Wednesday, July 27, 2011

Cinta jarak jauh

Assalamualaikum :)

*peringatan* ~  untuk diri sendiri. tak tuju pada sesiapa. ^^, 

Orang kata cinta jarak jauh, menjadikan seseorang itu mudah curang? betul la tu kan...
Orang kata cinta jarak jauh, suatu perhubungan boleh terkandas di tengah jalan? betul la tu kan...
Orang kata cinta jarak jauh, jadikan seseorang itu gagal pada janjinya? betul la tu kan...
Orang kata cinta jarak jauh tu susah? betul la tu kan...
Orang kata cinta jarak jauh, itu ini itu ini itu ini itu ini...?? betul la tu kan...
~tapi tak semua ok! 

Bercinta dengan jarak yang jauh, memang berisiko bukan? Silap hari bulan, boleh terus hanyut dan terus lupakan janji yang telah termetrai. Lagi teruk bila kita dah curang dan menduakannya. Hmm..Susah nak cari TRUE LOVE kan? Hanya orang yang cukup bertuah akan milikinya dengan sepenuh hati. Oh! Boleh frust kot kalau tak dapat... ~Boleh guling2 dalam hujan renyai ni kalau tak dapat :D

CURANG

Ramai di antara kita dalam tak sedar sebenarnya dah curang. ~Sila mengaku dengan ikhlas ok! Jangan tipu-tipu! Dia tau kamu menipu :P. Mentang2lah jauh dan tiada depan mata pulakkan. Kita pun ikut suka hati je apa nak buat. Dia jauh, tapi dekat di hati tau :). Di mulut kerap ungkap kita ada Dia, ingat Dia. Tapi, hati kita?? Cukup ke ingat kat Dia?? Apa yang kita lakukan setiap detik, nafas yang ditarik, tak setiap waktu itu kita teringat kat Dia kan. Seringkali terlupa. Terutamanya dalam kita bersuka ria, then dah syok sangat sampai terlupakan Dia. Tapi dalam duka, kerap pula teringat denganNya. Berapa kali curang dalam sehari kita ni?? Hati dah 50-50. Atas pagar berduri. Astaghfirullahal'azim...

HUBUNGAN TERKANDAS!

Yup! Perhubungan seringkali juga terkandas dan ada tu pula, memang sengaja terkandaskan sebab fed-up. Sebab? Sebab tak dapat buat apa yang diinginkan. Ada saja pantang larang yang harus diikut. ~hello! kaw buat undang2 sendiri, kaw cari bumi kaw sendiri, kaw cari dunia kaw sendiri. Undang2 yang ada untuk kebaikan apa. Bukan untuk menyusahkan. Bila dah terkandas, terus kita lupakan Dia kan. Padahal link tu sentiasa wujud. Tak terputus langsung. Kadang2, benda remeh-temeh pun boleh sebabkan hubungan ni terkandas. Hmm.. Astaghfirullahal'azim... Kalau dah terkandas, tak reti2 nak sambung balik? Sambung cepat sebelum terlambat ok!  ~nampak sangatlah kaw ni rapuh sangat s a r. haish! Astaghfirullahal'azim.

SUSAH?

Aku akui, memang ianya susah. Susah untuk kekalkan perhubungan itu seandainya hati kita tak berapa nak kuat dan cekal inginkan TRUE LOVEnya. Bak kata sahabatku 50-50. Siapa tak nak TRUE LOVE DIA. Kaw ada? Takde derr.. Dia je ada. Dia je yang ada TRUE LOVE tu. Dia takda pun sibuk harap balasan. Cukup sekadar mengikut apa yang disuruh. Hmm..Cakap, memang senang. Nak buat, nak ikut? Tu yang susah. Tu yang payah.

***

Sebenarnya, yang jauh itulah yang lebih bermakna. Sekali kita dah dapat, indah selamanya. Kekal hingga nafas yang terakhir. InshaAllah. Tapi, disebabkan jauhlah kita mudah menyimpang ke tempat lain. Mudah termakan godaan2 seksi dan hensem dari sekeliling sampai kita lupakan Dia yang di sana. Bila kita dah dapat TRUE LOVE Dia, janganlah lupa pula untuk sentiasa dipupuk agar lebih berkembang mekar dan terus terpahat kekal dalam hati dan jiwa kita. InshaAllah...
~Owh! bila kaw nak dapat ni s a r! SubhanaAllah... Astaghfirullahal'azim.. Please work harder s a r!



"Dengan hanya mengingati Dia (Allah), HATI akan menjadi tenang" 
(Ar-rad:28)




*jauh tapi bermakna ^^,
"cinta ni memang nampak jauh, hakikatnya ia yang sangat dekat di hati kita."



mood~back to normal and i want stay with this feeling till my last breath. 
oh Allah. May You bless me. Amin. InshaAllah. 

21 comments:

ghost said...

masalahnya tak ramai yang mampu bertahan sekalipun ada keindahan di penghujungnya.

maizatul suraya said...

ingatan untuk kita semua. Dia lebih jauh, dan lebih setia. pilihlah Dia.

:)

fuad ansari said...

cinta yang ini mmg nampak jauh.. hakikatnya cinta ini sgt dekat..

kita yang sengaja menjadikannya jauh..

Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

semoga dekat denganNYa dan beroleh cintaNya..

s a r said...

*encek ghost writer

yup. betul tu. kesabaran yang menuntut kita untuk peroleh tu semua kan. tapi yang depan mata ni selalu menggoda untuk yang jauh tu. :)


*cek maizatul

yup. inshaAllah. hanya Dia. cuma usaha yang diperlukan untuk dapatkannya kan. thanks yep. :)

s a r said...

*encek fuad

thanks encek fuad atas ingatan ayat ni. luv it!

"cinta yang ini mmg nampak jauh.. hakikatnya cinta ini sgt dekat.."

inshaAllah. cuma perlukan usaha dan kekuatan lagi untuk mendapatkannya. InshaAllah. thanks again encek :)

liyana said...

thanks for this entry kak
make me thinks...

nurul said...

salam sar..bagi aku,
ada dua kemungkinan:
1-absence makes heart grew fonder
or
2-out of sight,out of mind..

the first one look more positive
the second one more to negative..when you try to forget someone..or even we don't intend to forget,it can happens naturally unless that someone is very important to us..

tapikan ak xsanggup nak berpisah..
xmahula cinta jarak jauh..kalau boleh nak dekat2..he2

s a r said...

waalaikumussalam :)

hm, betul tu beb. bila dah out of sight, out of mind, semuanya boleh jadi out of control jugak.

~eheh. aku pun. tapi, sapa yang sanggup berpisah tu, aku tak tahulah apa nak jadi. hanya DIa je la yang tahu. huu.

thanks for sharing beb. :D

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa kakak tak boleh. Hari itu hampir abang kena jaga projek di Madinah 2 tahun. Kakak kata kita semua ikut (kakak dan anak-anak juga). Bila bincang kerja utk kakak tak ada so... tak jadi. Kakak kalau suruh duduk rumah aje pun tak nak....:)

Pia said...

"assalam sar...tq sbb sentiasa ingat mengingatkan..hurmm..akk pun seakan tersedar yg betapa selama ini dia tetap dgn akk,kasih sayang nya tak pernah kurang..tapi akk semakin jauh dari nya..seakan melupakan nya,seolah spt wujudnya jurang..walaupun tak begitu dalam...curangkah akk..
oh..hati tolonglah jangan begitu.."

s a r said...

*kakzakie

hee. tapi kalau dengan kepercayaan yang tinggi, inshaAllah semuanya under control kan. :)

s a r said...

*kakpiasara

waalaikumussalam kak. sama sama kaseh kak. ingatkan saya kalau saya terlupa dan tegurlah kalau saya salah kak :)

hmm, kadang2kan kak kita tak perasan semua ni jadi bila kita terlalu asyik dengan apa yang kita buat dalam hidup seharian.

Kita manusia tak sempurna kan. Iman seseorang tu ada naik turunnya kan. satu masa kita akan di atas dan adanya pula kita di tahap yang paling bawah terutamanya bila musihabah datang menimpa.

tapi adalah lebih kiranya kita berusaha sedaya upaya mengekalkannya di atas. jika jatuh pula, cepat2 bangun untuk naik selama. Tidak selamanya kita nak duduk di bawah kan.

~owh, ni dah buat ingatan untuk diri sendiri jugak ni kak. uhuu. diri ni pun kadang2 unstable.

macam mana hubungan hati kita dengan dia, hanya Dia je yang tahu. Kadang2, mulut kita sentiasa mengingatkannya. the same time hati tak sepenuhnya pula. hmm.. jadi tak ikhlas kan hubungan yang ada tu. astaghfirullahal'azim.

sama2 kak kita berusaha untuk dapatkan yang sewajarnya. inshaAllah ada lagi masa untuk pulihkan hubungan tu kan. agar kita semua diberi kesempatan kak. InshaAllah. thanks kak :)

s a r said...

*cek LIYANA

most welcome dear ;)

nobody said...

salam dear :)

miss you ...

singgah jap je

*lari laju2*

miss you miss you miss you ^^

s a r said...

waalaikumussalam dear. :)

busy ye?
study elok2.
take gud care ok!

thanks sudi juga ke mari.

miss u too very hard! ;D

ewanthology said...

tak percaya pada cinta jarak jauh,

terlalu lemah untuk bertahan.

s a r said...

hee. cinta jarak jauh tu memang tak dapat nak tolonglah. kepercayaan amat diperlukan untuk itu. :)

dwatyKNY said...

PJJ ni memang perlukan pengorbanan dan kesetian... dah jumapa ramai member PJJ... 50/50... ada yang ok.. ada K.O...

tapi TRUE LOVE DIA... tak pernah jauh... cuma kita yang tak mahu mendekatinya...

semoga bulan ramdhan ini... kita akan dekaT dengan-NYA...

Anonymous said...

cinta jarak jauh dan masa yang lama berisiko utk putus ditengah jalan.. :D

Cinta kepada Allah kekal abadi... mcm sar kata, cakap mmg senang, sy pun belum jumpa cintaNya. :D

s a r said...

*cek dwaty

~ahah. PJJ tu memang berisiko. siapa yang diperkenankan je dapat hadapi tu semua. :)

yup, betul tu. hakikatnya dekat tapi kita sendiri yang memilih untuk jauh.

InshaAllah. selagi waktu masih ada. :)

s a r said...

*Encek asakura>

hm, memang sangat berisiko. tapi kadang yang depan mata pun sama risiko. ~eheh.

~Uhu.. sukar if kita sering sahaja terkandas di tengah jalan. uhu.

thanks encek :)