Saturday, January 8, 2011

Tabiat Manusia


Hmm. Sorry to say la. If I say, these people can not see the advantage of others more than themselves. Too many words that dropped beliefs. Huh! I'm getting one of the criticisms. waa. They are really testing my patience level. SubhanaAllah.

Hmm. Sampai pada satu tahap, aku rasa nak menangis, jerit kuat-kuat kat telinga orang yang berkata-kata tu, nak bidas balik apa yang dia cakap, nak bagitau yang Allah tu lagi Maha Mengetahui! wuuaa. But, i know. it all doesn't matter. Aku tahu juga, Allah sentiasa ada di sisi orang yang benar. InsyaAllah.

Orang kata, diam tidak semestinya kalah, dan dapat berkata-kata bukan tandanya seorang itu telah berjaya. Diam lebih baik daripada mengeluarkan sebarang perkataan yang mengikut perasaan kerana, selepas itu pasti kita sendiri yang akan rasa tidak puas hati kerana tidak ada balasan daripada pihak yang lagi satu. Hmm. Mak dan Abah ajar aku supaya lebih menghormati orang lain, serta hati-hati dalam berkata-kata. Sebab, kerana mulut, badan binasa. Hehe. Aku pernah rasakannya dulu. Haha.

Aku juga masih belajar untuk menjadi lebih sabar. Sebab aku tahu, dugaan akan datang tanpa kita sendari sebab tak ada hint. So, be prepared. Itu adalah yang terbaik. Bertindak hanya mengikut keadaan yang sesuai dan tidak bertindak akan perkara-perkara yang tidak-tidak.

Hmm. Dah jadi tabiat manusia. Itu aku kene terima dengan hati yang terbuka dan redha. Akan ada hasrat dengki mendengki dan jeles menjeles dalam diri manusia. SubhanaAllah. Semoga aku dijauhkan daripada rasa yang tidak-tidak ini. May Allah always protect and bless everything that I do. InsyaAllah.

Haha. Ni aku terjumpa pulak teori pasal tabiat manusia dari segi psikologi dalam website ni. Hehe. teringat plak zaman study dulu. Hehe. Kalau nama macam Frued, memang agak familiar la. Hehe. Layannn..pasal tabiat manusia. hehe.

Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia. Corey (1986) menyatakan beberapa teori penting yang menjelaskan tentang tabiat itu ialah:

Pertama:


Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

Kedua:

Teori Analisis Transaksi: Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.

Ketiga:

Teori Behaviorisma: Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.

Keempat:

Teori Pemusatan Klien: Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.

4 comments:

sePatu~gadIs~ said...

ha... btl tu... manusia tu unik.. pelik dgn perangai manusia.. tp tulah hakikatnye..
sungguh kau msh igt te0ri2 tu sumer??

s a r said...

hahhaa.. kebtulan plak terjumpa.. haha.. skli teori2 yg dlu prnh bljar daa.. hee..

Sitikus~ said...

aiya..
aku ingat2 lupe..
hehehe,
terlost memory lak..heheeh

s a r said...

hahaa.. terlost memory plak kaw ni.
bhya ni beb.
jap lgi, dgn aku2 skli kaw lupa.. heee..