Sunday, January 23, 2011

Kesusahan jadi Musuh

Kesusahan jadi musuh? Hmm. Situasi ni kita boleh lihat pada zaman sekarang kerana anak-anak sekarang tidak lagi bersusah payah untuk hidup. Tidak seperti mak ayah kita dulu. Aku tak nafikanlah bila ada mak ayah sekarang tak nak anak2 mereka hidup susah seperti mereka dulu. Malah ade seorang hamba Allah pernah berkata padaku dulu;

a: weh, aku jeles tengok kaw. yer la, family aku tak sesenang family kaw. aku faham tu.
D: ala sar,. kaw jangan la cakap macam tu. mak abah aku yang buat aku jadi macam ni. dorang kata, dorang xnak tengok anak2 dorang susah lagi macam dorang dulu. That why la, apa yang aku dan adik-beradik nak, semua dapat.

Tengok, macam yang aku kata tadi. Kini mak ayah sudah tak ajar anak-anak mereka jadi susah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Abah dan mak aku tak pernah ajar aku dengan mendapatkan segala yang aku inginkan dengan mudah. Tapi aku tahu, segala keinginan anak-anaknya akan sentiasa cuba dipenuhi. Jasa mereka tak terbalas dengan wang ringgit. hmm. Aku hanya dapat doakan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Aku tertarik bila Ust ni cerita bagaimana arwah ayah beliau ajar dia supaya berdikari sejak kecil lagi walaupun segala keinginannya mampu dilunaskan oleh arwah ayahnya. Ni antara yang menarik;

Pergaduhan di sekolah; ayah kata " kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh. Nanti kamu yang bodoh. Orang yang bodoh itu dinding batu. Kamu baling dengan bola ping pong, dia patah balik kena dahi kamu. Lawan orang bodoh, bodohlah! lawan orang gila, gila!" (hasrizal,2008)

Keputusan peperiksaan corot. ayah pesan sambil tepuk bahu: "lain kali banyak la lagi bermain, kurang baca buku" ~lebih kurang macam ni la.

hehe. Aku tergelak bila baca pengalaman2 ust ni apabila ditegur ayahnya. Bersykurlah anak-anak generasi sekarang apabila apa yang diinginkan tersedia di depan mata tanpa perlu berusaha gigih untuk dapatkan sesuatu.

2 comments:

sePatu~gadIs~ said...

ha.. btl tu...
kadangk2 dri kte sdri adlah musuh utama kte bkn org lain..

s a r said...

btul2..
diri sndiri sbnrnye yg xbley trima suatu keadaan tu..
hmm..mcm xredha je dgn qada dan qadar Dia kan.
SubhanaAllah.
Semoga kt dijauhi dr prasaan tu beb!
thankz sbb bace beb. dan post2 yg lain jgak..
hee ^__~