Thursday, January 20, 2011
Aku Terima Nikahnya
Singgah sekejap bab nikah kahwin walaupun hakikatnya aku belum melangkah ke peringkat tersebut tetapi boleh dijadikan sebagai persediaan pada masa hadapan. ~hehe tak gitu cek sepatu gadis?
Tak sia-sia la 1 jam setengah aku menunggu library buka 12 Jan lalu. Baru hari ini aku tergerak nak kongsi apa yang aku dah baca sebab belum habis baca. ~hehe. Melangkah je masuk, ak terus bersila di sebuah kotak buku besar yang menempatkan buku-buku agak baru. Buku pertama yang aku capai adalah "Aku Terima Nikahnya" tulisan Hasrizal Abu Jamil. Sudah tentulah kisah tentang nikah kahwin. ~hehe. Aku boleh klasifikasikan buku ni terbaik beb! bagi yang dah nak kahwen. ~hehe
Moto hidup penulis "Erti Hidup pada Memberi" amat menarik hatiku kerana mengisahkan kisah perkahwinannya dengan isteri serta dugaan-dugaan yang dihadapi sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Semuanya adalah berlandaskan Islam. Alhamdulillah. InsyaAllah baik sebagai panduan kita semua dalam menjamin kebahagiaan dunia akhirat.
Ringkasan yang dapat ku kongsikan; perkahwinan mereka hanya berlandaskan petunjuk yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah. Tidak melalui proses-proses seperti zaman percintaan remaja sekarang. Pertemuan pertama pula hanyalah semasa majlis pertunangan antara kedua belah pihak keluarga.
Jika kita lihat, bertapa tingginya risiko di situ kan? Tapi, dengan kekuatan hati serta petunjuk Allah, InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar.
Ada juga diselitkan kata-kata yang menarik perhatianku untuk dijadikan panduan. InsyaAllah kemudian akan ku kongsikan.
Labels:
Aku terima nikahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ehheheh.. ak terima nikah nye... spe ye nk menikahi ak?? kte?? ahhaha kene bce buku ni.. agk2 dpt x pnduan spe orgnye??
hehehe..
ade tu.. cume xnmpk je ptunjuk lgi tu..
insyAllah ada..
klau xde 'disini' mungkin 'disana'.. huu..
panduan? hmm.. cra nk dpt pnduan, insyaAllah ada..
gegege.. tpulg kpd indvdu tu je nk ikut ke x..
sbnrnye sgt bgus utk kaum adam beb..
Post a Comment