Lagi aku menyambung perihal isi kandungan buku "ATN" tulisan Ust Hasrizal. Semakin menarik barangkali. ~hehe. Ini aku tambah sedikit daripada yang tercatat di dalam Al-Quran.
"perempuan2 yang jahat untuk lelaki2 yang jahat, lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat pula, perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik pula. Mereka itu (orang2 baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulai" (An-Nur : 26)
Ayat tersebut menerangkan tentang peraturan perkahwinan berdasarkan Islam. Iaitu hendaklah antara kedua suami dan isteri itu berjodohan dan bersesuaiandengan kecerdasan, kemahuan dan tingkahlakunya, supaya kuat pertalian keduanya hingga tidak dapat diputuskan dengan talak. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 juga ada menyebut;
"Allah berfirman: Perempuan itu pakaian kamu dan kamu pakaian perempuan . Sebagaimana pakaian itu harus bersesuaian dengan badan orang yang akan memakainya, begitu pulalah hendaknya antara orang-orang yang akan menjadi suami isteri, iaitu hendaklah ada kesesuaian antara keduanya, bukan dengan dipaksa oleh keluarganya. Inilah peraturan perkahwinan yang perlu diturut oleh setiap orang Islam."
Pesan Nabi SAW;
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka berkahwinlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." Riwayat At-tarmizi. (Hasrizal,2008)
Pesan Ust, Jangan Tergesa-gesa, Jangan Bertangguh-tangguh dalam soal perkahwinan. ~hehe. Terutamanya kepada belia remaja yang masih ligat serta teruja dalam mengenal erti kehidupan. InsyaAllah, andai betul kena dengan tempatnya, segala perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Terpulang kepada akal fikiran yang telah Allah kurniakan kepada kita. InsyaAllah.
Hmm, dari situ aku rasa kita dapat bayangkan bagaimana calon yang sewajarnya sesuai dan baik untuk kita dan bukan hanya semata-mata yang tertera keindahan di mata. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan yang terbaik dalam menjamin kebahagian masa hadapan. Orang kata, ukur baju di badan sendiri, tepuk dada tanya iman di hati, cukup ke tak?
~Pandai je aku berkata, diri sendiri sekali sebijik terkena. hehe. Alhamdulillah kerana berpeluang baca buku ini. Sekadar untuk mengingati diri sendiri serta yang sudi membaca. ~_~
5 comments:
owwwwwwwww.. indahnye isi itu..
tp mampukah aku?? insyallah....
hehe.. thankz beb sbb sudi baca.
insyaAllah beb. sungguh pun kita x sempurna, tetapi skurang2 nya kita blajar utk jadi lebih baik kan..
insyaAllah..
-)
cehceceh.. sila jangan buat muka gatal eh.. ngee.. :p
thanks beb sebab sudi baca..
weee..
Post a Comment