Friday, July 1, 2011

Syurga dunia penjara

Assalamualaikum :)


Adik & Al-Quran

atok berkata : Allah jadikan dunia ni indah belaka untuk orang kafir dan sebagai penjara bagi orang beriman. Sekarang ni banyak orang kafir lebih kaya raya, lebih pandai-pandai. Orang Islam pula ramai yang susah-susah dan kurang pandai.

si kecil bertanya : Maknanya atok, orang Islam tak boleh jadi kayalah?

atok jawab : Boleh.. siapa kata tak boleh. Bukan orang Islam tak boleh jadi orang kaya, boleh jadi kaya, boleh jadi pandai. Tetapi biarlah kaya yang sentiasa beringat dan berpada-pada. Tidak tamak dengan kekayaan yang dia ada. Tidak berbangga diri dengan apa yang ada. 

atok sambung lagi : Kenapa Allah jadikan dunia ni indah je sebagai syurga pada orang kafir dan penjara pada orang beriman? sebab di dalam dunia ni, orang kafir bebas untuk lakukan apa je yang dia orang suka. Perkara-perkara haram dia orang lakukan tanpa halangan. Orang Islam pula, ada batas-batas yang perlu dijaga. Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang sesuka hati terutamanya dalam Islam. Perlu diingat, Allah jadikan dunia yang indah ini untuk dikongsi bersama. Sekian...jumpa lagi adik2 pada episod yang akan datang.
*ayat tukar-tukar sikit :)
cuma ayat last tu je ikut skrip.


"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya." (mereka pun masuk)" 
(Az-zumar:73)

atok ada menyambung episod lain:
Sukarnya laluan ke syurga. Bukan senang adik2. Ada 3 cara masuk ke syurga:

1.  orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa, akan terus dibawa ke syurga dan tidak perlu dibawa ke mahkamah (pengadilan) dan terus kekal di dalamnya. seperti ayat Az-zumar:73 tu.

2. Orang yang sedikit dosa atau berbuat sedikit kesalahan semasa hayatnya di bumi, akan dibawa ke mahkamah terlebih dahulu dan akan dijatuhi hukuman dan dimasukkan ke neraka dahulu walaupun sehari, kemudian baru dimasukkan ke dalam syurga. (1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia)

3. Orang yang sentiasa melakukan dosa dan tidak beriman serta bertaqwa kepada Allah dan mati dalam kekafiran akan dibawa ke mahkamah dan seterusnya dimasukkan ke dalam neraka serta kekal di dalamnya.

Ingat adik-adik...bukan mudah untuk kita masuk ke syurga.





SubhanaAllah....
teringat kata-kata my lil'bro agak sinis kurasakan:
"orang sekarang nak kaya sendiri-sendiri. mana nak kongsi-kongsi"


*sigh ~_~
Astaghfirullahal'azim....

23 comments:

liyana said...

kan best klau dpt kate2 mcm dlm surah az zumar:73 tu

Kakzakie Purvit said...

Biarlah kia kaya dunia dan akhirat bukan kaya di dunia tapi miskin di akhirat...

fuad ansari said...

nice.. (",)

takpelah, adalah lebih baik susah2 sikit kat dunia yg sementara utk kebahagian yg berkekalan di kehidupan akhirat..

s a r said...

*cek liyana>

yup. indahnya kalau begitu. tapi, sebenarnya sukar digapai sebab kita sentiasa mudah lupa dan alpa dengan dunia. Astaghfirullah. Semoga kita dipermudahkan laluan kita nanti. InsyaAllah. :)


*kakzakie>

yup kak. setuju. itulah sebaiknya. astaghfirullah. semoga kita sentiasa diberkati dan sentiasa dilindungi kak. thanks kak :)


*encek fuad>

thanks :)
iya. tu yang terbaik. cuma, masalahnya kini soal hati kan. ujian sentiasa datang menjengah dan saat tu juga hati sentiasa dalam kelemahan. thanks encek. :)

dwatyKNY said...

semoga ALLAH akan melindungi kita di penjara dunia dan membantu kita supaya kaya di syurga... sama2 la kita berusaha...

s a r said...

insyaAllah. berusaha melawan segala godaan dunia yang banyak menjerumuskan kita ke dalam dosa2 yang kita todak sedari. :)

Norsha said...

Assalamualaikum,
Sungguh, bukan senang jalan ke syurga...penuh berliku !

nobody said...

Salam dear,

bace entry you
teringat ceramah semalam...

"hanya orang yang hebat masuk syurga"

dan sesungguhnya menjadi hebat itu adalah satu perjuangan ^^

isk isk...
muga diberi peluang untuk jadi lebih hebat :)

*hebat = orang yang benar2 beriman*

s a r said...

waalaikumussalam :)

InsyaAllah.

berusaha sehabis baik untuk menjadi lebih hebat.InsyaAllah.

Makin hebat seseorang, makin tinggi pula pangkat syaitan yang menggoda. maka, kita memang harus sentiasa berusaha dan bersedia tidak akan mengalah untuk menjadi lebih hebat. kesenangan dijanjikan di syurga nanti. InsyaAllah. thanks kamu dear. :)

Anonymous said...

Betul tu, kawal nafsu didunia, Allah akan puaskan nafsu kita diakhirat kelak... Jgn ikutkan nafsu, nanti rosak bumi dan diri sendiri... :D

s a r said...

yup. nafsu tu la yang sebenarnya dugaan paling hebat sekali menguji manusia. :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
syukran atas entry ini..
sedikit sebanyak mengetuk pintu hati =( betapa jauhnya nikmat syurga itu, selagi dunia masih kekal begitu..
Monolog: penjarakan daku!

s a r said...

most welcome encek qamarguyz.

untuk ingatan bersama. :)

p/s- bila dipenjara, kena patuh setiap arahan dan larangan. InsyaAllah dijanjikan kemudahan di hari pembebasan nanti. :)

Mutiara Bernilai said...

moga mutiara mampu nak hadapi perjuangan ini dengan penuh takwa,,

doakan ya!

s a r said...

InsyaAllah miss pearl. terbaik dijanjikan untuk kamu.

insyaAllah. :)
ingatan bersama dan doakan juga demi kebaikan bersama. :)

ewanthology said...

perkongsian yang bermakna... tq

s a r said...

most welcome. :)

terima kasih sudi ke mari :)

al-lavendari said...

setuju .. bukan mudah untuk masuk ke syurga. banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu dilakukan.

terima kasih kerana menjawab pantun2 uncle di ruangan komen.

kenapa tak buat entri terus ? menang kalah adat pertandingan .. yang penting mengambil bahagian.

s a r said...

sama2 uncle :)

hee. :D betul tu uncle. menang kalah adat pertandingan. terima kasih uncle.

sebenarnya uncle, saya belum pernah lagi masuk apa2 contest pun uncle. nak buat entry pun takut tak betul. huu :)

saja je suka2. insyaAllah, kalau uncle ada buat lagi apa2 contest, saya masuk. :)

ghost said...

mekasih untuk info peringatan ini.aku masih fikir apa yang aku perbuat untuk diriku dan hari akhiratku..selama itu aku patut sedar kalau aku patut berhenti berfikir dan cuma malaksanakan apa yang disuruh.

s a r said...

most welcome :)
insyaAllah boleh dengan tekad yang kuat di hati. :)

Niena Muhammad said...

syukran atas entri ni..

s a r said...

:)

sama2. terima kasih juga sebab sudi ke mari dan jadi follower saya :)