Makin lama makin sakit
Makin lama makin perit
Kalau tak cepat rawat,
Silap hari bulan boleh tenat.
Bila dah tenat,
terus tak berfungsi menjadi kelam.
Mungkin juga padam.
terus sunyi sepi gelap gelita...
Mulalah teraba-raba mencari cahaya.
Torchlight tak jumpa, apatah lagi sportlight.
Apa nak buat dalam gelap?
Duduk diam tunggu cahaya datang kat kaw s a r?
Ke tunggu TNB datang bagi lampu?
Nonsense!
Kau usaha la lagi cari cahaya tu sampai dapat.
Cari jugak sampai dapat.
Dalam cari tu, fikir balik siapa yang bagi cahaya sebenar?
TNB ke bagi? Jangan harap!
TNB, kalau kaw tak bayar s a r, takdanya nak dapat.
Macam tu jugaklah cahaya sebenar yang kaw cari.
Kalau tak 'bayar' ingat boleh dapat senang je ke.
Tak dapat derr...
Kaw 'bayar' tak perlu guna kertas mahal tu s a r.
Cukup dengan pelaburan saliva dan bibir comel tu ~ ahah :P
Mintak je pada Dia s a r.
Dia je yang maha pemurah.
Tak perlu pun kena bayar cukai, kos perkhidmatan segala.
Direct terus!
Cepatlah s a r cari cahaya tu.
Jangan biar gelap selamanya.
Selagi ada masa ni, kaw carilah sampai dapat.
Jangan sampai Dia dah tutup terus,
langsung kaw tak dapat apa.
Ingat tu s a r!
Berapa banyak kaw nak, banyak tu jugak kaw kena 'bayar' s a r.
Ingat s a r!
Dia sentiasa ada untuk membantu.
Ingat s a r!
Jangan biar si jantung hati tu,
terus sakit, terus perit, terus tenat.
Jangan, jangan, jangan s a r!
Kesabaran amat diperlukan untuk mendapat ganjaran setimpal.
Ingat s a r! Ingat s a r! Ingat s a r!
Astaghfirullahal'azim....
~nak sangat, nah! ambik kaw! ~adoi! dekatnya :P |
~__~
18 comments:
penuh dgn pgertian... namun maksudnya sampai di hati gee.. ^^
thanks for this entry kak..
tertouching..mhsbh diri=.=
assalamualaikum sar,
Allah sentiasa bersama kita walaupun apa situasi
*miss gee>
hee. thanks gee. alhamdulillah. :)
*cek liyana>
u r most welcome liyana. untuk ingatan bersama yang kadang2 cepat leka. :)
*cek iyan>
waalaikumussalam.
yup, Dia memang sentiasa ada dalam apa jua pun. thanks iyan :)
Assalamualaikum...
Allah memberi tanpa mengharap apa-apa dari kita cuma kita je tak minta kepada-Nya.
waalaikumussalam :)
yup. betul tu encek. thanks :)
"assalam sar...insyaallah,semoga kita akan terus diterangi cahaya...maka kena lah kita 'bayar',bukan semuanya percuma..."
waalaikumussalam kak :)
insyaAllah dengan 'bayaran' yang lumayan :)
berikan cahaya pada saya juga...
:D
insyaAllah. jika tak dicari, susah nak dapat kan :)
cahaya ni sgt tinggi nilainya... boleh hilang sifat kehambaan dan kemanusiaan jika ketiadaan cahaya ni..
"Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya di dalam pandanganku, cahaya di dalam pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di depanku, cahaya di belakangku. Dan, jadikanlah untukku cahaya."
Selalu kita jadi peminta tanpa jemu. Minta yg baik-baik dan tak jemu-jemu mohon (kakaklah tu) sedangkan rahmat yg diberi olehNya tidak terhitung....
Muhasabah diri kita ye sar...
*encek fuad>
:)
yup. lagi teruk kalau Dia padamkan terus talian untuk cahaya tu kepada kita. Astaghfirullahal'azim.
InshaAllah akan diperkenankan :)
*kakzakie :)
hee.
saya pun sama kak. asek nak mintak je. ~uhu. walhal banyak kurniaan yang diberi yang kita sendiri tak perasan. :)
kalau tanya TNB mesti dowang jawab:
"ada setengah temnpat kami biarkan ia bergelap"
:D
~ahah
sebab apakah? tak nak bayar, memang gelap ler. :D
hm, tempat tertentu je la kan. :D
salam baby :)
rindu die
mish u mish u ^^
erm...
di dalam kegelapan
di saat itulah kita lebih menghargai sinar cahaya
walaupun terlalu sikit amat
di situlah letaknye pengharapan
di situlah kita mengenali diri
dan disitulah kita sedar
pengertian dan bestnya cahaya yang pernah datang sebelum ini
yang mungkin kita pernah capai
atau hampir sikit lagi capai
dan pada saat2 mengakhiri kegelapan itu
toleh ke belakang
sayup jauh mata memandang
hati tersimpul kuat dan kental
tak mahu lagi tersadung kegelapan
dan muga pencahayaan yang diperoleh
lebih dihargai dan dinikmati
bukan saja tanda kehambaan
tapi kerana CINTA dan KESYUKURAN
*eh panjang pulak :)*
salam. uish! panjang panjang panjang.
~ahah. it's ok dear. saya suka :D
bermain dengan kata2 kamu ya? ~ i like :D
hm, betul tu. walaupun sikit, kita patut hargai. dan kalau boleh juga jangan sampai ianya padam. jaga sebaiknya.
sebab, sekali ia padam, payah untuk dapatkannya semula dan hidupkannya kembali.
bersyukur apa hendakNya. yela, cuma kadang2 hati nak jugak berbisik 'we want more' kan. astaghfirullahal'azim.
thanks kamu ya sudi ke mari dalam kebusyan kamu tu.
p/s- miss u to babe. kamu study elok2. jangan bengong2 lagi. haru je saya tengok. ~uhuuu
Post a Comment