Sunday, January 16, 2011

Cantik tak Cantik


Bismillahirrahmanirrahim

Diharap tidak akan menyakitkan hati sesiapa yang membaca. Sebab ianya sendiri membuatkan aku mengingati semula peristiwa 5 tahun lalu yang membuatkan aku berasa hati dengan setiap kata-katanya. SubhanaAllah. Ianya sekadar untuk mengingati.

Semalam aku ada menonton satu filem yang maybe dibuat 5 tahun lepas kot. Aku pun tak pasti. Filem tu mengingatkan aku pada satu peristiwa yang sedikit buat aku terasa hati. Ni waktu aku study dulu.

Ada satu malam, aku bersetuju untuk pergi dalam suatu majlis. Dan aku tak tahu kenapa aku boleh bersetuju untuk pergi dengan 'rakan-rakan' yang kurang rapat. Aku tahu majlis tu semi formal, maka aku pun pakai la ala kadar sahaja. Sebab aku sekadar penonton dan bukannya terlibat pun. Aku pun memakai sekadar sahaja ~black slack pants, blue black long sleeve and white jilbab.

Tiba-tiba seorang 'rakan' ni cakap dengan aku dengan nada yang agak menyakitkan hati.

K: sar, kaw takda baju lain ke? kita nak pegi majlis 'ada orang luar' ni. Pergi la tukar baju, jangan buat malu aku!

S: tak boleh ke macam ni?
- muka tarik dah ni

K: tukar2. Cari baju elok sikit.


~dua lagi rakan senyap tanpa kata bila seorang 'rakan' tu sound aku. Sedih dooww!
Yang berdua ni plak pakai jeans and baby-t. Sorang bertudung and sorang free hair.

Aku sedikit sentap dah di situ dan aku buat keputusan aku taknak pergi dah majlis tu. tapi 'rakan' tu suruh jugak pergi tapi tukar baju. Aku pun gagahkan jugak pergi masuk bilik dan cari la baju elok sikit.

~waaa. Time tu rasa macam dah patah hati dah. Sebab aku rasa macam hina sangat ke aku pakai macam tu dan aku jadi malu dah dengan diorang, Sampai macam tu sekali. Aku tahu, dari pandangan mata dia je aku boleh tengok betapa hinanya dia pandang aku. Dan mungkin rasa kesian, dia pujuk jugak aku pergi majlis tu.

Time tu, 'rakan' yang sound tu pakai high hills, skirt paras lutut, blouse pendek (size baby-t tak silap), earing, make-up segala. Quite nice la kalau guy yang tengok. Sape tak suke tengok benda cantik kan.

Aku mengaku la yang aku ni bukan jenis orang suka beli baju yang bukan-bukan dan tahap kewangan aku pun bukan baik sangat. Sebab aku bukan dari family yang senang. Aku takkan beli satu benda tu kalau tak betul2 nak guna. Bab baju-baju berfesyen ni pun bukan jenis aku. Kalau bab baju kurung insyaAllah aku ada. Dan aku juga bukan jenis yang banyak t-shirt dan seluar. Cukup sekadar aje aku ni. Hmm. Member-member yang kenal aku, diorang tahu aku macam mana.

Sepanjang kat majlis sehinggalah habis, aku tahu dia layan dingin je aku. Dan aku sepanjang majlis sampai la balik senyap je sebab aku dah memang takda mood la. Sape tak sedih dan terasa hati kalau diperkecil2kan. Aku dah rasa menyesal sebab terjebak dengan diorang. Lepas kes tu, aku langsung jadi kurang nak beramah mesra dengan 'rakan' yang sound tu. Kalau selisih jalan pun, aku kalau boleh nak je cari jalan lain sebab taknak jumpa dia lagi tapi kalau dah jumpa aku senyum je la. Huu. Lepas kes tu, sumpah aku tak ikut lagi sebarang agenda yang melibatkan 'rakan' aku tu. Termasuk jugalah 2 orang 'rakan' tu. Selagi boleh aku elakkan diri.

Sebab dari kes itu jugaklah aku berubah dan pilih kawan yang sewajarnya. Dan time tu jugaklah aku rapat dengan geng2 sepatu gadis yang aku kirakan lebih sekepala dan baik kalau dibuat kawan walaupun kadang-kadang tersentap jugak. Haha. Tapi aku ok dengan diorang. Lagi best kot. Huu.

Sepanjang aku study, aku pun tak sangka la dapat kawan-kawan yang agak 'dasat' sebab aku belum pernah ada kawan-kawan macam diorang sebelum ni. Malah lagi advance dari 'rakan' yang sound aku tu. Aku boleh kategorikan yang kawan2 aku ni memang agak indah ciptaan tuhan sehingga aku rasa macam tak layak kot nak jalan dengan diorang. Tapi dalam ramai2 ni, ada 2 orang yang paling 'hot'~haha, rapat dan dia paling faham aku. Dan mereka jugaklah yang paling advance dari yang lain. Hehe.
~rindu pulak kat 2 orang tiba-tiba. Huu.

Tapi, dia tak pernah nak buat aku kecil hati or terasa hati. Apa2 yang tak puas hati dengan aku, kita orang discuss elok2 dan tak ada pulak nak tinggi2 suara melainkan bila nak panggil pergi makan sama2. ~sebab masing2 duduk bilik lain2 aras. hehe.

Satu keadaan yang aku rasa aku tak layak nak sama dengan diorang adalah sebab cara pemakaian dorang. Diorang ni memang indah dalam berpakaian. ~hot! but not in my eyes. male eyes maybe. huu. Kalau sebut pasal jenama, wah dah tentu2 la diorang ni juara. Aku? apa ada? Langsung tak ada kot. Huu. Sebab, dari dulu pun aku tak diasuh dengan barang2 jenama ni. Melainkan suatu benda tu adalah amat diperlukan. Tapi Alhamdulillah. Aku cukup makan dan pakai. Sederhana dalam segala segi.

Back to how their dressing. Hmm. Memang indah segala ciptaan tuhan. Cuma tidaklah mengikut apa yang di syariatkan. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Nak diikutkan, lebih kurang sama cuma sedikit berbeza. Wahaha. Macam mana tu? Hehe. Kalau tengok pun tahu kot. Huu. Betul tak sepatu gadis? hehe.

Surah An-nur ayat 30-31

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Cuma sekarang ni, itu hak mereka untuk berpakaian. Aku pun bukan tidak pernah menegur atau mengingatkan mereka, cuma aku rasa cukup tanggungjawab aku di situ sebab sudah mengingatkan. Terpulang kepada mereka mahu mengikut ataupun tidak. Tapi sebagai sahabat, memang aku doakan mereka berubah menjadi yang lebih baik dan yang sewajarnya.

Hmm. Back to 'rakan' yang sound aku tu. Sepanjang aku study, aku ade dengar2 jugalah orang di sana sini cerita pasal dia. Yer la, sapa la tak kenal dia. Aku ada dengar dia bertunang dan boleh tahan gak la majlis sebab dia ada tunjuk gambar2 tunang dia. Aku layankan aje. Huu. Tapi, lepas aku sambung study, ada sekali terjumpa dia dan cerita terbaru aku dengar pulak dah putus and lelaki tu pun dah kawen dan ada anak dah sekarang. Dia, aku tak tahu la sekarang macam mana.

Aku dapat tahu perangai dia ni, rupanya ramai lelaki kat kolej aku tu tak suka. Agak terkejut jugak dengar sebab kalau tiap malam dia ni selalu lepak kat cafe dengan lelaki2 ni. Hish. SubhanaAllah dan Alhamdulillah aku tak terikut macam tu. Aku dengar dia ni rupanya suka marah2 boyfriend dia depan kawan2 boyfriend dia tu. Kira macam sound direct la. Uish, kesian pulak lelaki ni. Yang aku tahu, lelaki ni biasa2 je, dan kalau tengok pun macam tak sepadan la kot. Huu. ~pandai2 aku plak nak match2 kan orang. Hehe. Tapi, dia baik. Cakap pun takda tinggi suara. Hish. Alhamdulillah. Memang mereka Allah jadikan bukan untuk bersama agaknya.

SubhanaAllah. Rasa bersalah pulak bercerita keburukan orang ni. Tapi, apa yang aku highlight di atas, itulah yang sebenarnya yang aku cuba sampaikan. Sebab, aku sendiri pun bukan baik sangat. Masih banyak kesilapan yang aku buat. Masih banyak perkara perlu diubah untuk menjadi lebih dan layak disisiNya. InsyaAllah. Sekadar untuk mengingati diri aku sendiri dan kepada yang sudi membaca. Hehe.

May Allah forgives all my sins.
InsyaAllah
The advantages it is from Him and the disadvantages that comes from ourselves.
^__^

8 comments:

sePatu~gadIs~ said...

ahaks... indahnye pglamn smpe menjadi 1 palitan mem0ri yg xpernah nak luput dek ingatan.. eheheh..
wow.. i smpe tersedak2 biler bce.. nme i di menti0n twice.. auwwww....
kwn lah dgn sape2.. tp jgn berkwn dgn org yg membwa kte kpda kesesatan..yg tu pntg.. nk berkwn kene plh bulu gk.. agk2 bulu putih kte xyh la amk.. sbb cm xspdn.. so, amk la bulu yg itm sb bru lah d kire malysian. ahahahah
mepek ape dh...
tp berbalik pe ak ckp td.. cmtulah..
beringat sblm kene.. so, dh de pglmn jdkan iktibar...

s a r said...

hahaha. memang giler la kalau xingat beb. hehe.
kaw tau la aku. kalau dah sorang tu wat hal, mula la aku boikot bagai nak rak. hee
tu la. naseb baik gak la xterjebak.
mmg kne pilih bulu beb. kalau x, dah lame kot hanyut. gagah lgi ni. hehehe.
ade pglman punye psl gak la aku masih aku.
hahaaha.
thankz bace beb! hee
u know who babe???

sePatu~gadIs~ said...

tahle.. xdpt lak nk detect sape2... ahahah... kal0 nk taw... kene k0rek.. tp cm ade kene mgena ngn kes time stdy kot.. hak3... guess who?? no komen la.. sbb otak pn xdpt nk fungsi bebetoi skrg ni... heeee.
yelah.... kte org... sekali kte kwn baik.. dh el0k2 baik.. sekali wt sp0il.. igt kot smpe bebile..
maaf tu mmg blh.. tp nk jd cm dlu.. xbuley kut.. ssh....
tiba2 terigt waktu kte perang cintun dlu.w akakakka... lawaknye lah.... pglmn waktu remaja.. msh mude... otak pn time tu gune suku je.. muahahahha... skrg dh bley gune pkai half.. xdpt nk pkai penuh lg... otak dh jem sejak2 dok umh... asenye kene asah bg tajam lg ni. ahhahaah.... nway.... kwn2 ak sume sgt2 best... mcm2 ragam .. mcm2 kerenah.. tp tulah penyeri khidupan... ^_^

s a r said...

hahaha.. jgn la guess2 beb..
aku ksi klu je nnt, cnfirm kaw jtuh kaseh dgn dye..
hahhahaaa
kang ckp lbey2 nnt, jd umpatan plak..
berdosa scra jemaah plak kt nnt..
hahaha..
hhmm.. tu la beb.. aku maafkan dya wpun dia xmntak maaf pun dr aku.. huu..
amat terkesan la beb.. mmg xkan lupa la ape yg dye prnah kata..
saba je la..
dye xjmp dgn ruas lgi kot n aku mmg bkn lwn dya la agknya,.. smpai ble nk tongkat lngit kan beb,..
huu..
astaghfirullah..
saba je la..
ter emo la plak aku ni..
hee..
sme ar aku beb..
otak ni mcm half dah duk beku je..
pending sokmo.. hahaha
hmm.. yer la.. rindu masa lalu,..,huu.,
bab cintun.. no komen..
hahahaha.. sndiri wat, sndiri jawab.. hahaha
share ckit la beb kat blog sjrh2 lalu..
hahaha.. bru la menarik.. gegege..

sePatu~gadIs~ said...

ahahhaha sjrh?? asenye sjrh yg ptt kene igt sjrh msia je.. sjrh manusia n ragam nye kene cter ke??
adusss kene flashback tu xbley blah.. ak asek lupe je.. byk mkn semut ni.. pasni nk kunyah lah kismis bg tajam cket minda ak ni.. ehhehehe
ha... bg ak klue.. tp kene bg klue berantai lah ye.. mklum jelah.. lme x asah berkarat byk.. xdaya lak n asah ngn coke bak kau kte.. hik3..

s a r said...

hhahaha
tu la. wajib igt sjrh malaysia je.
sjrah manusia ni, byk nye skitkan hti je.. hee
bkn la sruh kaw ingt sume beb,.
just ksi cth, tp kaw cri stu topik kaw nk cter dan kaitkan ler.
klu? hmm. len kali la aku ksi beb.. aku xnk jd len cter plak kat cni.. berbakul2 plak dosa kang..hahaha..
kaw semut msk gulai ape beb? bunyik mcm byk je kaw dh mkn. hahah..
jgn pkai coke beb, tkut trus terhakis trus la plak.. hahaha

sePatu~gadIs~ said...

adusss... yg buruk xnk igt.. tp yg tu gk termimpi... mlm td ak mmpi MR msj ak.. dlm mmpi tu ak teruja btl... sblm td0 ak bce dh doa n cuci kaki.... tp mmpi gk... sbbnye ak pas bce doa msh msj... xmujrb la kot..
ha... ttg spe ye ak nk cter?? xterungkai kot kesahnye... sbb dh nk lupt dlm ingtn.. ehhehe. tp rsenye.. tu cm lg bgs je... xdelah nk igt yg lepas... "usah d kenang barang yg lepas"

s a r said...

hahaha..
terpulang la beb.
aku ksi cdgn je sbb mcm best je kot nk cter sjrh lalu.. hehe.. mmg la phit but as a guidance je.. ngee..
yer la usah dikenang tu btul la tu..
cume aku rse org yg mngenang tu dh jiwa kacau dah.
hehehe