Tuesday, January 11, 2011

Ketawa


Hehe. Kalau bab gelak, aku teringat member-member study dulu. Sama juga masa aku sekolah dulu. Boleh dikatakan, hampir semua member yang rapat adalah antara yang suka gelak tak hingat. haha. Bukan tu saja, teringat pulak kat x-roomate aku dulu. Geng kakak-kakak yang suka gelak sehinggakan bilik aku di black list gara-gara gelak melampau. hehe. Tu dulu, dah jadi memori dah pun. Huhu.

Before ni, ada juga aku terbaca fakta pasal kebaikan ketawa ni. Dan baru2 ni pun ada jugak yang bertajuk "ketawalah untuk tingkatkan imunisasi".

Dalam artikel tu menyebut tentang sebuah kajian yang telah membuktikan bahawa tertawa dan humor boleh menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 10 poin hanya dalam 20 minit. Kajian ini juga dilakukan ke atas responden yang diminta untuk memilih filem komedi pendek dan filem bertemakan perang dalam temph yang sama. Then, para pengkaji cuba mengukur tekanan darah para responden dan ternyata, menonton filem komedi bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah kadar kolesterol dalam darah. Hehe. Ini kerana, ianya brkait rapat dengan peranan hormon stress. Bila kita ketawa, kadar hormon stress yang berkaitan dengan tekanan darah automatik berkurangan. Sebagai bonus, ketawa juga baik untuk sistem imunisasi. Hehe.

Maka, bergelak ketawalah kita dalam membantu untuk mengurangkan tekanan darah dan kolestrol serta meningkatkan imunisasi. Hehe. Ini pula antara info lain yang aku jumpa pasal ketawa. 5 Kebaikan Ketawa:

Ketawa mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Para penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore mendapati ketawa boleh mempengaruhi fungsi saluran darah. Ia akan mengembangkan bukaan dalaman bagi meningkatkan pengaliran darah.

Ketawa selama 15 minit sahaja sehari boleh membantu mengurangkan berat badan. Golongan saintis di Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennesse mendapati, setiap dos ketawa sehari boleh membakar sehingga lima paun lemak dalam tempoh setahun.

Tahukah anda. ketawa itu boleh berjangkit? Kini kajian saintifik membuktikan bahawan mereka yang terdengar suara gelak tawa boleh memberi tindak balas kepada bahagian otak yang diaktifkan ketika kita tersenyum.

Ketawalah untuk membuatkan organ- organ anda terangsang. Menurut Mayo Clinic, ketawa dapat memperbaiki sistem imunisasi tubuh, melegakan kesakitan , tekanan mahupun sakit perut dan meningkatkan kepuasan diri.

Ketawa dan kesannya kepada tubuh manusia adalah satu bidang yang hangat diperkatakan iaitu gelotologi. Terapi humor, terapi badut dan meditasi ketawa telah digunakan oleh golongan profesional seperti doktor dan pakar psikiatri.


Tapi perlu diingat! Gelak ketawa ini haruslah berpada-pada. Andai kita sudah gelak yang melampau sehingga mengilai-ngilai, tu dah bukan gelak namanya. Mengilai sudah. Hehe. Gelak berlebihan juga mengundang kepada menjadi sahabat-sahabat syaitan. Ini kerana, syaitan sahaja yang suka bergelak ketawa tatkala melihat manusia alpa dalam menunaikan segala tanggungjawabnya. Maka, sesiapa yang bergelak ketawa secara berlebihan, takut pula diibaratkan sekaum dengan syaitan. Am i right? Hehe.~tak dinafikan la, aku juga dulu tidak terkecuali. hehe. SubhanaAllah. May Allah forgive my past sins. Huhu. InsyaAllah.

4 comments:

Sitikus~ said...

Hik3,,
aku patut cuba ni be, coz kolestrol aku tinggi.. ari2 sakit belakang tengkuk..huhuu
tapi yg herannya aku ni pun kuat gelak je,,
kat ofis jarang la..
sebab sorang2..huuhuu

s a r said...

hahaha
thankz la beb sbb bace.. hee..
bile mse plak kolestrol kaw tgi beb?
skit blkg tu sbb lme sgt tgok kompter ke ape?
klau kaw dh gelak sesorg kang.. lain plak yg joint sme dgn kaw.. hehe

sePatu~gadIs~ said...

ak nak.... tp ak xnk lak ketawa lbh2.. tkt 0ver lak nt.. sampe skt urat perut.. ahaaha
org ats tu de k0lestr0l tggi?? kene suggets mkn oat n minyak ikan kod la kot weh...

s a r said...

hahaa.. taw xpe.. rse senak perut kot klau dh tlebih gelak. bkn takat tu je... konfirm rahang sengal semacam je la.. haha.
ntah bdk tu.. apsal plak bley ade klestrol..
kne mkn oat je la jwbnye.. hee.. bhgis sgt kot tu weh..haha