Saturday, January 22, 2011
'Sijil Halal'
Pada post yang lalu aku ada menyebut tentang 'neraka dunia dan neraka akhirat', ini sedikit sambungan yang mana ianya melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum dan selepas berkahwin.
"tanpa rasa percaya dan hidup dalam perasangka, nikmatilah sebuah derita yang tidak berkesudahan... kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaranNya suatu ketika dahulu. Fikirkan...don't begin if that is the end in your mind!"(Hasrizal,2008)
"jangan berkahwin jika sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal"(Hasrizal,2008)
Apabila menyebut tentang Sijil Halal, aku dapat mengagak ianya sudah tentu melibatkan nafsu yang mana boleh membawa kepada perbuatan yang tidak baik. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan daripada perkara-perkara mungkar ini. Aminn. InsyaAllah.
Ust ada berkongsi cerita tentang salah sati isi ceramahnya tentang Sijil Halal. Andai satu pasangan itu ingin kawen kerana takut benda-benda yang haram walhal masing-masing tinggal di tempat yang jauh, adalah satu perkara yang tidak munasabah. Ini kerana, sekiranya bertemu dengan susah payah dan apabila bertemu akhirnya berzina!! Katanya, ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang 'berjihad untuk berzina' malah ketagih berzina dan lupa diri. Lainlah sekiranya, pasangan ini hari-hari bertemu, belajar tempat yang sama dan yang hanya tinggal adalah 'to be or not to be'" (Hasrizal,2008)
~huu. rasanya macam beremosi agaknya ketika ust ni menuturkan ayat tersebut. Aku pun pada mulanya kurang memahami apa yang dinyatakan. Tapi bila fikir balik, ada betulnya. hehe.
"Itu pun, ust masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk dapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di minda tentang makna sebuah perkahwinan. Tidakkah sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas perkahwinan jauh lebih besar dan sulit daripada sekadar cabaran menolak zina?" (Hasrizal,2008)
~huhu. penyataan di atas ini aku kirakan, mesti ada yang kurang setuju. hmm. tapi aku bersetuju dengan apa yang dinyatakan. Aku rasa, contoh boleh dilihat di hadapan mata. Realiti hidup manusia kini. Ada sahaja yang aku lihat pasangan masa kini yang kawen semata-mata untuk mengelak zina. Tapi, apa yang jadi di kemudian hari? Kepincangan dalam rumahtangga berlaku, kerana tujuan asal perkahwinan tidak selari dengan apa yang mereka tanggung selepas perkahwinan. Memang di dalam Islam ada menyebut tentang wajibnya sebuah perkahwinan antara sebab satunya adalah untuk mengelakkan zina. Tetapi, ianya diiringi dengan syarat-syarat tertentu dalam membolehkan sebuah perkahwinan itu berlangsung. SubhanaAllah. Semoga Allah jauhi aku dari segala perkara2 ini. Aminn. InsyaAllah.
"Jangan buktikan jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak-peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?" (Hasrizal,2008)
~haha. Tergelak tika aku baca ayat ni. Sebijik aku rasa terkena kepada Kaum Adam yang membaca. hehe. Aku rasa ianya baik untuk mengingati diri sendiri juga dalam mengekang nafsu yang semata-mata untuk berkahwin bukan atas dasar makna sebenar sebuah perkahwinan. InsyaAllah.
Labels:
Aku terima nikahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment