Monday, July 4, 2011

Sedih sebab bertudung

Assalamualaikum :)

"wanita..hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita soleha.. yang akan membahagiakan syurga.. di dalam rumahtangga..." 



kan aku dah nyanyi ~:P Ibarat cantiknya taman dengan terhiasnya bunga kan? Ada ke taman cantik tapi takda bunga? Kalau tak dijaga rapi, habislah layu seterusnya mati hilang seri walaupun pada satu hari nanti tetap akan mati.

hmm..ok, sebenarnya aku risau sebab berulangkali aku cerita pasal hal ni. Klise sudaa.. Tak kisahlah, ni pada siapa yang sudi baca dan peringatan aku sendiri.

Semalam, seorang sahabat di alam maya berkongsi cerita akan perihal anak muda ketika dia berulang-alik ke rumah menaiki LRT. Pastinya tentang perilaku muda mudi yang melampaui batas mengalahkan yang sudah sah bernikah. Pandangan mata kasar melihat mereka seperti pasangan belum berkahwin. Wallahua'alam sekiranya mereka dah bernikah. Tapi, kalau dah bernikah pun, takdanya nak buat adegan "terlebih mesra" dekat umum ye tak?

Aku pun naik lali naik juling jugak tengok pasangan2 macam ni kat tempat awam. Dulu tika tiap kali aku naik komuter untuk pulang ke rumah. Lagi padat komuter tu, lagi macam2 rupa manusia kita boleh tengok. Seperti sahabat ku kata, yang sedihnya sebab bertudung. Alahaii... Yang free hair orang dah tak berapa nak hairan dah. Kadang2 dia orang pun takde lebih-lebih macam yang pakai tudung.

~one of my favorite flower :D ~takda kene mengena :P

Hmm, maaf andai ada yang terasa. Bukan apa, ada je kawan2 aku yang free hair yang pakai tudung. Orang2 yang terhampir dengan aku pun ada. Alhamdulillah bila bersama aku, tidak pula ditunjukkan fiil tu depan aku. Belakang, aku tak tahulah. Pandai2 lah sendiri kan.

Sebabkan hal ni jugak aku pernah dengar dari mulut mereka yang free hair ni mengecam hebat pada mereka yang bertudung. Tengok! Orang bertudung jugak kena tempiasnya. Sehinggakan ada je yang melabel "yang pakai tudung tu sebenarnya lagi teruk perangai dari yang tak pakai tudung!" Ambik sebijik! Aku yang dengar pun sakit telinga. "Baik tak payah pakai tudung!" Lagi sebijik tambahan.

Pada mereka yang pakai tudung labuh juga tidak ketinggalan terkena tempias. Sedih la sebenarnya sebab memberi label tu pada yang bertudung. Lagi teruk, bila ada kes2 yang menyokong kata2 tersebut. Sebagai contoh kes lahirnya anak luar nikah melibatkan pelajar sekolah agama. SubhanaAllah. Tak tahulah aku nak cakap apa. Kadang2 rasa ada betulnya juga kata2 tersebut. Separuh hati lagi sebenarnya menolak hebat kata2 tersebut. Astaghfirullahal'azim.

Allah turunkan ayat 30-31 surah an-nur pastilah ada hikmah dan tujuannya. Jika tidak, apa gunanya untuk umat Rasulullah di muka bumi ni. Sudah pasti semuanya ke arah kebaikan. Lagi panas telinga bila orang yang bukan Islam bertanya kepadaku "kenapa orang islam ada yang pakai tudung ada yang tak? Takpa ke kalau tak pakai? Kenapa dorang buat jugak walaupun dalam Islam dah kata tak boleh buat?" Sakit hati plus malu bertimpa-timpa.

Sekarang ni kita nak salahkan siapa bila dah jadi semua hal ni? Salah mak ayah ke? Salah sendiri ke? Hmm... Aku tak beranilah nak cakap salahkan siapa. Masing-masing ada pendapat sendiri. Masing-masing boleh fikir mana yang baik mana yang buruk. Jangan pula mengiyakan statement "tahu, tapi malas nak tahu, sengaja buat-buat tak tahu." Manusia senget akal. ~ahah. aku suka kata-kata ni. :D

Wah, asyik berkata tentang wanita. Apa pulak peranan lelaki? Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi ye tak?  hmm. Astaghfirullahal'azim. Sekian...

~untuk peringatan diri ni sebab aku sendiri tak tahu apa nak jadi pada masa depan. Ya Allah Engkau tetapkanlah hati dan imanku agar tidak terjerumus dalam apa yang Engkau murkai. Astaghfirullahal'azim...

25 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum sar,

1. Bertudung tetap wajib bagi muslimah yg telah baligh.

2. Samada bertudung atau tidak bila melakukan dosa tetap tercatat dan nantikan di pintu neraka

3. Soal bertudung membuat maksiat dan dikatakan baik tak payah pakai tudung juga dua isu berbeza. Bila bertudung untuk menutup aurat dan bertudung sekadar berfesyen kena fikir dihati sendiri.

p/s: selalu juga melihat perkara yg memalukan ini terjadi depan mata...

Anonymous said...

lepas nie buat entri pasal laki plak. :D

hal macam nie, tak leh nk salahkan sesiapa, semuanya ada peranan masing-masing dan semuanya kena mainkan peranan masing-masing. nak main peranan tu yg susah tu... ha3

Kalau orang kawin, mmg tak kan nk buat benda macam tu kat tempat umum.

Mungkin ada syaitan bersama mereka kot, jadi, jom kenal adik beradik syaitan kat blog saya. ha3

~PENCHENTA~ said...

Makin banyak kita buat baik, makin banyak orang nampak salah kita.

Kalau orang free hair buat macam2, mereka tak kata apa pun. Padahal kita sama2 MUSLIM!

Bagi mereka, kalau nak buat baik, perlu jadi malaikat. Tapi hakikatnya kita cuma insan. Bermula dengan jahil, dan insyaAllah berakhir dengan iman. :)

fuad ansari said...

teringat kata2, lihatlah belia utk melihat masa depan negara..

bukan alasan utk tidak bertudung disebabkan yg bertudung juga buat kesilapan.. urusan bertudung adalah urusan dengan Allah swt..

adakah kita boleh memberi jawapan di padang mahsyar nanti bahawa alasan utk tidak betudung adalah kerana orang yg bertudung tidak menunjukkan contoh yg baik?? sama2 fikirkan.. (",)

nobody said...

Salam adik manis :)

nada garang
takut bace :)

pape pun tu lah
semua mulut pun akan cakap ikut sedap masing2...
ada pihak yang betul2 salah dan ada pihak yang tak bersalah terpercik pulak tempiasnya...

muga pihak yang tak bersalah tu terus sabar dan berusaha menegakkan kebenaran mengikut kemampuan masing2 - melalui perbuatan @ lemah lembut tutur kata :)

kerana sesungguhnya semuanya terletak pada hati, dan untuk menarik hati-hati...haruslah dengan kasih dan sayang ^^


p/s: eh terpanjang pulak... :p

s a r said...

*kakzakie>

yup. betul tu kak. semua terpulang balik pada hati.

macam akak kata point ke 3. betul tu kak. sekarang memang dah jadi trend pakai tudung. dan tak heran jugalah if one girl tu pakai tudung on off. diluar bertudung di laman sosial lain pula ceritanya. hmm.

point no 2. memang setiap manusia akan ditimbang tara dosa pahalanya tanpa kira pakai tudung ke tak.

point 1. yup kak. memang dah disyariatkannya begitu.

p/s- hmm, betul la kak. kadang2 orang tengok jadi malu. orang yang buat, buat derkk. je.

thanks for comment kak :)

s a r said...

*encek mohd yusuf :)

~ahaha. kalau buat pasal entry lelaki nanti bias pulak. :p

yup. betul tu. sama2 fikir. cuma risau pula yang terlibat, dia yang buat tak kisah. orang lain yang tengok sama tempias dapat dosa kan. astaghfirullah..

hmm, betulkan kalau saya salah. biasanya yang dah kahwin ni dah berakal. jarang kita tengok kemesraan terlebih kat tempat awam.

adik-beradik tu dah tengok. dan ada salah satunya sering mendamping juga. rasa nak ketuk2 je kepala. ahaha :D

s a r said...

*penchenta

yup. betul. tak tahulah apa masalah mereka ni. sesama manusia tak sah kalau tak mendengki. macam tulah jadinya. berubah baik pun orang kecam hebat. ada pulak yang kata hipokrit.

mentality manusia kan. Yang TAK PAKAI TUDUNG tu JAHAT. yang PAKAI TUDUNG tu BAIK.

bila yang baik buat jahat, paling hebatlah dikecam. lepas tu, semuanya akan nampak buruk di mata dorang. hmm.

yup. pernah juga dengar kata2 tu. KALAU NAK JADI BAIK, BAIK JADI MALAIKAT. cakap pakai apa entah. kalau dah semua malaikat, takdalah timbul semua masalah dalam muka bumi ni. biasanya orang2 macam ni dia tak boleh terima teguran.

yup betul. sejahil-jahil manusia, tak selamanya dia kekal jahil kan. iman masih tetap akan mengetuk pintu hati. InsyaAllah.

thanks for comment ya :)

s a r said...

*encek fuad ansari>

setuju. ingin tengok masa depan negara, tengoklah generasi muda pada hari ni dan begitulah sebaliknya.

yup. semua urusan dengan Dia nanti. walaupun hari ni yang berlaku seperti mempelekehkan hukum hakam yang telah ditetapkan olehNya.

sangat hot pernyataan encek yang terakhir tu. dan sangat menarik! :D
yela.

manusia hari ni tak nampak apa sebenarnya yang bakal berlaku pada hari kemudian kan. jika tidak, semuanya akan berlaku baik sahaja dan pastinya mereka akan mengikut hukum yang telah ditetapkan. :)

thanks encek atas komen anda :)

s a r said...

*cek nob aka kaklong :D

~eheh. garang ke? :P
emo terlebeh agaknya. ahah

yela kan cek nob. kalau bercakap pakai akal takdanya keluar ayat tu kan.

yup, bersabarlah sewajarnya sebab tu lebih baik dari melatah tak tentu pasal. KASAR tak boleh lawannya KASAR jugak kan. macam api, takkan pula nak ditambah dengan petrol kan. AIR yang mampu menyejukkannya.

yup. berbalik semuanya semula kepada hati. Hanya Allah yang tahu apa yang tersembunyi pada hati masing2.

kasih sayang ye cek nob. ^^,

p/s- ahaha, takpa2. dibolehkan sahaja. tak pernah melarang pun kalau nak buat macam entry sendiri sebab saya kan selalu buat entry kamu macam saya punya entry sendiri. ahaha :D

thanks for comment cek nobody but u. ahah :D ~gurau je. ternyanyi pulak.. :D

liyana said...

hmm..btul kak
kalau x silap malu tu salah satu drpd 70 cbg iman
klu x silapla..
klu silap tlg btulkn..=)

s a r said...

hmm,betul la tu liyana. malu satu dari cabang iman. thanks liyana. :)

Anonymous said...

ade org terdekat gee freehair, walupun perangai dye teruk tapi dye sendiri tak tunjuk kt dpn khalayak mcm yg bertudung bwt.. malah, kdg2 dye sendiri tye gee nape prmpuan bertudung mcm tu. gee speechless seketika.....

http://shesgee.blogspot.com/2010/12/freehair-menegur-atau-menuduh.html

ewanthology said...

ibarat menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

kalau dah pakai tudung tu, elok lah dijaga perangai juga. sia sia sahaja pahala tutup aurat kalau terus bergelumang maksiat.

s a r said...

tu la gee. entahlah gee. tak tahu sebenarnya nak cakap macam mana. akak pun time member bukan islam tanya, tak tahu nak jawab macam mana, hmm..

minta kita dijauhkan dari semua ni sebab kita sendiri tak tahu apa nak jadi pada masa hadapan kan.

thanks gee link tu :)

s a r said...

*encek delaroca

yup. itulah yang sewajarnya. kedua-duanya seharusnya datang seiring. kalau dah nama pun wajib, wajib juga kene buat.

thanks for comment encek. :)

Anonymous said...

gee penah baca novel fatimah syarha noordin. tajuk dye hatiku milikmu. dlm novel tu, watak utama ade jawap kepada seorang kwn dye yg non-muslim tentang isu tudung. memang BEST! try la cari novel tu.. tak rugi... ^^

ghost said...

bertudung cukupkan syarat pada kewajiban tapi bukan lah penghalang atau benteng yang ampuh sesuatu iman.

s a r said...

*shes gee>

thanks gee. rasa macam pernah baca. tapi tak ingat pulak. thanks again. :)


*encek ghost writer>

ya. betul tu. kewajipan tetap kewajipan. dan segalanya harus seiring untuk menguatkan lagi iman dalam diri.

thanks encek :)

Norsha said...

bertudung perintah Allah....

s a r said...

yup. itulah yang sewajarnya dilakukan. wajib tetap wajibkan. :) thanks for comment :)

Bawang Goreng said...

Ha.. ha... pagi tadi EnSyuJin komen, "Ish... Ape jenis fesyen perempuan tu..? Bertudung, tapi pakai sekert, dah la ketat, baju singkat, nampak punggung!"

Saya tanya, "Hemm... perempuan mana? Tak nampak pun." Saya sambung lagi, "Yang pi tengok apasal?"

Kekadang mereka ini tidak diberi didikan untuk berpakaian sebagaimana yang sepatutnya. Tambah pula suami, ayah atau abang tak pernah kisah bagaimana 'tanggungan' mereka berpakaian.

8 kesalahan ketika memakai tudung
1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup.
2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek.
3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya (kebaya, terutamanya).
4. Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.
6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.

Tips berfesyen yang betul:
1. Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang.
2. Baju mestilah labuh dan longgar.
3. Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
4. Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali.
5. Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki.
6. Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah.

Petikan : Wanita bertudung kerana tuntutan agama atau ikut fesyen?

s a r said...

thanks for extra info cek onion.

hmm..betul lah tu. cara pemakaian tak kena dengan tudung yang dipakai. :)

thanks again :)

Pia said...

"salam sar...Alhamdulillah akak bertudung dan tidak memilih utk free hair,Ya Allah,tetapkan lah hatiku jgnlah hati ini berbolak balik..Anak2 akak pun sama,pakai tudung di skolah dn bila keluar juga...even keluar main dpn rumah..akak tk penah paksa,tp diorang sendiri nak..cuma kanak2,
kdg2 ter..jugak sesekali..smga anak2 akak dan ank2 kita semua manjadi wanita yg solehah...
menurut segala tuntutan agama Islam dn meninggalkan yg dilarang.."

s a r said...

waalaikumussalam kakpia :)

~gembira akak sudi ke mari :)

InsyaAllah kak semoga sentiasa diberi kerahmatan kepada akak sekeluarga. kepada my future children and family as well. InsyaAllah.

anak2 kecil ni, kadang2 pada mulanya memang mereka tak tahu ape fungsi tudung tu. Tapi, lama2 bila dah dibiasakan sehinga meningkat umur, mereka lebih mengerti dan akan menghargai tudung tu.

insyaAllah. semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya sentiasa. InsyaAllah.

thanks kak for comment. :)