Saturday, July 9, 2011

Hari-hari Pilihanraya

Assalamualaikum... :)

Ingin berkongsi dari tazkirah dengan tajuk "kebimbangan dalam kehidupan." Tapi dalam banyak2 point, minat bila prof tu cakap kita ni hari-hari pilihanraya. Betulkan jika aku salah dan tambah andai ada kekurangan. Ini apa yang aku faham la dari penerangan prof tu.

Aku fikir balik. Kenapa pulak hari-hari kita pilihanraya? jika anda perasan, dalam apa jua yang kita buat dan lakukan dalam hidup seharian, kita akan sentiasa menimbang tara sama ada ianya baik atau buruk, cara islam atau tidak, dengan siapa kita berdampingan, idola kita, macam mana layanan kita sesama manusia, hubungan kita dengan manusia lain, percakapan kita, pembacaan kita, apa yang kita lihat, info2 yang kita terima dsb. Semua, perlu ditimbang tara dan dicerna sebaiknya sebelum diterima dan dilaksana.

Contoh; dengan siapa kita berdampingan/berkawan. Kita boleh fikir balik dengan siapa kita berkawan. Dengan siapa yang harus kita berkawan dan dengan siapa pula kita harus tinggalkan. Taat atau tidak orang tersebut kepada agama, ianya akan turut mempengaruhi diri kita sendiri. Baik akhlak dia, insyaAllah baik jugalah akhlak kita. Begitulah sebaliknya. Prof tu kata dari ustaz Qadrawi, dengan siapa kita berdampingan di dunia ini, dengan dia jugalah kita berdampingan di padang masyar nanti. Sudah tentunya orang bertaqwa menjadi pilihan untuk kita kan... ~bukan maksud ku di sini kita memilih kawan yang baik je. Tapi, memang kita berhak memilih kan.

Dalam hidup kita ni juga sebenarnya akal banyak mempengaruhi menyebabkan kita sentiasa bimbang dalam hidup seharian. Pada aku, ni macam 'mind set' kita pada sesuatu. Macam mana kita terima suatu benda tu sama ada menjadi positif atau negatif. Kadang2, ada je antara kita yang mencerna satu perkara positif tu kepada negatif. Sebab apa, 'mind set' dia dah memang disediakan negatif.


Bak kata prof tu; antara roses dan lalang. kedua-duanya pokok. Tapi, jika dilihat, roses memang cantik dari lalang dan lebih baik dari lalang. Tapi dari kegunaan, mungkin lalang lebih baik dari roses. ~ :) betulkan aku jika salah ok! ^^,

Pilihanraya kita ni, bukanlah macam pilihanraya negara ok yang lebih kepada tampuk pemerintahan dan politik. Tapi pilihanraya ini lagi penting dalam menentukan hala tuju hidup kita sebagai manusia yang taat serta sentiasa mencari keredhaan dariNya. Untuk apa? Kebahagiaan di dunia juga di akhirat. Sekian... :)



~teringat point lain yang turut juga penting. 
kebimbangan kepada orang yang tersayang yang berada jauh dari depan mata.

"Allah tu kan Maha Melindung dan juga hanya Dia yang mampu mengawal sekalian alam. Kenapa kita harus memberi kebimbangan akan keselamatan orang tersayang itu sedangkan Dia Maha melindung. Apa yang boleh kita buat adalah, sentiasa mencari keredhaan dariNya agar keredhaanNya akan turut sama tertumpah kepada orang yang kita sayang tu walaupun dia jauh dari kita. InsyaAllah dia akan sentiasa dalam perlindungan..." :)


20 comments:

Mohd Yusuf said...

Menarik info nie. Tiap2 hari kita buat piliharaya walaupun tak sedar. Nak mkn pun kena buat pilihanraya utk pilih lauk kan. :D

s a r said...

~eheh. untuk ingatan bersama. :)

yup, betul tu. dalam tak sedar semuanya perlu pertimbangan. cumanya, pilihanraya ini bagi peluang kita untuk fikir masak semasaknya. Dia bagi kita peluang selama mana kita nak buat.

ahah. tu pastinya. kena pk gak apa nak makan n makanan yang sesuai. :D

ainnoraini said...

itu semua politik...
tapi kadang2 meyusahkan kite semua...tak tau la nak komen ape sebenarnye sebab tak berapa pandai dlm bidang ni...

s a r said...

~eheh, takpa kak, saya pun tak suka masuk campur hal politik. biarkan mereka dengan hidup mereka asalkan hidup kita tak merana. tu dah cukup, :)

delarocha said...

hari hari kena buat pilihan

s a r said...

yup. everytime.. :)

nobody said...

salam dear :)

muah muah
rindu kamu ^^

-yang baru je berpilihan raya :)


take care :D

s a r said...

waalaikumussalam dear :)

rindu kamu kembali.. sibuk sangat kamu pilihanraya ye. :P

kamu pun take care kembali. :)

~PENCHENTA~ said...

kalau lalang lebih berguna dari roses, kenapa orang cakap 'jangan hidup seperti lalang'? :P

s a r said...

:)

dari segi kegunaan maybe yes. tapi dari segi sifatnya yang mudah terliuk lentok ikut arah angin, bila ke kanan ia ke kanan, bila ia ke kiri ia ke kiri, tak perlulah manusia juga bersifat demikian. takda pendirian kan. sesuai dengan kata2 tu. :)

Kakzakie said...

Kalau mereka yg berpolitik paling takut pilihanraya tak sedar hari-hari dah kena pilihanraya. Hehehe....

Anak kakak pilihanraya dia kakak dan abang masih kena tentukan lagi. Dia belum tahu dosa-pahala... kenalah kita tunjukan arah yg betul sar...

Nice N3....

dwaty said...

setuju sangat... kita ni hari2 pun pilihanraya... sebab tu la kita seringkali di beri pilihan... kalau jalan yang dipilih itu diredai ALLAH... maka selamatla kita, jika sebaliknya... kena patah balik... tapi bukan semua boleh patah balik... cuma mungkin diberi peluang ke2...

s a r said...

*kakzakie :D

~ehehe. betul tu kak. hari2 dah pilihanraya. lagi penting kot pilihanraya hari2 ni. ~eheh

anak2 yang masih belum mengerti tu semua, memang perlu guide kak. dah guide baru boleh dia buat pihanraya sendiri. Tak perlu pengaruh2 dan cucuk2 dari luar. eheh.

thanks kak :) and thanks for comment also. :)

s a r said...

*dwaty :)

yup. betul tu. jika kita tersalah pilih, DIa beri lagi kita peluang dan kita masih boleh perbaiki dan maybe juga update jadi lebih baik dari sebelumnya.

thanks for comment :)

Piasara said...

"salam sar,akak ni kan sebenrnya benci sgt politik..lebih tepat lg politik kotor..Akak kdg2 rasa letih dan mual dgn suasana politik negara kita sampai kdg2 sampai rasa tk nak ambik tahu satu apa pun...berat sebelah,tak adil,double standard,rasuah..kroni,perbalahan, dn mcm2 lg....bila nak berakhir semua ni?

s a r said...

waalaikumussalam kakpia.

~p/s- eheh. penuh emosi akak ni. :D takpa kak. cool je. tengok dan lihat apa yang nak jadi nanti. :)

saya pun takda la layan politik2 ni. just ikut tengok je la. ambik la tau jugak hal negara ni.

hmm, entah la kak. kalau cerita pasal politik, tak habis kot. macam2 diluar jangkaan kita.

thanks for comment kak :)

iyan shazlind said...

assalamualaikum, :)

thanks utk pengkongsiaan ini sar...tertarik kepada "kebimbangan kepada orang yang tersayang yang berada jauh dari depan mata"
Insyaallah dia akan sentiasa dalam perlindungan..

s a r said...

waalaikumussalam :)

sama2 cek iyanshazlind. perkongsian bersama. yup. InsyaAllah.

liyana said...

hmm..
hari2 kne buat pilihan..
pilihan tu kne pikir dlm2
hmm..adekah pilihan kte tepat..
jgn biarkan sesaat pun hidup kita
kita wat kputsn sndri tnpa pertlgn Allah kan..

s a r said...

iya cek liyana. hari2 ada pemilihan. yup betul la tu. setiap pilihan yang kita buat juga mestilah diiringi dengan redha dia. bukan pilihan semata2.