan ayah. Pada tahap ini jugalah merupakan ujian yang paling hebat bagi seorang individu untuk mengawal diri supaya tidak mudah terjebak dengan perkara2 yang tidak baik. Tengok sahaja berita2 yang dipaparkan di media, kebanyakannya melibatkan remaja. Alhamdulillah, aku sudah melepasi peringkat tersebut tanpa memberi tekanan kepada mak dan abah. ~hehe.
"jika mereka yang bercouple dan buat 'ringan-ringan' sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, sisuami akan terfikir, 'jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?' Begitu juga siisteri akan memikirkan kecurigaan yang sama. Maka, rumahtangga penuh dengan syak wasangka....ini yang dimaksudkan sebagai "dosa semalam, menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya"(Hasrizal,2008)
Hal ini sekaligus bertepatan dengan "terimalah neraka dunia sebelum neraka akhirat". Sekali sebijik Ust ni kasi kat aku yang membaca. ~haha
~huu. Makin banyak aku baca buku ni, makin nervous aku rasa. ~hehe. Sebab aku rasa, macam banyak perkara yang aku perlu belajar sebelum benar-benar ingin punyai pasangan hidup. hehe. Antara lagi yang aku rasa yang menarik perhatian macam ayat ni;
"kita tidak perlu memulakan sesebuah hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa belajar (sekolah, matrikulasi), jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan mengizinkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen 'atas angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang diterjemahkan sebagai JEMU." Jangan tergesa jangan bertangguh! (Hasrizal,2008)
waa. dasyat tak dasyat? hehe. Sekali lagi sebijik kene pada sesiapa yang membaca. haha. Ini baru bab permulaan dalam berpasangan. Belum lagi masuk bab selepas perkahwinan. Ada lagi cabaran-cabaran yang perlu dilalui.
continue.... ^__^
~ambik mood nak teruskan pembacaan. haha
Labels:
Aku terima nikahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
huhu..saper hasrizal??
dia ustaz hasrizal. penulis buku "aku terima nikahnya"
dia ada website beb. tengok la
saifulislam.com
ni antara buku terbaik yang aku pernah baca. hee
Post a Comment